SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Saturday, October 13, 2018

Felli Cutlery

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni entah datang semangat dari mana entah. Saya masuk office! Saya tak boleh bercuti lagi pada hari Sabtu sebab saya dah banyak kali cuti Sabtu. Sayanglahkan nak habiskan cuti macam tu je. ********************* So hari ni nak cerita pasal cutlery. Saya mula mengenali makan di hotel dan restoran sejak zaman kanak-kanak. Saya suka makan kat sana salah satu sebab kecilnya sudu. Sudunya besar, tebal dan dalam. Kalau makan kuah, banyak kuah boleh disudu. Bila makan kat rumah dan asrama, hmmm... Tak best! Sudu tak tebal dan tak dalam. Dapat makan kuah sikit je sekali sudu. Dulu-dulu saya fikir sudu cantik macam kat hotel tu hanya eksklusif untuk hotel dan restoran je. Yelah, tempat mewah. Bila saya cakap dengan mummy nak beli sudu baru, mummy belikan saya sudu sama je macam kat rumah. Alaaaa... Paling tidakpun, sudu yang ada hulu yang cantik seperti sudu hulu getah. Itu lagi saya tak suka! Saya ni memang cerewet orangnya. Dari pakaian sampailah sekecil benda seperti sudu dan berus gigi saya memilih! Hahahahahahaha... Tu yang orang kata saya high maintenance. Saya tak marahpun. Dah memang betul. Suatu hari, saya ke rumah kawan saya. Dia bagi saya makan menggunakan sudu macam kat hotel tu. Waaa... Saya suka! Saya Tanya dia, mana nak beli sudu macam ni? Dia jawab, kat Sogo banyak. Kat mall selalu ada. "Tapi kau kenalah pandai pilih. Janganlah pilih sudu-sudu biasa. Sudu biasa tu berlambak kat mall. Kau cari yang ada jenama. Tengok dulu lepas tu beli," OK. Mulai hari tu, saya pasang niat nak beli sudu garfu macam tu. Beli biar mahal, tapi sekali je. Saya mula search kat internet pasal jenama-jenama sudu ni. Ada satu jenama ni saya nak beli. Berkenan. Ada satu set lengkap. Siap dengan sudu pencuci mulut dan pisau makan. Hahahaha... knife table or knife dinner nama dalam omputehnya. Jenama ni order direct dari UK. Dalam RM400.00 lebih je. Tak mahal. Berbaloilahkan? Ada 76 set kot. Dan yang best tu diperbuat daripada stainless steel 18/10 di mana ketahanan karat dan kilaunya bagus! Tapi harga di Malaysia, mak oiiii... Meninggal! Sementara saya belum buat kitchen cabinet, letaklah dulu web site ni dalam favourite google saya. Karang beli letak dalam store je. Tapi... Setiap kali makan pakai sudu, geram betul saya bila sudu saya tu jenis nipis dan tak dalam. Makan kuah pun sikit. Kadang-kadang sudu tu bengkok bila ganas menggunakannya. Siapa suruh ganas? Ada jugak yang berkarat bila lama simpan. Ish, sabra jelah. Tunggu cabinet siap lepas tu baru beli barang dapur. Sekali tu, saya pergi Sogo ditemani Cikgu Norimah. Hajat di hati nak hantar Sembonia handbag repair. Sayangnya Sembonia Sogo tak ada service repair. So apa lagi, merayaplah kami ke bahagian peralatan dapur. Saya bagi tahu cikgu, saya nak tengok sudu yang pernah dia belikan untuk sorang kawan saya. Cikgu pun bawa saya ke bahagian tu. Sesampainya saya di bahagian tersebut, saya sangat teruja. Banyak sudu yang tebal, besar dan dalam. Cikgu menunjukkan saya sejenis sudu dari jenama Felli. Yes! Saya suka sudu tu! Keras dan tebal. Paling penting dia dalam dan stainless steel. Amboi, bukan main lagi kau eh. Mentang-mentang kau mahal, kau jual satu-satu sudu macam ni. Yang tak berapa tebal tu boleh pulak kau jual satu set RM76 la, RM100 la sekali dengan garfu dan pisau makan. Bila tang yang ni kau jual sebatang-sebatang. Cikgu kata, yang ni lebih bagus dari yang dia pernah belikan budak-budak lain tu. Harganyapun mahal sikit. Tengok harga, RM30 lebih sebatang! Mampus! Tak kuasa aku! Tunggulah cabinet siap dan order je dari UK tu. Dalam tak nak tu, duduk jugak membelek sudu tu. Tapiiii... Tiba-tiba cikgu cakap, Ada offer la sudu ni. RM10.00 je. Hah? Biar betul! Saya minta cikgu confirmkan. Yes, confirm! RM10.00 sebatang! RM10 sahaja! Senyuman mula mekar di bibir dan matapun dah bercahaya-cahaya. Bintang-bintang bersama love dah keluar dari kepala menuju angkasa. Sudu idaman di depan mata. Tak beli satu set pun, beli sudu je pun jadilah. Eh, beli sudu mesti beli pasangannya garfu. Takkan sudu tebal garfu nipis masa makan kot. OK, saya beli empat ke enam pasang. Tambah dengan tea spoon dan dua senduk lauk. Baruk RM100 lebih! Hahahahaha... Rasa nak lompat-lompat je kat Sogo dapat beli sudu idaman sekian lama. Baru-baru ni saya pergi Sogo dengan cikgu lagi. Tapi jenis tu tak ada pulak. Nantilah beli lagi. Sekali tu saya bawa sudu pergi office. Kata kawan saya, Mak oi sudu! Dia tengok harga kat sudu tu. "Ni makan sesuap terus kenyang eh makan pakai sudu ni?" Waaaa... Melampau kau, Wan! Ketuk kepala kau dengan sudu ni baru tahu! Dia ketawa. Katanya, kalau dia tak ada masa nak beli sudu rege senggitu. Eleh, nanti kalau bini kau esok nak beli padan muka kau! Saya curious tentang jenama sudu ni. Then, mula search di internet. Sudu buatan Malaysia! Memeranjatkan, dah masuk pasaran antarabangsa! Dan syarikat ni merupakan pembekal cutlery kepada hotel-hotel terkemuka Negara sama ada berbintang lima mahu pun empat. Dia juga pembekal cutlery untuk restoran-restoran terkenal seperti Secret Recipe dan banyak lagi! Patutlah aku jatuh hati kat dia. Entah-entah memang jenama ni yang selalu saya gunakan waktu makan di restoran dan hotel. Tapi harga kalau tak sale memang gila mahal! Tengok kat web dia pun, harga mahal-mahal! Ada banyak jenis. Kalau dah siap cabinet nanti kita beli satu set terus! Hari tu, acik datang rumah. Dia Tanya saya, "Sudu kau ni nak ketuk kepala orang ke apa ni? Dahlah tebal, berat pulak tu," Saya jawab, "Ha'ah, nak ketuk kepala kau." Hahahahaha... Kami tergelak sama-sama. Baru jap saya tengok kat Lazada harga Felli ni. Mahal jugak eh? RM37 kalau tak silap. Gila betul! Gila tak gila. Saya akan beli. Beli satu set je OK. Lepas tu duduk diam-diam. kau pakailah sampai tua!

No comments: