Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Friday, July 28, 2017
Masih Belum Mampu Tersenyum
Assalammualaikum semua...
Terima kasih kerana masih setia membaca blog saya yang tak seberapanya ni.
Dah lama saya tak update blog ni.
Kalau saya menyepi di media social tu, bermakna ada sesuatu yang berlaku dan membuatkan saya tak bersemangat dalam menjalani hari saya.
Saya pun tak tahu kenapa, setelah kejadian setahun lalu, saya jadi tak semangat bila ada sesuatu berlaku selepas tu. Maksud saya tak bersemangat nak menulis di media social.
Baru-baru ni, ada sesuatu menimpa. Tapi saya tak rasa nak kongsikan di sini sebab saya tahu, ada orang-orang tertentu yang tidak mahu saya kongsikan soal peribadi saya baca blog ni.
Kalau kita bercerita lepas tu ada yang bercerita di belakang dengan nada atau reaksi yang kurang baik, pastinya kita tak selesakan?
Jadi, biarlah saya simpan dulu hal ni selagi saya mampu. Nak tulis kat blog satu lagi, saya belum ada mood nak tulis kejadian yang baru ni.
Tapi saya memang tak mampu untuk tersenyum dari hati sampai ke detik ini.
Sekadar memaniskan muka agar tidak dilihat masam bolehlah.
Ya Allah, berilah saya khabar gembira agar dapat saya senyum dari hati ini.
Buat masa ni, saya sekadar boleh senyum untuk menyedapkan hati orang memandang atau berbual dengan saya.
Saat-saat macam ni, rasa nak mengajar di Air Asia dari pagi sampai petang dan setiap hari. Supaya hati lara ini dapat dihiburkan oleh gelagat cabin crew dan guess service staff kat sana.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
semoga cepat pulih dari apa saja duka nestapa yang sedang dialami. gundah gembira itu akan datang seiring dalam hidup ini seperti waktu siang dan malam. ada masa kita gembira dan ada masa kita berduka. semoga dipertemukan dengan insan istimewa yang tiada hijab untuk sama mengharungi tangis dan tawa bersama kamu dari sisi paling hamper. semestinya Yang Khaliq sudah mempersiapkan tangan2 untuk menyambut di saat sukarmu. pandanglah kiri kanan, depan dan belakang dan kamu akan jumpa keikhlasan itu.
Terima kasih Manjalara. Terima kasih atas dorongan yang sentiasa diberikan. Semoga Allah memudahkan jua segala urusan kehidupan awak.
Post a Comment