SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Wednesday, May 6, 2015

Kurus Dan Cantik

Wah, tajuk. Tak hengat. Sebenarnya saya tertarik nak tulis tajuk ni lepas baca review produk perlangsingan dan kurus di internet. Ada beberapa produk saya baca tentang review yang kurang memuaskan hati. Sayapun tak tahu betul atau tidak komen ni sebab saya sendiripun tak pernah ambil makanan kesihatan berkenaan. Ada juga produk yang saya baca iklannya berbunyi: "Kurus dengan mudah, cepat dan berkesan", "Kurus tanpa diet," atau "Kurus cara mudah tanpa perlu bersusah-susah berpanas," Sekali baca wow! Hebat sangat makanan tambahan sebegini. So, tak perlulah kita bersenam dan control makan kan? Bestnyaaaaaaaa. Kita boleh amalkan gaya hidup yang sedia ada tanpa perlu berpanas, penat dan berlapar. Bukan berlapar, kurangkan makan. Tapi... Bila difikirkan balik, logikkah dengan cara macam ni? Ibaratnya, kita nakkan sesuatu tanpa perlu usaha dan bersusah-payah. Jalan yang mudah untuk dapatkan sesuatu. Kalau gitu, tak adalah orang yang obes kat dunia ni. Sekadar pendapat, untuk menjadi kurus, cantik dan menarik bukanlah sesuatu yang mudah. Nak cantikpun susahkan? Tiga elemen penting perlu digabungkan bersama untuk mendapat wajah yang cantik, tubuh yang ideal iaitu, diet yang sihat, banyakkan minum air masak dan bersenam. Tiga perkara ni amat penting bagi merialisasikan impian tubuh ala model atau pramugari serta wajah yang mulus seperti ratu. Orang yang menjual makanan tambahanpun agak-agaklah nak buat iklan. Diet yang sihat membantu memastikan tubuh mempunyai zat yang cukup yang diperlukan, mengurangkan berat badan serta lemak. Air masak membantu untuk menyahkan toksin dalam badan kita. Kenapa kita sakit dan gemuk? Sebab banyak kekotoran dalam badan kitalah. Bersenam pula membantu untuk mengeluarkan toksin melalui peluh, memecahkan lemak serta membentuk tubuh yang menarik. Saya juga tertanya-tanya, orang yang makan makanan tambahan yang mengatakan makanan tersebut tidak sesuai dengan dirinya itu, benar-benar makanan tersebut tak sesuai, atau cara makan yang salah, atau sekadar makan makanan tambahan tapi tiada diet seimbang dan sihat, tidak minum air masak yang banyak dan tidak bersenam. Kalau tiada ketiga-tiga ni, makanlah makanan kesihatan sebaik manapun, semahal manapun, pasti tidak akan berkesan. Tapi, kalau amalkan tiga perkara di atas, tanpa makanan kesihatanpun Insya-Allah kita akan memiliki wajah dan tubuh yang kita idamkan. Usaha tangga kejayaan. Bersakit dahulu, bersenang kemudian. Biar susah sekarang, senang kemudian. Ingat, makan makanan kesihatan perlu air banyak jika tidak, ia akan merosakkan buah pinggang. Bukan mudah untuk menjadi cantik. Jika tubuh kita ideal, banyak pakaian, fesyen dan design yang boleh kita gayakan. Hehehe macam pakar kecantikan la pulak.

No comments: