SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Saturday, April 25, 2015

Renang Lagi

Haha, kan dah meroyan update blog ni. Balas dendam lama tak tulis. Biar bersih sikit blog ni, dah bersawang dah. Saya menghadiri satu program di Universiti Malaya hari ni bersama tiga rakan lagi. Salah sorangnya, Aliesha. Minah Salleh dari Holand. Sembang punya sembang, dia tahu berenang dan offer nak ajar saya. Wow! Bestnya! Boleh buat ulangkaji, praktis apa yang dah belajar dalam kelas. Kalau dengan perempuan mestilah havoc sikit. Tak adalah malu sangat. Daripada duduk praktis sendiri kat Kolam Vista yang air dalam buat saya langsung tak confident dan prestasi jadi teruk, eloklah ada kawan yang boleh bagi tunjuk ajar. Insya-Allah boleh improve. Masa saya cari coach renang dulu, punyalah susah nak dapat. Bila dah ada, adalah. Nilah rezeki namanya. Sekurang-kurangnya dapatlah membantu saya yang slow dalam air ni. Takkan nak harapkan kelas je semata-mata? Lama-lama coach pun bosan. Aliesha: Next week I'll come to see you and discuss about our swimming time together. Tinta: OK, thank you so much, Aliesha. Jawab saya dengan penuh kegirangan. Bebintangpun terpancarlah di wajah. hehehe

No comments: