SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Tuesday, April 28, 2015

Kelas Renang Sesi 2

Meh kita sambung kisah kelas renang ni. Dah dua minggu tak pergi kelas sebab cuaca. So, 18 April lalu, kami jalani kelas kedua. Sebenarnya, tak banyak yang kami belajar dalam kelas kedua ni sebab masing-masing belum mampu menguasai Teknik Renang Kuak Dada. Dah tak dapat, takkan coach nak alih pelajarankan? Nanti tak pandai nanti complain pulak kan? Kesian Coach Fauzi mengajar kami yang lambat ni hehehe. Kena sabar tau coach, jangan marah nanti darah tinggi pulak. Hehehe coach ni memang sabar orangnya. Dia berusaha bersungguh-sungguh nak fahamkan kami dan nak bagi kami pandai. Cuma kami je yang selalu gelabah dan takut air. Water confident kuranglah tu. Nak berenang, mana boleh takut air. Nanti tak menjadi. Jadi coach la yang sedaya mungkin nak bagi kami confident. Sebab tu saya tak kisah bila orang kata mahal saya bayar untuk kelas ni. Bukan saya main bayar je, saya dah survey dan RM300.00 enam sesi ni murah sangat berbanding tempat lain yang RM500.00 enam sesi. Paling penting, coachnya sungguh-sungguh mengajar. Dahlah ajar kami bertiga je, tak campur orang lain. Ada kawan saya tu, bayar RM180.00 untuk lapan sesi tapi terpaksa campur kelas dengan orang lain dan pelajaranpun berbeza. Coach tak fokus dan lebih bagi perhatian pada mereka yang dah pandai sedangkan kawan saya disuruh buat blow bubble dan kawan saya sendiripun tak tahu blow bubble tu macam mana. Datang-datang dah buat blow bubble dan siap? Kawan saya tupun burnkan RM180.00 dia dan terus tak masuk kelas. Tak best kan? Kesian kawan saya. Mesti dia patah semangat. Hari tu saya tengok dia bersemangat nak belajar renang. Coach saya siap bagi perhatian sorang demi sorang supaya semua dapat. Mana yang ketinggalan akan diberi perhatian lebih. Berkali-kali dia ajar tanpa jemu. Macam-macam cara dia cuba untuk fahamkan kami. Sampai kami pulak yang rasa kesian dan takut dia bosan bila kita tak dapat. En. Malik tak ada pulak kali ni. Seperti biasa, masuk kolam je, blow bubble la sepuluh kali. Ulangkaji terapung dan meluncur. Memandangkan Kak Lin je yang boleh cuba berenang tanpa kicking board, coach beri perhatian kepada saya dan Dayah yang belum boleh lepas kicking board. Dia suruh kami meluncur lagi lepas tu pegang kicking board dan buat frog kick. Sayalah yang paling slow. Cemburu tengok Kak Lin yang boleh mula berenang tanpa kicking board dan Dayah yang sudah mula pandai frog kick. Rasa down sangat masa tu. Coach: Haaa... Right, right, kan cantik tu, Tinta. Coach menaikkan semangat saya bila saya buat frog kick dengan baik sambil dipegangnya. Tinta: Masa coach pegang cantiklah, tapi bila tak,... Coach: Ke laut. Tinta: ha'ah, ke laut. Coach: Kamu dah cantik tadi. Faham tak cara tendang tu macam mana? Tinta: Memanglah faham tapi kalau masuk air tak confident. Coach: Takkan berenang kat darat kot. Berenang dalam airlah, hahaha. Ish, coach ni, orang tengah susah hati, dia ketawa pulak. Kelas hari tu, ditamatkan dengan dentuman guruh dan kilat. Maka saya tetap dalam kesedihan kerana belum berjaya menguasai teknik frog kick tu. Ini juga bermakna, Coach Fauzi ada hutang dengan kami setengah jam. Bukan kami cakap, tapi dia sendiri yang cakap dengan kami.

No comments: