Hmmm... Sebelum aku mula, aku nak pesan, kepada sesiapa yang tak suka dengan aku, baik korang tak payah baca entri ni atau blog aku ni. Sebab aku tak nak nanti, lepas baca entri ni, korang pergi heboh satu dunia yang aku ni riak dan berlagak. Dah namanya ni diari peribadi aku, so terserahlah pada aku nak tulis apa kan? Kalau nak tulis diari peribadipun nak kena jaga hati orang, tutur kata dan pemilihan perkataan susahlah. Aku ni manusia dan aku perlu kebebasan untuk menulis terutamanya tentang hidup aku. Aku menulis bukan kerana riak atau untuk menunjuk-nunjuk, aku menulis jujur dari apa yang aku rasa. Semua entri kat sini bukan untuk riak kat siapa-siapa.
Dahlah tu, Tinta! Tak payah membebel panjang. OK on!!!
Semalam, lepas makan tengahari di Keramat, aku pergi ke Kafur semata-mata nak beli Evening Prime Rose yang tengah offer. Sebotol RM20.00 je. Murahkan? Kata je nak beli EPO, tapi bila keluar Kafur, adalah beberapa barang lain yang ikut aku keluar hehehe.
Distinasi seterusnya adalah Jusco Wangsa Maju yang sekarang dikenali sebagai Eon. Oh, Kafur pun kalau tak silap sekarang ni dipanggil Big Eon. Objektif utama pergi Wangsa Maju ni adalah untuk claim baucer Jusco yang aku dah kumpul ni. Hajat di hati nak beli seluar Dolly. Orang ramai, mesti ada offer juga ni. Tak semua bahagiaan yang offer cuma offer untuk Bonia group di bahagian tengah je 50-70 pratus. Bonia group ni termasuklah Sembonia dan Carlo Rino. Sebenarnya yang menarik perhatian aku Bonia tu. Carlo Rino jatuh tempat kedua. Dalam masa yang singkat, sempat aku berfikir, tak perlu beli seluar dulu, baik tengok offer tu, mana tahu kalau ada yang berkenan. Get ready ya Tinta, kau jangan berangan nak dapat beg Bonia bawah RM200.00 walaupun ada diskaun. OK!
Maka pengembaraanpun bermula di ruang legar diskaun. Pengembaraan dimulakan dengan kasut Bonia. Not bad, selalu jumpa design untuk orang yang matang, tapi kali ni designnya menarik. Harap-harap, adalah beg tangan yang menarik.
Beg tangan Bonia! I'm coming! hehehe kakak jurujual tu bukan main baik lagi melayan aku. Tidak sekejappun aku tinggalkan keseorangan. Ada jelah keterangan dia untuk setiap beg yang aku pegang. Aku ni kan cerewet, nak beg macam tulah, macam nilah. Aku ada kritiria tertentu untuk beli beg tangan. Dah lama membelek, ada dua jenis beg yang aku short list kan. Satu full leather dan satu campuran leather dan apa aku tak ingat, PVC kot. Yang full leather tu lembut sangat materialnya. Tu yang terus buat aku jatuh hati tu. Kalau tak beli rasanya termimpi-mimpilah malam ni macam beg yang kat Surabaya hari tu. Tapi jangan gelojoh Tinta, pilih betul-betul, pilih yang selesa dipakai. Kakak tu tetap menerangkan dengan bersungguh-sungguh walaupun aku dah cakap nak tengok dulu. Aku ni bukan cepat terpujuk lebih-lebih lagi bila nak beli benda-benda mahal macam ni. Nanti kalau silap beli rugi.
Aku ke bahagian Carlo Rino pulak. Tak tahulah kenapa, hari ni aku rasa design si Carlo Rino ni kurang memuaskan. Kat sinipun aku ada dua jenis beg yang aku suka tapi, yang satu tu beg besar, tali kecil sangat. Bila aku sangkutkan kat bahu rasa tak seimbang. Yang lagi satu tu pulak, compactment banyak tapi besar sangat. Karang berulang tragedi SK-II berkecai karang, susah pulak nanti. Dari segi harga, semestinya Carlo Rino lebih rendah. RM200.00 ke bawahpun dah boleh dapat sebuah beg.
Dalam sibuk membelek-belek ni, dapat juga aku belajar sesuatu, rupanya, walaupun beg berjenama yang terkenal dengan kualiti kulit, dia ada pelbagai jenis. Ada yang full leather ada yang kain, PVC, getah, plastik dan kebanyakannya adalah campuran leather dengan material yang aku senaraikan tadi. Menurut jurujual Carlo Rino tu, material yang paling tahan adalah full leather. Beg jenis ni selalunya tahan bertahun-tahun. Katanya, beg full leather ni tak pecah dan tak terkopek. Selain daripada ringan, beg tu juga tak mudah terbakar. Kalau nak kenal, full leather ni lembut. Ha... Macam beg yang akak tengah pakai ni full leather. Oh ya ke? Design cantik, compactment banyak, aku beli tanpa tahu full leather atau tidak. Nampaknya jurujual ni begitu arif dengan barangan kulit. Kedua, kain. Beg yang dibuat daripada kainpun lama jangka hayatnya. Cuma dia berisiko untuk koyak. PVC, getah dan plastik, selalunya cepat terkopek tapi ia mengambil masa dua-tiga tahun untuk terkopek sebab ia diperbuat dari PVC, getah atau plastik yang tinggi mutunya.
Bila ditimbang, ukur dan sukat, Bonia jugalah yang jadi pilihan. Aku patah semula ke bahagian Bonia. Sebab aku dah malas nak pergi ke bahagian lain. Nanti bertambah rambang mata aku. Lagipun, dua brand ni yang aku paling suka dalam Bonia group. Sebenarnya dah lama aku mengimpikan handbag Bonia ni. Nak-naknya yang full leather. Dengar kata, kualitinya bagus. Bolehlah aku buat raya nanti :)
Kakak jurujual tadi masih ada. Mesti dia seronok sebab akhirnya, aku datang untuk membeli. Kali ni jurujual lelaki pulak yang entertain aku.
Sekarang, mari kita pilih antara dua beg Bonia yang aku berkenan ni. Nak ambil dua-dua tak bolehlah, kurus kering beg duit aku lepas tu. OK, yang pertama ni, full leather, ringan dan lembut. Ada dua warna, biru lembut dan oren. Compactment banyak, cuma tak ada zip sebelah luar. Talinya juga leather dan dilengkapi dengan magnet untuk menutup beg ni sebagai ganti zip dan butang. Ada beg dalam yang boleh dikeluarkan. Ala-ala beg organizer gitu tapi diperbuat dari kulit. Siap ada zip dan compactment. Designnya ada sedikit takatan untuk kelihatan seperti kulit buaya meskipun diperbuat dari kulit lembu. Yang satu lagi warna oren berkilat. Campuran leather dan PVC, sedikit keras dan berat. Compactment banyak tapi talinya pendek membuatkan aku tidak selesa bila memakainya. Kesimpulannya, beg ni terkeluar daripada pencalonan beg yang akan dimiliki.
Tinta: Mana OK?
Jurujual: Dua-dua OK, cuma yang tu full leather dan full leather ni tahan lama dan bertahun sebab dia high quality. Bezanya yang full leather ni special edition, yang lagi satu tu, limited edition.
Tinta: Apa beza limited dan special ni?
Jurujual: Special ni dibuat khas dan limited ni terhad. Yang special edition ni selalunya harga kat pasaran mahal, dalam RM1,000.00 lebih. Ni kira dah murah sangat ni sebab kita bagi banyak diskaun.
Nasib baik jurujual Bonia yang cakap macam tu. Kalau beg lain mesti aku dah kata tipu. Memang harga Bonia ni tinggi dan kebanyakannya harga sampai ribu. Aku pernah tengok offer kat Sogo, paling murahpun RM300.00 setelah diskaun. Ah, tak adalah murah sangat harga beg ni, RM280.00 setelah diskaun 70 pratus. Apa lagi, sedikit daripada harga beg ni kita guna baucerlah. Tak banyakpun, kurang sikit bayar cash.
Biru ke oren? Biru ke oren? Fikir punya fikir, keputusan muktamat, oren! Maka terubatlah hajat aku yang tak kesampaian nak beli handbag kat Surabaya dulu.
No comments:
Post a Comment