Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Thursday, October 4, 2018
Adik Yang Lembut Hatinya
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Hari ni, pagi-pagi saya terima whatsapp dari acik bertanyakan khabar saya. Pelik, bukan selalu dia ni hantar whatsapp Tanya khabar.
Rupa-rupanya, dia terbaca berita tentang saya di akhbar. Pada mulanya saya pelik. Tak ada reporter interview saya pun? Rupa-rupanya dia baca berita saya empat tahun lalu semasa saya buat pembahasan di Persidangan Puteri UMNO di PWTC. Katanya, dia bangga dengan saya. Hahahaha... Tak ada apa perlu dibanggakan. Saya ni biasa-biasa je. Taklah bergaji besar macam angah. Kata Acik, ada sebab kenapa Allah lahirkan saya dalam keluarga ni. Dia bangga dengan saya dan katanya, dia tahu yang saya ni seorang yang kuat sejak kecil lagi. Saya rasa sebak. Ada jugak orang nak bangga dengan saya walhal saya bukanlah sesiapapun. Jauh sekali bekerja baik dan bergaji besar. Bagi saya, itu cukup memadai malah kebanggaan acik amat bermakna buat saya kerana ia datangnya dari darah daging saya. Adik saya sendiri yang tak pernah tahu dunia saya, kehidupan saya. Kenapa? Sebab saya bukan suka bercerita tentang kehidupan saya kepada keluarga.
Along sayang acik sangat-sangat. Rindu acik selalu.
Along doakan acik sentiasa dalam jagaan Allah.
Dalam perbualan kami di whatsapp, acik ada beritahu saya yang kawan-kawannya selalu pinjam duit dia lepas tu tukar nombor telefon. Kesian acik. Acik ni lembut hatinya. Mudah kasihankan orang. Tapi kawan-kawan dia suka ambil kesempatan padanya.
Ya Allah, temukan acik dengan kawan-kawan yang baik. Jauhkan dia dari orang-orang yang berniat tak baik padanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment