Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts
Wednesday, August 22, 2018
Teguran Saya Buat Nurul Izzah
Malam ni memang ada mood nak menulis. Korang bacalah kalau larat.
Aurora dah habis buat kerja dia. Si Chiko sedang teman saya. Baring-baring kat sebelah ni. Tapi saya tak bagi dia tidur dulu sebab, kalau dia tidur sekarang, dia bangun awal lepas tu kacau saya tidur. Kalau dia tidur jugak? Saya akan kejut dia bangun hahahaha... Jahatkan?
Sebenarnya dah lama saya nak tulis tentang ni cuma tak ada mood.
Sekitar serbuan di kediaman bekas perdana menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak Mei lepas. Nurul Izzah ada komen tentang serbuan tersebut mengatakan, serbuan dibuat pada jam 2.00 pagi tidak wajar dilakukan. Beliau dan keluarga pernah mengalami situasi tersebut. YB, please la, komen YB tu buat rakyat rasa tersinggung. Apakah wajar seorang YB yang kononnya memperjuangkan kebenaran tiba-tiba bersimpati dengan orang yang dituduh sebagai perompak negara? Saya percaya akan kredibiliti pihak polis. Mereka bukan suka-suka nak buat macam tu. Mereka ada prosedur mereka. So, duduk diam-diam. Tak payah nak merapu komen bukan-bukan. Janganlah kerana YB pernah rasa situasi tu YB keluarkan komen macam tu pulak. Seolah-olah ada personal interest. Oooo... Bila YB pernah rasa benda tu YB kata tak patut buat macam tu? Kalau YB tak pernah rasa, so YB rasa tak apalah ya?
Saya harap sangat, wakil rakyat or menteri baru, janganlah menunjukkan kebodohan atau kelemahan anda kepada rakyat. Anda sedang diperhati dan dinilai. Sebelum keluar kenyataan, fikir dulu dan tanya pendapat orang lain. Jangan sampai rakyat kecil hati dan marah! Menyirap darah saya baca kenyataan Nurul Izzah ni. Awak tu pengamal undang-undang kot, takkanlah tak tahu prosedur polis? Bukan orang politik je polis serbu lewat malam, rakyat biasapun kena. Habis yang rakyat biasa tu tak kesian ke, YB???
Monday, May 14, 2018
Air Asia Dan Politik
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Hari pertama ke pejabat setelah penubuhan kerajaan baru. Tak dapat saya gambarkan bagaimana gembiranya kakitangan di Pejabat Perdana Menteri masuk ke pejabat hari ni. Ofis saya yang tak ada kena-mengena dengan PM pun, saya rasa bersemangat je nak ke pejabat meskipun kesihatan saya tak begitu baik hari ni. Harap saya mampu bertahan sampai ke petang. Pagi-pagi lagi dah ingat Tun M. Bagaimana Tun M berkerja keras, begitulah juga yang akan saya contohi insya-Allah. Semoga office saya juga akan dilanda tsunami politik macam Malaysia. Bilalah hero nak dating selamatkan kami di sini. Mungkinkah Datuk Abdullah Malim Baginda akan buat come back macam Tun M?
********************
Hari ni masih lagi nak tulis tentang politik Malaysia. Malam tadi, waktu tunggu Food Panda yang tak kunjung tiba, saya berlegar-legar di Youtube. Tidak sengaja, saya terjumpa satu video yang cukup memeranjatkan. Banyak pulak hal yang buat saya terperanjat dua tiga hari ni hahaha...
Video ini adalah video Tony Fernandes, Ketua Pengarah Kumpulan Air Asia Berhad memohon kemaafan daripada para penumpangnya dan rakyat Malaysia. Saya masih membuat kajian perkara yang menyebabkan Tony memohon kemaafan tersebut.
Menurut beliau, politik Malaysia mula menghuru-harakan Air Asia apabila Tan Sri Rafidah Aziz mula berkempen untuk Pakatan Harapan (PH). Keaddan menjadi semakin teruk apabila Pejabat Perdana Menteri ketika itu mengeluarkan arahan kepada Tony untuk mengeluarkan Tan Sri Rafidah daripada Kumpulan Pengarah Air Asia setelah Tan Sri Rafidah mula memberi ceramah kempen untuk PH. Memandangkan hal tersebut tidak ada kena-mengena dengan urusan pentadbiran Air Asia, Tony tidak langsung menyentuh hal itu kepada Tan Sri Rafidah.
Kemuncaknya, dengan penambahan 120 penerbangan lebih daripada hari biasa menjelang musim Pilihanraya Umum (PRU) ke-14 lalu, Pejabat Perdana Menteri sama mengeluarkan arahan agar Air Asia tidak melakukan penerbangan pada ketika itu untuk membawa para pengundi ke destinasi mengundi masing-masing. Tony memaklumkan, bagaimana harus dia membuat keputusan? Penerbangan yang sangat murah ditawarkan kepada penumpang sempena PRU 14 bernilai RM99.00 bagi Semenanjung Malaysia dan RM 120.00 ke Sabah dan Sarawak bukanlah sesuatu yang menguntungkan. Sekiranya penerbangan dibatalkan, syarikat akan menanggung kerugian amat besar dengan penambahan 120 penerbangan. Bahagian Aviation lapangan terbang juga memaklumkan perkara yang sama kepada Tony sehingga Tony sangat tertekan.
Saya belum mendapat jawapan kepada perkara berikut:
1. Apakah penerbangan Air Asia tetap melakukan penerbangan atau di 'delay' kan atau dibatalkan?
2. Apakah Tony sebelum ini memuatnaik video tentang perkara ini?
3. Permohonan maaf tersebut disebakan apa?
Saya akan terus meneliti, mengkaji dan mencari maklumat tentang hal ini dan akan update di sini sekiranya mendapat info tentang perkara berkenaan.
Komen saya:
Kenapa sampai hati seorang perdana menteri melakukan hal berkenaan? Tidakkah beliau bersimpati dengan kerugian yang akan ditanggung oleh syarikat penerbangan tersebut? Kerugian dalam industry penerbangan bukanlah suatu kerugian sedikit. Ianya melibatkan jutaan ringgit. Sedangkan sebagai seorang perdana menteri beliau bertanggungjawab untuk memajukan ekonomi rakyatnya.
Seterusnya, mengapa begitu rakus pihak berkenaan menghalang rakyat untuk mengundi? Bukankah Negara ini Negara demokrasi? Itu hak rakyat. Sepatutnya mereka mempermudahkan urusan mengundi rakyat dan memberi galakan kepada rakyat untuk keluar mengundi? Adakah kuasa telah membutakan mata mereka? Jika tiada kepentingan peribadi, mengapa sekejam itu mereka memperlakukan kepada rakyat? Allah Maha Adil. Akhirnya, bila Allah kata "kun fayakun," Tiada siapa boleh menghalangnya. Tiada siapa boleh menafikan apabila rakyat menzahirkan kuasanya. Maka jatuhlah UMNO dan BN setelah sekian lama berkuasa.
Semoga PH menunaikan janji-janji mereka. Peristiwa 9 Mei, 2018 tercipta melakar sejarah. Mereka harus ambil pengajaran. Jika tidak, rakyat tidak teragak-agak untuk memperlakukan perkara yang sama kepada PH dalam PRU akan datang.
Pesan saya kepada netizen yang menghina dan mengutuk Tony:
1. Korang boleh bercakap macam-macam sebab korang tidak duduk di tempat Tony. Cakap dan tulis semua orang boleh. Tapi bila berhadapan dengan situasi sebenar, bukan semua orang mampu menghadapinya. Tahukah korang bahawa Air Asia merupakan sebuah syarikat yang sangat menjaga kebajikan kakitangannya. Kalau tak, takkanlah kerja sebagai ground staff mereka boleh bertahan sampai berbelas tahun? Sedangkan Jo Power iaitu ground staff Malaysia Airline, 2 3 bulan bertukar orang. Bayangkan, ground staff pun boleh jadi pramugara, pramugari dan pilot di Air Asia. Itu korang perlu tahu. Bagaimana dia nak survive kalau dia mengalami kerugian jutaan ringgit? Staff dia bukan 200 300, beribu. Yang masuk kelas saya tu, belum ada yang berulang Yang ulang pun yang masuk kelas orang lain 10 12 tahun dulu. So jangan sedap cakap dan tulis. Tulislah dengan otak yang bijak.
2. Korang kata sekarang baru Tony berani upload video sebab PH menang. Bayangkan korang duduk kat tempat dia. Memanglah dia baru berani upload sebab sekarang PH boleh ambil tindakan kepada pesalah dan perniagaan dia boleh berjalan lancer. Kalau BN masih memerintah, tak payah cakap Tony, kalau korang, berani ke korang nak upload video macam tu? Air Asia akan tutup la jawabnya. Kalau korang pentingkan diri sendiri mungkin korang akan buat. Tapi Tony fikirkan tentang ribuan kakitangan dia. Kalau Air Asia tutup, macam mana nasib staff yang beribu orang tu? Kadar pengangguran akan naik dan kemiskinan juga meningkat. Rakyat Malaysia, boleh tak jadi rakyat yang bijak? Jangan cakap ikut sedap je. Ya betul. Tony tu berbilion ringgit duit dia. Yelah, sebab dia usaha dari bawah. Dari akademi Air Asia tu kecik, kokak, student pun makan kat luar, meja kat bawah pokok, orang datang jual makanan dengan van sampai sekarang dia dah ada akademi yang besar dan lengkap. Tu baru akademi belum kira penerbangan dan peralatan. Korang ingat senang ke nak sampai tahap tu? Kalau korang tak suka dia kaya, korang bukalah perniagaan yang sama jadi pesaing dia. Ni penerbangan tambang murah ada satu je dalam Negara ni. Macam mana dia tak kaya? Korang ni, dengki khianat tu lebih. Selalu yang dengki ni tak lain tak bukan, orang Melayu dan Islam. Macam ni ke sikap korang? Macam mana Negara nak maju? Lepas tu sibuk salahkan pemimpin tapi korang yang tak bijak. Tak payah cakap Negara, kalau asyik dengki dan saling menjatuhkan, korang pun takkan maju. Kalau korang tak maju, macam mana Negara nak maju? Patutlah Tun M sampai buat puisi Melayu mudah lupa. Memang nilah sikap orang Melayu. Come on la. Jomlah kita jadi Melayu baru sempena Malaysia baru ni. Ingat, siapa yang jatuhkan empayar Melaka yang gemilang dulu? Melayulah, siapa lagi? Lepas tu korang tak suka bangsa lain. Malulah sikit. Berusaha, buat kerja tu bersungguh-sungguh. Nak marah, nak komen, komen dengan bijak. Jangan nampakkan kebodohan korang. Bangsa lain sedap-sedap je katawakan korang. Sebab koranglah jugak.
Dahlah, penatlah marah. Nak pergi meeting pulak. Bye.
Sunday, May 13, 2018
DAP vs MCA
Seperti yang saya janjikan, petang ni saya nak tulis tentang perbezaan kedua-dua parti ni.
Ingat tak pada Dyana Sofya, setiausaha YB Lim Kit Siang yang hangat diperkatakan enam tahun lalu tentang pendiriannya menyertai Parti DAP? Ramai yang mengecam beliau kerana secara terbuka menyertai dan menyebelahi DAP terutamanya di kalangan Orang Melayu. Pada masa tu, saya pun tak faham, kenapa Dyana sanggup bersekutu dengan Bangsa Cina untuk menjatuhkan Melayu? Tapi fikiran itu berlalu begitu sahaja sebab saya tak minat politik dan malas ambil tahu. Lantak kaulah nak masuk parti apa pun.
Dan mungkin pada masa tu saya bukan seorang yang bijak dan mengkaji sesuatu isu secara mendalam. Rasanya saya baru je jadi bijak walaupun tak bijak sangat. Sebab apa? Sebab saya sekarang ni di Unit Aksesibiliti Dan Advokasi. Unit ni yang mengajar saya supaya banyak membaca, banyak belajar, lebih terbuka dalam melihat sesuatu isu dan saya mula berpegang bahawa setiap manusia mempunyai hak. Tak ada siapa boleh menyekat hak dan kebebasan seseorang. Hari ni, baru saya tahu sebenarnya, Dyana tak salah. Rakyat Malaysia tidak seharusnya mengecam beliau kerana memilih Parti DAP.
Kenapa saya kata begitu? Jom kita tengok apa sebenarnya Parti DAP dan MCA.
NAMA PARTI
Jika dilihat pada nama parti, kita sepatutnya sudah mampu mengagak perjuangan sesebuah parti berkenaan.
DAP =Parti Tindakan Demokratik
MCA =Malaysian Chinese Association / Persatuan Cina Malaysia
Boleh agak tak objektif kedua-dua parti ni?
Hasil saya berlegar-legar dalam laman sesawang kedua-dua parti ni, saya temui perkara berikut:
DAP
Matlamat Parti
Mukadimah:
Perlembagaan Merdeka merupakan satu dokumen secular yang mendukung prinsip-prinsip demokrasi, kebebasan, kedaulatan undang-undang, dan penghormatan kepada hak-hak asasi manusia serta merangkumi ideal-ideal kebertanggungjawaban, kesaksamaan, keadilan dan pemeliharaan martabat manusia.
Prinsip-prinsip tersebut boleh memacu daya perpaduan dan penyatuan dalam masyarakat majmuk dari segi kepelbagaian kaum, agama dan budaya di tanahair kita dan juga di antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Berpandukan ideal-ideal tersebut, rakyat Malaysia boleh mengorak langkah ke arah pembangunan demokrasi dan ekonomi yang seiring, kebebasan tanpa penindasan, kesaksamaan peluang diutamakan berbanding kesaksamaan hasil, dan kedaulatan undang-undang demi keadilan sosial.
Objektif:
1. Menubuhkan konsep demokrasi yang berlandaskan nilai demokrasi sosial di Malaysia menerusi perjuangan system parlimen berperlembagaan.
2. Mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal, iaitu sebagai sistem undang-undang tertinggi negara yang menghormati nilai-nilai demokrasi dan hak asasi manusia dengan memberi hak yang saksama kepada setiap rakyat Malaysia.
3. Memupuk integrasi kebangsaan dengan Sabah dan Sarawak, mengiktiraf hak-hak istimewa kedua-dua negeri tersebut serta memupuk semangat kebangsaan dan perpaduan di antara semua kaum bagi melahirkan identity bersama rakyat Malaysia yang bersatupadu.
4. Mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi yang merangkumi kebebasan pelbagai agama daripada diancam oleh undang-undang yang bersifat menindas dan akta-akta yang berunsur diskriminasi.
5. Mempertahankan dan menjunjung kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan menjamin kewajipan dan hak untuk mempertingkatkan status, memperkembangkan, mempelajari dan menggunakan bahasa-bahasa ibunda yang lain, termasuk Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa asal.
6. Menjadikan integriti, etika, keprihatinan sebagai nilai-nilai moral yang utama bagi mewujudkan ketelusan dan sebagai pendekatan yang liberal, saling menghormati dan pemahaman di antara tradisi kebudayaan dan kepercayaan agama yang berbeza.
7. Memperkembangkan, mempertahankan dan melindungi kedaulatan dan integriti Malaysia sebagai sebuah Negara yang merdeka.
8. Menjadikan ASEAN sebagai komuniti yang berlandaskan pemerintahan baik, demokrasi dan menghormati hak asasi manusia dan juga sebagai rantau yang bebas daripada nuclear, serta aman, bebas dan berkecuali.
9. Memupuk, memperkembangkan serta memperluaskan demokrasi pada semua peringkat, terutamanya memulihkan pilihan raya tempatan, memperkasakan kuasa rakyat dari segi bentuk dan isi kandungannya dan mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan berlandaskan prinsip-prinsip kesaksamaan, kebebasan, keadilan dan proses pilihan raya yang bebas dan juga kebebasan akhbar.
10. Memberi peluang yang saksama dan mengagihkan kekayaan ekonomi kepada semua rakyat berdasarkan penciptaan nilai-nilai dalam pasaran yang bersaing dan tataekonomi yang menegaskan penciptaan kekayaan dan pengagihan kekayaan yang saksama.
11. Berjanji untuk mempertingkatkan taraf pendidikan berdasarkan hanya kepada merit dan keperluan, serta memberikan akses penuh dan peluang yang sama kepada pendidikan peringkat awal, peringkat menengah dan peringkat tinggi, terutamanya sektor-sektor teknologi maklumat yang mengutamakan ilmu.
12. Melindungi hak-hak pekerja dan kesatuan sekerja di bawah kerangka hak untuk bekerja, pembayaran gaji yang adil dan berpatutan kepada pekerja dan mempertahankan gaji sebenar mereka demi menjamin kesejahteraan hidup dan taraf kehidupan yang berpatutan kepada semua.
13. Menghapuskan segala bentuk diskriminasi jantina terhadap wanita dalam bidang perkerjaan, pendidikan dan kesihatan.
14. Memperkasakan remaja dengan memberikan mereka pilihan dan peluang untuk berkuasa sementara mempertingkatkan kesedaran mereka terhadap kewajipan dan tanggungjawab.
15. Menegakkan keadilan dan menjaga keamanan semua rakyat dengan menghormati kedaulatan undang-undang, mewujudkan serta menjamin penjiranan dan komuniti yang selamat dan terjamin.
16. Menginstitusikan akauntabiliti dan ketelusan yang mengawal rasuah dan penyelewengan dalam pengurusan kewangan dan juga mewujudkan nilai-nilai integriti dan amanah dalam pentadbiran kerajaan.
17. Menawarkan perkhidmatan kesihatan awam yang mampu dibiayai oleh semua, mudah dinikmati dan bertanggungjawab yang menjamin keperluan golongan yang sakit, kurang berupaya dan berusia.
18. Mencegah kemerosotan dan pemusnahan alam sekitar yang berlarutan demi memelihara pusaka warisan.
Dipetik daripada:
https://dapmalaysia.org
Secara dasarnya, setelah membaca objektif dan matlamat parti ini, adakah pembaca melihat atau mengesan mana-mana frasa yang menunjukkan DAP ini hanya untuk Kaum Cina?
Kenapa kita bersetuju apabila orang kata DAP itu Cina? Sebab parti ini didominasi Bangsa Cina. Namun, keahlian parti ini tidak terbuka hanya kepada Bangsa Cina.
Sekarang, mari kita lihat apa pula objektif penubuhan MCA.
Ikrar Parti
Kami, sebagai ahli MCA, berikrar untuk:
1. Berkhidmat kepada Parti dan Negara dengan penuh setia, Membina sebuah masyarakat yang adil.
2. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dam menjaga Kebebasan Demokrasi.
3. Mematuhi Disiplin Parti dan mempertahankan maruah MCA.
4. Mematuhi kepimpinan parti dan Melaksanakan Halatuju Parti.
5. Menghormati dan Menyayangi saudara-saudari parti, dan Menguatkan Perpaduan.
6. Komited terhadap tindakan bersepadu untuk menyebarkan kebudayaan dan tradisi kita.
7. Tidak menyerah kalah dalam pelaksanaan matlamat politik kami.
8. Bersama-sama menggalakkan perpaduan negara dengan sepenuh hati.
Dipetik daripada:
http://www.mca.org.my
Kedua-dua objektif/matlamat/ikrar parti ini dapat saya simpulkan di sini bahawa:
1. DAP menyebut dengan jelas perjuangan mereka untuk semua rakyat antara lain yang membuktikan bahawa perjuangannya untuk semua adalah:
a. Memartabatkan Bahasa Malaysia serta meningkatkan status bahasa lain iaitu bahasa Cina, Tamil, Inggeris dan lain-lain.
b. Memberi hak yang sama kepada semua rakyat Malaysia.
c. Mengagihkan kekayaan ekonomi kepada semua rakyat.
d. Menegakkan keadilan dan menjaga keamanan semua rakyat.
(Sila rujuk objektif Parti DAP di atas)
2. MCA pula menyebut dengan jelas bahawa perjuangan mereka untuk parti mereka seperti:
a. Berkhidmat kepada parti dan negara.
b. Mematuhi disiplin parti dan menjaga marwah MCA.
c. Mematuhi kepimpinan parti.
d. Menghormati dan menyayangi saudara dan saudari parti.
e. Tindakan bersepadu untuk menyebar kebudayaan dan tradisi kita.
Cuma pada objektif lapan ada menyebut Bersama-sama menggalakkan perpaduan negara dengan sepenuh hati.
(Sila rujuk ikrar Parti MCA di atas)
OK. Masih belum jelaskan keahlian kedua-dua parti tersebut?
Mari kita semak syarat mendaftar sebagai ahli kedua-dua parti:
DAP:
Rakyat Malaysia yang berumur 17 tahun dan ke atas adalah layak menjadi ahli parti.
Dipetik dari laman sesawang DAP.
MCA:
a. Berumur tidak kurang dari 18 tahun.
b. Warganegara Malaysia berbangsa Cina.
c. Bersetuju untuk mematuhi semua peraturan, undang-undang kecil serta syarat-syarat yang digunapakai kepada keahlian parti dari masa ke semasa untuk mematuhi perlembagaan parti dan program, prinsip dan dasar parti.
d. Tidak boleh menjadi ahli atau dikaitkan dengan parti politik yang lain.
Maka dengan syarat keahlian kedua-dua parti ini terbukti bahawa keahlian Parti DAP terbuka kepada semua bangsa di Malaysia manakala keahlian Parti MCA hanya terbuka kepada mereka berbangsa Cina.
Jadi, kenapa UMNO/BN sering memomokkan rakyat dengan pengambilalihan kuasa pentadbiran negara oleh Parti DAP? Sedarkah mereka bahawa parti gabungan mereka MCA itu hanya untuk Kaum Cina?
Satu yang boleh dipuji, Pakatan Harapan tidak pernah memainkan isu ini walaupun mereka tahu akan keahlian Parti MCA hanya untuk Kaum Cina.
Bagaimana mahu jadi pemimpin kalau isu perkauman dimainkan? Sedangkan pemimpin Malaysia harus bersedia untuk menyatu-padukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa bukan menakut-nakutkan suatu bangsa dengan bangsa yang lain. Tidak sedarkah mereka bahawa perbuatan mereka ini menimbulkan rasa tidak puas hati serta perkauman antara satu bangsa dengan bangsa yang lain?
Rakyat Malaysia, bangkitlah. Jangan lena lagi. Kita harus bijak menilai dan membuat keputusan. Sama-sama kita tingkatkan ilmu kita yang cetek ini agar tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak sekalipun pihak pemerintah.
Akhir kata, saya mohon maaf sekiranya tulisan entri ini menyentuh hati mana-mana pihak. Sesungguhnya saya tidak bermaksud demikian apatah lagi untuk menyentuh isu perkauman. Sekadar ingin memberi kesedaran kepada rakyat tentang rialiti sebenar.
Salam sayang dari saya yang kerdil ini.
Politik Menipu Rakyat
Assalammualaikum dan salam sejahtera pembaca budiman.
Pilihanraya Umum Malaysia kali ni amat panas bahangnya. Saya sendiri yang tidak minat politik pun mula mengambil tahu dan membuat pembacaan serta kajian.
Memang benar kata orang, membaca itu luas pengetahuan. Kata xboss saya En. Fairuz, "You kena banyak membaca untuk menjadi seorang yang bijak,"
Dan saya mula cintakan pembacaan apabila melihat orang-orang bijak pandai bercakap. Penuh dengan fakta seperti Tun Mahathir Mohamad. Jika dulu, sewaktu Tun M menjadi Perdana Malaysia ke-4, saya bukanlah seorang yang meminati beliau. Mungkin kerana saya tidak berpengetahuan, so dengar je dari cerita orang yang tak sukakan dia. Tapi tak adalah sampai benci dan kutuk Tun M. Sekadar biasa-biasa saja. Oh, Tun M PM kita. Itu je.
Dan rakyat Malaysia, saya seru anda semua untuk rajin membaca seperti rakyat Jepun. Bacalah perkara yang berfaedah. Boleh baca novel cinta tapi pelbagaikan bahan bacaan anda.
Malang sungguh orang seperti saya yang tidak banyak membaca serta kurang ilmu ni. Selama ni kita dimomokkan dengan kata-kata, jangan sokong pembangkang kelak nanti DAP akan memerintah Malaysia. Itulah juga sentimen yang diwujudkan oleh kerajaan sebelum ini.
So, kita ramai-ramai berpendapat bahawa DAP tu ada agenda tersembunyi. DAP tu sebenarnya memperjuangkan rakyat berbangsa China sahaja. Mereka mahu jadikan Malaysia ini negara mereka iaitu negara China. Mereka mahu tawan Malaysia dan mereka mahu jatuhkan orang Melayu. Itulah juga yang saya anggap selama ni sehinggalah pelbagai masalah negara berlaku.
Baru-baru ni saya terfikir, masalah negara yang kian runcing ini disebabkan pemimpin Melayu bukan Cina. Tapi kenapa barisan kepimpinan mereka menanamkan kepada rakyat, DAP tu nak ambil Malaysia? Lebih pelik apabila Tun Mahathir yang sangat sayangkan orang Melayu menganggotai Pakatan Harapan yang di dalamnya terdapat DAP? Dunia dah nak terbalik ke? Boleh percaya ke Tun M ni?
Apabila melihat manufesto Pakatan Harapan, saya jadi berminat dengan PH. Lantaklah siapapun yang perintah negara, yang penting rakyat terbela.
Akhirnya saya sangat happy bila PH menang. Saya ni bukan ahli PH atau mana-mana parti pun. Sekadar rakyat biasa yang cintakan negara dan mahu negara ini maju macam negara maju. Saya nak, orang Malaysia yang pakar dalam semua bidang dan bangunkan negara ni. Tak perlulah minta tolong US durjana tu. Tak payah nak harapkan China komunis sana tolong kita. Silap-silap, negara kita dia ambil. Tu baru betul Cina ambil Malaysia.
Keesokan hari setelah PH menang, saya lihat salah seorang Puteri UMNO update status Facebook dengan mengatakan, DAP akan ambil Malaysia. MARA, Felda dan Tabung Haji akan musnah. Bukankah MARA, Felda dan Tabung Haji dah separuh musnah ke sekarang? Silap-silap tinggal suku je lagi. Itu semua sebab siapa? Sebab pemimpin Melayu kan? Sebab orang yang paling rakyat percaya dan harapkan untuk melindungi negara ini kan? Bercakap tentang DAP akan ambil Malaysia sebab PH menang, otak saya sekali lagi berputar ligat berfikir, habis tu selama ni dia orang tu bergabung dengan MCA dan MIC tu tak takut ke dia orang ambil Malaysia? Apa beza MCA dan DAP? Setahu saya, kedua-duanya dianggotai oleh orang Cina. Tak boleh jadi ni. Saya dah basuh jugaklah Puteri UMNO tu. Tapi saya kena cari fakta supaya kukuhkan lagi hujah saya. Prinsip saya, sebelum bercakap, kena ada fakta tepat. Kena betul-betul confirm. So, saya kena cari maklumat pasal DAP dan MCA ni.
Saya tanya my Xboss tentang DAP dan MCA. Memeranjatkan! Jawapan dia, "MCA lagi teruk, dia hanya memperjuangkan Bangsa Cina je sedangkan DAP sama macam parti lain dalam PH."
Saya terdiam. Rasa sedih dan marah kepada kerajaan sebelum ni yang memperbodohkan rakyat. Saya rasa betapa bodohnya saya selama ni sebab percaya sentimen mereka.
"Tapi dua-dua Cina kan?" Masih berharap agar kepercayaan saya selama ni betul. Takkanlah pemimpin negara nak tipu kita. Tapi tak hairan kalau tipu pun. Negara pun nak dijual, harta rakyat pun dilesapkan.
"DAP sebenarnya Parti Demokratik di mana keahliannya terbuka kepada semua bangsa cuma didominasi oleh orang Cina. MCA, terbuka kepada Kaum Cina sahaja. Orang Melayu tak boleh jadi ahli MCA. Dia sebenarnya memperjuangkan Kaum Cina," Jawab Xboss saya yakin. Kenyataan Xboss saya ni disokong oleh kawan berbangsa Cina sewaktu kami membincangkan politik Malaysia yang baru ni. Katanya, kalau pergi MCA, Semuanya berbahasa Cina. Orang Melayu kalau masuk sana, takkan faham apa dia orang cakap. Inggeris pun sikit-sikit je. "Semuanya chin chang, chin chang. You pun kena cincang," Hahahahaha... Lawak!
Xboss saya ni salah seorang yang saya kagumi kebijaksanaannya. Saya pernah bercita-cita nak jadi bijak macam dia. Selalunya apa yang dia cakap ni betul. Tapi, saya tak bolehlah percaya bulat-bulat. saya kena ada bukti dan fakta kukuh.
So saya ni dah jadi macam pengkaji politik pulak dua tiga hari ni. Dan pagi ni, saya jumpa sesuatu yang memeranjatkan. Saya akan kongsikan dengan pembaca tentang perbezaan DAP dan MCA. Janganlah lagi kita jadi rakyat yang cetek pengetahuan yang senang-senang boleh diperdaya oleh kerajaan sendiri. No more!
Friday, May 11, 2018
Tahniah Rakyat Malaysia, Tahniah Pakatan Harapan
Assalammualaikum pembaca budiman.
Salam sejahtera semua.
Jarang saya menulis tentang politik di sini. Sebab saya tak suka politik. Tapi sejak akhir-akhir ni, saya menyampah dengan kerajaan BN yang melakukan perkara-perkara yang merosakkan imej Malaysia, menyusahkan rakyat serta pelbagai kesilapan. Malaslah nak tulis pasal tu, banyak blog dah tulis tentang mereka.
28 April, 2018:
Merupakan hari penamaan calon bertanding bagi setiap parti. Saya lihat, PRU kali ini terlalu hangat bahangnya sehinggakan di sana sini terjadi perang bendera. Rata-rata parti bertanding dalam keadaan tiga penjuru.
Saya lihat, Pakatan Harapan bermati-matian untuk mendapatkan tampuk pemerintahan negara. Paling menarik apabila Tun Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-4 sekali lagi bertanding menerusi Pakatan Harapan. Beliau juga dinobatkan sebagai Calon Perdana Menteri Malaysia ke-7 dengan Datin Sri Wan Azizah sebagai calon Timbalan Presiden dan Datuk Sri Anuar Ibrahim sebagai Calon Perdana Menteri Malaysia menanti. Bak kata Saudara Rafizi, "orang lain tak buat, kita buat," Saya dengarpun nak ketawa.
Pertandingan kali ini amat hebat dan sengit. Keseimbangan parti bertanding dilihat serata atau jika diperhalusi berat kepada Pakatan Harapan untuk memenangi PRU ke-14 kerana Pakatan Harapan mempunyai tokoh-tokoh yang bijak. Manakala Barisan Nasional (BN) membariskan calon-calon yang tidak lagi dipercayai rakayt terutamanya Datuk Sri Najib Tun Razak sebagai calon Perdana Menteri Malaysia mempertahankan kedudukannya. Hal ini ditambah dengan kesilapan demi kesilapan yang dilakukan kerajaan sedia ada yang membangkitkan kemarahan rakyat. Dalam entri ini saya tidak akan mengulas parti lain bertanding. Tumpuan saya hanya kepada dua gabungan parti bertanding yang telah saya nyatakan sahaja.
Meskipun halangan demi halangan terhadap kempen Pakatan Harapan (PH) namun, kempen mereka berjalan lancar dengan dihadiri ramai orang awam. Manakala BN pula, giat berkempen melalui media cetak dan elektronik dominasi mereka.
Daripada pemerhatian saya yang bukan pakar politik ini, kempen PRU Malaysia terutamanya melalui media cetak dan elektronik ni zaman berzaman berat sebelah sejak dari dulu sampai sekarang. Agaknya memang parti pemerintah ni takut turun takhta kot. Parti lawan tidak dibenarkan penyiaran kempen mereka di media cetak sedangkan parti pemerintah bermaharajalela berkempen, menghentam dan mengutuk pihak lawan secara terbuka di media. Media kita tidak cukup matang apabila tidak memberi ruang kepada pihak lawan untuk membalas serangan, mempertahankan diri atau menjelaskan sesuatu isu berbangkit. Sungguh menyedihkan menjadi rakyat Malaysia yang tidak dapat menilai kedua-dua belah pihak bertanding bagi membuat pilihan tepat. Mujurlah sekarang ni ada internet dan media sosial. Sekurang-kurangnya ia membantu kempen pihak lawan atau suara mereka untuk sampai kepada rakyat.
PRU kali ini juga memperlihatkan kematangan rakyat Malaysia dalam memilih pemimpin mereka. Bilangan orang awam yang keluar mendengar ceramah parti lawan tidak lagi kurang seperti dahulu. Mungkin benar, rakyat Malaysia kini semakin matang dan bijak dalam membuat penilaian meskipun disogokkan dengan bantuan kewangan. Kami sudah tahu membuat kira-kira untung rugi manufesto kedua-dua belah pihak. Bahkan, daripada itu, kita ketahui bahawa wang bukanlah segala-galanya bagi rakyat Malaysia. Alhamdulillah, ada ramai rupanya bangsa Malaysia yang bermarwah.
Namun saya tidak faham dengan manufesto BN yang saya kira tidak matang dan kebudak-budakan. Adakah kerana terlalu takut menyebabkan mereka melakukan kesilapan demi kesilapan dalam membentangkan manufesto mereka? Tidak payah melihat kepada manufesto yang berat. Kita lihat janji kecil mereka. Cuti dua hari pada hari Isnin dan Selasa berikutnya. Apa mereka ingat rakyat tak ada urusan lain? Selepas mengundi balik bekerja terutamanya yang dari jauh lepas tu nak balik semula untuk cuti Sabtu-Selasa? Seterusnya pembayaran tol percuma selama lima hari untuk hari raya puasa. Come on la, setakat lima hari tol percuma tu tak beri kesan besar pun kepada rakyat. Bukan rakyat perlu lalu tol tu 10 kali sehari setiap orang. Apa mereka fikir rakyat Malaysia ni budak-budak ke yang perlu diberi gula-gula? Beginikah pemikiran bakal pemimpin? Amat menyedihkan. Bangkitlah rakyat Malaysia. Kita sedang dipermainkan. Tidak terkecuali janji perlepasan cukai pendapatan bagi mereka berusia 26 tahun ke bawah. BN sedang buat lawak ke apa ni? Berapa sangat rakyat yang berusia 26 tahun ke bawah membayar cukai pendapatan? Budak baru habis belajar dan baru mula kerja. Cukai pendapatan apa? Kalau ada pun tak ramai. Sepatutnya mereka yang bijak pandai dalam BN kena buat plan dan janji sesuatu yang benar-benar menguntungkan rakyat. Bukan untung sedikit sekejap lepas tu rugi besar. Di mana kebajikan rakyat ni kalian letakkan?
Ketahuilah, rakyat sedang marah kepada kerajaan atas isu-isu yang brlaku. So, jangan tambahkan kemarahan rakyat. Mereka rasa mereka cukup gagah berkuasa tapi mereka lupa bahawa rakyat lebih berkuasa dan kami akan zahirkan kuasa kami dalam PRU 14.
Dengan kehadiran Tun M sebagai calon Perdana Menteri Malaysia, saya kira ramai rakyat yang setia kepada BN akan berpaling tadah. Bukan kerana apa tetapi kerana kesilapan yang BN lakukan dan mereka tahu profil Tun M yang memerintah negara sebelum ini.
Tapi, bukan mudah untuk PH menyertai PRU bagi merebut tampuk pemerintahan negara. Pelbagai ujian dan dugaan harus mereka hadapi. Misalnya, tayar kapal terbang Tun M yang rosak untuk melakukan penerbangan ke Langkawi, tempat beliau akan bertanding bagi proses penamaan calon. Tun M menunggu lama kerana juruterbang memberitahunya mereka cuba untuk membaikpulih kerosakan berkenaan. Malangnya, tiada pegawai DCA datang menemui beliau. Jika diikutkan, Tun M mahu ke Langkawi dengan menaiki kereta tetapi dinasihatkan oleh ahli keluarganya agar tidak berbuat demikian kerana mereka tidak mahu Tun M letih dan kesihatan Tun M terganggu. Kapal terbang komersial pula tiada jadual yang bersesuaian dengan waktu Tun M. Tun M, Toh Puan Hasmah dan Datin Paduka Marina mula resah.
Kalau Allah dah tuliskan bahawa rezeki Tun M ada untuk bertanding maka, Allah lorongkan jalan kepadanya. Dalam waktu mereka keresahan menanti pesawat dibaiki dan tiada tanda masalah tersebut dapat diselesaikan, kawan kepada adik Datin Paduka Marina tiba di lapangan terbang. Beliau mahu ke Singapura. Dalam perbualan mereka, kawan tersebut bertanya akan destinasi Tun M sekeluarga. Apabila mengetahui pesawat Tun M rosak, kawan tersebut menawarkan pesawatnya untuk dinaiki. Maka Tun M dan rombongan berangkat ke Langkawi dengan menaiki pesawat peribadi kawan anak Tun M.
Banyak lagi kisah dugaan calon untuk bertanding.
9 Mei, 2014 hari mengundi untuk orang awam:
Bagaikan hari raya, rakyat seawal mungkin keluar mengundi. Situasi klise, adalah permasalahan tentang peti undi yang tersalah label, peti undi membawa undi palsu, peti undi dilarikan tapi katanya dapat dikejar dan dihalang dari dibawa lari dan pengiraan semula undi.
Seluruh rakyat Malaysia mengharapkan perubahan terhadap kerajaan Malaysia. Kami mahu Malaysia dipandang gah seantero dunia seperti dulu. Kami mahukan kemajuan dalam pelbagai aspek termasuk infrastruktur, ekonomi dan lain-lain tanpa membelakangkan hal-hal keagamaan. Dinding-dinding Facebook juga banyak menampilkan status berkenaan PRU dan undi. Selepas jam 5, rata-rata rakyat berdebar menanti proses pengiraan undi berlangsung dan pengumuman kerajaan yang akan mentadbir negara tercinta ini untuk lima tahun akan datang.
Dalam jam 10 lebih malam, saya mendapat berita tidak rasmi bahawa PH memenangi PRU ke-14 sekaligus menawan Putrajaya. Hanya Allah yang tahu perasaan saya bercampur-baur. Saya harap kerajaan baru ini mampu membersihkan nama serta imej Malaysia yang telah tercalar, mendaulatkan Malaysia, menyelesaikan isu 1MDB, isu projek mega yang dianugerahkan kepada negara asing, MH370, akta-akta yang telah dibuat bagi melindungi individu tertentu, GST, isu harga minyak, subsidi kepada rakyat, isu PTPTN dan biasiswa, isu MARA, FELDA dan Proton, isu tanah Malaysia yang dijual/beri kepada warga asing, isu pendatang asing, isu pengangguran, isu isu keselamatan negara, SPRM, Peguam Negara, kehakiman negara dan beberapa jabatan yang perlu dibebaskan daripada belenggu penguasa serta banyak lagi. Kesiannya Tun M yang telah berusia 93 tahun namun kini terbeban di bahunya segala permasalahan besar lagi berat.
10 Mei, 2018:
Istiadat Angkat Sumpah, Perdana Menteri Malaysia Ke-7, Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Sekali lagi kerisauan rakyat Malaysia mendebarkan hati serta perasaan apabila Tun M ditangguhkan daripada mengangkat sumpah kerana kononnya tiada parti majoriti yang memenangi PRU kerana gabungan PH tidak sah. Ini pun bagai ada yang telah merencanakan isu tidak sah ini. Biarpun, surat persetujuan setiap parti dalam PH memilih Tun M sebagai PM telah ditandatangan, DYMM Yang Dipertuan Agong mahu menemui Ketua Parti Keadilan Rakyat dan lain-lain parti untuk mendapatkan keizinan perlantikan Tun sebagai PM.
Dari pagi tunda ke petang. Akhirnya malam barulah selesai upacara mengangkat sumpah Perdana Menteri Malaysia Ke-7. Majoriti rakyat Malaysia menghela nafas lega apabila berakhirnya istiadat berkenaan.
Saya pelik dengan SPR yang melambat-lambatkan proses perlantikan berkenaan. Semua pihak harus menghormati hak serta pilihan rakyat yang memilih Tun M sebagai PM kami. Ini negara demokrasi. Jangan cabuli hak kami. Takut kepada siapa? Kepada pihak tertentu? Mereka sudah tiada kuasa. Kalau mahu menghukum kalian, kerajaan baru yang akan mengambil tindakan ke atas kecuaian kalian.
Alhamdulillah, segalanya selesai. Malaysia kini mempunyai kerajaan baru yang membawa harapan baru untuk seluruh rakyat jelata di segenap pelusuk negara.
Tahniah Tun Mahathir dan terima kasih kerana dalam usia begini, Tun berkorban mengambil alih negara untuk kepentingan kami rakyat Malaysia. Semoga Allah memberi hidayah dan memimpin Tun dalam setiap urusan agar ianya selari dengan syariatNya.
Tahniah Pakatan Harapan atas kemenangan ini. Kejayaan ini bermakna bahu kalian dibebani dengan segala permasalahan yang telah ditinggalkan dan yang akan datang. Berkhidmatlah ikhlas untuk rakyat dan Malaysia. Jangan sesekali mengkhianati kami kerana kuasa ada di tangan kami. Ambil sebagai pengajaran bagaimana kami menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional yang telah mentadbir Malaysia selama 60 tahun.
Tahniah juga buat rakyat Malaysia kerana telah mengundi dengan bijak dan matang. Semoga kita sama-sama membantu kerajaan yang kita pilih ini untuk membangunkan negara dengan lebih pesat. Mari kita berubah menjadi rakyat yang lebih prihatin, berdikari, berdisiplin, berilmu, amanah, rajin dan tekun agar negara ini mampu bersaing dengan negara maju. Maju mundurnya sesebuah negara adalah kerana rakyatnya.
**********************
Banyak lagi yang ingin saya coretkan tentang PRU ni. Nantilah kalau ada masa dan kalau rajin nak ulas tentang PRU ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)