SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Thursday, October 11, 2018

KRU - Gerenti Beres

Saya ni dengar lagu bermusim. Sekarang ni sibuk duk dengar lagu ni. Lagu lama. Tapi dah mood nak dengar lagu ni. Ulang jelah dua tiga kali sekejap. Best jugak lirik ni. Hahahaha... Ada betulnya. Sayapun penat nak dengar janji manis. Jadi kejam sikit macam lagu ni OK gak. Tak payah nak feeling sangatlah kalau dia belum sah jadi milik kita. Nanti kecewa lagi. Jom kita hayati lirik lagu materialistic ni: Mengantuk dah dengar ku cinta padamu Bermodal kata manis mulut Oh abang itu tak cukup! Jikalau kau mahu ku diserang 'angau' Harus kibarkanlah sedikit Kipas berdaun wang ringgit. Usah susah-payah panjang lebar celoteh Kerana diri ini dah letih Mendengar janji setinggi langit. Sedangkan pada mulanya saja beriya Nanti dah jemu aku dibiar bingung kecewa. Bukan terlalu memilih Dalam mencari kekasih Cuma adat lelaki mereka pergi mencari lain. Sekurang-kurangnya nanti Punya hasil baruku puas hati Kau perlu buktikan dulu Baru cintaku gerenti beres. Setampan Salman Khan pun aku tak heran Kau tak akan punya peluang Jika akaun bank kering-kontang. Andainya ada hati nak temu janji Pastikan hotel bintang lima Bukan warung kaki lima. Ramai dah gagal berbuah tangankan mawar Itu pun setahun sekali Hanya pada hari kekasih. Mataku hanya akan silau kilauan permata Selepas itu barulah diriku engkau empunya. Bukan terlalu memilih Dalam mencari kekasih Cuma adat lelaki mereka pergi mencari lain. Sekurang-kurangnya nanti Punya hasil baru ku puas hati Kau perlu buktikan dulu Baru cintaku, gerenti beres. Ketika ditemuduga seluruh kerabat keluarga Katakan kau seorang doctor, majistret atau lawyer Ahli muzik tak main, satu sen pun tak laku Jika diriku yang kau mahu Pastikan rombongan dipenuhi hantaran Dengan sebiji Ferrari merah, barulah kau Nampak gah Muka selipar Jepun pun boleh jadi lawa Kau buatku jatuh cinta. Bukan terlalu memilih Dalam mencari kekasih Cuma adat lelaki mereka pergi mencari lain. Sekurang-kurangnya nanti Punya hasil baru ku puas hati Kau perlu buktikan dulu Baru cintaku, gerenti beres.

No comments: