SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Friday, September 21, 2018

Misi Berjaya!

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua, Buat apa? Minum petang? Saya jarang minum petang. Ada sekumpulan budak office saya ni dah macam duduk asrama saya tengok. Ada minum pagi dan minum petang. Hahahahaha... Tak apalah. Janji dia orang happy dan kerja jalan. Lantaklah nak buat apapun. **************** Semalam Encik Ramly driver ketuk bilik saya. Saja mengada-ngada formal nak masuk bilik boss katanya. Boss apa? Ikan bilis adalah. Dia menghampiri saya. En. Ramly: Drama kita menjadi. Success! Saya: Ya ke? Dah hantar dah? En. Ramly: Dah. Aku hantar semalam. Saya: Bagus! Saya faham akan maksudnya. Dia maksudkan drama van rosak kami tu menjadi. Van tu dah dihantar ke workshop untuk baiki. Hahahahahaha... Kan betul. Drama sikit baru jalan. Takkanlah asyik nak berdrama je? En. Ramly: Kalau aku jadi produser, mesti dah kaya dah aku. Biasalah dia ni. Masuk lif tekan sendirilah tu. Hahahahaha... Saya: Sudahlah! Drama kau tu temanya pejabat dengan pengangkutan je. Tak ada lain. Kami ketawa bersama. Kami memang suka bergurau. Saling kena-mengenakan.

Thursday, September 20, 2018

Tiba-tiba Terimbau

Tiba-tiba terimbau kenangan dua dan tiga tahun lepas. Sekejapan mata, masa berlalu pergi. Kenangan-kenangan silam yang melukakan itu telah diganti dengan kebahagiaan dan kegembiraan yang saya rasa hari ini. Kalau difikirkan logiknya, saya rasa tak ada apapun yang bisa membuatkan saya gembira dan bahagia kini. Sebab orang kesayangan saya dan kawan-kawan baik saya telah lama pergi meninggalkan saya. Tapi, tanpa mereka yang menyakitkan sekarang ni, saya rasa gembira, bersemangat, kuat dan bahagia biarpun saya masih lagi saya yang dulu. Sorang, dan tiada kawan rapat. Hidup saya tenang. Rasa kehidupan saya lebih baik berbanding saya bersama mereka dulu. Apa yang penting, janji Allah itu pasti. Apa yang diambil, pasti digantikan dengan yang lebih baik. Dulu saya punya teman akrab, dari sekolah lagi kami mula bersahabat. Siapa sangka, entah di mana silapnya, dia membuang saya dari hidupnya. Hahaha... Mungkin ada kawan-kawan baru dan mungkin jugak ada cucukan dari orang sekeliling. Tapi saya tak kata ianya betul sebab itu cuma andaian saya. Hal ni pernah terjadi dulu sekitar tahun 2011. Tapi bagi dia, pastinya sayalah yang jahat dan macam-macam. Bukan sekali dua saya dengar tomahan, panggilan yang kurang enak diberikan kepada saya, cerita yang tidak benar, kata umpatan dan cacian dilontarkan kepada saya. Semuanya sampai ke pengetahuan saya tanpa perlu saya mencari tahu serta bertanya. Saya yakin, jika kita benar-benar ikhlas, pasti Allah tolong. Allah akan sampaikan pada kita melalui orang-orang yang kasihankan kita. Kalau nak ditulis pun... Saya boleh tulis antara panggilan kurang enak yang diberikan buat saya. Sedih? Tak sedih tu bohonglah. Terutamanya tahun 2016 dan akhir 2015 dulu. Sekarang, kalau orang bercerita pada saya apa yang mereka pernah dengar tentang saya dari pihak sana, saya senyum je. Saya tak perlu membalas dan tak perlu memanggil mereka dengan panggilan tidak elok sepertimana mereka lakukan kepada saya. Saya tak mahu di mata Allah tu, saya sama je macam mereka. Biarlah mereka menghina dan mengeji saya. Mungkin saya kelihatan jelek pada pandangan manusia tapi Allah kan Maha tahu. Lambat-laun, orang akan menilai. Biarlah cerita tentang kekurangan saya dicanang sehingga kawan-kawan di Timur dan di Utara tahu. Saya jaga mulut saya agar tidak melakukan hal yang sama. Kalau ada orang dengar cerita belah sana tentang buruknya saya, tak apalah. Saya tak perlu ceritakan kelemahan pihak sana. Biar orang tahu sendiri. Itukan lebih manis dan baik? Dan tak perlu saya nak betulkan persepsi orang terhadap saya setelah mendengar cerita mereka. Biar dia orang sendiri yang nilai saya apa adanya saya. Itukan lebih molek daripada saya menidakkan kisah yang diketahui dengan menceritakan kelemahan pihak sana. Bayangkan, bagaimana pedihnya saya dua tahun lalu terpaksa menempuh kisah cinta dikhianati beserta pelbagai tomahan dari kawan terutamanya kawan baik. Tapi itu hak dia kalau dia bencikan saya. Sungguh, sampai hari ni saya tak tahu apa puncanya. Saya cuba imbas semua kenangan bersama sahabat itu. Saya cari pula keburukan dia. Tapi saya tak temui kerana bila saya mengangkat seseorang itu sebagai sahabat, saya akan pandang baiknya saja dan akan membuang segala perasaan tidak enak saya pada dia. Setiap manusia pasti ada kelemahan tapi saya akan ingat yang baik-baik saja. Bukan tak pernah berselisih faham. sebagaimana yang selalu saya tulis, saya bukan pendendam. Kalau dah selesai bergaduh atau kecil hati, saya akan lupakan terus apa yang dia buat. Dan rahsianya tetap menjadi rahsia saya sampai kini meskipun apa yang saya simpan itu boleh dijadikan modal untuk memalukannya atau membalas segala perbuatannya pada saya. Syukur Alhamdulillah, Allah gantikan mereka dengan kawan-kawan yang baik, yang ikhlas. Meskipun tak selalu bersama, saya rasai keberadaannya. Meskipun tak sering bertemu, mereka sentiasa ada untuk saya kala saya memerlukan. Malah, merekalah yang meminjamkan bahu untuk saya menangis waktu diperlakukan seperti langsung tidak berharga dulu oleh kawan-kawan dan kekasih. Merekalah yang menghulur tangan, menarik saya ke atas. Merekalah yang mendorong saya untuk bangun semula. Merekalah yang membasuh setiap luka dihiris kekasih dan sahabat. Saya sayang mereka. Malah, sayang saya pada mereka melebihi sayang saya kepada kawan-kawan yang dulu kerana mereka menerima saya saat saya susah dan jatuh, dikala sahabat saya meminggirkan saya. Dikala orang lain sibuk bercerita keburukan saya. Saya tahu, ada mereka yang saya maksudkan ni membaca blog saya ni. Saya rasa nak jumpa korang sekarang dan nak peluk korang erat-erat. Terima kasih kerana menerima saya seadanya. Saya sangat menghargainya. Ya Allah, rindunya saya pada mereka semua. Orang-orang yang saya rasa hangatnya kasih sayang mereka pada saya. Tak sangka, dalam sahabat dan kawan kawan baik membenci saya, orang yang tak pernah rapat dengan saya merawat luka saya. Ya Allah, kenapa sebak ni? Rasa hiba. Untuk bekas sahabat saya, saya doakan semoga Allah berikan hidayah kepada awak. Janganlah mudah hanyut dengan kesenangan yang sementara. Hidup kita ibarat roda. Jika hari ni kita membenci orang, belum tentu orang menyayangi kita selamanya. Erti persahabatan itu terlalu besar. Bukan sekadar bersuka ria, lepak bersama, makan kongsi, selalu habiskan masa bersama. Malah persahabatan itu pasti diuji. Sekarang, saya redha dengan apa yang berlaku antara kita. Saya terima kebencian awak. Dan saya lepaskan awak pergi bersama siapa yang awak suka dan pilih. Mungkin, haluan kita berbeza. Matlamat hidup kita juga berbeza. Sebab tulah Allah pisahkan kita. Saya takkan berharap dan menanti awak kembali sebagai sahabat seperti dulu. Saya rasa, semuanya telah awak musnahkan. Nama saya, diri saya, kebaikan saya, persahabatan kita dan semuanya tentang saya. Biarlah yang hidup pada awak dan mereka kebencian awak, keburukan saya dan kekurangan saya untuk awak terus membenci. Ketahuilah, saya tak pernah membenci awak walau apapun tingkah awak, kata-kata awak, cacian awak. Saya tidak pernah dan takkan benci awak sampai bila-bila kerana yang hidup bersama saya adalah kenangan-kenangan kita yang indah yang sering saya semarakkan agar hati saya tidak hitam. Kenangan sejak zaman persekolahan sehingga yang terakhir sewaktu kita ke Shen Zen dan Gong Zhao. Walaupun saya tahu masa tu, awak dah mula bencikan saya. Sebenarnya saya baru tahu bila saya imbas semula sikap awak dan kata-kata awak terutamanya pada malam kepulangan kita dari Gong Zhao. Bila saya renung semula minggu-minggu sebelum ke Gong Zhao tu, memang ada beza sikap awak terhadap saya. seya ingat ianya biasa-biasa saja kerana kita masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing seperti yang pernah awak katakan. Kini, biarlah saya kenal awak sebagai orang yang berhak menerima perkhidmatan tempat saya bekerja seperti mereka yang lain supaya sekiranya kita perlu berurusan suatu hari nanti, saya mampu berurusan dengan baik dan professional. Saya akan jadikan semua yang awak lakukan sebagai pedoman hidup untuk terus melangkah agar lepas ni saya takkan silap lagi menilai erti persahabatan. Semoga lepas ni saya takkan salah lagi memilih seorang sahabat untuk berkongsi susah dan senang.

Drama King

Assalammualaikum. Hai semua! Korang rasa tak aura ceria saya pagi ni? Alhamdulillah, malam tadi saya dapat lelapkan mata sebelum jam 10.00. Mengantuk yang amat. Saya dah ambil langkah berjaga-jaga, letak Chiko kat ruang tamu dan tutup pintu bilik air dapur. Tidurlah kau kat ruang tamu. Siapa suruh suka kacau along tidur? Alhamdulillah, tidur saya lena dan tak terganggu. Saya sedar jam 4.49 pagi terus bersahur, solat dan bersiap pergi kerja. ************************* Drama king. Hahahaha... Saya ni tak suka menipu. Tapi kalau dah melampau sangat, kita kena drama king sikitlah. Alkisahnya, Selasa lepas saya ke Air Asia dengan menaiki van which is memang saya tak suka. Mujur saya duduk depan, so sejuklah. Kat belakang rasanya OK kot air cond van ni. Tapi saya tengok driver tu susah nak mulakan pemanduan setelah berhenti di traffic light. Saya Tanya dia kenapa? Dia kata plate clutch dah nak habis. Nipis. Saya Tanya lagi, tak report ke? Kata dia, dah banyak kali cakap tapi supervisor dia buat bodoh je. Ini yang paling saya menyampah dengan office saya. Selalu tak jaga kebajikan staff. Kalau orang tak berkenaan nak guna duit, amboi, laju je approve eh? Transport ni penting bagi saya sebab saya selalu ada kerja luar. Kalau transport tak cukup, susahlah saya. Otak saya berputar ligat macam mana nak buat supaya dia orang ni peduli pasal transport ni. Van satu dah out station ke JB, satu road text mati, Unser pulak sibuk GM nak naik. Kadang-kadang kena simpan Unser kat ofis takut dia nak keluar. Besar sangat ke dia? Kalau saya, lantakkan, siapa book dulu, dialah naik. Kalau nak besar sangat, pergilah jadi GM kat company besar! Kau tak usaha pun nak dapatkan kenderaan baru ada hati nak demand, sorrylah! Masa balik, driver bagi cadangan kat saya, "Kejap lagi, aku nak berhenti kat tepi jalan." "Nak buat apa?" Tanya saya. "Aku nak call Lily, nak bagi tahu dia van ni tak boleh jalan." Saya dan Kak Sha ketawa. "Kau biar betul?" Saya minta kepastian. "Betul Tinta, dia orang ni selagi van ni boleh jalan, selagi tu tak nak repair. Lepas tu bila dah teruk, bukan setakat clutch, banyak lagi benda lain rosak, belanjapun besar," Bagus jugak idea tu. Padan muka dia. Lagipun saya memang bengang dengan Lily tu hari tu. Nak urus transport pun tak reti. Lepas tu bila bagi cadangan, ada je jawapannya. Nak-naknya dengan assistant saya, banyak jawapan dia. Sekali assistant saya bagi phone kat saya, terus diam. Kebetulan, saya nak beli karipap Kingkong. Masa tulah, Encik Ramly driver saya tu call supervisor dia. Call handset, tak jawab. Sementara Kak Sha beli karipap, saya duduk dalam kereta menyaksikan drama king tu. Encik Ramly call operator suruh cakap dengan Lily call dia segera sebab van tak boleh jalan. Wow! Sekejap je, dia call balik. Lily ni ada satu perangai. Kadang-kadang dia ada kat tempat pun tak nak jawab call. Bukan tu je, kalau dia pergi jalan-jalan tak kiralah bekerja ke apa, dia suka tak nak bawa handset pada hal bukan dia tak tahu yang dia tu wanted kat office ni. "Van tak boleh jalanlah Lily. Clutch ni dah habis. Tinta dah bising-bising kat aku ni. Aku nak jawab apa?" Amboi, sesedap rasa dia je guna nama saya. Hahahaha... Memang dia orang ni suka guna nama saya tapi dengan izin kalau lepas guna tu terus bagi tahu saya. Untuk kebaikan saya OK je. Kalau sebaliknya, siaplah dia saya bamboo. "OK la. You stand by, I cuba start. Kalau boleh, aku drive perlahan-lahan balik. Kalau tak boleh. kau panggil towing ambil van ni." Encik Ramly ni kalau cakap kejap kau, kejap you, kejap aku, kejap I. Lantak dialah. "Sesuka hati kau je guna nama aku eh?" Kata saya setelah talian dimatikan. "Hahahahaha... Kena pandai politik, Tinta. Dia orang ni, kalau aku cakap, buat tak tahu je. Dia pusing cerita tadi kata aku tak bagi tahu dia. Pada hal aku dah bagi tahu dah. So, kalau guna nama kau, baru dia berdebar sikit. Nanti dia kena dengan kau," Hahahaha... Sebab tu dia orang ni suka guna nama saya. Sebab dia orang tahu kalau guna nama saya, tak jalan jugak, cerita akan jadi panjang. Saya akan Tanya sampai tak boleh jawab. Lepas tu saya akan bawa ke atas dan follow up sampai settle case. Tak jalan memang kenalah dia orang. Sebab tu dia orang ni kalau dengar nama saya, semuanya berhati-hati. Salah cakap, saya akan Tanya. Bukan cerewet tapi saya nak semuanya in order. Jangan main cakap je. Ikut prosedurlah. Kena ada hitam putih. Jangan nak lepas diri, simply cakap. Saya bukan macam orang lain korang nak bodoh-bodohkan. Kau bodohkan aku, kau siap! Hahahahahahaha... Itu yang bekas boss HR dulu pesan dengan orang jaga transport masa tu, kalau Tinta dan Fairuz, dulukan dia orang. Jangan main-main. Kalau dia kata boss dia punya arahan, saya akan naik jumpa boss dia untuk kepastian. Kalau boss dia pun tak betul, dengan boss-boss dia sekali saya soal. Satu bagusnya Lily dan kebanyak orang office ni, masa gaduh, kena tegur, bertekak yes kami bertekak. Tapi habis bab tu, kami boleh je baik macam biasa. Kerja tak melibatkan personal. Tu yang saya suka. Dan sayapun kalau saya salah, saya akan cakap saya salah, minta maaf. Orang tegur, OK la. Saya terima. Kak Lily ni pun kalau dah habis bab saya marah dia or dia geram dengan saya, kami boleh je ketawa dan bersembang. Bertepuk bertampar lagi. Orang yang kenal saya, dia orang takkan ambil hati bila saya cakap something dengan dia orang walaupun dia orang rasa pedas. Sebab saya tak dendam dan tak ungkit benda yang dah selesai. Saya sayang sebenarnya kawan-kawan office ni.

Wednesday, September 19, 2018

Serious, I Need Someone to Talk

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Saya tak ada mood! Sangat tak ada mood! Ni semua gara-gara makan nasi kononnya nak senang tidur malam tadi. Tapi percaturan saya salah! Dengan nasi, saya perlukan tidur yang berganda, bukan setakat 6 or 7 jam! Tapi bila dapat makan nasi, saya rasa nasi tu sedap sangat. Bau lauk pun dah buat saya terliur nak makan nasi. Tapi saya sekarang tak boleh. Saya kena tahan diri dari makan. Kalau tidak, jadi macam hari nilah! Malam tadi, saya tidur belum pukul 10.00 disebabkan mengantuk tak cukup tidur malam sebelumnya tambah mengantuk sebab makan nasi. Benci! Lepas tu Si Chiko buat perangai, pukul 2.00 lebih pagi dia kejutkan saya! Saya suruh dia duduk ruang tamu. Pintu bilik air dapur saya tutup sebab tak nak dia ganggu tidur saya dengan menarik pintu bilik air saya yang boleh dimasuki dari bilik air dapur. Sudahnya saya keluar rumah jam 7.30 di mana bagi saya 7.30 pagi ni dah lewat! Sampai Stesen LRT Universiti saya teringat, pintu bilik air dapur tak bukak! So saya patah balik. Hajat nak tidur dalam LRT terbantut. Sekali lagi saya kena jalan kaki dari stesen ke rumah OK! Jauh tu bagi saya yang dah lewat! Dahlah kaki pun tak sembuh lagi! So, dari rumah saya booking Grab ke pejabat. High demand pun high demand la. Saya malas nak berjalan dah. Sampai office saya kena jalan lagi pergi ofis Persatuan Sukan pulak! RM27.00 melayang! Saya minta Grab bawa laluan tanpa tol. Tapi dia tak tahu jalan kot. Dia bawa laluan bertol tapi dia tak charge tol tu. Mungkin bagi orang lain semua ni simple. Tapi bagi saya, saya rasa tention! Mengantuk, penat, sakit kaki, panas dan saya sangat memerlukan fikiran saya hari ni untuk settle tugas saya di pejabat. Saya tak boleh nak menulis kalau otak saya tak focus! And I'm really need someone to talk, to share all this! Saya tak tahu nak contact siapa sebab pagi-pagi ni orang semua sibuk. So, saya up status di Facebook. Cuba teka siapa orang pertama yang call saya? Saya update sekejap je, phone saya terus berbunyi. Dia memang tak like or komen saya di FB tapi terus call. En. Mahathir la, siapa lagi? En. Mahathir yang selalu peka kepada setiap gerak-geri saya, riak wajah saya dan status-status saya di FB walaupun saya tak cakap direct, kalau dia rasa status saya tu seperti ada yang tak kena, dia pasti call saya. Terima kasih En. Mahathir atas keprihatinan En. Mahathir. Sorang lagi, kawan yang selalu ambil berat pasal saya, Mas Suni. Dia call saya sebenarnya tapi masa tu saya tak jawab. Mungkin saya tengah kelam-kabut kot. Dia lantas voice saya. Thanks Suni sebab selalu dengar luahan saya walaupun benda yang simple. Saya tak kecil hati pun dengan kawan-kawan lain yang baik dengan saya tapi tak call. Mungkin mereka tak baca status saya, mungkin masing-masing tengah sibuk dengan urusan sendiri memandangkan masih awal pagi. Ada yang bertanya khabar tu dah syukur dan besar rahmatnya bagi saya. Paling tak sangka, Abang Hisham! Abang Hisham ni sepupu saya. Masa kecik-kecik dulu keluarga saya selalu ke rumahnya di Kuala Terengganu sebab ayah dia tinggal di kem tentera Terengganu. Tak ingatlah kem apa. Masa kecik dulu Abang Sham selalu layan saya dan angah sebab masa tu kami dua beradik je. Begitu juga dengan adiknya, Kak Siti. Tapi bila dah lama tak jumpa, ikatan kekeluargaan kami jadi sedikit renggang dibatasi waktu dan jarak. Dia ada je kat Cyber Jaya tapi mungkin masing-masing sibuk urusan masing-masing so kami tak contact. Dulu office dia melawat office saya. Tak sangka Abang Sham pun ikut serta. Lepas tu, Abang Sham jadi friend FB saya. Hari ni dia messenger saya bertanya khabar dan menasihati saya agar jangan stress. Panjang jugak perbualan kami. Tak sangka Abang Sham juga prihatin. Almaklumlah, selama ni, kalau berjumpa di kampung, kami tak banyak cakap. Bersembang jauh sekali. Cuma dalam FB sesekali Abang Sham komen dan like. Tapi Abang Sham kata, bila dia baca status-status FB saya, saya tak seperti yang dia kenal. Saya yang dia kenal diam, tak banyak cakap. Tapi tengok di FB macam orang lain. Hahahaha... Segan kot nak banyak cakap. Lagipun sepupu-sepupu selalu sibuk dengan hal masing-masing kalau jumpa di hari raya. Nak cakap apa? Kalau family di Kelantan ni lainlah. Semuanya bertegur-sapa dan nak bersembang dengan saya. Dan saya pun tak segan dengan dia orang sebab dah biasa. Siap melawak lagi. OKlah. Nak pergi tidur. Bye semua. Semoga mood saya cepat baik. Ada kerja menanti lepas ni.

Monday, September 17, 2018

Kebencian Yang Tak Terpadam

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Dah tidur ke korang? Saya nak buat luahan perasaan kejap sebelum tidur. Kalau siapa pembaca setia blog ni, pasti korang ingat tentang Abang Zikri (bukan nama sebenar) yang pernah saya tulis kat sini beberapa kali dalam beberapa entri. Tahun bila tu tak ingat. Saya memang tak suka lelaki curang. Tapi, di sebalik kecurangan tu saya suka mengkaji apa sebenarnya yang berlaku. Adakah lelaki tu memang tak cukup satu atau masalah rumahtangga yang membawa kepada situasi tersebut? Bila saya kaji, sebenarnya lelaki curang atau mahukan perhatian perempuan lain di terbahagi kepada dua jenis: 1. Lelaki yang mempunyai isteri baik, tapi dia yang tak tahu diuntung nak menggatal dengan perempuan lain. 2. Yang ni agak sensitif sikit bagi kaum perempuan. Tapi korang harus terima hakikat ni dan jadikan pengajaran. Lelaki baik sebenarnya tapi isteri yang kurang bagi perhatian kepada lelaki tersebut. Orang lelaki ni macam perempuan jugak, suka dibelai dan dimanja. Ganas macam mana pun dia, kalau korang manja-manja, mesti dia cair punyalah. Berdasarkan pemerhatian, cerita kawan terdekat dan kiasan Abang Zikri, saya rasa dia ni tergolong dalam golongan kedua. Satu kesilapan yang dia buat, berkahwin dengan target usia. Dia target nak kahwin umur sekian, sekian, so dia kahwin dengan perempuan baru dikenalinya meskipun tak cinta sepenuh hati. Mungkin dengan harapan, bercinta selepas kahwin. Sedangkan, pada masa tu, hatinya pada saya. Dek kerana saya menunggu kekasih hati yang entah apa-apa dulu, makanya, dia ambil keputusan untuk kahwin dengan perempuan yang nak kahwin dengan dia. Masa tu saya bersyukur. Dalam keadaan saya yang entah sampai bila nak tunggu makhluk halus tak berapa halus tu, saya takut dia kecewa. Bila dia ambil keputusan nak kahwin, saya lega. Sekurang-kurangnya, tak adalah saya mengecewakan dia. Dua atau tiga tahun selepas perkahwinannya, dia hubungi saya menyatakan kerinduannya pada saya dan meluahkan betapa dia rindu akan kenangan kami sebelum dia mendirikan rumahtangga. Saya tak ada hubungan pun dengan dia. Saya anggap dia macam abang angkat. Dia selalu tenangkan saya bila saya dirundung duka dipermain kekasih hati yang tak berapa nak betul tu. Suatu malam, dia menghantar messenger kat saya mengatakan dia rindukan saya apabila mendengar lagu Kaulah Segalanya nyanyian Ruth Sahanaya sering didengarnya tatkala dia gagal memenangi hati saya suatu ketika dulu. Saya terus membalas messenger tersebut dengan menasihati dia agar melupakan kisah-kisah silam. Semuanya telah menjadi sejarah. Tak lupa saya ingatkan dia, betapa hancurnya isteri dia sekiranya isterinya membaca messenger tersebut. Kata-kata saya tu jadi kenyataan. Isterinya membaca messenger kami. Apa lagi, mengamuklah isteri dia. Siap nak call saya. Cuma Abang Zikri meminta agar dia tidak berbuat demikian kerana kata Abang Zikri, tengok berdasarkan messenger tu, siapa yang kacau siapa? Nyata-nyata dia yang memulakan tapi tidak dilayan oleh saya malah saya menasihatinya agar menjadi suami yang baik. Isterinya tidak jadi menghubungi saya. Tapi, dari saat tu, isterinya membenci saya hingga ke saat ni. Pantang dengar nama saya, pasti menanah telinga Abang Zikri disindirnya. Malah, dia turut bercerita kepada rakan-rakannya bahawa Abang Zikri pernah buat perangai dengan sorang perempuan. OK, saya tak salahkan isteri Abang Zikri kerana membenci saya. Mungkin kalau saya di tempatnya pun, saya akan merasakan hal yang sama. Tapi, untuk kebaikan rumahtangga korang, cukup-cukuplah bersengketa. Apa yang boleh saya cakap, Abang Zikri sebenarnya seorang suami yang baik. Dia sendiri menyatakan dia tidak pernah terlintas untuk berpoligami apatah lagi bercerai. Cuma pada waktu-waktunya, dia rindu akan insan yang pernah dicintainya sepenuh hati setelah dia gagal memperoleh cinta serta perhatian sang isteri. Kak Su, akak beruntung menjadi isteri dia. So, saya rasa korang duduklah discuss hal ni. Dah berapa tahun berlalu. Enam tahun dah kot peristiwa tu. Kalau asyik nak menyindir suami tentang kesalahan dia, tak ada sudahnya. Makin mengeruhkan keadaan adalah. Saya rasa korang ni dah seri satu sama. At least, suami akak tu sekadar menyatakan kerinduan pada saya. Kerinduan akan masa lalunya. Mujur dia rindu dan contact saya yang setakat ni belum terlintas untuk memikat hati Abang Zikri. Bersyukurlah. Kalau dia melayan orang lain, saya rasa mungkin rumahtangga akak dah porak-peranda. Lagipun, kesilapan Abang Zikri tak sebesar kesilapan akak yang curang dengan lelaki lain. Lelaki yang juga melayan akak sampai keluar berdating ke sana-sini. Abang Zikri masih boleh maafkan akak. Masih boleh terima akak. Akak tak fikir ke betapa susahnya dia untuk memaafkan isteri yang pernah mencurangi dia? Sebaliknya, akak yang suka mengungkit hal messenger Abang Zikri dan saya yang tak ada ura-ura nak memadu kasihpun. Saya rasa, dah tiba masanya korang duduk semeja dan berbincang. Buanglah eo masing-masing. Dalam berumahtangga ni, tak boleh sorang je nak perbaiki keadaan. Ianya memerlukan kerjasama kedua belah pihak. Jangan risau tentang Abang Zikri dan saya. Insya-Allah, selagi Allah izinkan saya waras, saya tidak akan merampas dia dari akak. Kalau akak masih rasa dia still ada perasaan kat saya, akak kaji apa yang membuatkan dia tak boleh lupakan saya. Bila dapat jawapannya, akak berusahalah untuk menewaskan saya supaya seluruh cintanya akak miliki. Saya pun tak nak menang dengan akak. Saya tak sampai hati nak sentiasa larikan diri tatkala dia hubungi saya. Kalau dia dah jatuh cinta kat akak balik mesti saya dapat jalani kehidupan saya tanpa rasa serba salah kepada sesiapapun. Saya memang nak akak menang dan lebih segalanya dari saya agar rumahtangga akak dan dia bahagia. Satu saya nak bagi tahu akak, Abang Zikri sukakan orang yang manja. Sayapun tak tahu tang mana manjanya saya. So, akak cubalah berubah menjadi seorang yang manja. Yang sentiasa perlukan perhatian dia dan memberi perhatian kepadanya. Kalau akak jadi macam tu, tak mustahil dia akan sentiasa melekat dengan akak. Okaylah. Selamat malam. Saya nak mimpikan jodoh saya pulak.

Sunday, September 16, 2018

Berbahagi Makan Dan Kasih Bersama Karipap Kingkong

Sesiapa yang bekerja di airport atau akademi penerbangan sekitar Sepang mesti tidak asing lagi dengan karipap Kingkong. Kata Aqilah, karipap ni famous di kalangan pramugari. Sejauh mana kebenarannya, saya tak tahu. Kenapa saya panggil dia karipap Kingkong? Memang nama dia tertera di papan tanda dia karipap Kingkong. Karipap Kingkong ni dijual kat tepi jalan je. Gerai tepi jalan macam gerai-gerai biasa kat tepi-tepi jalan. Saya memang suka singgah membeli si kingkong ni bila ke Air Asia. Memang besar karipap dia. Kalau makan, tak perlu makan malam dah. Selalu saya beli petang, lepas balik dari Air Asia. Harganya RM4.50 sebiji. Boleh pilih sama ada nak inti daging atau ayam. Isinya pun gemuk-gemuk dan padat. Memang berbaloi dengan harganya. Sedap pulak tu. Dah namanya duduk sorang, saya beli sebiji je selalunya. Sementara assistant saya beli dua biji untuk dibawa pulang bagi dimakan bersama tiga anaknya dan seorang kakak. Saya kaget, dua biji karipap dikongsi bersama lima orang? Puas ke makan? Cukup ke? Kenyang ke? Itu permainan yang selalu bermain di benak saya. Katanya, memang cukup. Mula-mula dulu saya rasa sedih bila mengetahui dua karipap dikongsi lima orang. Kalau dah lima orang, sorang sikit jelah. Puas ke anak-anaknya makan? Mungkin nikmat kasih sayang tu melebihi segalanya. Keadaan ni sangat berbeza dengan kehidupan saya. Sedari kecil, kami diajar untuk memiliki barangan sendiri termasuk makanan. Sebesar mana pun sesuatu kuih, abah atau mama membelikan kami sorang satu. Tak ada kongsi-kongsi. Semua orang makan masing-masing punya. Kalau ke kedai makanan segera pun, kami boleh memilih hidangan masing-masing untuk menjamu selera. Kalau tak pun, abah akan order set makanan yang banyak untuk kami semua makan sepuas-puasnya. Selalunya pasti ada lebih untuk dibawa pulang. So, saya tak boleh gambarkan macam mana dua biji karipap Kingkong tu boleh makan lima orang? Kalau saya sorang memang kenyang sebab saya makan pun tak banyak. Tapi untuk kanak-kanak yang sedang membesar dan remaja, macam mana? Cukup ke? Mesti orang dewasa akan jamah sikit je untuk memastikan kanak-kanak dapat menikmatinya. Sedangkan dalam keluarga saya, semua orang akan makan dengan puas. Bila saya fikirkan, Allah memberi lebih di suatu sudut dan akan mengurangkannya di sudut yang lain. Sebagai contoh, saya dan keluarga dapat makan dengan cukup sorang satu tapi mungkin kami tak seerat mereka yang makan berkongsi. Sebab tu masa mula-mula tinggal di asrama, malah sehingga memasuki alam pekerjaan, saya tak suka kongsi-kongsi makan. Saya tak biasa dan saya tak selesa untuk makan bekas orang. Usahkan makan, kongsi minum pun saya tak selesa. Perkara ni tidak biasa dalam keluarga saya. Cuma sejak akhir-akhir ni, adalah sikit-sikit makan bekas adik-beradik. Mungkin masing-masing dah bercampur dan lihat orang sekeliling. Tapi untuk berkongsi dengan orang luar kalau tak terpaksa atau terdesak, saya masih tak selesa. Kalau benda-benda kering macam biskut dan keropok tu biasalah berkongsi. But still abah dan mama malah arwah chek dan mami akan belikan kami sorang satu. Tapi kalau besar, kami makan kongsi-kongsi dan buka satu-satu. Kalau nak kongsi nasi atau makanan berat, boleh. Tapi make sure sebelum saya sentuh atau orang lain sentuh, bahagikan terlebih dahulu ke pinggan lain. Saya tak suka masa saya makan, orang ambil dari pinggan saya atau letak makanan dia dalam pinggan saya. Saya tak tahu kenapa. Saya memang akan hilang mood dan marah kalau orang buat. Bukan orang luar je. keluarga pun saya tak suka. Melainkan cakap dulu. Kalau terus main ambil dan letak, saya memang pantang. Tak kiralah siapa, boy friend ke, apa ke. Kalau cakap, saya OK. Kalau tak cakap, saya rasa macam saya ni ayam yang sedang makan. Suka-suka orang boleh ambil makanan saya dan letak makanan dia dalam pinggan saya. Saya tak boleh.

Ibu Yang Berusaha Membahagiakan Anak-Anaknya

Assalammualaikum semua. Selamat sore, Tiba-tiba teringat kepada staff saya. Hari ni, dia nak bawa anak kecilnya, Shifa berjalan-jalan. Kematian suami dikala mempunyai anak masih kecil bukanlah sesuatu yang mudah ditempuh. Anak kecil pastinya merengek nak keluar bersiar-siar sebagaimana lazimnya dilakukan semasa keberadaan bapanya. Saya kagum dengan Kak Sha, walaupun tidak begitu mahir memandu, dia sering melayari laman sesawang untuk memberi pengalaman percutian mengasyikkan bagi Ashifa anaknya. Baru-baru ni Kak Sha menyatakan hasratnya kepada saya untuk membawa anaknya terutama si kecil Shifa bercuti. Dia survey pakej percutian ke Cameron Highland. Saya ada jugak memberi cadangan kepadanya untuk menginap di Cameron dan buat booking melalui booking.com. Kak Sha kata dia akan survey lagi. Setakat ni pakej percutian ke Cameron dari KL Sentral hanya pakej sehari. Tapi dia prefer untuk bermalam di sana. Hari ni pulak dia merancang membawa Shifa dan ditemani anak ketiganya Afikah untuk berjalan sekitar kota metro politan ni. Dia bercerita kepada saya yang dia merancang untuk ambil pakej RM65.00 untuk 2 dewasa dan 2 orang kanak-kanak. Pakej termasuk perjalanan bersama bas Go KL yang akan membawa para pelancong atau penumpang ke tempat-tempat menarik sekitar Kuala Lumpur seperti Planetarium negara, muzium Negara dan lain-lain. Semoga misinya berjaya dan mereka bahagia. Menurut Kak Sha, dia mahu Ashifa turut merasai keseronokan bercuti dan berjalan-jalan seperti kakak dan abangnya semasa kecil ketika arwah suaminya masih ada. Beberapa minggu lepas, saya dimaklumkan oleh Massuni yang juga mahu membawa anak-anaknya bersiar-siar ke Putrajaya kalau tak silap. Gigih kan ibu-ibu ni mahu membahagiakan anak-anak mereka walaupun tanpa suami di sisi? Semoga Allah menjadikan anak-anak mereka sebagai anak-anak soleh dan solehah yang juga akan membahagiakan mereka kelak. Amin...

Saturday, September 15, 2018

Light Blue by Dolce & Gabana

Assalammualaikum dan selamat malam semua! Rasa bosan. So satu web ke satu web saya menjelajah. Web perfume tidak terkecuali ya. Hahaha... Makin lama search pasal perfume ni, makin banyak pulak yang masuk senarai. Boleh dapat semua ke? Hahahaha... Entahlah. Saya ada masa lagi untuk membeli-belah perfume dari oversea ni. Harap dapat beli semua perfume impian saya. Hari ni jumpa laman web baru pulak. Boleh terus buat penghantaran ke Malaysia. Tapi tak semurah web biasa saya beli. ********** Sebenarnya dah rasa mengantuk. Tapi nak tulis jugak. Nak cerita pasal perfume terbaru koleksi saya. Tak adalah baru sangat. Dah berapa bulan dah dia sampai ke tangan saya. Cuma baru nak update. Saya tak pernah bau pun perfume ni sebelum ni. Hahahaha... Gitu pun boleh belikan? Sebab perfume ni famous dan menjadi antara koleksi Siti Nurhaliza. So, nak try la. Saya tengok kat Sephora, harga untuk 25 ML RM228.00. Terkejut beruk saya! Gila! Nak mampus??? Hahahahaha... Terus saya letak balik. Bila tengok kat web, saya boleh dapat 100 ML dengan harga RM100 ke RM200 lebih, saya lupa. Origenal tau, bukan fake! Tanpa bertangguh, saya terus order. Biasalah, lama jugak nak tunggu ketibaan dia. Mujurlah lima botol perfume yang saya beli sebelum tu dah sampai. Bau Light Blue ni bukan bau manis or bunga. Macam mana nak gambarkan pun tak pandai. Rupanya, saya sering tercium bau ni masa naik pesawat Malaysia Airline. Tak tahulah pramugari yang pakai ke, bau pencuci kapal yang seakan bau Light Blue ni. As I enter the flight, bau ni semerbak harum. Menurut laman Fragrantica, Light Blue merupakan bau kasual serta kegembiraan di mana gabungan harum buah-buahan dan flora disatukan untuk memanggil semangat musim panas Sicilia. Ianya merupakan haruman musim panas yang popular dilancarkan pada tahun 2001. Meh kita tengok campuran dia pulak: Top notes: Apple, cedar, bellflower dan lemon Sicilia. Middle notes: Rose putih, buluh dan melati. Base notes: Ambar, kasturi dan cedar. Unikkan? Buluh pun boleh buat minyak wangi. Tapi buluh ada bau ke? Bagi saya, Light Blue ni dia ada bau yang tersendiri. Rasa macam... Susah nak digambarkan. Mungkin rasa macam pramugarilah kot bila pakai dia. Haaaaahahahahaha. Beranganlah kau kat situ! Mungkin ada bau orang kaya kot.

Tuesday, September 11, 2018

Bukan Mudah Menerima Takdir

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Tengah buat apa tu? Fikir pasal kerja esok? Dalam kepala saya ni dah berbaris rancangan kerja untuk esok. Kata Mr. Chan, saya ni memang bagus dalam perancangan hahahahaha... Rasa nak gelak guling-guling je GM cakap macam tu. Macam mana tak rancang? Saya nak kerja saya smooth. Tapi sekarang, GM yang berkalibel tu dah tinggalkan my office. Tak bestlah. Kata En. Omar HR consultant office pulak, saya ni kalau bekerja tak boleh sabar. Semua nak cepat je kerjanya. Agresif. Kalau sesiapa lambat atau melambatkan kerja saya, habislah kena bambu. Hahahahaha... Macam tok nujumlah En. Omar ni. Memang betul pun. Saya paling bengang kalau saya dah set sesuatu atau buat satu-satu kerja, sampai kat orang lain, lambat! Kalau boss lambat tengok kerja saya atau bagi keputusan pun saya asyik tanya je minta dia cepat. Kadang-kadang saya pulak yang membebel kat boss. Mujurlah X boss saya En. Fairuz tu masak benar dengan perangai saya. Dia buat relax je kalau saya membebel. Hahahahah.... Dia kata, orang muda, biasalah, darah panas. Hahahaha... Semua dah jadi kenangan. Sekarang ni saya duk membebel kat GM baru yang kayu. Staff saya tu OK, bila suruh buat kerja cepat je. Sometimes, kerja tak urgent pun laju buatnya. Saya tak aspek siap hari yang sama, tapi dia siapkan. Bagus! Macam nilah baru best! ********************** OK la, berbalik pada cerita asal. Jumaat lepas, untuk ke sekian kalinya saya ke Asian Aviation Center of Excellent (AACE) AKA Akademi Air Asia. Hari tu, students saya terdiri dari kalangan ground staff from China, India and Malaysia. 19 Orang semuanya. Memandangkan pasangan tak cukup, so Kak Sha bawalah student nama Erin masa dia di 'blind forded' kan. Masa nak buat praktikal sebagai assistant, tentulah dia kena berpasangan dengan saya. Erin ni ramah orangnya, baik. Dalam masa praktikal tu, sempat dia bercerita tentang dirinya. Dia bagi tahu saya yang dia seorang yang tak sempurna. Dia menghidap Vilitigo. Kulitnya kehilangan Melanin. Nantilah saya search tentang sakit dia tu. Kekurangan tersebut menyebabkan kulitnya menjadi putih dalam erti kata lain, sopak. Saya kagum dengan dia. Dia seorang yang tabah. Kalau saya di tempat dia, saya tak tahu bagaimana harus saya tempuh dugaan tersebut. Segalanya bermula apabila saya tanya dia, tak nak apply stewardess ke? Almaklumlah, dia ni kurus orangnya. Tingginya lebih kurang saya. Bermakna, lepas untuk menjadi pramugari. Dah enam tahun dia jadi ground staff. Bukan tak ada ground staff promoted or masuk interview as a stewardess or steward. Itulah kelebihan bekerja di Air Asia berbanding airline lain. Bukan setakat jadi steward or stewardess, ada jugak steward or ground staff have been promoted as a pilot. Bestkan? Yang best tu bila diberi peluang promoted tanpa masuk interview. Ada jugak yang dah lama kerja tak nak tunggu lama apply sendiri masuk interview steward or stewardess. Kata Erin, dia diuji. Kalau orang tengok dia, dia tak cantik macam orang lain. Dia pun bercerita tentang sakitnya. Dia pernah lulus interview stewardess Malaysia Airline. Tapi kantoi sebab mereka check kaki. Masa tu sakitnya baru bermula. Tompok putih tu hanya ada di kaki. Then dia di 'reject' dari menyertai cabin crew MAS. Apa yang lebih menyayat hati, Erin sebenarnya seorang model. Menurut ceritanya, dia antara model yang top dalam agensi modelingnya dulu. Boss selalu bawa dia pergi show and event. Saya kira dia ni bukan calang-calang model. Dia sering memperagakan jenama-jenama terkemuka seperti Adidas, Roxy, Guess dan lain-lain. Namun akhirnya, dia terpaksa menarik diri sebagaimodel lantaran daripada sakitnya. Saya tanya dia, bukankah masa tu belum naik di muka sakit ni? Katanya, bila jadi model, kita kena peragakan baju yang kadang-kadang menampakkan sakit tu. Dan sekarang, tompokan putih tu sudah kelihatan pada wajahnya. Dia memberitahu saya, pernah seorang passenger lelaki menyindirnya dengan mengatakan, "Kat airport pun ada Puteri Michael Jackson?" Lalu lantaran hatinya yang sakit dia membalas. "Semoga suatu hari nanti, kalau tak encik, isteri atau anak encik akan rasa macam mana sakitnya hati saya sekarang," Passenger tu terdiam. Bagi saya, gadis kelahiran Sabah ni, seorang yang kuat dan tabah. Sudah banyak wang dibelanjakan untuk merawat sakitnya. Namun, kata doktor, sakitnya tidak boleh dirawat lantaran daripada milaminnya telah mati. Kata Erin menggambarkan sakitnya, kalau orang yang gelupas kulitnya kerana mandi laut, akan kembali pulih dalam beberapa minggu tapi dia tidak. Kalau dia mengalami penggelupasan, pasti ia takkan kembali pulih kerana melaninnya telah tiada. Saya tahu, tak mudah untuk Erin melalui semua ni. Tambahan pula, dia pernah berada di kemuncak kerjayanya sebagai seorang model di mana kecantikan wajah tu sangat penting baginya. Bayangkan, seorang yang mencari makan dengan wajah jelitanya terpaksa melepaskan apa yang dia ada lantaran sakit kulitnya yang diberi Allah sebagai ujian. Saya tanya dia, Air Asia tak kata apa-apa? Jawab Erin, "Saya memang bersedia dengan segala kemungkinan. Mimi, instruktur grooming pernah cakap, kenapa kulit saya tak berjaga?" Lantas Erin menunjukkan gambar lamanya. Mimi terkejut. Mimi ni bekas stewardess yang kini menjadi instruktur. Mimi juga mengaguminya. Mimi sependapat dengan saya, jika dia di tempat Erin, dia tak tahu bagaimana harus dia lalui kehidupan ini. Sambung Erin lagi, "Saya dah ready dah. Kalau dia suruh berhenti, saya berhenti jelah. Apa nak buat? Anggap jelah ni bukan rezeki saya." Sedih saya mendengarnya. Tapi alhamdulillah, Mimi tak pulak suruh dia berhenti. Mimi OK je. Kata Erin, membina keyakinan diri setelah semua ni berlaku, sangat payah. Dia selalu bersendiri. Dia rasa malu dan tiada keyakinan untuk bergaul. Erin, saya doakan awak sentiasa dalam jagaan Allah. Saya sedih bila terkenangkan kamu. Saya harap awak terus kuat dan tabah. Yakinlah, awak mpunya kelebihan lain yang tiada pada orang lain. Saya harap, kita bertemu lagi dan ini bukan pertemuan terakhir kita. Ya Allah, jagalah dia. Kasihanilah dia Ya Allah. Kau ringankan penderitaannya. Jika ada ehsanMu sembuhkanlah dia. Bukankah tiada penyakit yang tidak ada penawar melainkan mati? Sampai hari ni, saya masih teringatkan dia. Semoga dia baik-baik saja.

Sunday, September 9, 2018

Manusia Ni Macam-macam

Biasalah, kalau sekali dah tulis, nak tulis lagi. Nak-naknya hari-hari cuti macam ni. Last week somebody yang pernah meeting dengan saya whatsapp saya. Katanya nak cari juruurut. So I told her, I will pass her to related department. As I enter the office, I told the staff from job placement department. Minta izin untuk bagi nombor dia kat that person. Hayyoooo.... She ask me to give office's number. OK, memanglah nombor telefon tu hak seseorang untuk bagi atau tidak. Tapi sekarang ni zaman teknologi kot. Ramai yang berurusan guna Whatsapp sekarang. Ni tak nak bagi orang no phone, dengan alasan tak nak kena kacau. Amboi, glamor sangat ke kau sampai orang nak kacau kau setiap masa? Bengang jugaklah saya. Sebab sepanjang saya berurusan dengan that person, tak adalah dia nak whatsapp tak tentu pasal dan tak tahu ketika. I told her this is employer, not employee. Tapi dia tetap dengan pendirian dia. Katanya dia dah tak larat diganggu. Amboi, siapa sangat yang ganggu dia? Macamlah dia tu Siti Nurhaliza yang orang nak ganggu. Kalau dah rasa orang tu mengganggu, apa susah? Kau block jelah dia. Habis cerita, langsung dia tak boleh contact kau. Tulah gunanya fungsi block kat phone sekarang ni. Peliklah manusia ni. Lepas tu si Edrea tu kata that person tak contact dia pun. Aik, staff tu kata dah call tapi tak berjawab? Edrea kata, mungkin she missed that call because she did not pick up unknown number. Hmmm... Baguslah! Dua-dua bengong! Sekor tak nak bagi nombor kat orang, sekor tak nak jawab stranger's number. Bertemulah buku dengan ruas. Lantak kaulah! Habis yang kau call aku guna office's number kau tu, tak ada pun dalam simpanan aku, OK je aku jawab? Kalau kita ni bekerja, tak payahlah poyo sangat tak nak jawab nombor tak dikenali. Kebarangkalian orang baru call atau orang tak dikenali call tu memang ada. Kau jawablah. Kalau merapu kau letak then block! Apalah pendek akal sangat manusia zaman moden ni. Tak ada isu ganggu dan kena tipulah. Yang susahnya, kalau private number ganggu macam saya, tak boleh nak block nanti block semua private number. Then lepas tu Edrea tanya saya lagi phone number that staff sebab nak confirm meeting. Yang sekor kat office ni pulak still tak nak bagi. So, kau contact la si Edrea tu ya. Lantak koranglah. Malas nak layan! Korang yang nak berurusan, menyusahkan orang! Ada ke selama ni urusan saya sampai orang kena call orang lain sebab tak ada nombor? Kalau ada pun tak dapat call saya dan call my assistant. Ada setengah tu segan nak bercakap dengan saya sebab dia assistant boss dia, dan dia lebih selesa bercakap dengan assistant saya. Amboi, besar sangat ke saya ni sampai orang rendah diri macam tu sekali?

Pemeriksaan Gigi Berkala

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua, Dah seminggu saya tak update blog. Tak sempat dan terkejar-kejar. Semalam, sekali lagi saya ke Klinik Pergigian Zalinda. Kali ni bukan kerana sakit tapi kerana menjalani pemeriksaan berkala yang disarankan oleh mana-mana pakar pergigian setiap enam bulan sekali. Saya dah bersedia. Mesti habis RM200 ke RM300 ni. Seperti biasa, Doktor Azizah menyambut kedatangan saya ramah. Doktor kata lama tak jumpa saya? Sibuk ke? Saya jawab, bukan sebab sibuk tak jumpa doktor, sebab tak sakit. Hahahahaha... Kami ketawa bersama. Alhamdulillah, menurut Doktor Azizah, gigi saya berada dalam keadaan baik, bersih, cantik dan putih. Doktor cuma nak buat sedikit scaling dan polish agar ia tambah bersinar. Wow! Ayat doktor, Nak bagi gigi bersinar. Hahahahaha... Memang betul sedikit saja cucian pada gigi saya. Kejap je dah siap. Cuma polish tu rasanya macam lebih teliti doktor buat. Lama pulak tu. Tambah sinar katanya. Bila dah siap, saya ke kaunter untuk buat bayaran. Rasa nak menari-nari kat depan kaunter tu, RM80.00 sahaja!!! Waaaa.... Happynya rasa! Dulu saya pernah tanya kaunter harga untuk scaling gigi. Kata kaunter, paling murah RM150.00 dan tengok pada kekotoran gigi. Makin banyak kotoran, makin tinggi harganya. Tapi saya tak tahu berapa harga scaling gigi saya dulu sebab dah masuk bil rawatan akar gigi. Cuma doktor pernah cakap, gigi saya putih dan cantik. Saya sakit akar bukan gigi. Masa kali pertama buat scaling dulu, saya rasa macam scaling tu membuatkan gigi saya renggang. Rasa macam menyesal buat scaling. Bila saya baca kat blog pergigian, memanglah kita akan rasa renggang sebab selama ni kita rasa gigi kita rapat kerana ada plak antara gigi. Bila dah scaling, plak dah tak ada, so kita akan rasa gigi kita renggang. Kali ni, saya tak rasa dah semua tu. Yang ada cuma renggangan kali pertama scaling dulu. Mungkin kerana sisa makanan tak sempat menjadi plak sebab saya sentiasa flos gigi. Dalam sehari dua tiga kali jugak saya flos. Flos dengan benanglah sebab flos gigi tak muat nak masuk celah-celah gigi saya. Hahahaha.... OK doktor, kita jumpa enam bulan lagi pada 2 Mac, 2019. Insya-Allah. Bye, bye.

Sunday, September 2, 2018

Jodoh Yang Tak Disangka

Bila bercerita pasal jodoh, semestinyalah bukan jodoh saya. Hahahaha... Sebab jodoh saya tak mahu kat mana lagi. Entah dekat, entah jauh. Entah orang dikenali, entah tidak. Saya nak bercerita pasal angah, adik saya yang baru kahwin tu. Sememangnya aturan Allah itu cukup cantik. Jodoh pula bagai satu misteri yang akan terungkai pada bila-bila masa. Pada hujung 2016, angah pulang ke kampung bersama seorang lelaki bernama Rizal. Rizal seorang duda beranak dua kalau tak silap. Rancangnya, mereka nak langsungkan perkahwinan pada tahun 2017 dan bertunang pada Oktober 2016. Masa tu saya sedang berduka-lara. Bila dengar angah nak bertunang, saya selalu minta dengan Allah agar permudahkan jodoh angah. Janganlah bagi dia rasa apa yang saya rasa kerana dia lebih kerap merasai kekecewaan berbanding saya. Ujian buat angah sebenarnya lebih teruk dalam hal ni. Bezanya, angah mudah melupakan dan jatuh cinta lagi tidak seperti saya yang payah melupakan serta payah untuk jatuh cinta lagi. Tapi ketetapan Allah itu lebih cantik. Saat angah dan bakal tunangnya membuat persiapan untuk hari pertunangan, angah dicurangi. Lantas, angah membawa hatinya yang rawan ke Pulau Redang untuk Diving seorang diri. Kalam melakar kisah, rupanya Allah dah siapkan jodohnya sedang menunggunya di pulau tersebut. Perkenalan sebagai kawan pada mulanya berkembang menjadi hubungan istimewa. Dan akhirnya pada 14 April, 2018, angah dan Jamal sah bergelar suami-isteri dengan satu kali lafaz berwalikan abah, juga dinikahkan oleh abah dan disaksikan keluarga kedua belah pihak. Saya rasa amat gembira ketika tu. Excited nak dapat adik ipar. Ada yang bertanya, tak rasa apa-apa ke adik nikah dulu? Memang rasa, rasa happy dan excited. Tak sabra tunggu hari bahagia tu. Rasa negative Alhamdulillah, tidak pula menjengah ke hati saya. Tak rasa sedih, tak rasa dengki pun. Malah, kami adik-beradik bertungkus-lumus menjayakan majlis berkenaan. Saya adalah orang paling awal balik untuk persiapan kenduri iaitu seminggu sebelum hari pernikahan. Lebih awal balik dari pengantin sendiri! Hahahahaha... Over kan? Dan hari ini bila mengingatkan mereka, saya sering tersenyum bahagia. Akhirnya, angah bertemu dengan jodohnya. Saya? Allah akan kirimkan seseorang yang tepat, pada masa yang sesuai untuk saya. Saya hanya perlu tunggu, usaha dan berdoa. Bila tiba waktu dijanjikan, jodoh akan sampai, tak akan salah alamat. Pastinya buat saya. Bila nak timang anak saudara pulak ni ha? Hahahahaha... Angah kata tahun depan.

Hantu Pari 1

Assalammualaikum dan selamat malam. Rasa tak ada mood nak buka laptop hari ni. Baru je menjenguk alam maya ni. Kenapa hantu Pari? Saya nak cerita tentang penjagaan kecantikan sebenarnya. Tapi kenapa hantu Pari? Sebab nenek saya suka kata saya ni hantu Pari kalau saya baru siap mandi. Katanya harum semerbak. Hahahahaha... Menyedari hakikat yang saya ni bukanlah seorang yang cantik, so, inesiatif harus diambil untuk kelihatan menarik selain dari minat saya memang dalam bidang ni. Kali ni, saya nak cerita pasal penjagaan kaki. Masa kecik-kecik dulu, saya selalu tengok arwah chek berus kaki dan tangan dia. Bukan setakat kaki dan tangan, kuku kaki dan kuku tangan pun dia berus. Setiap hari without faild! Dia guna berus sabut dan sabun ketul kuning kalau tak silap, sabun cap kapak ke apa entah. Saya tanya chek, kenapa dia berus kaki dan tangan dia? Dia kata, kaki dan tangan ni kan kotor. Masa tu sayapun sibuk-sibuklah nak berus sekali. Hahahaha... Tapi masa kecik je saya sibuk nak buat. Bila besar, saya tak ambil kisahpun pasal kaki. Tangan tu yelah, hari-hari pakai lotion. Pakai lotion ni pun saya belajar dari arwah moyang saya, chek. Kuku saya adalah bersihkan pakai ubat gigi. Bersih dan berkilat tau. Kalau tak percaya, cubalah. Korang sapu ubat gigi kat setiap kuku korang dan biar dia kering. Lepas tu korang basuh, dan lihat hasilnya! Ada orang pernah tegur kuku saya macam mana boleh berkilat? Inilah petuanya. Lepas saya berjahit kaki akibat batu karang hujung tahun lepas, setelah dibebel oleh nurse dan doktor, saya mula mengambil berat akan tapak kaki saya. Masa tu, kesiannya saya tengok tapak kaki saya yang terbiar tu. Kering, pecah dan menggelupas. Alhamdulillah, Allah temukan saya dengan Rosken. Tiada lagi kulit kaki pecah serta menggelupas. Saya jugak ada beli berus kaki yang sebelah batu dan sebelah lagi berus. Pagi-pagi saya gosoklah tapak kaki saya dengan batu tu sambil menghilangkan kesan lotion Rosken yang saya pakai pada malamnya sebelum tidur. Tapi, dah lama kan kita tak jaga kebajikan kaki ni. So, saya kena ambil inisiatif lebih dengan merendam kaki dalam air panas. Tujuannya untuk melembutkan kulit keras pada kaki. Walaupun taklah keras sangat bak kata juruurut kaki saya, tapak kaki saya tak keras. Sebagai orang yang mementingkan kelembutan kulit, saya tetap rasa ianya keras dan boleh dilembutkan lagi. Selain tu, rendaman kaki ni penting untuk merawat tumit saya yang sakit. Rendam kaki dengan air panas. Agak-agak air mula sejuk, gosoklah tapak kaki dengan batu tu. Batu pembersih kaki ni boleh dibeli di farmasi or Guardian. Buatlah pedicure sendiri. Selama mana pun boleh sampai kita puas hati. Mula-mula gosok tu tak rasa kesan apa-apa. Tapi bila air mula kering, kita akan dapati sel-sel kulit mati mula tanggal. Banyak jugak keluarnya. Benda ni la yang mengeraskan kulit tapak kaki kita. Gosoklah selama mana yang korang nak di tapak dan di atas kaki. Janganlah harap sekali je kulit dah OK. Kena buat selalulah. Bukan senang nak cantik. Ianya memerlukan ketekunan dan usaha yang gigih. Cewah. Lepas tu saya akan letak body butter. Body butter ni selalunya lebih berminyak dan lebih lembap dari Rosken or lotion. Sebelum tidur, pakaila Rosken. Nak cantik pun kena rajin tau. Hahahaha... Saya tak kisahpun bila orang kata saya mandi lama. Dia orang tak tahu apa saya buat. Nanti saya share lagi. Kalau korang ada petua lain, silalah share kat komen. Sharing is caring kan? Mana tahu kot korang ada cara lain lebih mudah dan lebih berkesan.

Malam-malam Terlewati

Aku masih lagi seperti malam-malam sudah. Sendirian di kamar ini meniti kesepian. Aku masih lagi aku yang dulu. Sendiri tatkala suka dan duka. Aku masih lagi di sini. Tiada apa yang bedanya dengan aku yang dulu. Tuhan, Aku mohon, Hapuskanlah kesunyian ini agar aku bisa tenang dan bahagia.

Saturday, September 1, 2018

Kau Ingat Aku Apa???

Maaflah, posting kali ni kasar sikit. Aku memang tak suka lelaki hantar whatsapp kat aku tiba-tiba, tulis hai. Kau ingat aku apa? Awek jalanan yang kau boleh tegur hai, hai? Kalau kau nak mengorat, pergi cari perempuan lain. Bukan masa akulah nak melayan lelaki macam ni. Selalunya yang macam ni ni budak lelaki remaja. Lelaki sekarang ni dah pupus ke yang berkualiti tinggi? Korang tak reti ke tengok perempuan mana yang kau boleh ngorat dan perempuan mana yang kau kena hormat macam kakak kau? Sorry la eh, aku banyak lagi benda lain nak fikir. Aku dah malas nak fikir pasal lelaki yang menyusahkan hidup aku, menyakitkan hati aku. Aku benci lelaki main-main dan tak serius. Kalau kau nak mengorat, pergi penuhkan ilmu di dada dulu dengan ilmu kepimpinan dan rumahtangga. Bina kerjaya, bina hidup bagi stabil dulu. Lepas tu baru kau fikir nak menggatal! Ingat ya, bukan semua perempuan suka di 'tackle'. Lain perempuan, lain caranya. Umur macam aku ni, aku cari suami, bukan cari boy friend, pakwa, and what so ever yang seangkatan dengannya. Aku dah letih! Aku bosan, aku menyampah! Kalau kau rasa kau tak serius dan tak boleh jadi suami, jangan cuba-cuba nak ganggu hidup aku! Aku tak kisah tak ada boy friend yang mengada-ngada walaupun aku sunyi! Aku bukan kebulur nak sentiasa dikepit lelaki nak-naknya lelaki yang entah apa-apa. Iiiii... Tak tahu sekarang ni kenapa, saya cepat hangin dengan lelaki-lelaki kurang cerdik macam ni. Pesan aku tu ingat, lain perempuan, lain cara approach. Kau kena tengok dulu cara perempuan tu, lepas tu baru kau fikir nak approach ke tidak. Kalau nak approach, kau jangan salah langkah. Fikir cara terbaik untuk approach. Salah cara, nahaslah kau! Jangan suka buang masa orang!

Allah Memberi Pada Masa Yang Tak Disangka

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Sebelum keluar bersosial ni, nak buat satu post. Pada beberapa entri lepas, saya ada ceritakan saya buat minor surgery di THONEH. Kenapa perlu minor surgery? Sebab pada birai mata saya ni ada tumbuh macam ketumbit yang tak mahu pecah. Dahlah besar! Kak Sha kata, kalau sekali imbas tak nampak tapi kalau pandang, memang nampak. Sebenarnya dah lama dia naik. Salah saya jugak. Masa dia mula-mula naik tu, saya tak berusaha untuk memecahkannya. Mungkin malas atau sibuk. Sebab kena tuam dengan kain atau kapas yang direndam air panas. Selalunya dia akan pecah tapi proses ni perlu diulang beberapa kali dalam beberapa hari. Saya sering dapat ketumbit ni kalau tidur lewat atau tak cukup tidur. Dari sekolah lagi. Kali ni dia naik besar. Apa yang menyebabkan saya pergi THONEH? Sebab Kak Isma Kedai Mahmud tegur pasal ketumbit ni. Dia tanya kenapa ada ketumbit tu? Sebelum ni tak ada kan? Siap cakap besar pulak tu. Sebelum pergi hospital, saya berusaha untuk pecahkannya sendiri. Tuam pakai air panas. Tak mau pecah. Kak Isma kata gosok dengan bawang putih. Tanya Mr. Google pun Mr. Google kata petua nak pecahkan ketumbit dengan gosokkan bawang putih pada ketumbit tu. Tak pecahpun. Merah adalah. Mungkin gosokan yang kuat buatkan kulit bahagian ketumbit tu jadi merah. Tiori saya, cewah, mungkin ketumbit tu dah mengeras sebab tu dia tak nak pecah. Saya baca di internet, memang ketumbit yang dah lama takkan pecah. So, kena pergi buat minor surgery. Saya buat keputusan untuk buat pemeriksaan doktor. Doktor bagi ubat. Kalau tak pecah jugak, next week datang untuk minor surgery. Oleh kerana kedegilan ketumbit tu, doktor decide to do a minor surgery. Doktor akan potong sedikit kulit yang meliputi ketumbit tu untuk keluarkan nanahnya. Proses ni tak bius ya kawan-kawan. Saya baring then, doktor guna mesin pemotong untuk buka kulit tu. Darah memang banyaklah mengalir. Mujur nurse dah tutup leher dan badan dengan kain supaya darah tak kena tudung dan baju. Memang sakit masa doktor bedah tu. Makin lama makin dalam. Tapi tak ada pun nanah yang keluar. Doktor pun pelik. At last, saya kata, tak apalah doktor. Tak payah belah dalam lagi. Saya takut mesin tu mencederakan biji mata saya pulak. Karang lain pulak jadinya. Terus black out! Nauzubillahi min zalik! Hahahaha... Darah kat mata masa buat minor surgery tu tak sebanyak darah di hati yang remuk-redam hahahahahahahaha.... Doktor pun stop. Doktor tak jahitpun, doktor hanya tampalkan kapas dengan plaster je. Sayapun boleh balik. Tak dapat MC pun. Saya ni kalau tak sakit melampau memang malu nak minta MC. Ewaaahhh... Subur je saya tengok ketumbit tu menghiasi birai mata saya lebih tepat kelopak mata bawah saya. Tak ada tanda-tanda nak pecah pun. Suka hati kaulah! Jangan menyusahkan aku sudah! Tak cantik pun tak cantiklah. Kita tutup dengan mekap. Hahahahahahaha... Kalau boleh buat orang tak nampaklah sebab dia besar. Kadang-kadang bila terpegang geram jugak saya dengan dia. Tapi entah kenapa, gerak hati saya mengatakan, dia akan pecah suatu hari nanti. Mungkin bukan dalam masa sehari dua, mungkin bulan, mungkin tahun. Penat saya fikir, macam mana nak pecahkan dia. Tapi buntu. So, hari ni, macam biasalah, saya bertapa lama dalam bilik air. Memandangkan hari ni hari cuti, saya skrap lah muka. Macam biasa, tak ada apa yang pelik berlaku. Lepas tu, saya skrap badan, gosok-gosok cucikan kulit, pakai mandian. Lepas mandi biasalah lap badan dan muka. Saya pastikan muka saya kering dilap walaupun saya tak gosok muka dengan tuala. Setelah make sure muka dan badan kering, saya peganglah wajah saya untuk memastikan keberkesanan penggunaan skrap. Eh, kenapa ada air lagi kat mata saya ni? Saya tekap air tu dengan tuala. Mungkin tadi saya tak habis keringkan kot. Fikir saya. Tapi makin ditekap, makin banyak pulak air tu. Patutnya makin kering. Dari mana pulak air ni datang? Saya berhenti menekap dan terus memegang air tersebut. Makin lama makin banyak dan dia mengalir di mata. Saya mencari punca air tu. Alamak, takkan air mata saya mengalir? Saya mana ada air mata? Menangis banyakpun dia tak pernah mengalir ke pipi saya. Apatah lagi nak mengalir macam ni? Setakat keluar kat birai tu adalah. Tiba-tiba saya diserang rasa takut bila air tu terus mengalir. Mata saya pecah ke? Tapi saya masih boleh nampak. Penglihatan saya tetap macam biasa. Kalau pecah mesti dah tak nampak. Ke mata saya berdarah? Tapi kenapa? Air yang kena pada tangan saya saya tenung. Bukan darah. Air yang tak berwarna. Tapi dari mana datangnya? Saya mula takut. Kalau tak jumpa jugak puncanya mungkin saya akan nangis dan terus pergi klinik. Tak jadilah nak bersosial hari ni. Bau pun tak ada. Kalau darah, mesti pekat, merah dan berbau. Saya meraba keseluruhan mata kiri saya. Air yang mengalir saya cuba lap walaupun dia terus mengalir dan enggan kering. Ada luka ke? Saya memeriksa mata saya dari kelopak atas, dalam mata dan kelopak bawah mata. Tangan saya terhenti di kelopak bawah. Mana perginya ketumbit besar tu? Tak ada? Oooo... Saya faham, mungkin sebab tulah air ni mengalir. Mungkin dialah yang pecah ni. Lama-kelamaan, air tu semakin kering dan tempat ketumbit tu dah jadi rata macam biasa. Tak ada lagi benjolan di situ. Saya basuh mata takut kuman. Dahlah sakit mata disebabkan bakteria, karang tambah lagi. Tapi tak rasa apa-apa pulak kat tempat ketumbit tu. Lepas basuh, saya cepat-cepat sapukan ubat ke mata saya sebagai langkah mengelakkan serangan kuman sebab air tu membanjiri dalam mata saya dan melimpah keluar lalu mengalir. So sekarang ni, baru saya rasa sedikit sakit pada birai mata saya. Mungkin dekat bahagian pecah yang mengeluarkan air tu. Memang inilah sakit yang saya akan rasa setiap kali saya memecahkan ketumbit saya. Sisa air tu akan mengeras di mata dan saya perlu membersihkannya. Namun, saya belum habis fikir, apakah yang menyebabkan ia pecah? Takkan skrap muka saya? Dah berapa kali saya pakai skrap muka sejak dia tumbuh? Tak pecah pun. Saya rasa ada dua kemungkinan yang menyebabkan dia pecah. 1. Ubat mata baru saya. Beberapa bulan lalu, saya kehabisan ubat mata. Jenuh saya mencari di serata farmasi yang berdekatan, semuanya tak ada. Stok tak sampailah, stok macam problem la. Saya try dua ubat lain. Tak mampu membantu mata saya yang perlukan kelembapan. Satu hari saya ke farmasi Guardian lagi untuk betanya kalau-kalau ubat saya dah sampai. Tak ada. Farmasis tu suruh saya try sejenis ubat. Katanya ubat tu hampir sama dengan ubat saya cuma apa entah bezanya. Tapi fungsi dia sama. Saya pakai ubat tu memang best. Lebih best dari ubat saya. Tapi saya tak pakai setiap hari sebab ubat ni steroid dia tinggi sikit. Lagi pun memang dah lama saya tak pakai ubat setiap hari. Mata saya rasa selesa dan tak sekering dulu. So ubat lama pun saya dah mula jarang pakai. Sebab tu saya boleh bertahan lama bila ubat tu tak ada stok. Dulu, tak pakai sehari pun dah sakit. 2. Jamu. Mungkinkah jamu yang saya makan ni juga menyumbang kepada perpecahan ketumbit saya? Mungkinkah panas jamu tu buat dia tak tahan lalu pecah? Lagi pun salah satu fungsi jamu saya tu melancarkan darah. Mungkin perjalanan darah yang lancar membuatkan dia terpaksa mengalir lalu pecah. Hahahaha... Pandailah kau Tinta, buat tiori sendiri! Apapun, saya sangat bersyukur kepada Allah atas kurniaanNya. Memang Dia selalu memberi pada masa yang tepat. Bila masa tepat tu? Hanya Dia yang tahu. Kenapa Dia tiadakan stok ubat saya? Mungkin inilah hikmahnya. Kenapa dia ilhamkan kepada saya untuk mengamalkan jamu? Juga mungkin ini hikmahnya. Allah selalu beri kejutan kepada saya. So, saya terus tunggu kejutan Allah seterusnya. Tapi saya berdoa, kejutan itu Allah datangkan dalam bentuk yang baik.

Lebih Baik Marah Tinta

Assalammualaikum dan selamat pagi semua! Alhamdulillah, pagi ni Allah bangunkan saya sekali lagi memberi saya peluang untuk menghirup udaranya di tanah ciptaannya. Hahahaha... Ada orang kata, penulisan saya kat blog ni skema. Saya cuba untuk tidak skema kat sini tapi entahlah... Mungkin ada yang terbawa-bawa kot. Tu korang belum baca saya punya surat rasmi, laporan dan kertas kerja saya di pejabat. OK la, OK la, saya cuba untuk tak skema kat sini. Cuba jadi macam sembang-sembang je. ****************** Ni nak cerita zaman sekolah dulu. Kat sekolah tu ada empat quarters guru. Quarters pertama didiami seorang pemandu sekolah. Quarters kedua, ketua waden, quarters ketiga seorang pengasuh dan keluarganya, quarters keempat cikgu-cikgu anak dara. Ada satu ketika didiami oleh tujuh dara. Hahahaha... bukan tujuh dara miang keladi tau. Ustazah Azlifah yang mengajar saya di sekolah agama antara yang mendiami quarters keempat. Lain-lain tu kebanyakannya waden. Kalau dah duduk sekali, mestilah dia orang banyak bercerita pasal kami murid-murid comel yang banyak kerenah ni kan? Hahahahaha... comel ke? Saya adalah antara student yang sering diperkatakan. Menurut ceritanyalah. Entah ya entah tidak. Hahahahahaha.... Oh ya, masa kat sekolah dulu, saya ada kawan baik. Tapi kawan baik saya tu 360 darjah total perangainya, pemakaiannya, caranya, cara berfikirnya berlawanan dari saya. Saya namakan kawan baik saya tu sebagai Alia (bukan nama sebenar). Suatu hari, Ustazah Azlifah bagi tahu dalam kelas: Ustazah: Tinta, kamu tahu tak, waden-waden tu kata, antara awak dengan Alia, baik marah awak. (Hah? Biar betul, nakal sangat ke saya ni? Maknanya ada potensi kena marah selalulah ni?) Tinta: Kenapa pulak? Jahat sangat ke saya ni? Tak ada pulak waden-waden tu selalu marah saya. Kadang-kadang je saya kena marah. (Jawab saya tak puas hati. Muka dah mula keruh. Satu kelas dah gelakkan saya. Entah kenapa entah ustazah ni tiba-tiba cakap macam tu?) Ustazah: Sebab dia orang kata, kalau marah awak, awak tak melawan. Tak menjawab. Tengok air muka awak kena marah, sejuk je hati. Saya: Laaa... Alia tu pun samalah ustazah. Alia tu lagi diam bila kena marah. Saya ada jugak merungut. Ustazah: Yelah, awak tu merungut-rungut manja. Alia tu memang diam. Tapi reaksi muka dia, mata dia, nampak dia melawan dan tak puas hati. Alia tu keras orangnya. Nampak macam kurang ajar kalau kena marah. Mulut diam tapi degil. Ya ke? Fikir saya dalam hati. Dah dia orang marah saya benda yang betul, saya nak lawan apa? Cuba marah kalau saya tak salah, mesti saya lawan jugak. Cuma mungkin cara saya lawan tu lainlah. Macam Mr. Diktator, selalu je saya lawan. Hahahahahaha.... Lagipun keluarga saya tu dari kecik lagi bila dia orang marah, dia orang selalu cakap jangan menjawab. So saya diamlah. Tapi abah pernah marah saya sebab tak menjawab. Masa tu saya pening. Rupa-rupanya, maksud abah, kalau betul, kena bagi tahu kita di tempat yang benar. Kena bela diri. Tapi kalau dah bersalah, terimalah hukumannya. Simple!

Awak Yang Entah Di Mana

Assalammualaikum awak yang bernama jodoh. Tiba-tiba dinihari ni saya teringatkan awak. Tapi, saya tak tahu siapa awak? Jauh sangat ke awak ni sampai lama sangat nak jumpa saya? Ke... Awak saja nak main sorok-sorok dengan saya? Hehehe... Tak puas main sembunyi-sembunyi masa kecil ya? Awak cari tak saya sebenarnya? Ke awak pun macam saya malas nak cari? Tak apalah, kita sama-sama doa ya? Kalau dah jodoh, mesti kita akan jumpa jugak nanti. Agak-agaknya... awak tengah buat apa tu? Apa kegemaran awak? Apa yang awak suka? Siapalah awak? Dan macam manalah awakkan? Saya harap, awak seorang yang mampu untuk bimbing saya dunia dan akhirat. Mampu untuk saling membahagiakan hingga ke Jannah, Mampu setiap hari hidup dalam berkasih sayang, Mampu untuk setiap hari membuatkan dada saya berdebar, Mampu untuk setiap hari saya getarkan hati dan jiwa awak, Mampu untuk membuat kita saling tersenyum, Mampu untuk bersama dalam suka dan duka, susah dan senang, Mampu untuk setiap hari sama tersenyum. Awak, Saya ni perempuan yang selalu emosional. Jadi saya harap, awak adalah lelaki yang bijak dan rasional untuk mengimbangi saya. Saya seorang yang manja, jadi saya harap awak adalah seorang yang mampu memanjakan saya. Saya seorang yang suka meluahkan apa yang saya rasa, jadi saya harap awak seorang pendengar yang baik. Saya seorang yang suka berbicara, jadi saya harap awak seorang yang sentiasa senang melayan bicara saya. Saya seorang yang suka orang yang berterus-terang dalam kelembutan, jadi saya harap awak seorang yang suka nyatakan isi hati awak. Komunikasi tu penting untuk kebahagiaan. Saya seorang perindu, jadi, saya harap awak seorang yang tidak membuat saya ternanti-nanti. Saya seorang yang cemburu, jadi saya harap awak seorang yang sentiasa elakkan saya dari cemburu. Saya seorang yang sukakan kejutan, jadi saya harap awak seorang yang suka buat kejutan-kejutan mengeratkan kasih sayang kita. Awak, Seseorang pernah cakap dengan saya, "Kenapalah akak ni tak jumpa-jumpa jodoh lagi eh? Nak kata tak cantik, cantik. Beruntung siapa dapat akak, bijak, baik, manja." Saya harap, awaklah lelaki yang beruntung tu. Tapi betul ke beruntung? Sebab saya ni ada banyak kelemahan. Awak, Saya tahu, ada pembaca blog ni akan kecam entri-entri saya buat awak. Tapi saya tak kisah pun. Ni kan blog saya, diari saya. Apa salahnya saya luahkan isi hati saya buat awak kat sini. Biarlah apa orang nak cakap pun. Siapa suruh dia datang bacakan? Saya tulis untuk awak. Suatu hari nanti, kalau Allah temukan kita di dunia ni, saya akan bagi awak baca. Jangan lupa tau, saya tunggu awak. Nanti saya tulis lagi untuk awak.