Pagi semalam, aku bangun awal pagi. Kononnya bersemangat nak pergi tengok pameran Al-
Quran Braille Elektronik. Haida kata, Shafiri akan sertai kami dan En. Bokhari akan tunggu di LRT Masjid Jamek. Apa lagi, aku calllah Shafiri. Mamat ni suka lambat. Aku suruh dia siap. Dia suruh aku call dia bila aku nak keluar rumah. Maknanya, aku nak keluar rumah, dia baru nak siaplah tu. Tak lama kemudian, dia call lagi. Dia cakap dia tengah makan di kedai. OK, tak apa. Aku akan hubungi dia bila aku keluar rumah.
Dalam perjalanan ke Putra LRT aku call dia. Dia cakap diapun dalam perjalanan. Bila aku dan Haida dah naik LRT, aku hubungi dia lagi. Aku cakap, bila aku suruh dia naik LRT yang sampai di platform, baru naik. Bila LRT hampir sampai di stesen Wangsa Maju, dia cakap, dia tengah beratur beli tiket. OKlah, aku bagitahu dia yang aku dengan Haida akan turun di Wangsa Maju, tunggu dia dan Hafiz di platform. Naik satu LRT kan senang. Bila kami tunggu di platform, Shafiri telefon. "Aku dah naik LRT," Katanya. La... Mamat ni memang nak kena ni. Kita orang tunggu dia, dia tinggalkan kita orang? Sudahnya kami naiklah LRT seterusnya. Nak buat macam mana? LRT tadi dah jalan. Jadi, kami janji jumpa dia orang kat Masjid Jamek pula.
Setelah membeli tiket Star LRT, Kami naik ke platform. Semasa tulah Star LRT sampai. Kami berempatpun apa lagi berkejar-kejaranlah naik LRT. LRT hujung minggu ni lambat sikit. Malas nak tunggu. Kalau terlepas, berabadlah tunggu dia datang lagi. Dalam LRT, En. Bokhari call. La... Kami dah tinggal En. Bokhari pula. Haida suruh En. Bokhari naik LRT dan kami akan tunggu dia di platform LRT PWTC. Kamipun menunggulah di PWTC. Lebih kurang 15 minit menunggu, En. Bokhari call. La... Dia dah turun bawah. Memang adegan tinggal-meninggallah hari ni. Tak apa, sekurang-kurangnya, ada peristiwa yang nak dikenang bila tiba Hari Wilayah. :)
No comments:
Post a Comment