SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Thursday, May 7, 2009

Ikan Goreng Mama

Aku terfikir untuk menyingkap rahsia air tangan ibu dan isteri. Selama 26 tahun aku hidup dalam dunia ni... Bermacam makanan dan masakan telahku nikmati. Ada yang sedap, ada juga yang kurang menyenangkan. Tapi... Walau ke mana pun ku pergi dan masakan sehebat mana pun yang aku makan... Tidak sama dengan masakan mama.

Tidak dapat dinafikan yang mama kurang kreatif dalam soal-soal memasak. Tapi... Mungkin itulah kelebihan yang Allah berikan kepada mama. Makanan yang paling aku suka yang mama masak ialah ikan goreng.

"Ikan goreng?" Tentu pelik kan? Pasti ramai yang mentertawakan aku bila aku katakan, ikan goreng adalah masakan mama yang paling aku suka. Ya, ikan goreng. Simplekan? Semua orang tahu masak ikan goreng. Tapi... Ikan goreng mama tiada tandingannya di dunia ni. Bukan aku tak pernah makan di hotel-hotel mewah atau kedai-kedai makan ternama seperti Secret Recipy. Menu yang mereka hidangkan memang sedap. Aku akui, yang aku bukanlah seorang penggemar ikan lebih-lebih lagi ikan berkuah yang dimasak tanpa digoreng terlebih dahulu. Tapi bila sebut saja ikan goreng mama, aku pasti berselera untuk makan biarlah hanya ikan saja yang menjadi laukku pada ketika itu. Aku tertanya sendiri, apa bezanya ikan goreng mama dengan ikan goreng orang lain? Cara memasaknya sama saja. Tapi ikan goreng mama tetap the best yang pernah aku makan.

Mummy (nenek), memang pandai masak. Peliknya, ikan goreng mummy pun tak sesedap ikan goreng mama. Tentu ada rahsiakan di sebalik air tangan ibu yang membuatkan masakannya enak meskipun hanya seekor ikan goreng.

Dah lama aku tak balik. Harap-harap, aku diberi kesempatan oleh Allah buat ke sekian kalinya untuk makan ikan goreng mama. Mama, Along rindu ikan goreng mama. Nanti Along balik, Along nak makan ikan goreng yang mama masak banyak-banyak.

Selamat hari ibu mama. Biarpun kita jauh, namun kasih antara kita tetap kemas terjalin.

Terima kasih mama kerana berjaya membuatkan Along suka makan ikan meskipun hanya dengan ikan goreng.

P/S: kepada sesiapa yang tinggal sekitar Kuala Lumpur atau berhampiran Kuala Lumpur dan berminat untuk membeli barangan CNI dan Nutrimetics, sila tinggalkan pesan di ruangan komen. Tinggalkan sekali nombor untuk dihubungi bagi memudahkan urusan penghantaran.

No comments: