SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Monday, October 15, 2018

Gula Dalam Darah

Rasa sakit tekak. Sebenarnya minggu lepas pun rasa perit-perit manja. Cuma may be last weekend sibuk mengemas, so habuk kot. Hari ni perit tu rasa lebih lagi. Jom pergi klinik. Hahaha... Saya ni kan manja, sakit sikit je nak pergi jumpa doktor. Masa menunggu giliran kat klinik office ni, saya teringat yang tahun ni belum check gula dalam darah. Sebenarnya saya takut sikit nak check kali ni sebab kan hari tu makan coklat banyak. Semalam makan Kit Kat dan angah bawa nasi untuk dimakan bersama Hakim dan mummy. So makan nasi la semalam. Tapi yang takut tu sebab banyak makan coklat. Tahu jelah. Bila makan nasi, saya ni mengantuk tak hingat. Tu pun salah satu benda yang buat saya takut nak check gula dalam darah. Memanglah sejarah keluarga saya sebelah mama Alhamdulillah, tak ada diabetes. Tapi sebelah abah, adik-beradik abah ada diabetes. Lagipun, saya pernah jaga arwah chek yang menghidap diabetes. Nak makan pun susah. Makan ni sikit, gula naik. Kurang gula pun susah. Arwah chek tu bukan keturunan saya la kiranya kan, sebab dia moyang tiri. Lepas tu isteri my uncle, diabetes sampai buah pinggang rosak. Mata pun dah mula kabur. Glukoma. Melihatkan dia orang ni saya jadi takut dengan diabetes. Kalau nak kena, bila-bila pun boleh. Tu belum lagi kawan yang kena inject insulin. Saya tengok dia orang semua makan sangat perlu berjaga-jaga. Kalaulah nikmat ni ditarik Ya Allah, sedihnya. Tambah cerita angah yang sepupu her husband dah buruk kaki. Pergi buat rawatan, doktor korek. Tapi katanya mula memburuk di dalam pulak. Ya Allah, kesiannya. Saya kenal Kak Edah tu. Baik dan ramah orangnya. Saya menimbang-nimbang. Nak check glukosa ke tak? Nak ke tak? Ah, daripada risau tak tentu pasal, tak bertempat, kita check jelah. Semuanya kuasa Allah. Berserah sajalah. Dalam hati bermohon agar segalanya baik-baik saja. Doktor Tanya, sakit tekak je ke? Saya kata ya. "Doktor, check glukosa boleh tak?" Saya dah biasa dengan doktor ni. "Kenapa?" Tanya doktor lembut. "Saja. Tahun ni belum check. Tahun lepas check," Sebenarnya setiap tahun saya check. "Tahun lepas ada check?" Tanya minta kepastian. "Check. Masa yang luka tak nak bercantum tu," Jawab saya membawa doktor ke ingatan itu. "Tahun lepas, normal?" Tanya doktor sambil mempersiapkan peralatannya. "Normal," "You puasa?" Tanya doktor. "Puasa." Jawab saya senyum. Cuba melindungi keresahan. "Kenapa tak datang awal pagi? Kalau tak awal you boleh makan. Ni dah lewat dah," Doktor kesiankan saya. Saya senyum. Sebenarnya saya puasa bukan sebab nak check gula dalam darah. Saya puasa sebab dah lewat pagi tadi. Tak sempat nak singgah beli makanan. Tambah nak kurangkan makan gandum dan makanan berminyak. Hahaha... Siaran tergendala kejap sebab PR panggil saya nak tunjuk kat visitors dia yang blind boleh mekap sendiri macam orang lain. Kebetulan saya mekap hari ni. Cuma eyeliner je baru habis. Punyalah excited budak-budak tu jumpa saya. Hahahaha... Apa yang excited pun tak tahulah. Saya biasa-biasa je. OK, back to our story. Doktor meminta jari saya. Tanpa keberatan, saya menghulurkannya. Dah biasa dah check darah ni. Tak takut pun untuk di inject. "So thin eh your fingers," Saya senyum. Doktor ni nak ambil darah ke nak tengok jari saya? Ramai yang cakap jari saya halus. Saya rasa biasa je. May be sebab jari sendiri kot. Nenek saya macam-macam digelarkannya jari saya ni. Jari kera la, jari penari Mak Yung la, jari serai manis la. Saya tak kisahpun. Panggillah apapun. Saya rasa satu tembakan jarum kena pada hujung jari. Tak rasa pun darah mengalir? Pernah satu ketika, nurse terpaksa tembak beberapa kali sebab tak kena salur darah kot. "Ada tak darah doktor?" Saya bersedia untuk diulang tembak. Doktor menghulurkan saya secebis kapas basah untuk lap jari. Saya Doktor suruh saya tekap jari bekas cucukan tu. "Ya, normal. Tak ada apa," Beritahu doktor kepada saya sejurus kemudian. "Berapa doktor?" Tanya saya tersenyum. Syukur segera saya panjatkan dalam hati. "4.8," "Turun dari tahun lepas." Balas saya riang. "Tahun lepas berapa?" Tanya doktor. "5.6 tapi saya tak puasa masa tu. Dah breakfast," "OK, now go and take your meal," Ujar doktor. Terima kasih Allah kerana mengizinkan saya sihat lagi. Ya Allah, kenapa tiba-tiba sebak ni? Rasa Allah tu baik sangat. Saya ni bukan bagus sangat dalam menjaga makan. Buat apa yang mampu je. Bila jumpa coklat tak boleh tahan. Makan dan makan. Tapi Allah masih bagi saya sihat. Insya-Allah lepas ni saya akan cuba menjaganya. Alhamdulillah.

No comments: