SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Sunday, September 2, 2018

Jodoh Yang Tak Disangka

Bila bercerita pasal jodoh, semestinyalah bukan jodoh saya. Hahahaha... Sebab jodoh saya tak mahu kat mana lagi. Entah dekat, entah jauh. Entah orang dikenali, entah tidak. Saya nak bercerita pasal angah, adik saya yang baru kahwin tu. Sememangnya aturan Allah itu cukup cantik. Jodoh pula bagai satu misteri yang akan terungkai pada bila-bila masa. Pada hujung 2016, angah pulang ke kampung bersama seorang lelaki bernama Rizal. Rizal seorang duda beranak dua kalau tak silap. Rancangnya, mereka nak langsungkan perkahwinan pada tahun 2017 dan bertunang pada Oktober 2016. Masa tu saya sedang berduka-lara. Bila dengar angah nak bertunang, saya selalu minta dengan Allah agar permudahkan jodoh angah. Janganlah bagi dia rasa apa yang saya rasa kerana dia lebih kerap merasai kekecewaan berbanding saya. Ujian buat angah sebenarnya lebih teruk dalam hal ni. Bezanya, angah mudah melupakan dan jatuh cinta lagi tidak seperti saya yang payah melupakan serta payah untuk jatuh cinta lagi. Tapi ketetapan Allah itu lebih cantik. Saat angah dan bakal tunangnya membuat persiapan untuk hari pertunangan, angah dicurangi. Lantas, angah membawa hatinya yang rawan ke Pulau Redang untuk Diving seorang diri. Kalam melakar kisah, rupanya Allah dah siapkan jodohnya sedang menunggunya di pulau tersebut. Perkenalan sebagai kawan pada mulanya berkembang menjadi hubungan istimewa. Dan akhirnya pada 14 April, 2018, angah dan Jamal sah bergelar suami-isteri dengan satu kali lafaz berwalikan abah, juga dinikahkan oleh abah dan disaksikan keluarga kedua belah pihak. Saya rasa amat gembira ketika tu. Excited nak dapat adik ipar. Ada yang bertanya, tak rasa apa-apa ke adik nikah dulu? Memang rasa, rasa happy dan excited. Tak sabra tunggu hari bahagia tu. Rasa negative Alhamdulillah, tidak pula menjengah ke hati saya. Tak rasa sedih, tak rasa dengki pun. Malah, kami adik-beradik bertungkus-lumus menjayakan majlis berkenaan. Saya adalah orang paling awal balik untuk persiapan kenduri iaitu seminggu sebelum hari pernikahan. Lebih awal balik dari pengantin sendiri! Hahahahaha... Over kan? Dan hari ini bila mengingatkan mereka, saya sering tersenyum bahagia. Akhirnya, angah bertemu dengan jodohnya. Saya? Allah akan kirimkan seseorang yang tepat, pada masa yang sesuai untuk saya. Saya hanya perlu tunggu, usaha dan berdoa. Bila tiba waktu dijanjikan, jodoh akan sampai, tak akan salah alamat. Pastinya buat saya. Bila nak timang anak saudara pulak ni ha? Hahahahaha... Angah kata tahun depan.

No comments: