SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Thursday, September 20, 2018

Drama King

Assalammualaikum. Hai semua! Korang rasa tak aura ceria saya pagi ni? Alhamdulillah, malam tadi saya dapat lelapkan mata sebelum jam 10.00. Mengantuk yang amat. Saya dah ambil langkah berjaga-jaga, letak Chiko kat ruang tamu dan tutup pintu bilik air dapur. Tidurlah kau kat ruang tamu. Siapa suruh suka kacau along tidur? Alhamdulillah, tidur saya lena dan tak terganggu. Saya sedar jam 4.49 pagi terus bersahur, solat dan bersiap pergi kerja. ************************* Drama king. Hahahaha... Saya ni tak suka menipu. Tapi kalau dah melampau sangat, kita kena drama king sikitlah. Alkisahnya, Selasa lepas saya ke Air Asia dengan menaiki van which is memang saya tak suka. Mujur saya duduk depan, so sejuklah. Kat belakang rasanya OK kot air cond van ni. Tapi saya tengok driver tu susah nak mulakan pemanduan setelah berhenti di traffic light. Saya Tanya dia kenapa? Dia kata plate clutch dah nak habis. Nipis. Saya Tanya lagi, tak report ke? Kata dia, dah banyak kali cakap tapi supervisor dia buat bodoh je. Ini yang paling saya menyampah dengan office saya. Selalu tak jaga kebajikan staff. Kalau orang tak berkenaan nak guna duit, amboi, laju je approve eh? Transport ni penting bagi saya sebab saya selalu ada kerja luar. Kalau transport tak cukup, susahlah saya. Otak saya berputar ligat macam mana nak buat supaya dia orang ni peduli pasal transport ni. Van satu dah out station ke JB, satu road text mati, Unser pulak sibuk GM nak naik. Kadang-kadang kena simpan Unser kat ofis takut dia nak keluar. Besar sangat ke dia? Kalau saya, lantakkan, siapa book dulu, dialah naik. Kalau nak besar sangat, pergilah jadi GM kat company besar! Kau tak usaha pun nak dapatkan kenderaan baru ada hati nak demand, sorrylah! Masa balik, driver bagi cadangan kat saya, "Kejap lagi, aku nak berhenti kat tepi jalan." "Nak buat apa?" Tanya saya. "Aku nak call Lily, nak bagi tahu dia van ni tak boleh jalan." Saya dan Kak Sha ketawa. "Kau biar betul?" Saya minta kepastian. "Betul Tinta, dia orang ni selagi van ni boleh jalan, selagi tu tak nak repair. Lepas tu bila dah teruk, bukan setakat clutch, banyak lagi benda lain rosak, belanjapun besar," Bagus jugak idea tu. Padan muka dia. Lagipun saya memang bengang dengan Lily tu hari tu. Nak urus transport pun tak reti. Lepas tu bila bagi cadangan, ada je jawapannya. Nak-naknya dengan assistant saya, banyak jawapan dia. Sekali assistant saya bagi phone kat saya, terus diam. Kebetulan, saya nak beli karipap Kingkong. Masa tulah, Encik Ramly driver saya tu call supervisor dia. Call handset, tak jawab. Sementara Kak Sha beli karipap, saya duduk dalam kereta menyaksikan drama king tu. Encik Ramly call operator suruh cakap dengan Lily call dia segera sebab van tak boleh jalan. Wow! Sekejap je, dia call balik. Lily ni ada satu perangai. Kadang-kadang dia ada kat tempat pun tak nak jawab call. Bukan tu je, kalau dia pergi jalan-jalan tak kiralah bekerja ke apa, dia suka tak nak bawa handset pada hal bukan dia tak tahu yang dia tu wanted kat office ni. "Van tak boleh jalanlah Lily. Clutch ni dah habis. Tinta dah bising-bising kat aku ni. Aku nak jawab apa?" Amboi, sesedap rasa dia je guna nama saya. Hahahaha... Memang dia orang ni suka guna nama saya tapi dengan izin kalau lepas guna tu terus bagi tahu saya. Untuk kebaikan saya OK je. Kalau sebaliknya, siaplah dia saya bamboo. "OK la. You stand by, I cuba start. Kalau boleh, aku drive perlahan-lahan balik. Kalau tak boleh. kau panggil towing ambil van ni." Encik Ramly ni kalau cakap kejap kau, kejap you, kejap aku, kejap I. Lantak dialah. "Sesuka hati kau je guna nama aku eh?" Kata saya setelah talian dimatikan. "Hahahahaha... Kena pandai politik, Tinta. Dia orang ni, kalau aku cakap, buat tak tahu je. Dia pusing cerita tadi kata aku tak bagi tahu dia. Pada hal aku dah bagi tahu dah. So, kalau guna nama kau, baru dia berdebar sikit. Nanti dia kena dengan kau," Hahahaha... Sebab tu dia orang ni suka guna nama saya. Sebab dia orang tahu kalau guna nama saya, tak jalan jugak, cerita akan jadi panjang. Saya akan Tanya sampai tak boleh jawab. Lepas tu saya akan bawa ke atas dan follow up sampai settle case. Tak jalan memang kenalah dia orang. Sebab tu dia orang ni kalau dengar nama saya, semuanya berhati-hati. Salah cakap, saya akan Tanya. Bukan cerewet tapi saya nak semuanya in order. Jangan main cakap je. Ikut prosedurlah. Kena ada hitam putih. Jangan nak lepas diri, simply cakap. Saya bukan macam orang lain korang nak bodoh-bodohkan. Kau bodohkan aku, kau siap! Hahahahahahaha... Itu yang bekas boss HR dulu pesan dengan orang jaga transport masa tu, kalau Tinta dan Fairuz, dulukan dia orang. Jangan main-main. Kalau dia kata boss dia punya arahan, saya akan naik jumpa boss dia untuk kepastian. Kalau boss dia pun tak betul, dengan boss-boss dia sekali saya soal. Satu bagusnya Lily dan kebanyak orang office ni, masa gaduh, kena tegur, bertekak yes kami bertekak. Tapi habis bab tu, kami boleh je baik macam biasa. Kerja tak melibatkan personal. Tu yang saya suka. Dan sayapun kalau saya salah, saya akan cakap saya salah, minta maaf. Orang tegur, OK la. Saya terima. Kak Lily ni pun kalau dah habis bab saya marah dia or dia geram dengan saya, kami boleh je ketawa dan bersembang. Bertepuk bertampar lagi. Orang yang kenal saya, dia orang takkan ambil hati bila saya cakap something dengan dia orang walaupun dia orang rasa pedas. Sebab saya tak dendam dan tak ungkit benda yang dah selesai. Saya sayang sebenarnya kawan-kawan office ni.

No comments: