SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Friday, January 6, 2012

Surprise Dua Tahun Lagi

Beberapa minggu lalu, ada dua panggilan tidak dijawab di telefon bimbitku. Biasalah, kalau dapat pergi "lunch" handset semua tinggal. Nombor yang tidakku kenali. Malamnya aku menghubungi nombor tersebut. Panggilanku disambut. Suara itu? Aku amat kenal dengan suara itu. Abang D! Abang D memberitahuku yang dia sudah tidak menggunakan nombor lamanya. Ini nombor barunya. Dia menyangkakan yang aku tidak mahu melayan panggilannya. Yelah, nombor yang tidak dikenali.

Kata Abang D, Tengah hari tadi dia ingin mengajak aku keluar "lunch". Dia ada di KL Sentral, baru balik dari KLIA. Katanya dia baru pulang dari London. Itupun puas aku soal siasat dia. Mulanya dia enggan memberitahuku. Las-las, dia terpaksa menceritakan padaku dengan malu-malunya setelah beberapa tekaanku mengena. Dia kini baru menjawat jawatan baru.

Malam tadi, aku menghubungi Abang D bertanyakan budget untuk tukar pintu rumah. Dia menerangkan satu persatu padaku tentang barang diperlukan serta harganya termasuk harga upah. Yelah, Abang D kan ada pengalaman dalam kerja-kerja kontraktor ni. Aku sempat bertanyakan kerja barunya. Katanya semuanya OK. Pada akhir perbualan:

"Tinta, abang ada surprise untuk Tinta dua tahun lagi," Betul ke tidak Mamat ni? Ke aku yang salah dengar?
"Abang D cakap apa?" Tanyaku inginkan kepastian.
"Abang ada surprise untuk Tinta dua tahun lagi,"
"Dua tahun lagi?"
"Ye, dua tahun. Sebab tu, Tinta jangan putus hubungan dengan abang," Tambahnya lagi.
"Apa dia?" Tanyaku girang. Manalah tahu nak bagi hadiah istimewa ke? Best ni.
"Ish Tinta ni, dah namanya surprise, tunggulah. Mana boleh bagi tahu sekarang," Katanya dalam tawa kecil.
"Abang D ni, suka buat Tinta tertanya-tanya. Cakap jelah," Tanyaku tidak sabar.
"Tak boleh. Kena tunggu dua tahun lagi," Dia ketawa lagi.
"La... Kalau macam tu baik tak payah cakap. Takkan nak belanja sempena dapat kerjapun tunggu dua tahun lagi? Mesti nak belanja kat tempat yang best ni," Aku membuat kesimpulan walaupun kesimpulan tu tak logik.
"Apalah Tinta ni, tu bukan surprise. Surprise apa setakat belanja? Bila-bilapun boleh kalau nak belanja," Balasnya riang.
"Mengadalah, Abang D ni," Marahku padanya. Dia hanya ketawa.
"Tunggulah, dua tahun lagi,"

Ah, lantaklah! Aku memang bengang betul kalau orang cakap tergantung ni. Tak sukalah. Tapi, surprise apa agaknya dua tahun lagi tu? Besar sangat ke surprisenya sampai kena tunggu dua tahun lagi? Ke dia tanam pokok nak bagi aku? Jadi kenalah tunggu dua tahun lagi. Pokok apa ya boleh besar dalam masa dua tahun. Tak pun yang boleh berbunga atau berbuah dalam masa dua tahun. Ah, biarlah dia. Malas nak fikir. Entah ye, entah tidak. Tak payahlah tunggu. Bukan betul sangat dia ni. Dah, dah, dah, malas fikir. Buat sakit kepala aku je.

No comments: