Petang Sabtu lalu setelah habis kerja, aku bersama Abang D bersiar-siar di Pasar Seni. Kalau tak silap, kali terakhir aku mengunjungi Pasar Seni tujuh tahun lalu. Sebenarnya dah lama aku ingin bersiar-siar di tempat yang begini tapi tak ada kawan yang berminat dengan benda-benda macam ni. Alhamdulillah, ku peroleh kawan dengan minat yang sama.
Jam 6.30 Petang, kami tiba di Pasar Seni. Di sinilah, baru ku dapat perhatikan sepuas-puasnya tentang senjata Melayu, permaidani buatan tangan, kasut buatan tangan, Kimono sutera dan apa yang paling menarik perhatianku adalah jam dinding yang pelbagai bentuk dan saiz. Jam yang paling mahal ku temui berharga RM39,000.00 ha memang besar gabak, haganyapun besar. Aku cakap dengan Abang D, tunggulah aku jadi jutawan baru aku beli jam tu. Abang D cuma gelak. Jam 9.00 malam baru kami meninggalkan Pasar Seni untuk makan malam.
Tapi, sebaik sahaja melangkah keluar, Abang D terus membawa aku ke bahagian lukisan. Kata Abang D, sekali lagi berkunjung ke sini, dia mahu melukis gambar kami. Siap "survey" harga tu. Aku ikutkan sajalah. Alah, nanti kalau nak lukis betul-betul aku cakaplah tak elok. Lukisan yang paling mahal kami tengok berharga RM20,000.00 lebih, lukisan potret Yang Dipertuan Agung, Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin yang lengkap berpakaian rasmi seorang agung. Gambar Siti Nurhaliza dan Erra Fazira pun ada. Anwar Ibrahim pun ada.
Kemudian, kami berjalan-jalan mencari tempat yang sesuai untuk makan sebab kami mahu gunakan laptop. Abang D beria-ia nak tengok vidio dan gambar Ekspedisi Gunung Tahan 2007 yang lalu. Gagal. Kami ambil keputusan untuk makan di MC Donald. Sebelum tu sempat lagi masuk kedai buah tropika. Di kedai ini, meja dan kerusi disediakan untuk makan buah seperti kedai makan.
Sudahnya, pukul 10.00 baru kami menjamah makanan. Setelah siap makan MC D, kami bergegas ke Star LRT untuk pulang. Bimbang perkhidmatan LRT tamat. Pada mulanya, aku mahu turun di Masjid Jamek dan ambil Putra LRT untuk balik ke rumah. Tapi Abang D menyuruh aku mengikutnya mengambil kereta yang ditinggalkan di Tasik Selatan. Oleh kerana bimbang kehabisan Putra, aku menerima cadangan Abang D. Kami ke Tasik Selatan mengambil kereta dan Abang D menghantar aku ke rumah.
Sabtu kali ni bolehlah dikatakan Sabtu yang menyeronokkan. Aku mencadangkan Abang D untuk ke muzium pula selepas ni sekiranya muzium mengadakan pameran. Cadangan itu disambut dengan baik.
Oh ya, Abang D ni kelakar orangnya. Aku tak boleh lupa peristiwa di surau, Pasar Seni. Ada ke patut dia panggil aku masa aku dalam surau. Ish, mamat ni, duduklah diam-diam kat surau lelaki kalau ya pun dah siap solat. Tahu jelah kalau perempuan bersiap mesti lama. Nanti aku call lah. Satu bagusnya Abang D, bersiar-siarpun masih ingat nak solat. Pada mulanya aku tanya dia pukul berapa. Bila 7.30, dia tanya aku nak caru surau tak? Sebenarnya, aku teragak-agak juga nak bagi tahu tapi sebab wajib aku tanyalah pukul berapa dengan harapan dia faham akan maksudku. Alhamdulillah, fahampun.
3 comments:
hmmm, siapa abang D tu???
bila nak kenalkan pada semua..?
semoga berbahagia ya....
siapa abang D tu... bila nak kenalkan pada semua?
Siapa Abang D? Andai tiba masanya, pasti semua akan tahu siapa dia.
Tapi... Kenapa nak tahu ya? Rasanya tak ada apa yang menarik tentang Abang D ni. Dia kawanku.
Post a Comment