SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Monday, July 1, 2013

SK-II Bergolek Dan Berkecai

Alkisahnya, Jumaat malam Sabtu hari tu aku pergo ke One Utama. Kononnya nak dapatkan boucer Jusco 50 pratus yang ditawarkan kepada setiap pembeli produk SK-II melebihi RM350.00. Kebetulan Clear Lotion dan Essence akupun dah habis. Apa lagi inilah masa yang sesuai untuk membeli skin care kegemaran aku tu :)

Seperti yang dirancang, akupun belilah dua items yang aku nak tu dengan dapat 50 pratus Juxco boucer, 40ML Clear Lotion free dan mask. Masa aku nak tinggalkan kaunter SK-II tu, kena lalu ruang sempit. Badan aku dah lepas, beg tangan aku pulak yang langgar dua tiga botol kaca SK-II yang diturunkan dari tempatnya. Apa lagi, bergoleklah botol-botol tu dan salah satu daripadanya pecah. Sorang amoi tu buat muka nak marah tapi nasib baik amoi yang layan aku tadi still senyum dan kata "Is OK,". Berkali-kali aku say sorry. Tapi amoi tu tetap kata tak apa. Nasib baik langgar tester, kalau langgar yang dijual, habis aku kena keluar duit untuk barang yang tak ada.

Terima kasih, Tuhan, selamatkan duit aku. :)

Malu gila, dahlah kat kaunter tu masih ada customer, belum lagi orang di sekeliling. Semua tergamam dan diam. Mata dia orang tak payah cakaplah, mestilah semua berpusat pada aku. Macam... Aku ni filem star yang datang membeli-belah kat situ.

No comments: