Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Tahniah buat penulis lirik, pencipta dan penyanyi lagu Awan Nano yang telah menjuarai Anugerah Jualara Lagu ke-26! Aku amat bersetuju dengan pemilihan lagu ini sebagai juara. Dengarlah gubahan lagunya yang mempesonakan dan bacalah liriknya yang puitis. Tidak ketinggalan juga ucapan tahniah ini ditujukan kepada Beribu Sesalan, Karma dan semua finalis yang telah mempersembahkan nyanyian dan persembahan yang bagus! Akhir sekali, tahniah buat semua warga kerja AJL 26 yang bertungkus-lumus bagi menjayakan AJL 2011. Tema air yang dipilih sungguh memukau para penonton. TV 3, teruskan usaha untuk AJL yang lebih bagus untuk tahun-tahun yang akan datang.
Walau apapun, persembahan finalis AJL ke-26 dilihat amat memberangsangkan dan persaingan amat sengit. Majoriti penyanyi menampilkan kreativiti mereka di pentas AJL 26 selain daripada persembahan vokal yang mantap dan lagu-lagu yang sedap didengar. Sedikit terkilan kerana tidak dapat menyaksikan Anwar Zain tampil di pentas AJL 26. Apapun, nyanyian Jacqueline Victor untuk lagu Sedetik Lebih sungguh mengagumkan. Terubatlah rasa terkilan kerana tidak dapat mendengar nyanyian penyanyi asalnya.
No comments:
Post a Comment