Pada mulanya, tembakau digunakan sebagai ubat dan dihisap menggunakan paip. Golongan pertama yang menghisap rokok adalah bangsa Eropah yang menghisap rokok pada pertengahan abad ke 16 apabila golongan pengembara dan para diplomat seperti Jean Nicot dari Perancis memperkenalkan rokok. Menurut sesetengah pendapat, nama nikotin iaitu salah satu bahan yang terdapat dalam rokok diambil sempena nama Jean Nicot.
Pada mulanya, mereka hanya mengunyah dan menghidu tembakau dan sebilangan daripada mereka menghisap tembakau tersebut menggunakan paip. Pada awal abad ke-19, Bangsa Eropah memperkenalkan pula cerut atau cigars. Manakala, rokok yang menggunakan tembakau sebagai bahan utamanya dikeluarkan pada akhir tahun 1880 menggunakan mesin pengeluar rokok moden dibawah tajaan baron tembakau yang terkenal iaitu James Buchanan "Buke" Duke.
Rokok amat memudaratkan kesihatan manusia, menurut Imam Malik, Al-hakim, Baihaqi dan Ibnu Majah, Nabi Muhammad bersabda: " Tidak diizinkan melakukan sesuatu yang memudaratkan dan tidak boleh membalas dengan kemudaratan".
Ahmad dan Abu daud, ummu salamah berkata:"Rasulullah melarang daripada mengambil setiap bahan yang memabukkan (mukhsir) dan yang melemahkan badan (muftir).
Rokok mengandungi minyak tar yang digunakan untuk membuat jalan raya. tar ini dihasilkan melalui proses penyulingan berperingkat petroleum. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Program Pencegahan dan Pengawalan Tembakau (Tobacco Prevention and Control Program) dari Jabatan Kesihatan Utah, menghisap sebatang rokok sahaja bermakna si perokok memasukkan tar ke dalam paru-paru. Apabila perokok menghisap sekotak rokok setiap hari selama setahun, sebanyak 0.25 gallon tar dimasukkan ke dalam paru-parunya. Rokok tidak hanya mengandungi tar malah ia juga mengandungi 4000 bahan kimia toksik yang lain dan 37 daripadanya dikenal pasti sebagai bahan penyebab kanser, antara kimia berbahaya tersebut ialah:
1. Acetone - Bahan untuk menanggalkan pengilat kuku
2. Acetic acid - cuka
3. Ammonia - Bahan pencuci tandas
4. Arsenic - Racun
5. Butane - Cecair alat pemetik api
6. Cadmium - Bateri
7. Carbon Monoxide - Asap dari ekzos kereta
8. DDT/Dieldrin - Alat pembunuh pepijat
9. Ethanol -
Menurut kertas kerja bertajuk Hikmah Puasa Dan Qiyam Ramadhan menurut perspektif ISSlam dan sains yang dibentangkan oleh Dr Abu Bakar Majid, didapati 70% dari perokok telah mencuba beberapa kali untuk berhenti merokok dan 40% dari perokok mencuba berhenti merokok setiap tahun. Nikotin telah dikenal pasti sebagai agen yang menyebabkan ketagihan yang terdapat dalam asap rokok. Perokok mengalami kesukaran berhenti merokok kerana tubuh mereka sudah sebati dengan dadah nikotin dimana jika mereka tidak mengambil dadah ini dalam masa 2 hingga 4 jam mereka akan berasa gian.
Dalam bulan ramadhan seorang perokok tegar boleh berhenti merokok bermula dari sahur hingga masa berbuka dimana jumlah masa lebih kurang 12 jam. Ilmu sains tidak dapat menjawab persoalan ini, kerana mengikut keadaan biasa setelah dadah nikotin dalam darah menurun beberapa jam, otak akan memberi arahan supaya nikotin ditambah. Keadaan seperti ini tidak berlaku dalam bulan-bulan yang lain kerana secara purata perokok akan menghisap rokok dalam masa selang 4 jam.
Peringatan: Merokok telah difatwakan haram oleh ulamak seluruh dunia seperti Syeikh Ahmad As-Ssanhuri al-Bahuti dan Syeikh Ibrahim al-Liqani dari mesir, Syeikh Abdul Ghaith al-Maliki dari moroko, Syeikh Najmuddin bin Badruddin dari Syria, Syeikh Ibrahim Bin Jamaan dari Yaman dan ramai lagi.
Sumber:
1. SainTis.blogspot.com
2. Perubatan Islam& Bukti Sains Moden. Dr Danial Zainal Abidin.
No comments:
Post a Comment