Aku pernah mendengar orang kata, Bangsa Melayu adalah bangsa yang tidak suka menulis atau membuat catatan sebab itulah sejarah, kejayaan dan kegemilangan Orang Melayu susah untuk dijejaki. Mungkin benar, orang Melayu malas untuk menulis atau mencatat. Dalam konteks cerita aku hari ni, tentang kegunaan IPhone bagi mereka yang kurang upaya penglihatan. Banyak sangat tulisan tentang kaedah penggunaan IPhone bagi golongan minoriti ini ku temui di internet. Namun malangnya, tiada satupun tulisan dalam Bahasa Melayu. Tak tahulah kalau aku yang tak jumpa. Kesiankan? Golongan ini tidak dapat membaca tulisan biasa. Jadi bagaimana sekiranya mereka yang kurang fasih dalam Bahasa Inggeris ingin mempelajari kaedah-kaedah menggunakan IPhone. Oleh yang demikian, biarlah aku yang mengambil inesiatif untuk menulisnya. Kaedah ini bukan sahaja tertumpu kepada IPhone tetapi untuk semua IOS Device.
Bertepatan dengan tajuk di atas, berikut adalah kaedahnya:
1. Tekan butang "home" sebanyak dua kali untuk masuk ke bahagian App Switcher. "Voice over" akan menyebut, "app switcher". Maka Ikon yang ada di app switcher dipaparkan. Gunakan kaedah sentuh seperti biasa untuk mengetahui senarai "item" yang ada di "app switcher".
2. "Tap" dua kali dan setelah "tap" kali kedua, jangan angkat jari daripada item yang ingin ditutup. "voice over" akan mengatakan "editing apps".
3. "Tap" dua kali seperti biasa untuk menutup item tersebut.
4. Ulang langkah ini dalam "app switcher" sehingga kesemua "item" yang dikehendaki ditutup.
5. "Tap" pada "dismiss switcher" untuk kembali ke muka hadapan atau tekan butang "home".
Sekian untuk hari ini :)
No comments:
Post a Comment