SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Sunday, September 16, 2018

Ibu Yang Berusaha Membahagiakan Anak-Anaknya

Assalammualaikum semua. Selamat sore, Tiba-tiba teringat kepada staff saya. Hari ni, dia nak bawa anak kecilnya, Shifa berjalan-jalan. Kematian suami dikala mempunyai anak masih kecil bukanlah sesuatu yang mudah ditempuh. Anak kecil pastinya merengek nak keluar bersiar-siar sebagaimana lazimnya dilakukan semasa keberadaan bapanya. Saya kagum dengan Kak Sha, walaupun tidak begitu mahir memandu, dia sering melayari laman sesawang untuk memberi pengalaman percutian mengasyikkan bagi Ashifa anaknya. Baru-baru ni Kak Sha menyatakan hasratnya kepada saya untuk membawa anaknya terutama si kecil Shifa bercuti. Dia survey pakej percutian ke Cameron Highland. Saya ada jugak memberi cadangan kepadanya untuk menginap di Cameron dan buat booking melalui booking.com. Kak Sha kata dia akan survey lagi. Setakat ni pakej percutian ke Cameron dari KL Sentral hanya pakej sehari. Tapi dia prefer untuk bermalam di sana. Hari ni pulak dia merancang membawa Shifa dan ditemani anak ketiganya Afikah untuk berjalan sekitar kota metro politan ni. Dia bercerita kepada saya yang dia merancang untuk ambil pakej RM65.00 untuk 2 dewasa dan 2 orang kanak-kanak. Pakej termasuk perjalanan bersama bas Go KL yang akan membawa para pelancong atau penumpang ke tempat-tempat menarik sekitar Kuala Lumpur seperti Planetarium negara, muzium Negara dan lain-lain. Semoga misinya berjaya dan mereka bahagia. Menurut Kak Sha, dia mahu Ashifa turut merasai keseronokan bercuti dan berjalan-jalan seperti kakak dan abangnya semasa kecil ketika arwah suaminya masih ada. Beberapa minggu lepas, saya dimaklumkan oleh Massuni yang juga mahu membawa anak-anaknya bersiar-siar ke Putrajaya kalau tak silap. Gigih kan ibu-ibu ni mahu membahagiakan anak-anak mereka walaupun tanpa suami di sisi? Semoga Allah menjadikan anak-anak mereka sebagai anak-anak soleh dan solehah yang juga akan membahagiakan mereka kelak. Amin...

No comments: