Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Saturday, May 25, 2019
Ayda Jebat Pilihan Gaya Raya Tahun ini
Assalammualaikum dan selamat pagi menjelang tengahari para pembaca.
Macam mana dengan puasa? OK?
Saya percaya semua orang sedang sibuk membuat persiapan hariraya. So, tahun ni, awal sikit jelah saya beli baju raya. Sebab tulah tak berapa nak happy hour kot semalam.
Tahun ni, ada orang offer diri nak teman shopping raya. Risau jugak kalau tak tahan dengan kerenah saya ni. Tapi Alhamdulillah, shopping berjalan lancer.
Setelah beberapa tahun saya memilih design under jenama Scha Alyahya, tahun ni kita ubah angina. Bertukar kepada Ayda Jebat pulak.
Bajunya simple, elegant, sesuai untuk dipakai semasa event dan kalau masuk office pun tidak keterlaluan. Saya memang suka sebab rasa tak rugi membeli. Macam tahun lepas, bajunya vogue sangat. Baru berapa kali je saya pakai. Rasa membazir pun ada. Mujur jugak saya ni selalu jadi emcee. Tapi kalau dah banyak baju vogue, setiap satu tu pakai sekali dua jelah. Sayangkan?
So semalam, tengok jugak Scha Alyahya dan Hanis Zalika. Tapi hati lebih tertarik kepada Ayda Jebat. Tambahan pula yang tolong memilihnya orang koprat, confirm pilih baju yang elegant dan sesuai ke office. Katanya pergi event cantik. Better simpan untuk special day.
Saya beli dua pasang, kedua-duanya dari Ayda Jebat. Kebetulan.
Ada beberapa baju saya berkenan dan disenaraipendekkan. Kalau ikut saya, semuanya nak beli. Jadi kita dapatkan pandangan orang untuk memilih. Tukang pilih berkenan yang warna purple dan hijau. But to be fare, dia suruh saya pilih satu dan dia pilih satu.
Tukang pilih telah memilih warna hijau untuk saya. Baju kurung moden yang labuh separas paha, ada riben untuk diikat ke belakang, tangan kembang dan bahagian bawah bajunya ada sedikit design. Manakala kainnya pula diperbuat daripada kain broket berwarna hijau keputihan dan bunganya hijau seperti baju. Potongan kain adalah bentuk A.
Saya pula memilih warna peach dipadankan dengan lace hitam di bahagian kaki baju dan lengan, baju juga separas paha dengan potongan menyenget dari kiri pendek ke kanan, berhias taburan manik halus dan simple. Taburan manik tidak terlalu banyak cukup sekadar menambah seri baju. Manakala kainnya pula warna peach seperti baju dan ada design di bahagian kanan kain dari atas ke bawah yang saya panggil sirip ikan. Hehehehehe... Sirip ni yang buatkan saya terpaut hati kat baju ni. Sebab saya belum ada koleksi macam ni. Sayakan suka design atau material kain yang lain dari lain. Yang hijau tu saya suka material broket dia.
Lepas tu, saya singgah di Ariani untuk membeli tudung. Dapatlah sehelai tudung bawal. Sekarang kan bawal dah glamor balik. Tudung berwarna off white, ada sedikit gold dan coraknya berwarna hijau seakan hijau warna baju. Sementara sehelai tudung lagi belum ditemui sebab takkan nak beli Tanah putih dua-dua? Bosanlah. Lagipun saya bukan suka sangat pakai tudung putih. So, hari ni kejap lagi nak pergi tengok tudung Nialofa. Kalau tak ada jugak,, esok keluarlah berkelana mencari tudung.
Gambar baju? Nanti saya post kalau rajin ek. Kalau tak, tengok jelah bila saya pakai nanti. Hehehehe...
Tuesday, May 21, 2019
Lembutnya Pipi Dia
Assalammualaikum dan selamat pagi semua.
Jom kita tulis blog dulu. Hari ni ramai yang cuti. So, mood cuti pun menyengat kat saya yang bekerja ni. Rasa tak meriah pejabat ni.
******************************
Kadang-kadang saya tertanya-tanya, bukan ke semua kulit perempuan tu lembut?
Rasanya semula jadi lembut kot. Cuma tangan jelah beza-beza sebab bergantung kepada penggunaan tangan dan bahan kimia yang digunakan seperti sabun basuh pinggan. Tapi kalau rajin letak lotion insya-Allah akan lembut jugak.
Baru-baru ni, Kak Lily pakaikan saya eyeliner. Biasalah, tiba hari mengada-ngada saya, saya suruh orang yang pakaikan padahal hari-hari pakai sendiri je. Hehehehe...
Kalau nak pakaikan eyeliner, mestilah kena pegang pipi kan. So, Kak Lily cakap "Iiii... lembutnya pipi dia."
Saya pelik. Habis pipi Kak Lily tak lembut ke? Kak Lily ketawa. Saya nak pegang pipi dia, tapi dia tak bagi.
Kak Lily bukanlah orang pertama yang cakap macam tu kat saya. Kawan-kawan perempuan lain selalu je tegur benda ni.
Dulu-dulu masa duduk serumah dengan Haida, dia suka pegang tangan saya dan cakap tangan saya lembut. Tapi saya rasa tak pun? Kalau nak ikutkan, ada je tangan orang lain yang lebih lembut.
Masa kawan Kak Maya datang buat demo produk Marry Kay, dia buat demo scrub tangan dan lotion tangan. Masa dia tengah letak pada Dayah dan sorang lagi kawan, saya tunggu giliran. Biasalah, saya letak tangan atas riba. Tiba-tiba dia cakap, "Tangan Tinta dah sedia lembut."
Hah? Macam mana dia tahu? Dia tak pegang pun tangan saya?
"Mana akak tahu?" Tanya saya hairan. Masalahnya saya rasa tangan Dayah tu lagi lembut dari tangan saya.
"Akak tengok pun dah tahu dah,"
Hah? Betul ke? Ke mata akak salah pandang? Kata saya dalam hati. Dah lepas tu kawan-kawan minta nak pegang tangan saya. Memang tak bagilah. Hehehehe...
Cuma apa yang saya perasan, kalau hari yang saya minum air masak banyak, makan buah dan sayur, kulit saya rasa lain. Sebenarnya kulit saya ni kering. Mungkin sebab kurang air. Saya bukan minat sangat minum air masak. Malas nak ke tandas. Hahahaha... Boleh tak gitu?
Nanti lepas raya saya nak buat azam minum air masak 1 L sehari macam dulu. Harap-harapnya istiqamahlah. Jangan hangat-hangat tahi ayam macam tahun lepas hahahaha...
Thursday, May 9, 2019
Beg Tangan Saya
Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca budiman.
Hahahaha... Baik tak intro hari ni?
Sesungguhnya saya sedang berpuasa.
Tiba-tiba, poyo lebih!
Hahahaha...
OK, hari ni nak cerita pasal handbag.
Saya ni suka pakai sesuatu barang tu dalam jangka masa yang lama.
Dulu-dulu, saya suka beli handbag kat Sogo. Pantang ada sale, saya mesti beli. Pernah satu ketika tu, saya ada banyak beg kulit. Tapi saya pakai satu je sebab itu yang paling saya suka. Beg-beg lain tu akhirnya menggelupas. Barangan kulit ni tak boleh simpan lama-lama. Lagipun saya beli yang sales dapat RM100 lebih je. Mana ada duit nak beli mahal-mahal.
Akhirnya, saya rasa, saya tak perlu ada beg banyak. Nanti membazir. Cukuplah saya ada beg untuk dinner satu, pergi kerja satu dan santai satu. Hari ni saya tak adapun beg untuk santai. Yang saya suka dah putus dan dah bertahun saya buang. Tak menjadi nak beli.
Satu hari, saya rasa saya perlu beli satu beg yang saya boleh pakai lama. Biar mahal sikit. tapi puas hati.
So, saya beli Sembonia. RM575.00 kalau tak silap harganya masa tu. Beg tu special edision jadi, tak ada sales. Tahun 2013.
Lepas tu, saya tak adalah beli handbag dah sampai Sembonia tu rosak pada tahun 2017.
Masa pergi Romania, saya beli handbag baru sebab Sembonia saya yang saya bawa ke sana tu tak boleh tutup. Mujur tak berterabur barang saya dalam flight. Magnet dia dah jatuh.
Niat di hati nak baiki Sembonia tu. Jadi, saya beli beg murah je.
Beg kulit yang saya beli kat Romania tu hanya RM100.00 kalau convert ke duit Malaysia. Walaupun murah, original kulit tapi tak ada jenama pun. Mujurlah ada Romanian temankan saya beli handbag siapa lagi kalau bukan Stefan dan Emanuel? So dapatlah beli kat tempat yang betul-betul kulit. Ada je yang berjenama tapi saya tak berkenan. Agaknya orang Romania ni memang suka pakai beg besar kot. At last, terjatuh hati kat bag yang tidak berjenama tapi mempunyai ciri-ciri yang saya nak.
Walaupun murah, dah dua tahun saya guna. Masih OK tapi kulitnya ada yang dah mula nak merekah. Tak apa, Tinta. Pakai je. Kau kan suka pakai sampai barang dah reban?
Sembonia sayapun saya dah baiki dan boleh digunakan. Cuma kekurangan Sembonia ni tak ada zip. Hanya guna magnet je untuk tutup. Jadi keselamatan barang tu taklah seperti beg Romania saya. Lagi satu sekarang kan saya ada Apple Keyboard. Kalau letak dalam beg Sembonia tu, kemungkinan untuk kena air tu, tinggi kalau hujan. Tak apalah. Pakai je mana ada dulu.
Monday, May 6, 2019
Kata-kata Saya?
Assalammualaikum semua.
Salam sejahtera.
Serta salam Ramadhan kepada muslimin dan muslimat yang membaca blog saya ni.
First of all, selamat berpuasa kepada yang beragama Islam.
Dah beli baju raya ke?
Ada orang dah Tanya saya, pilihan saya tahun ni baju design macam mana dan warna apa?
Hahahaha... Ada jugak yang prihatin dengan baju raya saya.
Tahun lepas ada yang Tanya, mana gambar baju raya, tak upload pun di Facebook macam tahun-tahun sebelum ni?
Laaa... Tak sangka, ada yang perasan dan ada yang tunggu baju raya saya.
Hehehehe... Untuk tahun ni kalau ada kesempatan, saya akan upload di Facebook dan di sini untuk tatapan kepada mereka yang sudi nak tahu tentang baju saya tu. Yang tak suka tak payahlah nak kecam saya ya. Saya upload ikut permintaan.
OK, back to our story for today.
Pagi tadi saya meeting dengan Majlis Perbandaran Ampang Jaya aka MPAJ.
Mereka nak buat access audit tapi tak ada pengalaman. So, they invited me. Selain daripada untuk jadi penilai sekaligus untuk share tentang audit access with their staff. Of cause la saya banyak cakap untuk memberi cadangan dan komen.
Lepas meeting tu, adalah beberapa staff dia jumpa saya. Ingat kan ada hal-hal audit access yang dorang tak faham dan perlu dijelaskan lagi. Rupa-rupanya, just untuk cakap saya bercakap sedap dan mereka suka dengar saya cakap. Hadoi, macam-macam manusia ni. Dia orang cakap, bila saya bercakap dia orang akan bagi perhatian dan mata dia orang akan terus pandang saya tanpa berkelip. Amboi, takkanlah sampai macam tu sekali? Ingat saya ni apa? Suara bak buluh perindu? Tak adalah. Kata mereka, mereka terbuai bila dengar suara saya. Tapi saya dengar suara saya yang record, tak best pun? Tapi kalau orang suka Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT yang mengurniakan suara ini dan kepetahan saya untuk bertutur.
"Suka dengar Cik Tinta bercakap. Macam pengacara majlis pun ada," Saya tergelak.
"Saya memang selalu jadi pengacara majlis." Tapi tadi saya bercakap biasa je, bukan macam mengacarakan majlis. Pelik betul dorang ni.
"Ooo... Patutlah,"
"Bila Cik Tinta cakap, saya terus dengar dan terus pandang Cik Tinta sampai Cik Tinta habis cakap. Sedap dengar Cik Tinta cakap. Best suara," Sampuk yang lain.
Hayyyoooo... Ingat saya ni apa? Nak tergelak pun ada. Tak dengar lagi bila saya marah.
Hmmm... Pujian itu hanya sesuatu untuk kita syukuri, bukan untuk dibanggakan. Semoga dengan kurniaan ini, saya mampu untuk menjalankan tanggungjawab saya dengan baik. Semoga dengan anugerah ini juga, lembutlah hati orang-orang yang berurusan dengan saya agar banyak perkara boleh diselesaikan atau dilaksanakan dengan baik.
Amin...
Friday, May 3, 2019
Murahnya Buat Hati Tak Keruan!
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Dah lama tak update blog ni. Bukan setakat bersawang, dah bersemak-samun dah blog ni. Jangan ada binatang buas menyorok sudah.
Kepada penggemar minyak Wangi seperti saya ni, memang sukar menahan godaan perfume. Saya ada subscribe beberapa laman web perfume. Bila ada waktu free, kerja saya membelek website-website nilah.
Terbaru, saya subscribe FragranceX.com. Sebenarnya dah lama saya tahu website ni. Saya tak tahu website ni sebsite Malaysia ke bukan. Baru-baru ni, saya tengok dia ada di Facebook. Waaa... Saya tengok Feeling Sexy, Feeling Sexy pun ada di Facebook. Chemist macam mana? Tak nak menjelma di Facebook. Saya baca komen, ramai yang cakap perfume dari website FragranceX ni pun murah. Dari pelbagai Negara orang yang komen tu. Saya pun buka website dia then subscribe. Saya tengok Angel impian saya tu sangat murah. Tapi saya nak guna duit untuk benda lain still tak boleh beli. Hish, macam-macam pulak email FragranceX ni masuk promot kat email saya. Waaa... Siap buat akaun kau!
Pagi ni, bila tak ada orang teman saya berbual via phone on the way to office, saya check email. Adalah email FragranceX. Saya pun menghabiskan perjalanan saya dengan melayari website ni. Rupa-rupanya FragranceX ni dari US. Ala... Mesti mahalkan? Tak apalah, sekadar habiskan masa, kita tengok jelah. Amboi, murahnya Angel saya, 50 ML, RM218.00 sahaja? Tak apalah. Saya tengok Shalimar pulak. Pun lebih kurang harganya. Tapi lagi murah, 100 ML RM218.00. Tapi saya tak pernah bau Shalimar tu. 50 ML RM218.00 tu nantilah kita beli ek. Kalau tak berapa nak guna duit bolehlah.
Saya teruskan perlayaran untuk beberapa jenama lain yang menjadi cita-cita saya untuk memilikinya. Gucci, LancĂ´me, Paco Rabanne, Christian Dior, Chanel, semuanya mahal-mahal. Memang murah berbanding pasaran Malaysia, tapi saya nak guna duit untuk benda lain. Nanti nak Krismas mesti murah. Hari Ibu pun dah murah. Perfume berjenama ni pun, kalau mahal, baunya lebih sedap dan tahan lama. Macam J'adore dan Good Girl saya tu.
Tapi, kalau ada perfume bawah RM100 atau paling kurang bawah RM150.00 untuk 100 ML, confirm saya beli. Saya tertawa sendiri. Mimpilah kau! Takkan dapat punya! Saya terus merayau-rayau dari satu jenama ke jenama yang lain. Alamak! Biar betul! Ke saya yang salah baca??? Signorina by Salvatore Ferragamo tester 100 ML sahaja? Saya memang suka perfume tester ni. Sebab selalunya tester tu lebih Wangi dari perfume yang dia jual. Itu adalah review daripada mereka yang jual perfume. Bukan sorang cakap, banyak tulisan yang saya baca begitu. Ternyata perfume tester dari Jothy yang selalu saya belipun membuktikannya. Dan website ni memang jual perfume ori. Banyak review saya baca rata-rata berpuas hati dengan website ni.
Signorina 100 ML tester RM118.69 diskaun hanya RM100.88 sahaja! Yang bukan tester pun RM153 kot saya tengok tadi.
OK, sabar dulu, kita tengok Incanto Bloom pulak, Biar betul! Incanto Bloom by Salvatore Ferragamo, enam tahun lalu di airport harganya RM272.00 100 ML. sekarang tak tahu berapa ratus. Tapi kat FragranceX hanya RM114.40 selepas diskaun menjadi RM97.24. Ya Allah, Pengsan!!!
Kedua-dua ni baunya sangat mengancam dan best! Bau seperti perfume sama kelas dengan Good Girl by Carolina Herrera! Hadoi, saya pening! Pengsan, bangun balik dan pengsan lagi!
Subscribe to:
Posts (Atom)