SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Friday, June 28, 2013

Resort Bertaraf Lima Bintang Dan Kenangan Yang Tak Terlupakan

Aku bekerja separuh masa di Dialogue in the Dark sebagai trainner. So, aku kenalah ke mana-mana bila diperlukan. Actually, aku baru join dan masih dalam latihan. Disebabkan dia orang tak cukup trainner, maka, mereka minta aku ikut sekali untuk workshop kali ni. Kali ni kami memberi workshop kepada pegawai atasan bermula dari CEO Media Prima.

Kami terbang ke lokasi workshop, Kota Kinabalu pada 24 Jun yang lalu menaiki pesawat Air Asia. Aku dimaklumkan bahawa kami akan menginap di pulau milik YTL, di YTL Gaya Island Resort bertaraf lima bintang. Seronok? Taklah sangat sebab kami pergi bekerja dan terus balik pada keesokan harinya. Tiba di KK, kami dijemput oleh kakitangan resort tersebut menggunakan bas kecil. Kami dihantar ke jeti untuk menaiki speed boat. Perjalanan bersama bot ni mengambil masa lebih kurang 20 minit, lebih 10 minit dari perjalanan airport ke jeti.

Ketibaan kami di Pulau Gaya disambut oleh beberapa kakitangan resort yang amat mesra. Aku diiring oleh Yoyo. Aku lupa nama sebenarnya. Yoyo ni warga Jepun dan sudah lama bekerja di Malaysia. Dulu dia bekerja di JW Marriott. Siap ajar orientasi dan mobiliti dalam bilik lagi. Betul kata orang, manusia je yang membezakan manusia yang lain. Oleh kerana kami menginap di resort bertaraf lima bintang, tak kiralah siapapun kami, kami diberi layanan first class. Cuba kalau jumpa dengan dia orang kat luar, silap-silap tak pandangpun. Pantang kalau tengok kami berjalan, pasti ada yang datang dan membantu.

Balik pada cerita asal, sampai di seberang, kami disambut dengan welcome drink yang best! Campuran limau, Halia dan mean menghilangkan dahaga kami di sofa yang empuk. Setelah selesai urusan daftar masuk, kami dihantar ke bilik oleh para kakitangan bertugas. Aku tinggal sebilik dengan Lai Kwan. Apa yang ada dalam bilik lima bintang ni? Macam biasalah, Queen size katil, kata mereka Queen tapi macam king je katilnya, day bed, semua suiz dalam drawer, TV, meja tulis, almari, payung, set mandi botol sedikit besar berbanding hotel biasa, bilik air dan tandas berasingan, dua singki, bath tab di bahagian belakang bilik eh, nak kata bilikpun tidak, dah macam apartment dah besar biliknya. Tab pun aku tak tahu dia guna saiz orang negara mana sebab bila aku berendam dalam tab aku rasa macam nak hanyut dan susah nak berpaut, barang dalam peti ais tu macam di kebanyakan hotel, satu bakul kaca free apple, beberapa keping free cookies sebesar cookies suckway, maggie gelas dan kopi teh seperti biasa. Oh ya, jangan terkejut, sepinggan Nasi Goreng Jepun harganya RM55.00 kalau order. Gilakan??? Campuk cukai dan caj perkhidmatan RM61.00. Boleh makan Secret Recipe dua orang. Suasana bilik dan sekitar resort, sungguh romantis dengan lampu kuning, pokok-pokok bunga di sepanjang jalan berhias lampu, kerusi-kerusi malas di sekitar kolam mandi dan kalau nak balik dari lobi ke bilik, siap boleh request van untuk hantar kita balik. Telefon dah tak main telefon meja macam di rumah, telefonnya seperti handset tapi fungsi sama macam telefon hotel biasa tekan 0 untuk receptionist dan sebagainya.

Malamnya, kami dihidangkan makanan dinner jenis dom. Kami dilayan dengan baik. Begitu juga dengan sarapan pagi buffet kami, kami tetap dilayan meskipun hidangan buffet.

Walaupun tinggal di resort mewah, debaran di hati aku ni tetap tak hilang bila mengenangkan yang peserta yang akan menyertai workshop kami nanti terdiri dari golongan VIP (datuk-datuk). Oh my god! macam manalah sikap dia orang? Kalau dia orang cerewet macam mana? Setelah habis taklimat, kami pulang dan berehat agar kami lebih bersedia untuk workshop esok.

Hahaha cafe baru buka, kami dah sampai depan pintu. Makan cepat dan kami terus ke bilik workshop. Bilik telah digelapkan sepenuhnya oleh Project Manager yang bertungkus-lumus semalaman dan ada yang langsung tak tidur. Pukul 6.00 pagi baru mereka sampai ke bilik masing-masing. Project Manager sibuk menghabiskan kerja masing-masing di saat akhir sementara kami para fasilitator bersiap sedia untuk mengambil alih blik workshop sebentar nanti. Setelah bilik siap sepenuhnya, kami mula memastikan meja kerja kami lengkap dengan peralatan yang diperlukan.

9.30 pagi, sesudah bacaan doa mengikut cara masing-masing dan tepuk semangat, kami berbaris di muka pintu menanti kemasukan para peserta. Aku ditugaskan membawa masuk first group bersama dua fasilitator lagi. Masya-Allah, baru first group masukpun dah jadi haru bilik ni. Macam mana kalau dah 43 orang kat dalam ni?

OK! Semua peserta sudah masuk. Ternyata, mereka semua seperti orang biasa dan keadaan ini sedikit melegakan aku. La... Yang jadi macam budak-budakpun ada? Suka hati koranglah, yang penting korang enjoy, akupun dapat buat kerja dengan baik.

Korang tahu tak? Ni pengalaman aku yang pertama buat workshop dengan company besar pulak tu. Salah langkah, tercemarlah nama company aku ni. Jangan disebabkan aku semua tu berlaku. Mimpi ngeri tuuu... Aku suka dengan kerja ni dan akupun nak cari duit lebih. Keadaan menjadi hingar-bingar ketika mereka membentuk kumpulan. Aku ditugaskan di meja tiga. OK, sementara tunggu dia orang ni buat kumpulan, aku ke meja kerja untuk memastikan segalanya OK. Oh no! Something is going wrong! Barang A dan E aku tak ada. Menggelabah aku mencari barang di bawah meja dan sekitar. Tapi tak juga jumpa. Dah kumpulan aku pulak cari meja. So, aku tahan gelabah aku, bantu mereka. Bila aku datang meja kerja balik semula, barang B pulak hilang. Eh! Apa yang jadi ni??? Takkanlah ada orang nak sabotaj aku pulak? Tak mungkin rakan fasilitator yang buat macam ni. Mereka baik dengan aku dan selalu bagi semangat supaya aku yakin yang aku boleh buat yang terbaik untuk hari ni. Takkanlah peserta buat naya kat aku??? Hatiku terdetik, mungkin guy yang bising kat meja sebelah ni kot yang naya aku. Sabar Tinta, sabar. Mungkin dia orang nak menguji kebijaksanaan petugas Dialogue in the Dark menangani masalah kot. Jangan panik, kena cari project manager ni sampai jumpa. Aku memberi tahu kehilangan barangan kepada Chong, rakan fasilitator dan Lin Project Manager (PM). Lai Kwan selaku moderator turutku beritahu. Dah aku datang sekali lagi barang C pulak hilang. Ish! Takkanlah bilik ni berhantu pulak!!! Korang semua ni memang nak kena ni. Takkan aku nak announce pulak, siapa ada ambil barang. Nanti kata kita tuduh. Kalau budak sekolah senanglah nak cek ni semua dah dewasa dan berusia VIP lagi tu. Customer kan almost right!!! Pening aku. Nanti kalau aku tinggalkan meja ni sekali lagi, hilang lagi barang aku! Habis tu nak suruh siapa jaga??? Semua orang ada kerja masing-masing. Kenapa aku yang kena semua ni?

Dengan hati berat dan berbelah bagi, sekali lagi aku pergi cari PM. Seperti yang aku jangkakan, barang D pulak hilang. Dahlah barang D perlu digunakan untuk first exercise! Kejap lagi exercise dah nak mula. Ke dia orang saja buat macam ni sebab nak suruh kami buka lampu??? Tadipun aku tengok ada yang curi-curi buka lampu handset. Ya Allah, macam mana ni? Aku mula panik dan nak nangis. Yelah, dahlah suasana haru-biru dengan bising, group aku yang perlu diberi perhatian dan pastikan mereka duduk dan mengikut arahan yang dikeluarkan moderator, barang hilang. Aku dah tak boleh nak fokus! Dahlah dalam gelap, rimas! Kalau cerah tak apalah juga! Aaaaahhhhh!!! Bengangnyaaaaa!!! Tuhan, tolonglah :(

Lin dan Chong datang lagi untuk mengetahui keadaanku. Aku bercakappun dah bunyi nak nangis. Ketua kami Stevenpun datang menemui aku setelah dimaklumkan tentang kehilangan peralatanku. Lin minta aku bertenang dan stay je dekat meja kerja aku. Habis macam mana dengan group aku kalau aku stay kat meja kerja ni je??? Tentionlah macam ni!!! Fesi lain tak hilang barang ke? Aku sorang je ke yang hilang barang? Habis kalau tak jumpa sampai masa nak buat exercise macam mana? Aku tengok group aku macam memerlukan aku. Jadi aku terpaksa meninggalkan meja kerjaku. Setelah memastikan semuanya OK, aku balik semula ke meja kerja. Alhamdulillah, barangku sudah kembali.

Inilah pengalaman yang terpaksa aku hadapi kali pertama bertugas sebagai fasilitator. Kali pertama tukan penting, pastinya semua orang memerhatikanku sama ada aku boleh buat atau tidak. Silap-silap, kali pertama nilah yang boleh buat aku ditendang keluar dari Dialogue in the Dark ni. Dahlah aku dapat group yang manja kejap-kejap cari aku, kejap-kejap cari aku. Tapi dia orang best! Dan berdisiplin berbanding group lain. Nakalpun, nakal manja je, tak bising, dengar kata. Oh ya, datuk dalam group aku ni pun berkelakuan baik. humble dan mengikut arahan walaupun dia boleh pilih untuk buat sesuka hati dia. Eh, bukan group aku je yang manja, semua orang yang aku jumpa terutamanya masa bawa masuk tadipun asyik panggil nama aku. Bila aku bergerak ke tempat lain, dah dia orang panggil aku. Kesian pulak, yelah, dia orang kan tak biasa hidup dalam gelap. Yang group aku ni pulak, setiap kali aku datang mesti tanya siapa tu? Dan minta aku buat trade mark kalau nak bercakap dengan dia orang sebab dia orang takut orang lain. Aku cakap, kalau datang dekat dia orang bercakap dan edarkan barang tu maknanya akulah. Sebab fasilitator lain tak akan datang meja ni. Lepas tu bila aku diam dia orang panggil, moderator tengah bercakappun boleh berbisik dan panggil nama aku. Hahaha apapun Datuk Jalil, Dr. Zaki, Airin, Azlan, Azrai, Saiful, Shariman, Tengku Ista dan Zuraidah, korang memang best!!! Sembilan orang semuanya sebab peserta dibahagikan kepada lima group. Sebagai pengubat kepada panik, sedih dan kelam-kabut aku, aku banyak menerima pujian daripada ketua, PM, rakan fasilitator dan member group aku yang dinyatakan dalam borang maklumbalas. Terima kasih, kejayaan ini atas usaha korang semua juga. Kerana aku, semua orang susah pergi sana-sini cari barang aku. Hahaha kepada group aku, aku hanya cuba buat yang terbaik dan itu saja yang mampu aku bantu korang semasa workshop berlangsung. Ini bukan pujian untuk aku bangga diri tetapi ia satu petanda cabaran untuk aku terus memberi khidmat cemerlang di lain masa. Been honest, aku takut dengan pujian ini, takut kalau aku tidak dapat mengulangi khidmat baik yang aku berikan ini.

Ha? Siapa yang ambil barang aku? That guy and the geng yang aku syak tulah dan sorang lagi dari group lain. Yang aku pelik, that guy tu yelah usik barang aku sebab meja dia dekat dengan aku tapi yang sorang lagi tu macam mana boleh seberang datang tempat aku ha? Meja dia jauh dari meja aku dan ada dua meja kerja fesi lain yang dekat dengan dia, meja aku juga yang dia berkenan. Nak kata dia tahu tu meja fesi perempuan, bilik dah gelap, even jari depan matapun tak nampak. Pelik betul aku. Kata fesi dia, bila fesi jalan je, dia jalan. Lastly, fesi dia ambil tongkat dia, baru dia duduk diam-diam kat tempat dia. Lawaklah dia orang ni. Pengalaman yang sungguh indah bila dikenang.

No comments: