SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Friday, July 5, 2013

BOSS WANNA BE!!!

Kenapa lain macam je cara tulis tajuk entri tu, Tinta? Sebab aku bengan sangat!

Actually hari ni, I have a good mood to do my work! Dalam erti kata lain, untuk buat kerja orang lain, orang yang tak tahu nak buat kerja. Takkan aku nak pendekkan lagi ayat aku ni jadi satu perkataan dengan lima huruf pulak? Korang faham-faham jelah sendiri. Aku ni simple je, I'm very straight and strict  person. Apa yang aku suka, aku cakap aku suka, apa yang aku tak suka, aku cakap aku tak suka. Dua-dua ada reason. Sebab tulah ramai orang tak suka aku. Manusia ni kan suka kepada kepura-puraan. Kalau kita cakap jujur lebih-lebih lagi tentang kekurangan dia, mulalah melenting lepas tu tak nak kawan. Lantaklah! Aku tak perlukan kawan yang macam tu, aku perlukan kawan yang boleh ditegur dan boleh tegur aku. Yelah, aku ni ada juga kelemahan atau perangai yang orang tak senang. So, meh sini, hari ni aku nak cakap fasal benda yang aku tak suka!!!!!

Balik kepada tajuk asal, aku ni serius orangnya dan tak berapa pandai nak berjenaka serta lambat mesra. Tulah kekurangan aku yang aku notice dah lama. Aku memang tak pandai nak bermesra ni sebaliknya, aku lebih suka fokus kepada apa yang aku buat. Kalau orang bagi kerja, aku akan buat bersungguh-sungguh atas nama tanggungjawab.

Baru-baru ni, office aku ada buat rombakan staff. Dalam carta organisasi tu, Bahagian PR aku sorang. No more boss! Jadi semua benda I have to report directly to head of unit. Sampai hari ni, tak adapun taklimat untuk unit kami ni. Kalau ya pun dia orang buat taklimat masa aku cuti, dia orang kenalah inform aku maklumat tu. Tapi yang aku pelik tu, x-boss aku tu act seolah-olah dia tu masih bos aku. Tahulah dia tu asst manager tapi cara dia keluar arahan, macam aku ni still lagi his staff! Pada hal, dia ditugaskan untuk jaga dua bahagian dan dia ada staff dia sendiri.

Dua minggu lepas, dia panggil aku. Bagi aku kerja untuk follow up something yang berkenaan kerajaan negeri. Eh! Apasal aku pulak? Bukan aku tak nak tolong orang, tapi staff dia tu, kalau sekali kita tolong, automatik kerja tu jadi kerja kita. Nanti kalau apa-apa jadi salahkan kita dan dia langsung tak ada rasa tanggungjawab pada kerja tu. Nak tolong atau rasa bersalah pada kita jangan haraplah!!! Masa jumpa x-boss tu:

X-boss: Tinta, you have to follow up bla... bla... bla...

Tinta: Benda tukan dah hantar awal tahun lagi, kenapa baru sekarang nak follow up?

(Marah mula menular tapi masih mengawal suara dalam ketegasan)

X-boss: Si Pulan dah pergi bahagian lain, so dia serahkanlah tugas ni pada kita.

(OK, I got it!!! Jadi kemarahan aku bukan saja pada X-boss dan staffnya, tapi pada x-boss bahagian ni yang buat follow up sambil lewa. Yelah, siapa yang nak kan buat follow up dengan jabatan kerajaan, confirm kena pas sana sini. Satu negeri kena follow up berkali-kali, baru dapat jawapan. Kalau dah 13 negeri??? Eh, tapi dia serahkan kerja tu pada bahagian x-boss aku, bukan pada bahagian aku! Melampaulah ni, kenapa dia tak suruh staff dia buat benda ni? Diakan saling membodek antara satu sama lain, kenapa tak saling berganding bahu habiskan kerja ni? Bodek boss pandai, yang si boss ni pulak, makan bodek, lepas tu, kerja suruh orang lain buat. Tak boleh jadi ni, aku kena bersuara walaupun akhirnya aku tetap kena buat kerja ni)

Tinta: En. "WANNA BE", saya tak fahamlah, dekat carta tu, saya bahagian PR, En. bahagian X dan X, Staff Tut tu pun bawah En., tapi kenapa saya kena buat benda ni?

X-Boss: You tak boleh fikir macam tu, kita ni satu unit. You have wrong attitude if you're thinking like that.

Tinta: No, I'm not wrong, I'm asking you. Why dont you ask "TUT" to do this for you? She suppose to do this.

X-Boss: You dont think like this, if not whose is going to do tut, tut, tut?

Tinta: How come the whole day she only do that? She cannot do the other thing like the others?

X-Boss: You cannot say that.

Tinta: I'm asking.

(Aku dah geram sangat. Dah tak boleh sabar, dah banyak kali jadi benda ni. Bengang aku. Dahlah Si Tut tu suka cari kesalahan aku. Dulu masa aku bawah X-Boss ni, benda kecilpun nak cakap dengan bos aku, padahal dia boleh cakap sendiri dengan aku. Lepas tu sibuk dengan boss aku, boss dia, tak pulak dia endahkan. Memang suka pilih bulu dan suka bodek. OK, aku pegang cakap dia, kena saling membantu sebab kita satu unit walaupun bahagian lain-lain. Habis kenapa kau selalu bising sampai sekarang, tak bagi aku cuti kalau aku ada pelawat. Boleh macam tu? Suka hati akulah, aku nak cuti bilapun, kalau dah ada hal tarikh tu, takkan aku tak boleh cuti? Kan satu unit. Kau tak boleh tolong? Atau tak boleh asign siapa-siapa tolong ganti entertain visitors? Kenapa bila kerja kau dan kerja Si Tut tu aku kena tolong sebab satu unit? Bila part aku, tak boleh? Melampau ni!)

Tinta: Give me the file.

(Tegas dan muka menyampah. Aku peduli hape, biar dia nampak yang aku memang bengang dari dasar hati aku ni. Dasar OK, bukan permukaan. Dasar hati aku ni dalam tau, lebih dalam dari jurang Mariana.)

X-Boss: I bagi you a paper yang ada contact every state, you just follow up with that.

(Tengok tu, banyak songel pulak! Aku nak tolong pun dah cukup bagus! So bagilah aku apa yang aku minta! Dia ingat, sekeping kertas tu cukup nak buat follow up??? Dahlah orang government tu suka tanya macam-macam!  Aku dah pernah buatlah kerja ni 2011 dulu, masa bahagian PR gabung dengan bahagian ni. Aku tahulah apa yang perlu dan patut ada.)

Tinta: No, I want the file. More easier for me. If not I dont want to do this.

(Suara perlahan tapi tegas)

X-Boss: OK, OK. You take this but take care of the file and give me back.

Tinta: Ya, ya, I know. That file is my file before.

(Macamlah aku ni bodoh sangat tak pandai jaga dokumen! Menyampah aku! Aku tinggalkan bilik Boss wanna be tu dengan muncung sepanjang 15 depa.)

Setelah aku peram fail tu dua minggu, baru hari ni aku nak mulakan kerja bodoh ni. Kenapa? Suka hati akulah nak buat bilapun, bukan kerja aku, mestilah aku utamakan kerja hakiki aku dulu. Kalau nak cepat, buat sendiri! Dia orang tak boleh salahkan aku kalau lambat. Yang aku marah balik hari ni ni, sebab call satu kerajaan negeri ni, dia pas aku entah dekat berapa orang. Tu pun belum selesai lagi. Apa Si Pulan sebelum ni buat ha? Ni dah Julai, sepatutnya benda ni dah selesai kalau takpun, dah separuh jalan untuk semua negeri. Ni tak, ada yang belum follow up langsungpun. Melampaulah dia orang ni, gaji mahal-mahal, tapi kerja macam hampeh!!! Kalau bodek, nombor satu. Habis tu aku nak kerat berapa badan aku ni? PR lagi, kerja Tut lagi, event lagi, kalau mak datin datang, lagi haru hidup aku. Tapi aku suka kerja yang sibuk cuma aku tak suka ada orang yang ambil kesempatan pada aku!!!

No comments: