SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Wednesday, January 11, 2012

Kenapa Emas???

Orang kata, Orang Kelantan sepertiku sukakan emas. Sebab itu orang Kelantan suka pakai emas. Ya mungkin. Tapi... Memiliki emas bukan sekadar untuk eksesori. Tapi ianya lebih dari itu. Jika kita memikirkan tentang masa depan, emas adalah salah satu pelaburan yang baik meskipun ia dibeli dalam bentuk eksesori wanita seperti rantai, cincin dan gelang apatah lagi jika ia dibeli dalam bentuk kepingan emas seperti etika emas dan sebagainya. Seseorang yang menganggap emas sebagai eksesori kecantikan dan harus dipakai semata-mata adalah salah. Jika tidak percaya cubalah baca tentang logam ini. Kita akan ketemu pelbagai kebaikan dan kelebihannya.

Beberapa minggu lalu, seorang teman bertanyakan padaku tentang hadiah hari lahir yang ingin diminta daripada suaminya. Wow!!! Bunyinya amat menarik! Alhamdulillah, masih ada lelaki yang menghargai isterinya dengan memberikan hadiah hari lahir. Bukankah itu salah satu cara mengeratkan kasih sayang? Semoga temanku terus bahagia dalam pelayaran rumahtangganya. Amin. Berbalik kepada cerita hadiah hari lahir tadi, jawapanku adalah emas. Teman itu kurang bersetuju. Dan hari ini, soalan itu diulang tanya kepadaku. Dan jawapanku masih sama, emas. Temanku itu masih kurang bersetuju. Shopping dan I-Pad diberikan sebagai pilihan. Aku tetap dengan pilihan jawapanku, emas. Katanya, dia tidak suka memakai emas. Balasku, emas tidak semestinya dipakai tetapi dibuat sebagai pelaburan masa hadapan. Bagiku, hari yang istimewa bertambah indah dengan pemberian hadiah yang istimewa. Temanku memberikan hujahnya pasti dia akan dimarahi kerana tidak memakai emas tersebut. Dahku berikan jawapan, emas bukan untuk dipakai semata-mata tetapi buat pelaburan masa hadapan.

"Nanti masa kau susah nanti, emas boleh tolong kau. Percayalah cakap aku," Dia masih mempertahankan pendiriannya. "Betul aku cakap, kalau kau susah, emas boleh tolong. Nanti kalau kau susah, mesti kau akan ingat kata-kata aku," Aku tidak bermaksud mendoakan kesusahannya tetapi aku ingin menggambarkan bahawa pelaburan masa hadapan itu penting. Dia tetap kurang bersetuju. "Itu pendapat aku, dah kau tanya aku. Tapi terserahlah pada kau, sebab kau yang akan menerimanya," Yelah, kita hanya boleh beri pandangan tapi kita tak boleh paksa orang ikut pendapat kita. Itu dah kira arahan, bukan pandangan.

Kenapa emas?
1. Emas adalah logam yang diturunkan dari syurga. Alangkah indahnya jika ia menjadi pengikat kasih sayang antara dua insan bercinta di sini?
2. Emas selain daripada eksesori untuk kecantikan, ia boleh digunakan sewaktu kita terdesan iaitu kesempitan wang. - Bukan mengharapkan kesusahan tetapi sebagai hamba Allah yang lemah, kita harus bersedia dengan pelbagai kemungkinan. Mungkin hari ini, kita punya segalanya, cukup makan pakai, punya wang, punya tempat berlindung dan punya suami (bagi yang perempuan iaitu tempat mengadu dan berlindung) tapi siapa tahu kalau suatu hari nanti dugaan datang menguji? Bukankah Allah akan menguji kita selagi kita masih bernafas? Segala-gala yang kita miliki kini termasuk suami, isteri, anak-anak, harta benda adalah milik Allah. Ia meminjamkan pada kita dan Dia akan mengambilnya kembali andai tiba masa yang dijanjikan. Jadi, kita harus berusaha dan bersedia untuk sebarang kemungkinan.
3. Harga emas murah (tak berapa nak murah sekarang ni) dan dijangkakan akan terus naik. Jadi, sementara kita masih berkemampuan untuk membelinya, maka kita beli benda yang lebih memberi manfaat dahulu sebelum haga makin naik. Shopping itu biasa, hari-hari biasapun rasanya semua orang boleh habiskan beratus malah beribu untuk shopping. I-Pad pula makin lama harganya akan makin rendah seperti laptop, notebook dan netbook. Benda-benda ni pulak tak kekal lama. Tiba masa akan rosak dan pasti ada yang lebih hebat. Sedangkan emas, makin lama makin mahal dan makin lama mutunya semakin tinggi. Buktinya, rantai tangan yang mama belikan aku yang dahulunya bernilai RM500 lebih, kini nilainya mencecah RM2,000.00 di pasaran.

Apapun, fikirlah dengan akal yang waras untuk kebaikan sendiri. Aku sekadar melontarkan pendapat. Aku berpendapat begini mungkin kerana emas, tanah dan rumah telah sebati dengan hidupku. Mana taknya, dari kecil lagi aku telah diajar yang emas, tanah dan rumah itu penting untuk masa hadapan. Emas itu simpanan, tanah itu simpanan, rumah itu simpanan. Dalam erti kata sebenar emas, tanah dan rumah itu aset untuk hari muka.

No comments: