Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Wednesday, August 14, 2019
Cantik Macam Durian
Alkisahnya tengahari tadi saya pergilah membeli durian. Hari ni, ada peniaga durian yang berniaga kat car park ofis ni.
Kebetulan Udang Merah kegemaran saya ada dijual. RM20.00 1 KG dan berat durian saya 1.4 KG. So, harganya RM28.00. Berbaloilah berbanding sebiji Pizza durian RM40.00 yang tidak diketahui kuantiti durian sebanyak mana dan jenis durian apa yang digunakan.
Saya beli dan minta dia buka siap-siap. Dia letak dalam tupperware.
Lepas tu, Yon pulak nak beli. Dia ajak teman. So sekali lagi saya bertandang ke tempat jual durian. Ada sorang pakcik ni sedang enak menjamu selera Durian Musang King.
"Tinta nak rasa?" Tanya pakcik dan guard yang ada di situ kepada saya. Pucuk dicita ulam mendatang. "Nak," Jawab saya.
Yon: Kuningnya isi dia. Cantik.
Kebetulan saya berdiri di belakang Yon dan abang jual durian tu.
Abang Durian: Memang cantik. Macam adik kat belakang ni.
Saya malas nak layan dia cakap apa. Saya buat-buat tak dengar.
Yon: Apa?
Abang Durian: Cantik macam adik kat belakang ni.
Yon: Hayyooo... Dia kata durian tu cantik macam you, Tinta.
Saya terdiam. Tak tahu nak jawab apa. Nanti karang orang kata perasan pulak.
Saya: Pengsan terus.
Abang Durian: Eh, apa pengsan pulak? Dah cantik. Bukan apapun.
Ada ke patut samakan saya dengan buah durian yang dia jual? Hehehehe... Memang nak kena ni.
Saya terus berpusing ke arah meja pakcik tadi dan mengambil durian yang diberikan bagi menamatkan perbualan isu cantik tersebut. Seganlah.
Guard: Tinta nak lagi?
Tanya guard yang kebetulan ada di situ setelah dilihatnya durian yang saya makan habis.
Pakcik empunya durian: Nak lagi, ambillah.
Hehehee... Cukuplah tu. Bagi betis nak paha pulak nanti. Mentang-mentang free. Dah namanya rasa. Seulas cukuplah. Kalau ikutkan hati, confirm nak lagi.
Orang rasa dulu baru beli. Ni beli dulu baru rasa. Dahlah beli Udang Merah, rasa Musang King. Melampau betul. Hahahaha...
Lancome Teint Idole Ultrawear - Review
Hahahaha tak habis lagi nak review pasal foundation kegemaran saya ni.
Jangan lari dulu. Sila duduk.
Pesan saya kepada mereka yang nak jimat, belilah foundation berbentuk liquid. Saya hanya gunakan satu pam sahaja untuk foundation liquid. Cukup untuk seluruh muka. Tapi saya menggunakan brush mekap. Guna tangan tak tahulah.
Lancome Ultrawear ni, dari segi bau, memang wangi. Sekali bau macam bau jasmin. Teksturnya lembut tapi pekat. Cepat kering dan ringan. Rasa macam tak pakai apa-apa kat muka. Ia senang bland dengan kulit sehingga menampakkan kulit wajah mulus, glowing dan licin. Disebabkan itu, mekap pun akan jadi lawa.
Selain tu, foundation ni tahan lama. Coverage selama 24 jam, retouch free. Korang tak payah nak touch up selama 24 jam kalau ikut dia tulis kat botol dia tu. Siapa nak pakai foundation 24 jam ni? Lainlah kalau korang jadi pramugari yang penerbangannya 24 jam. Silap-silap tu pun ada buang mekap. Takkan tak solat? Tapi saya pernah pakai foundation ni lebih kurang selama 18 jam sebab tak solat dan balik dari bersiar-siar, saya tertidur. Kulit wajah tetap lembut dan bila saya tanggalkan menggunakan mekap remover dan tisu basah, masih terang warnanya melekat kat tisu basah tu. Tak adalah kerjanya nak tanya orang elok ke tak kalau dah pukul 3.00 pagi tu. Hehehehe... Jap lagi orang marah ganggu dia tidur pulak. Oh, satu lagi, foundation ni mengurangkan minyak wajah saya. Kulit wajah saya kan berminyak. Foundation ni jugak mengandungi SPF 15. RM185.00 sebotol 30 ML. Mungkin harga ni berubah mengikut pasaran semasa.
Sekian. Bilalah Lancome ni nak bayar saya buat review produk dia ek? Hehehehe...
Lancome Beige Diaphane - Teint Idole Ultrawear
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Hari ni ada mood nak buat review pasal mekap.
Meh sini semua yang suka mekap terutamanya yang suka foundation.
Ultrawear ni antara foundation baru yang dikeluarkan oleh Lancome. Nak kata baru sangat tak jugak sebab dah dua kali saya dapat sample dia ni. Cuma mungkin orang tak perasan dan saya sendiripun tak perasan keistimewaan dia sebab tube kecik je. Pakai sekali dua dah habis.
Baru-baru ni foundation Lancome saya yang saya pakai macam pernah saya tulis dulu habis lagi. Hati tergerak nak cuba yang baru. Nak tahu jugak apa bezanya. Kalau tak best, bila habis kita balik pada yang lama. Hehehehe apa susah.
Kulit warna wanita Asia macam saya ni tak boleh pakai cerah dan gelap sangat. Tak susah orang Lancome nak cari shade yang sesuai dengan kulit saya. Almaklumlah, memang pernah pakai brand dia kan. So, dia syorkan saya untuk pakai code 03. Sebelum ni pakai 04 so agak cerah dengan kulit saya.
Kebetulan masa tu ajak si Mejat teman. Sebab dah tak ada orang nak teman. Sambil-sambil lalu nak balik tu, bolehlah menyinggah kejap.
Hari pertama saya pakai, Kak Sha tanya, "Ni foundation beli semalam ya?"
"Ha'ah. Kenapa?" Tanya saya kembali.
"Nampak licin dan kemas."
Alhamdulillah. Pada saya, mungkin Kak Sha ni bermain dengan psikologi. Yelah, benda baru kan?
Beberapa hari kemudian:
Amjat: Wei, mek, ni kau pakai foundation yang beli hari tu ek?
Saya: Ha'ah, kenapa? Apa lagi yang tak kena kat mata kau?
Hehehehe... Dia ni kan pengkritik saya.
Amjat: Wei, cantiklah foundation ni mek. Nampak sesuai dengan kulit kau. Nampak bland, lepas tu nampak smooth dan kemas.
Waaa... Jarang sekali si Mejat ni nak memuji.
Saya: Apa beza dengan yang lama, Jat?
Amjat: Tak retilah nak cakap. Tapi kalau tengok memang nampak ketara beza dia. Yang ni nampak bland dengan kulit kau. Tak nampak macam bertopeng. Lepas tu nampakkan mekap kau lawa. Mekap kau pun jadi smooth.
Saya: OK ke kuantiti foundation aku letak ni, Jat? Ke kena tambah lagi?
Amjat: Tak yah dah mek. Dah OK dah. Dia pun tak pecah.
Kak Sha yang kebetulan mendengar perbualan kami turut memberi komen.
Kak Sha: Memang nampak Tinta. Dalam gambar lagi ketara. Macam gambar yang dekat Sarawak yang kau upload kat FB tu, nampak kau glowing dan cerah.
Saya: Cerah sangat ke kak?
Takut jadi opera pulak.
Kak Sha: Taklah. Bukan cerah opera tu. Nampak kulit kau tu semulajadi, tak nampak bertopeng. Nampak flawless.
Alhamdulillah. Foundation ni akan menjadi koleksi tetap foundation saya. Siapa yang nak tengok tu, pergilah tengok kat FB saya ya. Malas nak upload gambar kat sini. Kalau dapat sponsor baru saya upload.
Lepas ni, saya nak try foundation MAC. Apa yang best sangat MAC tu? Orang kata foundation dia cantik. Mana cantik ek? Ultrawear Lancome ke MAC?
Tapi hati saya sememangnya telah menjadi milik Lancome untuk mekap. Saya suka Lancome. Nak try jugak Christian Dior. Apa yang mahal sangat foundation dia sampai RM200 lebih tu? Harga dah hampir macam foundation SK-ii yang pernah saya guna dulu. Kalau cantik dan memuaskan tak apalah. Kalau tak cantik, siap Dior!
Friday, August 9, 2019
Untuk Awak RM7.00 Sahaja
Assalammualaikum dan selamat malam semua.
Hari ni rajin nak menulis.
Dua tiga hari lepas, saya keluar makan dengan kawan-kawan. Kami memilih sebuah kedai mamak setelah kedai kegemaran kami tutup.
Masa Anei ambil order, saya macam kawan-kawan yang lain, orderlah.
Saya: Nasi putih sikit je, ayam kari, peria goring.
Lelaki: Siap.
Aik, orang lain yang ambil order, orang lain dari jauh yang jawab siap?
Saya minta air basuh tangan. Masa saya nak basuh tangan tu, saya Tanya anei, "Anei, mana air basuh?" Anei menunjukkan mangkuk air basuh dan siap tolong celupkan tangan saya. Amboi, tak payahlah tolong celupkan tangan saya pulak. Macamlah saya ni ngok sangat tak tahu nak basuh tangan sendiri. Saya cakap dalam bahasa rahsia kami. Kawan-kawan ketawa.
Setelah hidangan sampai, kami pun menjamu selera dengan enaknya.
Lepas cuci tangan, saya minta tisu dengan lelaki yang jawab siap tadi kebetulan dia lalu di tepi meja kami.
Saya: Abang, tisu.
Lelaki: Kejap. Bawa bertenang, saya ni single hari ni. Kerja single, hidup pun single. Nak kahwin, perempuan tak nak.
Saya: Motif bagi tahu hidup single tu? Siap bagi tahu nak kahwin perempuan tak nak?
Saya bercakap perlahan tetapi masih didengari oleh kawan-kawan yang duduk semeja. Gelak tawa berderai sesama kami.
Kak Sarah: Nak promot dirilah tu.
Kami ketawa lagi.
Usai semua orang makan, kami panggil dia minta kira. Dia ulang lagi hidup single tu. Apa kena dengan abang ni? Tebiat apa? Diapun datanglah kira harga makanan kami. Bila tiba part saya:
Saya: Air suam,
Lelaki: Air suam free.
Saya: Oh ye ke? Saya ingat kena bayar sebab tu saya cakap.
Lelaki: 95 pratus kedai mamak air suam kena bayar. Abang saya ni je yang bagi free. Apalah Haji Din ni.
Saya: Tak apalah. Murah rezeki dia. Saya makan nasi putih sikit, ayam kari dengan peria goring.
Lelaki: Untuk awak, RM7.00 sahaja.
Dia bercakap lembut, tidak seperti bercakap dengan kawan-kawan saya yang lain.
Saya: Yelah. Tisu tak sampai-sampai pun.
Geram pulak hati kita ni.
Ida: Oooo... Rupanya, dia promot tadi tu untuk akaklah.
Kak Sarah: Patutlah duk ulang hidup single. Promot kat Tinta rupanya.
Saya buat bodoh je. Malas nak layan kawan-kawan saya ni. Makin dilayan nanti makin menjadi pulak dia orang mengusik saya. Orang tu main-main jelah.
Jelita Itu Melampau
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Semalam saya menghadiri satu bengkel. So, ramailah orang kementerian dan NGO yang saya jumpa.
Masa nak balik, saya bersalaman dengan sorang Dr. Saya selalu jugaklah jumpa Dr. ni.
Saya: Balik dulu Dr.
Kata saya sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.
Dr.: Tinta yang sentiasa jelita.
Katanya sambil menyambut tangan saya.
Saya: Ish, tak adalah Dr. ni.
Dr.: Eh, tak. Saya tak main-main. Cakap betul ni.
Katanya serius.
Whatever! Kalau dulu, sesekali orang puji rasalah kembang. Tapi bila dah selalu, dah rasa biasa dan kadang-kadang rasa sebak kerana Allah memberikan anugerahnya kepada saya. Semoga wajah ini akan terus indah di Masyar nanti, saat bertemuNya kelak.
Amin...
Tapi bagi saya, kalau melabelkan saya sebagai jelita itu melampau. Saya ni biasa-biasa je. Kalau macam Erra Fazira tu betullah jelita.
Saya harus sedar diri bahawa saya taklah sepertimana yang diperkatakan. Ramai lagi orang lain yang jelita dan cantik.
Subscribe to:
Posts (Atom)