SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Wednesday, October 24, 2018

Rahsia Yang Dirungkai

Minggu lepas, saya menyambut hari kelahiran saya buat ke sekian kalinya. Seperti tahun-tahun sudah, ramai yang mengirimkan ucap selamat buat saya melalui Facebook, Twitter dan Whatsapp. Tak kurang jugak yang menghubungi saya menerusi panggilan telefon. Dua tiga hari sebelum hari ulang tahun kelahiran tu, ada seseorang yang suka komen status saya. Bagi saya, itu perkara biasa. Mungkin update saya tu membuatkan dia tertarik untuk komen. Namun alangkah terperanjatnya saya apabila saya menerima personal whatsapp daripada di hari lahir saya berbunyi: 'Happy birthday yang! hari ini tak boleh marah tau. Nanti tak romantic. Senyum-senyum selalu' 'Jangan marah tau, I gurau saja. Tapi I memang tertarik pada you. You cakap betul. I dah kahwin sebab tu I control diri saya' 'Sebenarnya I takut PM you selepas baca posting you semalam. I bukan jenis lelaki yang you maksudkan tu!!!' Ya Allah, biar benar tertarik kat saya? OK, kita buat tak faham jelah. Putus saya. Kalau buat tak faham lagi selamat. Kalau dia tahu kita faham, nanti melalut macam yang sorang tu. Just say thank you je la. Saya tak sangka dengan perwatakan dia yang serius dan macam garang tu boleh tertarik dengan saya? Nak kata kami rapat, tak pun. Hari yang saya nak ke Sabah pulak: 'hi! Dah lambat to wish you a safe journey. Hope you have a good trip' 'Tak Nampak you post di airport. Sebab tu I PM' 'Di Facebook' OK, think positif! Orang baik dengan kita. So, say thank you la. Perasaan orang tu milik dia dan milik Allah. Apa yang Allah nak bagi dia rasa, maka dia rasa. Siapa saya mahu menghalangnya? Asalkan ianya terkawal itu sudah baik. Saya hargai setiap perhatian dan kasih sayang yang diberikan kepada saya. Tapi biarlah ianya berbatas jika ia milik orang. Tapi saya taklah berapa yakin dia serius dengan kata-kata dia tu. Entah-entah saja nak menguji saya. Nak tahu saya ni perempuan yang macam mana. Sorrylah, selagi tak betul-betul slow talk dengan saya, so bagi saya tak ada apalah tu. Tapi kalau dah suami orang, tak payahlah datang slow talk dengan saya. Bila saya check balik whatsapp, rupanya dia ni selalu hantar whatsapp ucap selamat hari raya dan sebagainya kat saya.

Komen Jurumekap

Assalammualaikum... Salam sejahtera semua... Dah lama tak update ni. Alkisahnya last weekend I went to Sabah for my last event in Culcural, Art and Social Committee. Pertandingan Bakat Seni Suara Peringkat Kebangsaan 2018. After this we focus on youth pulak eh. OK, malaslah nak cerita pasal event tu. Nanti kalau ada mood baru kita cerita. Sebab apa? Tak best. Event tu best tapi yang belakang-belakang tu ada yang kurang memberi senyuman buat saya. Hahahaha... Saya suruh AJK Sabah cari tajaan mekap. Then dia orang dapatlah tajaan daripada Avon Malaysia. Siap mekapkan peserta dan jawatankuasa lagi. Saya pun tak terkecuali dari disolek. Saya dimekap oleh Cecilia Gau, manager Avon. Kelaziman orang mekapkan oranglah letak foundation. Cecilia tegur saya: Cecilia: Kening you cantiklah. Ada bentuk sudah. Senang dibentuk ni. Sabahan cakap kan. Saya senyum. Ni bukan kali pertama saya dengar ayat ni. Dari MUA Intan yang selalu mekapkan sayapun cakap benda yang sama. Dan diapun merapikan kening saya dengan lukisan eye brow. Saat dia mahu memakaikan saya mascara, saya beritahu dia: Saya: Bulu mata saya ni suka tidur, macam bulu mata unta. Cecilia: Oh ya la kan? Tapi panjang bulu mata kamu ni. Dia mengenakan mascara kepada bulu mata saya. Seperti selalu, bulu mata saya ni memang susah nak bangun melentik walaupun panjang. Nak-naknya yang belah kiri ni. Cecilia mencuba sehabis baik. Entah apa yang dia letak selepas letak mascara tu saya lupa dan bulu mata sayapun jadi lenting. Cecilia: Waaa... Bulu mata kamu macam bulu mata palsu. Tengok, dia naik! Inda payah pakai bulu mata palsu. Panjang betul bulu mata kamu. Dah macam pakai bulu mata palsu. Cecilia: Untuk bibir kamu, saya akan letakkan warna pink di tengahnya warna putih. Tengok bibir kamu, terlalu kecil bibir atas. So, inda perlu susah-susah. Kamu punya bibir yang halus di atas. Inda perlu pakai pelukis bibir.

Thursday, October 18, 2018

Cerita Fairy Tales Nenek

Seawal dari usia saya kanak-kanak, saya telah diceritakan dengan kisah-kisah penglipur lara dan fairy tales oleh mummy. Abah pun tak kurang membelikan buku-buku kisah berkenaan buat saya dan angah. Dari kecil lagi saya dah kenal Snow White, Cinderella, Puteri Saadung, Puteri Lindungan Bulan, Puteri Tidur Seratus Tahun dan banyak lagi. Setiap malam sebelum tidur, mummy pasti bercerita tentang kisah-kisah berkenaan. Satu cerita kalau saya lewat tidur, sampailah dua atau tiga cerita satu malam. Dari kecik saya ditanamkan buat baik dibalas baik dan buat jahat dibalas jahat. Dan ianya amat berkesan dalam kehidupan saya sehingga ke hari ini. Jadi, kepada ibu bapa yang membaca tulisan ni. Janganlah bagi anak main game sepanjang masa. Berceritalah kepada mereka tentang fairy tales dan kisah-kisah rakyat seperti mummy buat kepada saya. Selain mampu mengeratkan hubungan ibu bapa dengan anak, ianya juga dapat menasihati anak-anak. Kan antara waktu bagus menasihati anak-anak sebelum mereka tidur. Dari kecik saya dah kenal Si Tanggang dan watak-watak super hero Melayu yang lain. Daripada kisah-kisah yang saya dengar tu, saya berangan nak jadi macam watak dalam kisah-kisah tu. Kebanyakan watak digambarkan sebagai seorang yang cantik jelita, dikenali ramai, disayangi dan disukai ramai termasuk lelaki, perempuan, tua, muda, kanak-kanak dan binatang. Bersuara merdu, baik, sopan. Saya nak sangat jadi macam tu. Nak cantik, suara merdu, disebut-sebut ramai, disayangi dan disukai. Memang hari-hari saya berangan macam tu sampai sekarang. Sebab ianya dah sebati dalam hidup saya. Jadi, bagi saya, kisah-kisah begini mampu membentuk sahsiah kanak-kanak agar menjadi orang yang baik dan positif. Cubalah kalau tak percaya. Tapi sepatutnya kena mula dari awal. Dari dia kecil dan baru mula nak mengenal hidup. Hahaha... Kalau dah biasa dengan game tu tak tahulah boleh ke tidak. Kalau tidak dari awal tu, tak tahulah dia orang nak tak dengar korang berceritakan?

Bila Pujian Itu Datang

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Apa yang korang rasa bila orang sering memuji korang? Dulu-dulu, masa jarang orang memuji, saya rasa rendah diri bila dengar pujian orang terhadap kawan-kawan terutamanya masa sekolah dulu. Yelah, pengasuh dan cikgu selalu bercerita orang ni cantik, orang tu cantik. Puji dia orang depan-depan. Sedangkan saya? Sorang dua je yang puji. Tu pun bukan selalu. Tapi orang selalu puji saya kemas dan bersih. Mungkin masa tu saya tak pandai melawa. Tak pandai pakai baju moden-moden. Cara pakai tudung pun lipat banyak kat muka macam makcik hahahaha... Hanya orang yang betul-betul memerhati saja boleh kata saya cantik. Tak tahulah sememangnya saya tak cantik atau cara pakaian saya yang menyebabkan kecantikan tu tak terserlah. Suatu hari, masa tu saya sekolah menengah. Salah sorang kawan yang rapat dengan saya Nor Bahiyah, tegur saya cara pakai tudung. Dia lipatkan tudung bahagian muka saya supaya tidak lipat banyak. Lipat sikit je. Masa tu saya rasa rimas. Rasa macam tudung tu tutup muka. Tapi Nor selalu cakap, jangan usik apa yang dia dah buat. Lepas tu tudung yang jatuh ke bawah diletakkan baik-baik di atas bahu saya. Pun saya tak selesa. Rasa macam seksi je. Tapi Nor kata, mana ada seksi. Sebab dada saya masih bertutup. Nor kata kalau saya pakai tudung macam tu nampak muda dan cantik. Hahahaha... Nor kata dia suka tengok senyuman saya. Masa sekolah dululah. Tapi ada yang kata senyuman saya ni senyuman berhantu. Hahahah... Macam hantu senyum. Nak-naknya masa mula-mula nak senyum. Sebab saya akan senyum perlahan-lahan. Dari tidak senyum kepada senyum. Dia orang kata kalau tengok part tu waktu malam lagi takut. Bukan buruk tapi macam mana entah dia orang kata. Dia orang kata macam pontianak, manis. Entah betul entah tidak. Budak-budak kan? Tapi... Sejak saya putus dengan my first boy friend, saya mula berubah. Terutamanya apabila saya masuk kerja kat office saya sekarang. Masa tu saya jadi PR. PR kan banyak jumpa orang. Saya berkenalan dengan Hadisah. Hadisahlah yang bertanggungjawab merubah penampilan saya dari segi pakaian, cara pakai tudung. Disumbangkan juga bekas kawan baik saya, Ali. Kemudian dilanjutkan oleh Kak Fatimah yang ajar saya cara mekap. Dari simple pakai foundation, sampailah mekap sepenuhnya. Sikit demi sikit Kak Fatimah ajar. Mula-mula dia buatkan. Tapi lama-lama saya segan nak minta dia buatkan. So, saya suruh dia ajar saya. Kak Timah ni memahami. Dia ajar step by step. Lepas tu Qilah pun ada menyumbang. Qilah banyak ajar cara pakai eyeshadow sebab masa tu Kak Timah dah tak kerja. Kak Timah pun dah ajar basic pakai eye shadow cuma Qilah ajar kepelbagaiannya. Baru-baru ni Aqilah siap belikan saya acuan pakai eyeshadow dan eye brow. Pengkritik pun ramai kat office. Malam tadi, Amjad suruh saya pakai selendang untuk hari tongkat putih. Kata Amjad, saya dah pandai pakai selendang sekarang. Dah kemas dan cantik. Tak macam dulu, serabai. Bab tudung ni Disah dengan Qilah yang ajar. Ada jugak saya search kat youtube then Disah, Qilah dan Kak Sha ajarkan. Saya memang suka nak cantik-cantik. Sekarang ni, tudung bawal pun saya dah pandai pakai macam selendang. Sekarang... Saya banyak terima pujian. Sampai kadang-kadang saya rasa saya tak layak dipuji. Dan bila terlalu banyak pujian tu datang, saya rasa sebak. Rasa kerdilnya saya. Bukan tak bersyukur atau tak suka. Tapi perasaan tu datang tiba-tiba. Rasa Allah tu baik sangat. Dia ciptakan saya dengan keindahan ni. Kadang-kadang bila baca komen yang memuji, saya nangis sendiri. Yang cantik itu kejadian Allah. Bukan saya. Saya hanya dipinjamkan sementara. Dan saya harap Allah bagi saya pinjam sampai ke akhir hayat saya bersambung di akhirat. Saya tak tahu kenapa? Perasaan ni selalu datang bila menerima pujian-pujian tu. Dalam hidup ni, saya banyak doa dan permintaan. Salah satu daripadanya adalah doa untuk menjadi cantik. Mohon Allah pinjamkan sebahagian daripada kecantikan Nabi Yusuf dan Siti Mariam kepada saya. Setiap kali mengenakan produk wajah sama ada skin care dan mekap, saya berdoa dan mengamalkan doa yang saya baca dalam artikal dan dengar dalam ceramah. Tak terkecuali selawat ke atas nabi junjungan. Mungkin Allah dengar permintaan saya kot. Lalu Allah pinjamkan kepada saya. Semoga pinjaman Allah ini tidak membuatkan saya riak dan lupa diri. Semoga Allah indahkan hati dan keperibadian saya macam Dia indahkan wajah saya yang tak seberapanya ni. Jangan salah faham statement saya ni. Orang lain tu ramai lagi yang cantik. Istiqamahlah dalam berdoa. Nescaya Allah dengar. Kadang-kadang, bila orang puji saya depan kawan-kawan, saya takut. Takut kawan tu tersinggung. Sebab saya pernah rasa semua tu. Saya jadi serba salah. Bagaimana harus saya bereaksi? Tak perlulah tunjukkan kegembiraan dipuji. Menjaga hati kawan tu penting. Memang ada kawan yang saya tengok bila ada orang puji saya depan dia, dia macam tak berapa suka. Ada yang cepat-cepat alih topik dan ada yang terus diam. Tak apalah. Mungkin mereka tak suka nak dengar. Saya tak marah. Saya faham perasaan perempuan. Mestilah ada rasa iri kan bila orang puji orang lain. Nak-naknya bab kecantikan ni. Kadang-kadang, saya tak faham di mana cantik itu? Bila saya beriya mekap dan pakai baju lawa, mungkin betul cantik sebab mekap dan baju kot. Tapi adakalanya, saya pakai sesimple mungkin, t-shirt dan jeans, ada juga yang menegur. Kadang-kadang pakai bedak dan lipstik je. Kadang-kadang pakai bedak dan eyeliner dan lipstik. Pakai baju yang bagi saya dah buruk pun masih ada yang menegur. Jadi saya faham, penglihatan dan pendapat orang itu subjektif. Kadang-kadang tak perlupun pakai tudung yang digaya belit-belit still ada yang tegur. Pernah saya pakai bedak, lipstik, blusher dan eyeliner tanpa eyeshadow, orang yang jumpa saya bila balik whatsapp saya yang dia suka penampilan saya hari tu. Tapi, cantik itu subjektif. Mungkin ada orang lain yang lihat saya tak cantik. Lihat saya biasa-biasa je. Mungkin ada yang kata saya hodoh. Saya tak kecil hati. Sebab pandangan manusia tu sememangnya berbeza. Kalau tak, tak adalah orang kata Erra Fazira tu tak lawa. Apa lagilah saya yang tak seberapa ni. Ya Allah, kurniakan kecantikan pada hati dan peribadi saya agar kecantikan yang sedikit ini tidak membawa saya kepada menyakiti orang lain dan keburukan kepada diri sendiri.

Monday, October 15, 2018

Gula Dalam Darah

Rasa sakit tekak. Sebenarnya minggu lepas pun rasa perit-perit manja. Cuma may be last weekend sibuk mengemas, so habuk kot. Hari ni perit tu rasa lebih lagi. Jom pergi klinik. Hahaha... Saya ni kan manja, sakit sikit je nak pergi jumpa doktor. Masa menunggu giliran kat klinik office ni, saya teringat yang tahun ni belum check gula dalam darah. Sebenarnya saya takut sikit nak check kali ni sebab kan hari tu makan coklat banyak. Semalam makan Kit Kat dan angah bawa nasi untuk dimakan bersama Hakim dan mummy. So makan nasi la semalam. Tapi yang takut tu sebab banyak makan coklat. Tahu jelah. Bila makan nasi, saya ni mengantuk tak hingat. Tu pun salah satu benda yang buat saya takut nak check gula dalam darah. Memanglah sejarah keluarga saya sebelah mama Alhamdulillah, tak ada diabetes. Tapi sebelah abah, adik-beradik abah ada diabetes. Lagipun, saya pernah jaga arwah chek yang menghidap diabetes. Nak makan pun susah. Makan ni sikit, gula naik. Kurang gula pun susah. Arwah chek tu bukan keturunan saya la kiranya kan, sebab dia moyang tiri. Lepas tu isteri my uncle, diabetes sampai buah pinggang rosak. Mata pun dah mula kabur. Glukoma. Melihatkan dia orang ni saya jadi takut dengan diabetes. Kalau nak kena, bila-bila pun boleh. Tu belum lagi kawan yang kena inject insulin. Saya tengok dia orang semua makan sangat perlu berjaga-jaga. Kalaulah nikmat ni ditarik Ya Allah, sedihnya. Tambah cerita angah yang sepupu her husband dah buruk kaki. Pergi buat rawatan, doktor korek. Tapi katanya mula memburuk di dalam pulak. Ya Allah, kesiannya. Saya kenal Kak Edah tu. Baik dan ramah orangnya. Saya menimbang-nimbang. Nak check glukosa ke tak? Nak ke tak? Ah, daripada risau tak tentu pasal, tak bertempat, kita check jelah. Semuanya kuasa Allah. Berserah sajalah. Dalam hati bermohon agar segalanya baik-baik saja. Doktor Tanya, sakit tekak je ke? Saya kata ya. "Doktor, check glukosa boleh tak?" Saya dah biasa dengan doktor ni. "Kenapa?" Tanya doktor lembut. "Saja. Tahun ni belum check. Tahun lepas check," Sebenarnya setiap tahun saya check. "Tahun lepas ada check?" Tanya minta kepastian. "Check. Masa yang luka tak nak bercantum tu," Jawab saya membawa doktor ke ingatan itu. "Tahun lepas, normal?" Tanya doktor sambil mempersiapkan peralatannya. "Normal," "You puasa?" Tanya doktor. "Puasa." Jawab saya senyum. Cuba melindungi keresahan. "Kenapa tak datang awal pagi? Kalau tak awal you boleh makan. Ni dah lewat dah," Doktor kesiankan saya. Saya senyum. Sebenarnya saya puasa bukan sebab nak check gula dalam darah. Saya puasa sebab dah lewat pagi tadi. Tak sempat nak singgah beli makanan. Tambah nak kurangkan makan gandum dan makanan berminyak. Hahaha... Siaran tergendala kejap sebab PR panggil saya nak tunjuk kat visitors dia yang blind boleh mekap sendiri macam orang lain. Kebetulan saya mekap hari ni. Cuma eyeliner je baru habis. Punyalah excited budak-budak tu jumpa saya. Hahahaha... Apa yang excited pun tak tahulah. Saya biasa-biasa je. OK, back to our story. Doktor meminta jari saya. Tanpa keberatan, saya menghulurkannya. Dah biasa dah check darah ni. Tak takut pun untuk di inject. "So thin eh your fingers," Saya senyum. Doktor ni nak ambil darah ke nak tengok jari saya? Ramai yang cakap jari saya halus. Saya rasa biasa je. May be sebab jari sendiri kot. Nenek saya macam-macam digelarkannya jari saya ni. Jari kera la, jari penari Mak Yung la, jari serai manis la. Saya tak kisahpun. Panggillah apapun. Saya rasa satu tembakan jarum kena pada hujung jari. Tak rasa pun darah mengalir? Pernah satu ketika, nurse terpaksa tembak beberapa kali sebab tak kena salur darah kot. "Ada tak darah doktor?" Saya bersedia untuk diulang tembak. Doktor menghulurkan saya secebis kapas basah untuk lap jari. Saya Doktor suruh saya tekap jari bekas cucukan tu. "Ya, normal. Tak ada apa," Beritahu doktor kepada saya sejurus kemudian. "Berapa doktor?" Tanya saya tersenyum. Syukur segera saya panjatkan dalam hati. "4.8," "Turun dari tahun lepas." Balas saya riang. "Tahun lepas berapa?" Tanya doktor. "5.6 tapi saya tak puasa masa tu. Dah breakfast," "OK, now go and take your meal," Ujar doktor. Terima kasih Allah kerana mengizinkan saya sihat lagi. Ya Allah, kenapa tiba-tiba sebak ni? Rasa Allah tu baik sangat. Saya ni bukan bagus sangat dalam menjaga makan. Buat apa yang mampu je. Bila jumpa coklat tak boleh tahan. Makan dan makan. Tapi Allah masih bagi saya sihat. Insya-Allah lepas ni saya akan cuba menjaganya. Alhamdulillah.

Comforter Kegemaran Saya

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Hai, apa khabar Monday korang hari ni? Is it OK? Ke blues? Hahahaha... Alhamdulillah, saya OK, OK je. Minggu ni, mood rajin sampai. Mana taknya, kalau dah vacuum walaupun Aurora yang buat, mop, basuh sinki, basuh dua bilik air dalam satu malam. Tak ke pelik namanya tu? Bosan sebenarnya +rajin nak mengemas. Kalau tak tunggu sianglah, petanglah, pagilah. Hahahah... Nak buat pun paksa diri. Si Chiko pun pelik agaknya. Lepas basuh baju, terasa nak basuh anak telekung warna putih, so rendam dengan tuala putih buat kawan. Then, rasa nak tukar cadar. Saya ni suka tidur atas comforter. Sebab rasa best. Tambah tidur atas tilam spring Vono lapan inci. Lembut dan tebal. Rasa macam tidur atas apa entah. Sebab tu saya beli selimut bulu-bulu untuk pakai dalam bilik berhawa dingin. Hahahah... Sayang nak selimut dengan comforter nanti habislah alas lembut saya. Sebenarnya saya tak banyak comforter. Maklumlah, saya ni kalau pakai satu barang, nak yang tu je. Tak nak yang lain. Sayang nak tukar. Sebab tu kalau beli, beli yang puas hati. Saya bukan kaya macam Datuk Vida hari-hari boleh shopping barang mahal. Beli satu yang mahal, then pakai bertahun. Tapi saya adalah beli satu cadar Patchwork. Dan dulu ada saya beli comforter second hand hotel. Memang best comforter tu. Tapi dah rosak sebab dah lama. So, buang dah rasanya. Saya beli patchwork dalam harga RM100 lebih sikit. Sebenarnya tak adil nak bandingkan patchwork dengan comforter sebab ianya dari kategori berbeza. Comforter best yang saya suka ni berwarna biru lembut. Saya beli kat Mid-Valley masa sale, RM300.00 lebih. Dah lebih empat tahun saya beli. Alhamdulillah masih elok. Sebab tu saya kata, alah membeli menang memakai. Saya jenis suka beli barang mahal tapi tak banyak. Pakai sampai rosak. Bukan simpan ya, pakai! Aku dah beli kau mahal, so kau kena berbakti kat akulah hahahah... So saya tukar cadar patchwork saya dengan comforter kegemaran saya tu. Rasa cantik je bilik saya ni dengan warna biru tersergam indah. Sejuk mata memandang. Macam berlayar di laut luas. Sekali baring fuh, lembutnyaaa... Rasa macam tidur dalam pelukan pun ada. Sebab kita akan tenggelam dalam kelembutan dia. Memanglah tak tebal. Tapi ibaratnya gitulah feeling dia. Tebal comforter kan, tebal mana sangat? Tapi ketebalan dia, material tekstile dia, memang buat saya terbuai. Rasa dah boleh beli satu lagi buat ganti-ganti. Sebab saya tak berapa suka sangat cadar patchwork tu. Ingat nak beli warna purple pulak. Patutlah abah suka sangat beli comforter kalau shopping. Tapi tak boleh minta abah sebab comforter dia semuanya untuk queen/king bed. Saya katil single je. Bila berganti dengan patchwork ni, baru rasa bestnya comforter. Saya nak beli set comforter anti dust macam yang pernah abah belikan untuk saya masa saya di UiTM dulu. Itu dia punya material kain, lagi best! Lembut dan licin-licin manja gitu. Hahahaha... Tak tahu macam mana nak gambarkan. Bukan licin yang licin tu. Macam mana entah.

Saturday, October 13, 2018

Felli Cutlery

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni entah datang semangat dari mana entah. Saya masuk office! Saya tak boleh bercuti lagi pada hari Sabtu sebab saya dah banyak kali cuti Sabtu. Sayanglahkan nak habiskan cuti macam tu je. ********************* So hari ni nak cerita pasal cutlery. Saya mula mengenali makan di hotel dan restoran sejak zaman kanak-kanak. Saya suka makan kat sana salah satu sebab kecilnya sudu. Sudunya besar, tebal dan dalam. Kalau makan kuah, banyak kuah boleh disudu. Bila makan kat rumah dan asrama, hmmm... Tak best! Sudu tak tebal dan tak dalam. Dapat makan kuah sikit je sekali sudu. Dulu-dulu saya fikir sudu cantik macam kat hotel tu hanya eksklusif untuk hotel dan restoran je. Yelah, tempat mewah. Bila saya cakap dengan mummy nak beli sudu baru, mummy belikan saya sudu sama je macam kat rumah. Alaaaa... Paling tidakpun, sudu yang ada hulu yang cantik seperti sudu hulu getah. Itu lagi saya tak suka! Saya ni memang cerewet orangnya. Dari pakaian sampailah sekecil benda seperti sudu dan berus gigi saya memilih! Hahahahahahaha... Tu yang orang kata saya high maintenance. Saya tak marahpun. Dah memang betul. Suatu hari, saya ke rumah kawan saya. Dia bagi saya makan menggunakan sudu macam kat hotel tu. Waaa... Saya suka! Saya Tanya dia, mana nak beli sudu macam ni? Dia jawab, kat Sogo banyak. Kat mall selalu ada. "Tapi kau kenalah pandai pilih. Janganlah pilih sudu-sudu biasa. Sudu biasa tu berlambak kat mall. Kau cari yang ada jenama. Tengok dulu lepas tu beli," OK. Mulai hari tu, saya pasang niat nak beli sudu garfu macam tu. Beli biar mahal, tapi sekali je. Saya mula search kat internet pasal jenama-jenama sudu ni. Ada satu jenama ni saya nak beli. Berkenan. Ada satu set lengkap. Siap dengan sudu pencuci mulut dan pisau makan. Hahahaha... knife table or knife dinner nama dalam omputehnya. Jenama ni order direct dari UK. Dalam RM400.00 lebih je. Tak mahal. Berbaloilahkan? Ada 76 set kot. Dan yang best tu diperbuat daripada stainless steel 18/10 di mana ketahanan karat dan kilaunya bagus! Tapi harga di Malaysia, mak oiiii... Meninggal! Sementara saya belum buat kitchen cabinet, letaklah dulu web site ni dalam favourite google saya. Karang beli letak dalam store je. Tapi... Setiap kali makan pakai sudu, geram betul saya bila sudu saya tu jenis nipis dan tak dalam. Makan kuah pun sikit. Kadang-kadang sudu tu bengkok bila ganas menggunakannya. Siapa suruh ganas? Ada jugak yang berkarat bila lama simpan. Ish, sabra jelah. Tunggu cabinet siap lepas tu baru beli barang dapur. Sekali tu, saya pergi Sogo ditemani Cikgu Norimah. Hajat di hati nak hantar Sembonia handbag repair. Sayangnya Sembonia Sogo tak ada service repair. So apa lagi, merayaplah kami ke bahagian peralatan dapur. Saya bagi tahu cikgu, saya nak tengok sudu yang pernah dia belikan untuk sorang kawan saya. Cikgu pun bawa saya ke bahagian tu. Sesampainya saya di bahagian tersebut, saya sangat teruja. Banyak sudu yang tebal, besar dan dalam. Cikgu menunjukkan saya sejenis sudu dari jenama Felli. Yes! Saya suka sudu tu! Keras dan tebal. Paling penting dia dalam dan stainless steel. Amboi, bukan main lagi kau eh. Mentang-mentang kau mahal, kau jual satu-satu sudu macam ni. Yang tak berapa tebal tu boleh pulak kau jual satu set RM76 la, RM100 la sekali dengan garfu dan pisau makan. Bila tang yang ni kau jual sebatang-sebatang. Cikgu kata, yang ni lebih bagus dari yang dia pernah belikan budak-budak lain tu. Harganyapun mahal sikit. Tengok harga, RM30 lebih sebatang! Mampus! Tak kuasa aku! Tunggulah cabinet siap dan order je dari UK tu. Dalam tak nak tu, duduk jugak membelek sudu tu. Tapiiii... Tiba-tiba cikgu cakap, Ada offer la sudu ni. RM10.00 je. Hah? Biar betul! Saya minta cikgu confirmkan. Yes, confirm! RM10.00 sebatang! RM10 sahaja! Senyuman mula mekar di bibir dan matapun dah bercahaya-cahaya. Bintang-bintang bersama love dah keluar dari kepala menuju angkasa. Sudu idaman di depan mata. Tak beli satu set pun, beli sudu je pun jadilah. Eh, beli sudu mesti beli pasangannya garfu. Takkan sudu tebal garfu nipis masa makan kot. OK, saya beli empat ke enam pasang. Tambah dengan tea spoon dan dua senduk lauk. Baruk RM100 lebih! Hahahahaha... Rasa nak lompat-lompat je kat Sogo dapat beli sudu idaman sekian lama. Baru-baru ni saya pergi Sogo dengan cikgu lagi. Tapi jenis tu tak ada pulak. Nantilah beli lagi. Sekali tu saya bawa sudu pergi office. Kata kawan saya, Mak oi sudu! Dia tengok harga kat sudu tu. "Ni makan sesuap terus kenyang eh makan pakai sudu ni?" Waaaa... Melampau kau, Wan! Ketuk kepala kau dengan sudu ni baru tahu! Dia ketawa. Katanya, kalau dia tak ada masa nak beli sudu rege senggitu. Eleh, nanti kalau bini kau esok nak beli padan muka kau! Saya curious tentang jenama sudu ni. Then, mula search di internet. Sudu buatan Malaysia! Memeranjatkan, dah masuk pasaran antarabangsa! Dan syarikat ni merupakan pembekal cutlery kepada hotel-hotel terkemuka Negara sama ada berbintang lima mahu pun empat. Dia juga pembekal cutlery untuk restoran-restoran terkenal seperti Secret Recipe dan banyak lagi! Patutlah aku jatuh hati kat dia. Entah-entah memang jenama ni yang selalu saya gunakan waktu makan di restoran dan hotel. Tapi harga kalau tak sale memang gila mahal! Tengok kat web dia pun, harga mahal-mahal! Ada banyak jenis. Kalau dah siap cabinet nanti kita beli satu set terus! Hari tu, acik datang rumah. Dia Tanya saya, "Sudu kau ni nak ketuk kepala orang ke apa ni? Dahlah tebal, berat pulak tu," Saya jawab, "Ha'ah, nak ketuk kepala kau." Hahahahaha... Kami tergelak sama-sama. Baru jap saya tengok kat Lazada harga Felli ni. Mahal jugak eh? RM37 kalau tak silap. Gila betul! Gila tak gila. Saya akan beli. Beli satu set je OK. Lepas tu duduk diam-diam. kau pakailah sampai tua!

Friday, October 12, 2018

Cubic Zirconia Dan Berlian

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Korang sihat? Hope all of you are well. Hari ni nak cerita kat korang pasal batu permata yang merupakan antara barang kesukaan saya. Saya mula ambil tahu sikit-sikit pasal batu permata ni sejak main kutu emas. Alhamdulillah dah dua tahun saya main kutu emas. Insya-Allah, masuk tahun ketiga untuk sesi seterusnya. Batu permata ni bukan boleh dibuat main. Silap hari bulan, orang tipu kita. Beberapa hari ni hangat kat Youtube kes Aishah kononnya ditipu oleh usahawan terkemuka, Datuk Sri Vida. Sewaktu Aishah menjuarai Gegar Voganza musim ke berapa entah, katanya DSV taja hadiah set barang kemas bertatahkan berlian bernilai RM80,000.00. Aishah kononnya nak pergi redesign kalung tu dan diberitahu tukang emas yang batu di kalung tu bukan berlian. Ada juga wartawan Tanya betul ke nak redesign, ada sumber mengatakan Aishah nak gadai kalung tu. Tapi Aishah menafikannya. Saya tertanya-tanya, takkan DSV ni penipu? Dia tak saying ke dengan perniagaan dia yang semakin naik tu? Dia banyak duit kot. Takkan nak menipu? Setahu saya meskipun ada gedik sikit, DSV ni baik orangnya. Saya search kat Youtube untuk mengetahui respon DSV. So saya jumpa satu video press conference DSV berkenaan perkara tu. Daripada kedua-dua video terbabit, saya dapat simpulkan bahawa, kedua-duanya bukan orang yang arif tentang batu permata terutamanya berlian. Walaupun Aishah mengatakan dia meminati barangan kemas ternyata, sebenarnya dia sendiri tidak arif tentang jenis batu permata. Apatah lagi DSV yang memang mengaku dia tidak arif tentang perhiasan tersebut. Nampak cantik, dia beli. Tapi netizen ni lebih sudu dari kuah. Kalau korang pun tak faham pasal batu ni, janganlah sibuk nak mengata orang. Siap mengutuk lagi. Tak pasal-pasal korang dapat dosa free. Padahal, kalau korang kat tempat dia orangpun, belum tentu korang tahu yang ada kat tangan korang tu berlian ke bukan. Dalam penjelasan DSV bersama peguamnya, ternyata barangan berlian yang dihadiahkan itu sebenarnya bukan berlian tapi ia adalah batu permata dari jenis Cubic Zirconia. Zirconia? Lantas saya memegang sebentuk cincin di jari manis kiri saya. Inilah Zirconia. Memang Nampak cantik, berkilau seperti berlian. Sehinggakan kawan-kawan saya tidak mampu membezakan Zirconia ni dengan cincin berlian yang mama saya beri kepada saya. Cubic Zirconia ni sejenis batu yang dibuat di dalam makmal. Dia bukan juga berlian buatan di makmal. Jauh sekali berlian asli dari perut bumi. Tapi penampilannya seakan-akan berlian. Hanya orang yang pakar sahaja mampu mengenalinya. Itu pun ia perlu diuji untuk mengetahui jenisnya. Sememangnya saya terkejut tatkala menonton video DSV tentang penjelasan perkara ini. Bila DSV memaklumkan rantai hadiahnya kepada Aishah mempunyai batu safir dan berlian, hati saya terdetik, mustahil berlian asli kerana harganya terlalu murah RM80,000.00 untuk satu set berlian siap dengan batu safir lagi. Bila dia sebut Zirconia, saya setuju harganya sebegitu. Sebab Zirconia ni juga sejenis permata yang boleh diikat dengan emas seperti cincin kepunyaan saya. Sebenarnya Cubic Zirconia dan berlian buatan ni banyak dipakai even diikat dengan emas sebagai ganti kepada berlian asli yang jauh lebih mahal harganya. Bila Aishah kata rantai yang DSV tu tak bernilai, saya sANGAT TIDAK SETUJU> Butiran putih batu itu Zirconia tetap berharga apatah lagi diikat dengan emas walaupun emas putih. Usahkan rantai, cincin saya ni pun saya saying. Ribu harganya, bukan murah. Puluh ribu ya rantai tu. Cubic Zirconia ni kelihatan serupa dengan berlian buatan makmal dan berlian asli tapi jauh bezanya. Jom kita tengok apa itu Cubic Zirconia: Cubic Zirconia diperbuat daripada zirconium dioksida. Ia tidak mempunyai warna serta relative sempurna. Oleh kerana sifat optic dan fiziknya mirip kepada berlian, ia sering digunakan sebagai ganti berlian dalam pembuatan barang kemas. Mari kita tengok pula berlian sintetis atau buatan: Namanya berlian buatan, ia dibuat di makmal. Sama seperti Zirconia. Kalau yang asli tu datang dari dalam perut bumilah. Berlian ni dikenali sebagai berlian laboratorium/makmal, berlian budidaya, berlian sintetis, berlian buatan atau berlian olahan. Jangan silap, berlian ni bukan berlian palsu OK. Ia juga berlian asli kerana sifat fiziknya serta komposisi kimia yang sama seperti berlian alami. Beza antara Zirconia dan berlian sintetis ni ialah pada sifat fizik dan kimianya. 1. Daya tahan: Berlian sintetis mempunyai daya tahan yang lebih lama berbanding Cubic Zirconia. Berlian sintetis mempunyai nilai 10 pada skala kekerasan Mohs, sama seperti berlian asli, Sedangkan cubic zirconia memiliki nilai 8,5. Oleh itu, Cubic Zirconia lebih mudah terguris potongan dan bagian sisi cubic zirconia lebih lembut daripada berlian sintetis. Sementara berlian sintetis sama seperti berlian asli memiliki sisi yang tajam tidak seperti Zirconia yang bersegi mempunyai sisi membulat. Semakin lama sisinya makin membulat apabila ia kian terhakis. 2. Tingkat dispersi dan pembiasan warna: Cubic Zirconia mempunyai dispersi yang lebih tinggi. Apabila terkena cahaya, ia akan memantolkan kerdip cahaya yang lebih berwarna berbanding berlian sintetis. 3. Keberatan: Cubic Zirconia memiliki material lebih berat berbanding berlian sintetis. Sekiranya saiz Zirconia dan berlian sintetis sama ditimbang, kita akan mendapati Zirconia lebih berat. Itulah antara perbezaan Zirconia dan berlian sintetis serta berlian asli. So, Aishah tak perlu rasa sedih atau terhina apabila dihadiahkan dengan Set barang kemas bertatah Zirconia kerana Zirconia juga popular dalam pembuatan barang kemas. Cuma silap DSV tidak menjelaskannya. Seperti yang diakuinya, dia pun tidak arif tentang Zirconia dan berlian. Tengok hamper sama. Mana tahu sebenarnya ia berbeza. Tapi OK jugaklah sebab DSV nak gantikan barang kemas Aishah tu dengan barang kemas lain yang sama nilai RM80,000.00. Saya rasa kalau DSV tak buat macam tu pun tak apa. Dah memang Zirconia tu permata. Bukan palsu. Hanya permata buatan manusia seperti berlian sintetis cuma kualitinya tidak sama seperti berlian sintetis. Terpulanglah kat dia orang. Korang baca tak entri ni sampai habis? Saya dah siap ringkaskan dah supaya korang tak pening. Saya baca kat web site lagi pening. Ayatnya panjang dan berbelit. Oh ya, saya ada Tanya tukang emas yang saya main kutu tu. Takut dia. Dia ingat saya nak kata dia tipu kot bila saya Tanya pasal Zirconia. Beriya-iya dia cakap yang dia dah maklumkan kepada saya yang cincin saya ni bertatahkan Zirconia sebelum saya beli. Hahahaha... Lepas tu baru dia faham kenapa saya Tanya. Diapun akui bahawa Zirconia dan berlian susah untuk dibezakan. Memang orang selalu kata berlian. Tapi belum tentu itu adalah berlian. Katanya tengok gambar lagi susah nak kenal. Hahahaha... Tahun depan nak order cincin berlianlah. Nak sebiji berlian kecil yang asli dari perut bumi seperti zamrud saya tahun ni. Pening lagilah si Azrah nak layan kehendak saya. Nak ori la, nak design macam tulah, macam nilah. Tak nak yang gitulah, yang ginilah. Mesti tiba turn saya Azrah dah bersedia dengan cerewet saya ni. Hahahaha... Tapi Azrah ni memang keibuan orangnya. Lembut dan baik je bila bercakap. Kat belakang kutuk tu tak tahulah kan. Siap tunjuk kat saya sample cincin macam cincin Queen Elizabeth lagi. Hoi, saya tak kaya macam tu laaaaa... Nak bagi saya cincin Queen Elizabeth. Berapa ribu nak tambah duit Azrah oiiii... Mungkin cerewet sangat kot, yang tu tak nak, yang ni tak nak. Sudahnya tahun ni, hantar design sendiri suruh tukang emas dia buat. Custom made kau. Hahahaha... Cerewet sangat!

Thursday, October 11, 2018

KRU - Gerenti Beres

Saya ni dengar lagu bermusim. Sekarang ni sibuk duk dengar lagu ni. Lagu lama. Tapi dah mood nak dengar lagu ni. Ulang jelah dua tiga kali sekejap. Best jugak lirik ni. Hahahaha... Ada betulnya. Sayapun penat nak dengar janji manis. Jadi kejam sikit macam lagu ni OK gak. Tak payah nak feeling sangatlah kalau dia belum sah jadi milik kita. Nanti kecewa lagi. Jom kita hayati lirik lagu materialistic ni: Mengantuk dah dengar ku cinta padamu Bermodal kata manis mulut Oh abang itu tak cukup! Jikalau kau mahu ku diserang 'angau' Harus kibarkanlah sedikit Kipas berdaun wang ringgit. Usah susah-payah panjang lebar celoteh Kerana diri ini dah letih Mendengar janji setinggi langit. Sedangkan pada mulanya saja beriya Nanti dah jemu aku dibiar bingung kecewa. Bukan terlalu memilih Dalam mencari kekasih Cuma adat lelaki mereka pergi mencari lain. Sekurang-kurangnya nanti Punya hasil baruku puas hati Kau perlu buktikan dulu Baru cintaku gerenti beres. Setampan Salman Khan pun aku tak heran Kau tak akan punya peluang Jika akaun bank kering-kontang. Andainya ada hati nak temu janji Pastikan hotel bintang lima Bukan warung kaki lima. Ramai dah gagal berbuah tangankan mawar Itu pun setahun sekali Hanya pada hari kekasih. Mataku hanya akan silau kilauan permata Selepas itu barulah diriku engkau empunya. Bukan terlalu memilih Dalam mencari kekasih Cuma adat lelaki mereka pergi mencari lain. Sekurang-kurangnya nanti Punya hasil baru ku puas hati Kau perlu buktikan dulu Baru cintaku, gerenti beres. Ketika ditemuduga seluruh kerabat keluarga Katakan kau seorang doctor, majistret atau lawyer Ahli muzik tak main, satu sen pun tak laku Jika diriku yang kau mahu Pastikan rombongan dipenuhi hantaran Dengan sebiji Ferrari merah, barulah kau Nampak gah Muka selipar Jepun pun boleh jadi lawa Kau buatku jatuh cinta. Bukan terlalu memilih Dalam mencari kekasih Cuma adat lelaki mereka pergi mencari lain. Sekurang-kurangnya nanti Punya hasil baru ku puas hati Kau perlu buktikan dulu Baru cintaku, gerenti beres.

Name Card Holder

Masa bengkel hari tu, ada belajar cara nak bagi dan nak terima name card serta adab-adab menerima name card. Saya yang duduk di meja urus setia bersama Farah sempat bersembang pasal name card ni. Saya tunjukkan name card saya kat Farah. Kata Farah, name card office saya cantik hahahahaha... Farah tengok waktu saya keluarkan name card tu dari kotak name card. Farah sarankan kat saya untuk beli name card holder. Katanya Nampak lagi smart kalau guna name card holder. Sebenarnya sayapun ada terfikir nak search pasal name card holder ni. Selama ni saya bawa dengan kotak dia yang banyak tu. Ada seratus kot dalam kotak tu. Rasa berat hand bag saya. Farah tunjukkan pada saya name card holdernya. Warna pink! Tapi saya nak yang formal sebab untuk urusan rasmi kan? Cewah. Farah siap search kan untuk saya name card holder kat Lazada. Balik office, saya minta Amjad pilihkan name card holder yang cantik. Saya nak beli. Sudahnya saya beli dua. Satu yang kulit punya, satu lagi yang stainless steel. Bolehlah pilih nak bawa yang mana satu kan? Boleh tukar-tukar. Semalam sampai satu. Hari ni yang stainless steel ni pulak sampai. Tak payahlah saya angkut seratus keeping kad dengan kotak dia lepas ni. Bawa je casing yang comel ni. Beg pun tak berat. Ada promotion, murah je. Yang kulit ni harganya RM9.60 sementara yang besi tu RM14.66. Kata Amjad, saya OK lagi bawa dengan kotak. Ada setengah orang tu dia tengok, tak letak dalam kotak. Lepas tu bila nak bagi kat orang tercari-cari. Terselit sana, terselit sini. Kad pun kadang-kadang dah tak cantik dah.

Email Saya

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Hahaha... Akhirnya, habis semua email yang tak baca dah dibaca dan di 'delete'. Barulah tak semak tengok email 'no unread mail'. Puas hati rasanya. Harap lepas ni perangai malas baca email tu dah tak datang hehehehe... So, setiap email sampai please read Tinta. Begitu jugak dengan whatsapp. Tak tahulah mana datangnya penyakit malas baca email dan whatsapp ni. So korang, kalau saya tak balas whatsapp tu, sila call OK.

Tuesday, October 9, 2018

Dia Tahu Ke?

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. You know what? Email saya ada berates. Kalau email tak penting tu selalunya saya abaikan je. Tak baca pun. Entah angina apa datang, saya rasa semak pulak tengok angka ratus kat ikon email kat phone tu. So, saya pun memulakan kerja mendelete dan membaca email. Email tahun 2014 pun ada yang belum baca. Dahsyat betul! Dahlah tu, saya ni ada beberapa email. Mana tak sampai beratus? Pernah sampai seribu lebih pun email saya. Email ICloud, email yahoo ada dua, email gmail ada tiga, email office. Tu pun email Hotmail saya dah lupa passwordnya. Email yahoo yang satu lagi pun saya tak ingat. Kalau ingat tak tahulah. Tapi, dua email je saya bagi kat orang. Email yahoo dan email pejabat. Sebab dua email ni menggunakan nama saya. So proper la kalau nak bagi orang untuk urusan rasmi pun. Yang lain-lain tu, entah apa-apa saya subscribe. Ada email untuk akaun youtube saya, email untuk main game online, email booking.com, email macam-macam lagilah. Tapi saya tak bagi orang yang lain tu. Susah pulak nak kena buka banyak email kalau berurusan. Email paling banyak adalah email yahoo saya yang saya selalu aktif tu. Dia je dah beratus email. Bila buat kerja mendelete ni terjumpalah pulak email notification Facebook si dia. Hadoi, berpuluh pulak tu. Terpaksalah menanggung sakit hati ni untuk men delete. Oh ya, dua minggu lepas, saya menganjurkan satu bengkel. Dalam ucapan penutup tuan presiden, presiden ada cakap saya dulu pernah down. Apa maksud down di situ ya? Presiden tahu ke zaman kejatuhan dan kesengsaraan saya dulu tu? Ke down yang dimaksudkan tu down lain yang tak pernah saya rasa? Ke down apa? Hahaha... Tinggal tanda Tanya.

Sunday, October 7, 2018

Kelembutan Saya Bukan Untuk Semua

Sorang lagi kawan cerita kat saya petang tadi, ada suami orang kata, saya ni garang sangat, cengih. Lantak dialah nak fikir saya apa. Apa hal saya nak lembut dan manja-manja dengan suami orang? Cari masalah namanya tu. Hanya orang yang rapat dengan saya je tahu macam mana saya sebenarnya. Kelembutan dan kemanjaan saya tu bukan untuk semua orang. Hanya orang tertentu je yang dapat merasakannya. Hanya orang tertentu je yang Allah izinkan untuk merasai kemanjaan dan saat romantis bersama saya. Orang tak tahu sikap saya sebenar yang suka merajuk, sukakan perhatian, suka manja-manja, suka nangis, cepat terguris. Perlu ke saya tunjuk semua tu kat orang? Perlu ke bagi semua orang rasa semua tu? Tak perlu! Kalau dia orang yang bijak pasti dia dapat membaca personaliti saya sebenarnya. Bak kata Abang Zikri, saya suka buat-buat garang untuk melindungi siapa saya sebenarnya.

Cerita Kawan Yang Kurang Enak

Assalammualaikum dan selamat malam semua. Seharian hari ni saya ketiduran. Letih! Yelah, pergi balik Sabah selang semalam je. Bukan sesuatu yang menyeronokkan kalau dah selalu. ********************* Teringat cerita kawan dua minggu lepas membuatkan saya rasa kurang enak. Katanya, ada seseorang bertanyakan pada dia, "Kenal Tinta Emas?" "Kenal gitu-gitu je," Jawab kawan saya. Katanya dia malas disoal tentang saya selanjutnya. "Dia tu cantikkan? Kalau dapat tackle dia tu bagus jugak," Motif! Kau suami orang kan? Jangan nak mengada-ngada nak mainkan hati dan perasaan orang! Bukan semua perempuan boleh dibuat main. Saya dah tua ya. Tak ada masa nak layan cinta tak tentu arah ni. Penat! Boleh tak jaga mata tu? Pandanglah wife kau yang kat rumah tu. Cuba set dalam minda, tak ada perempuan lain dapat menandingi kecantikan wife kau tu. Ingat, kecantikan perempuan lain tu ujian yang boleh jadi bala kat hidup kau. Ingat macam mana ikhlasnya isteri awak tu menerima dan mencintai awak seadanya. Tak payah sibuk nak mengorat orang lain. Cuba cari jalan nak mengorat isteri sendiri supaya cinta korang tu berkekal hingga ke Jannah. Jadikan rumahtangga tu, sebagai sesuatu yang mengasyikkan. Makin hari makin cinta. Kaum isteri, korang tawan dan peganglah hati suami masing-masing supaya hatinya tak terusik dengan perempuan lain. Saya tahu susah. Tapi usaha dan berdoalah supaya rumahtangga korang kekal abadi. Selagi saya masih waras, insya-Allah, saya akan sedaya-upaya dengan izin Allah untuk tidak merampas kebahagiaan korang walaupun suami korang tu jejaka idaman Malaya. Please la kaum Adam, hargai isteri korang. Hargai kasih sayangnya, penat-lelahnya menjaga korang dan anak-anak korang. Saya pun belum tentu mampu menjadi sebaik wife korang tu.

Thursday, October 4, 2018

Tentang Kasut Medifeet

Dua bulan lalu, saya kecoh mencari kasut yang sesuai untuk dipakai lantaran menghidap Planta Fasciitis. Beli kasut baru. Then salah beli. Duit dah melayang RM200.00 lebih. Sedangkan kaki saya sangat sakit ketika tu. Tapi... Ada penyelamat datang. Ada orang bank in RM300.00 suruh saya beli kasut lain. Sebenarnya dia suruh beli kasut Clarks. Siap pesan kalau harga Clarks tu mahal, on the spot call dia dan dia akan bank in jumlah yang tak cukup tu. Tapi takkan saya nak mengada-ngada macam tu. Malulah saya nak susahkan orang. Kalau saya ni wife dia ke, special girl friend dia ke, tak apalah jugak. Adalah sebab kenapa dia nak bagi saya banyak-banyakkan? Kebetulan, kat Sogo Clarks dah tutup. So, pilihan yang saya ada, Medifeet. Duit RM3.00 tu ada lebih lagi walaupun tak sampai seratus. Dia suruh saya pegang je duit tu buat tampung belanja. Hahahaha... Rasa macam saya ni budak-budak sekolah, abah bagi duit. Alhamdulillah, walaupun perlahan, sakit saya ni berkurangan. Belum hilang sepenuhnya. Mungkin betul kata doktor, sakit ni lambat nak baik. Ada orang setahun baru sembuh. Kata Kak Nurul, sakit ni datang macam rebut, pergi macam siput. Hahahaha... First time dengar kata-kata tu. Geli pulak hati kita ni. So sekarang ni, pagi petang siang malam, saya pakai Medifeet ni. Kalau hujan lebat je saya tak pakai. Takut rosak. Ada jugak niat nak beli Clarks. Banyak review mengatakan Clarks tu bagus untuk kesihatan kaki dan yang berkaitan dengannya. Apapun, terima kasih kepada orang tu. Esok, sesi pertama fisioterapi saya di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Semoga kaki ni cepat sembuh. Saya tak nak kena inject. Doktor nak inject kalau appointment Disember nanti masih tak baik.

Adik Yang Lembut Hatinya

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni, pagi-pagi saya terima whatsapp dari acik bertanyakan khabar saya. Pelik, bukan selalu dia ni hantar whatsapp Tanya khabar. Rupa-rupanya, dia terbaca berita tentang saya di akhbar. Pada mulanya saya pelik. Tak ada reporter interview saya pun? Rupa-rupanya dia baca berita saya empat tahun lalu semasa saya buat pembahasan di Persidangan Puteri UMNO di PWTC. Katanya, dia bangga dengan saya. Hahahaha... Tak ada apa perlu dibanggakan. Saya ni biasa-biasa je. Taklah bergaji besar macam angah. Kata Acik, ada sebab kenapa Allah lahirkan saya dalam keluarga ni. Dia bangga dengan saya dan katanya, dia tahu yang saya ni seorang yang kuat sejak kecil lagi. Saya rasa sebak. Ada jugak orang nak bangga dengan saya walhal saya bukanlah sesiapapun. Jauh sekali bekerja baik dan bergaji besar. Bagi saya, itu cukup memadai malah kebanggaan acik amat bermakna buat saya kerana ia datangnya dari darah daging saya. Adik saya sendiri yang tak pernah tahu dunia saya, kehidupan saya. Kenapa? Sebab saya bukan suka bercerita tentang kehidupan saya kepada keluarga. Along sayang acik sangat-sangat. Rindu acik selalu. Along doakan acik sentiasa dalam jagaan Allah. Dalam perbualan kami di whatsapp, acik ada beritahu saya yang kawan-kawannya selalu pinjam duit dia lepas tu tukar nombor telefon. Kesian acik. Acik ni lembut hatinya. Mudah kasihankan orang. Tapi kawan-kawan dia suka ambil kesempatan padanya. Ya Allah, temukan acik dengan kawan-kawan yang baik. Jauhkan dia dari orang-orang yang berniat tak baik padanya.

Wednesday, October 3, 2018

Alyah - Jutaan Purnama (runut bunyi Lelaki Kiriman Tuhan)

Hahahah... Masih dengan mood nak tulis lirik lagu. Ni salah satu lagu baru yang saya minat. Nyanyian Alyah. Alyah ni, suaranya bukanlah kategori suara lembut macam Fauziah Latiff yang lunak merdu tu. Tapi ada kelunakan dalam serak basah kot kategori suara dia ni. Basah pun tak basah sangatlah. Jarang kategori suara macam ni jadi kesukaan saya. Ada kemanjaan gitu dalam suaranya. Melodi lagu ni saya suka. Liriknya biasa-biasa je. Bahasa bersahaja tak ada puitis pun. Tapi dalam maknanya. Hahahaha... Berbelit tak saya cakap? Amboi, bukan main lagi bagi komen. Dah, jom kita layan lirik ni. Nanti saya akan nyanyi lagu ni kat Sing Smule. ******************* Sayangku Bangun oh sayangku Sedarkan dari lena mimpimu Aku masih perlukan dirimu. Sayangku Bukalah matamu Lihat diriku masih menunggu Kesatkan air mataku. Maafkan kernaku takut kehilangan dirimu. Taruhkan jutaan purnama Kan setia diriku bersamanya, mencintanya hingga ke akhirnya Akhirnya. Sayangku Bangkit oh sayangku Mari menari seperti dulu Hilang arahku tanpamu Maafkan kernaku takut kehilangan dirimu. Taruhkan jutaan purnama Kan setiaku bersamanya, mencintanya ke ahirnya Taklukkan hatiku padanya Janji setia aku bersamanya, mencintanya hingga ke akhirnya. Teruskan jalanku mencintainya Sampai nanti jasadku terbeku Dan ternyata abadi cinta kita selamanya. Kau jutaan purnama Kan setia diriku bersamanya, mencintanya hingga ke akhirnya Taklukkan hatiku padanya Janji setia aku bersamanya, mencintanya hingga ke akhirnya. Janji setiaku padanya, bersamanya, mencintanya hingga ke akhirnya Akhirnya. Memang feeling habis nyanyi lagu ni walaupun tak ada sesiapa nak ditujukan hahahaha...

Anuar Zain - Ketulusan Hati

Assalammualaikum semua. Selamat pagi. Alhamdulillah. Pagi ni mood saya dalam keadaan baik. Harap-harapnya tak ada yang rosakkan mood saya hari ni. Sekarang ni entah kenapa entah. Mood dengar lagu datang. Dah lama dah saya tak dengar lagu ni. Banyak benar lagu baru yang saya tak tahu dan tak pernah dengar. Best-best jugak. Tiba-tiba teringat kat lagu ni. Salah satu lagu kegemaran saya. Dan ada sejarah di sebalik lagu ni. Tapi saya memang minat lagu ni. Bukan sebab sejarah tu hahaha... 11 tahun lalu, Abang Zikri suka nyanyikan saya lagu ni. Dia kata, lirik lagu ni adalah suara hati dia untuk saya. Walaupun saya tak mampu membalas cintanya, namun saya faham derita hati cinta tak berbalas ni. Dia suka nyanyi lagu ni penuh perasaan. ******************** Cintaku tak berdusta Tak mengenal ingkar Tak kenal nestapa Cintaku hanya indah Hanya bahagia untuk selamanya Apa yang ku rasakan ini Persembahan untuk dirimu Kau biarkan kasihku. Mencintaimu tak mengenal waktu Tak mengenal puitis Hanya tulusnya hati Mencintaimu tak mengenal ragu Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu. Cintaku tak berdusta Tak mengenal ingkar Tak kenal nestapa Tak ada seribu janji Hanya bahagia untuk selamanya Apa yang ku rasakan ini Persembahan untuk dirimu Kau benarkan kasihku Mencintaimu tak mengenal waktu Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati Mencintaimu tak mengenal ragu Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu. Apa yang ku rasakan ini Persembahan untuk dirimu Kau dengarkan kasihku. Ooo Mencintaimu tak mengenal waktu Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati Mencintaimu tak mengenal ragu Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu. Hahahahaha... Korang feeling tak dengar lagu ni? Tahu jelah kalau dah Anuar Zain nyanyi. Ada lagi lagu Anuar yang saya suka. Nanti saya tulis lirik kat sini.

Monday, October 1, 2018

Bila Saya Marah

Saya bukanlah seorang yang suka marah. Apatah lagi marah dalam jangka masa yang panjang. Kalau saya marah, saya tak suka pendam. Saya akan luahkan dan cakap apa yang saya tak suka. Lepas tu, kemarahan saya akan lenyap dan saya akan lupakan segalanya apa yang orang tu buat kat saya. Seolah-olah orang tu tak pernah buat saya marah. Saya akan kembali seperti asal. Tapi, bila saya marah, dan orang tak endahkan kemarahan saya, tak kisahlah apapun alasannya macam alas an bodoh yang orang selalu cakap, dia tengah marah. Biarkanlah dulu. Nanti bila dia dah sejuk, baru tegur or contact dia. No! Itu bukan saya ya. Saya ni seorang yang ingat apa saja yang orang buat kat saya melainkan kalau saya dah lepaskan kemarahan saya. So, membiarkan saya marah bukan makin mengurangi kemarahan saya. Malah ianya menyebabkan kemarahan saya berganda-ganda. Sebab apa? Sebab dia memaksa saya untuk pendam marah saya. Bila marah saya pendam, ianya akan menjadi makin besar. Dan jika keadaan itu berterusan, saya akan semakin berjauh hati dan akhirnya menjauhkan diri. Ingat ya, saya selalu terkena dengan kawan-kawan atau kekasih. Kalau dulu saya rela disakiti untuk membahagiakan orang, sekarang tidak lagi. Hati siapa perlu saya jaga? Semestinya hati saya. Kalau orang menyakitkan hati saya lalu membiarkan saya marah, biarlah saya sendiri yang jaga hati saya. Jangan kata bertahun lepas tu saya akan lupa. Takkan sekali-kali! Saya akan terus berkecil hati biar berapa tahun pun berlalu. Saya mempunyai ingatan tajam terhadap apa yang orang lakukan terhadap saya. Marah yang saya pendam seperti api yang membakar. Hanya satu perkataan maaf saja bisa melenyapkannya. Tapi kena dengarlah marah saya dulu. Kalau makin lama dibiarkan perkataan maaf pun tak sepantas air memadam marah saya. So, pengajarannya, bukan semua orang korang boleh guna fomular biar dia sejuk baru tegur dia atau contact dia. Bila dah sejuk nanti dia OK la. Saya tidak ya! Minta maaf! Makin dibiarkan saya marah, maka makin saya berjauh hati dan kemarahan saya akan bertambah!

Kemarahan Yang Bertimpa

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Pagi ni saya rasa sangat marah! Lain orang suruh buat, lain yang dibuat! Kalau orang suruh buat something, Bendol! Tak boleh guna fikiran! Orang suruh buat something, apa yang berangan entah, semua tak ingat! Lupa! Dah buat benda baru, menyusahkan orang! Empat benda semuanya buat saya marah! 1. Ada kawan dari Terengganu datang KL. Belikan saya keropok lekor. Kebetulan saya tak ada, so minta hantar kat sorang hamba Allah ni. Takkanlah saya nak cakap jugak letak dalam peti ais kat tempat beku? Takkanlah tak boleh fikir logic benda macam tu? Takkanlah tak boleh guna fomular sossage? Hari tu beria cakap dengan saya, sossage kena letak kat tempat beku tak boleh letak kat tempat sejuk biasa. Nanti berbau dan berlendir., basi. Tiba tang keropok leko letak kat tempat sejuk biasa. Gila ke apa? Dah tua kot, dah berumahtangga dan ada anak, takkanlah benda simple macam tu tak boleh fikir? Bukan tak bersyukur orang tolong, tapi saya teringin sangat nak makan keropok tu. Masa pergi Terengganu dua minggu lepas tak sempat beli sebab duduk dalam hutan, ada kem. Masa bila nak membeli keropoknya? Kalau tolong dengan menjadikan suatu pembaziran saya marahlah! Dahlah banyak! Serius, saya memang sangat marah bila orang buat kesilapan bodoh dan kesilapan yang sepatutnya boleh fikir. Benda senang kot! Takkanlah itu pun tak boleh fikir? 2. Makhluk lagi sorang ni pulak, saya dah pesan, tolong make sure keropok tu letak kat tempat beku. Beria cakap, nanti dia check. Kalau dah benda alah tu kat tempat sejuk biasa, confirm tak checklah kan? Kata kalau benda tu tak letak kat tempat beku nanti nak pindahkan ke tempat beku! Semuanya hampeh! Beli dengan duit ya benda alah tu. Memang murah. Yang buatkan saya marah, membazir dan saya teringin nak makan. Keropok tu dah berlendir dan bau tak sedap. Saya alihkan ke tempat beku. Tak tahulah boleh diselamatkan ke tidak. Dah tiga hari kot! Yang makhluk pertama tadi sedap je cakap, kalau rebus OK kot. Banyaklah kau, sebab tak kena kat kau kan? So bagi jelah cadangan bodoh tu! Satu perkataan maaf pun tak ada keluar dari mulut! Ni bukan kali pertama dia buat silap lepas tu, tak ada kata maaf. Tak beradab! Lebih baik jadi orang garang macam saya. At least, kalau saya tahu saya salah dan buat orang marah, saya pandai minta maaf! Bukan buat bodoh seolah tak ada benda berlaku! Makhluk kedua ni pun memang kena marah dengan saya. Semua benda kalau saya pesan, mesti lupa. Kejap je lupa. Saya faham, lupa tu tak boleh nak control. Kejadian Allah. Tapi apa usaha yang kau buat untuk mengingatkan? Bukan satu benda je lupa, banyak benda even urusan penting! Saya terus cakap, "Kalau dah tahu kita kekurangan ingatan, tulislah kat mana-mana. Ada dua benda tau yang awak lupa minggu lepas dengan saya," Serius, saya bukan orang yang suka marah, tapi orang sekeliling nak sangat saya marah. So, saya marah! Sorry ya, saya bukan orang pandai berlakon. Baik depan kata belakang. Kalau saya marah, saya akan tunjuk depan-depan. Cakap pakej sekali dengan riak wajah! Siapa yang biasa dengan saya tahulah! Lagi-lagi kalau orang buat salah tak tahu minta maaf. Memang lama la marah saya! Kalau minta maaf marah jugak. Tapi tak adalah lama! Seirus saya bengang! 3. Ada orang nak sewa basikal tandem. Orang yang memang dah dikenal pasti suka buat perangai. Saya suruh staff saya buka kunci enam basikal. Dia orang nak sewa tiga je. 3 extra tu sebagai pilihan supaya mereka boleh pilih mana yang elok. Ya Allah, dia pergi tinggal semua kunci kat kaunter. So, apa maknanya kunci basikal tu kalau bagi kunci kat dia orang? Dia orang akan buka semualah jawabnya dan pilih mana yang dia orang nak tanpa kawalan. Dahlah suka mengelak bayar sewa. Nanti guna lima, bayar tiga je! Dalam urusan kerja lagilah saya panas! Lain orang suruh buat, lain dibuat! Tanya dulu kalau tak pasti. Saya kenal pengguna or penyewa ni. Perangai sorang-sorang, saya boleh buat hikayat dah! Suka ambil kesempatan, baik yang blind, baik yang sukarelawan! Sama je! 4. Bank Simpanan Nasional yang tak professional. Hari tu bukan main bagi notis, perkhidmatan online dan cebit card serta credit card dia tak boleh guna sampai 4 September dari 31 Ogos. Updatelah konon! Sampai gaji bulan ni pun tak stabil lagi! Dari minggu lepas saya cuba untuk transfer duit, tak boleh! Dahlah banknya jauh nak menapak! Kalau keluar cash, saya kena menapak pulak ke Maybank! Yang best tu, minggu lepas, saya nak check baki boleh akaun saya tak ada? Gila ke apa? Baca note, suruh pergi manage akaun untuk update list akaun. Gila! Maybank tak pulak macam ni. Minggu lepas saya sibuk dengan program last weekend. Tak ada masa! Tak ada masa nak gerak ke bank bodoh tu! Malam tadi, lepas bangun tidur berehat setelah pulang dari program, saya try. Boleh transfer. Niat hati nak transfer semua benda hari ni untuk pembayaran. Biasalah, BSN lembap ni guna Sistem Gyro. Dahlah kau melambatkan kerja aku! Hari ni pun tak masuk-masuk lagi duit ke Maybank saya. Ish, bengang yang amat! Gila semuanya! Semua buat saya marah!