SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Monday, September 17, 2018

Kebencian Yang Tak Terpadam

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Dah tidur ke korang? Saya nak buat luahan perasaan kejap sebelum tidur. Kalau siapa pembaca setia blog ni, pasti korang ingat tentang Abang Zikri (bukan nama sebenar) yang pernah saya tulis kat sini beberapa kali dalam beberapa entri. Tahun bila tu tak ingat. Saya memang tak suka lelaki curang. Tapi, di sebalik kecurangan tu saya suka mengkaji apa sebenarnya yang berlaku. Adakah lelaki tu memang tak cukup satu atau masalah rumahtangga yang membawa kepada situasi tersebut? Bila saya kaji, sebenarnya lelaki curang atau mahukan perhatian perempuan lain di terbahagi kepada dua jenis: 1. Lelaki yang mempunyai isteri baik, tapi dia yang tak tahu diuntung nak menggatal dengan perempuan lain. 2. Yang ni agak sensitif sikit bagi kaum perempuan. Tapi korang harus terima hakikat ni dan jadikan pengajaran. Lelaki baik sebenarnya tapi isteri yang kurang bagi perhatian kepada lelaki tersebut. Orang lelaki ni macam perempuan jugak, suka dibelai dan dimanja. Ganas macam mana pun dia, kalau korang manja-manja, mesti dia cair punyalah. Berdasarkan pemerhatian, cerita kawan terdekat dan kiasan Abang Zikri, saya rasa dia ni tergolong dalam golongan kedua. Satu kesilapan yang dia buat, berkahwin dengan target usia. Dia target nak kahwin umur sekian, sekian, so dia kahwin dengan perempuan baru dikenalinya meskipun tak cinta sepenuh hati. Mungkin dengan harapan, bercinta selepas kahwin. Sedangkan, pada masa tu, hatinya pada saya. Dek kerana saya menunggu kekasih hati yang entah apa-apa dulu, makanya, dia ambil keputusan untuk kahwin dengan perempuan yang nak kahwin dengan dia. Masa tu saya bersyukur. Dalam keadaan saya yang entah sampai bila nak tunggu makhluk halus tak berapa halus tu, saya takut dia kecewa. Bila dia ambil keputusan nak kahwin, saya lega. Sekurang-kurangnya, tak adalah saya mengecewakan dia. Dua atau tiga tahun selepas perkahwinannya, dia hubungi saya menyatakan kerinduannya pada saya dan meluahkan betapa dia rindu akan kenangan kami sebelum dia mendirikan rumahtangga. Saya tak ada hubungan pun dengan dia. Saya anggap dia macam abang angkat. Dia selalu tenangkan saya bila saya dirundung duka dipermain kekasih hati yang tak berapa nak betul tu. Suatu malam, dia menghantar messenger kat saya mengatakan dia rindukan saya apabila mendengar lagu Kaulah Segalanya nyanyian Ruth Sahanaya sering didengarnya tatkala dia gagal memenangi hati saya suatu ketika dulu. Saya terus membalas messenger tersebut dengan menasihati dia agar melupakan kisah-kisah silam. Semuanya telah menjadi sejarah. Tak lupa saya ingatkan dia, betapa hancurnya isteri dia sekiranya isterinya membaca messenger tersebut. Kata-kata saya tu jadi kenyataan. Isterinya membaca messenger kami. Apa lagi, mengamuklah isteri dia. Siap nak call saya. Cuma Abang Zikri meminta agar dia tidak berbuat demikian kerana kata Abang Zikri, tengok berdasarkan messenger tu, siapa yang kacau siapa? Nyata-nyata dia yang memulakan tapi tidak dilayan oleh saya malah saya menasihatinya agar menjadi suami yang baik. Isterinya tidak jadi menghubungi saya. Tapi, dari saat tu, isterinya membenci saya hingga ke saat ni. Pantang dengar nama saya, pasti menanah telinga Abang Zikri disindirnya. Malah, dia turut bercerita kepada rakan-rakannya bahawa Abang Zikri pernah buat perangai dengan sorang perempuan. OK, saya tak salahkan isteri Abang Zikri kerana membenci saya. Mungkin kalau saya di tempatnya pun, saya akan merasakan hal yang sama. Tapi, untuk kebaikan rumahtangga korang, cukup-cukuplah bersengketa. Apa yang boleh saya cakap, Abang Zikri sebenarnya seorang suami yang baik. Dia sendiri menyatakan dia tidak pernah terlintas untuk berpoligami apatah lagi bercerai. Cuma pada waktu-waktunya, dia rindu akan insan yang pernah dicintainya sepenuh hati setelah dia gagal memperoleh cinta serta perhatian sang isteri. Kak Su, akak beruntung menjadi isteri dia. So, saya rasa korang duduklah discuss hal ni. Dah berapa tahun berlalu. Enam tahun dah kot peristiwa tu. Kalau asyik nak menyindir suami tentang kesalahan dia, tak ada sudahnya. Makin mengeruhkan keadaan adalah. Saya rasa korang ni dah seri satu sama. At least, suami akak tu sekadar menyatakan kerinduan pada saya. Kerinduan akan masa lalunya. Mujur dia rindu dan contact saya yang setakat ni belum terlintas untuk memikat hati Abang Zikri. Bersyukurlah. Kalau dia melayan orang lain, saya rasa mungkin rumahtangga akak dah porak-peranda. Lagipun, kesilapan Abang Zikri tak sebesar kesilapan akak yang curang dengan lelaki lain. Lelaki yang juga melayan akak sampai keluar berdating ke sana-sini. Abang Zikri masih boleh maafkan akak. Masih boleh terima akak. Akak tak fikir ke betapa susahnya dia untuk memaafkan isteri yang pernah mencurangi dia? Sebaliknya, akak yang suka mengungkit hal messenger Abang Zikri dan saya yang tak ada ura-ura nak memadu kasihpun. Saya rasa, dah tiba masanya korang duduk semeja dan berbincang. Buanglah eo masing-masing. Dalam berumahtangga ni, tak boleh sorang je nak perbaiki keadaan. Ianya memerlukan kerjasama kedua belah pihak. Jangan risau tentang Abang Zikri dan saya. Insya-Allah, selagi Allah izinkan saya waras, saya tidak akan merampas dia dari akak. Kalau akak masih rasa dia still ada perasaan kat saya, akak kaji apa yang membuatkan dia tak boleh lupakan saya. Bila dapat jawapannya, akak berusahalah untuk menewaskan saya supaya seluruh cintanya akak miliki. Saya pun tak nak menang dengan akak. Saya tak sampai hati nak sentiasa larikan diri tatkala dia hubungi saya. Kalau dia dah jatuh cinta kat akak balik mesti saya dapat jalani kehidupan saya tanpa rasa serba salah kepada sesiapapun. Saya memang nak akak menang dan lebih segalanya dari saya agar rumahtangga akak dan dia bahagia. Satu saya nak bagi tahu akak, Abang Zikri sukakan orang yang manja. Sayapun tak tahu tang mana manjanya saya. So, akak cubalah berubah menjadi seorang yang manja. Yang sentiasa perlukan perhatian dia dan memberi perhatian kepadanya. Kalau akak jadi macam tu, tak mustahil dia akan sentiasa melekat dengan akak. Okaylah. Selamat malam. Saya nak mimpikan jodoh saya pulak.

No comments: