Artikal ini diterbitkan semula dari blog
http://saintispath.blogspot.com
setelah disunting dengan ehsan dan keizinan daripada tuan blog.
Article ini merupakan kajian tesis Phd seorang doktor dari California. Melalui pemerhatian penulis blog, kajian yang dibuat ini sememangnya benar. Malah, kebanyakan faktanya sudah tertulis dalam ISLAM. Al-Quran menyatakan secara jelas cara untuk menjadikan keturunan kita hebat dalam semua aspek. Jika kita lihat sejarah silam, saintis tersohor dunia terdiri daripada mereka beragama ISLAM seperti Ibnu Sina Khawarizmi, Al-Farabi, Ibnu Khaldun dan sebagainya. Namun, apa sudah jadi dengan Umat Islam masa kini?
(Sila lawati
http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_Muslim_scientists
untuk senarai saintis muslim)
http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/
Adakah saintis muslim dinobatkan sebagai penerima anugerah tersebut?
Secara kesimpulannya, ISLAM kini sedang dijajah secara psikologi oleh barat. Umat ISLAM sudah mula meninggalkan “addin” (cara hidup Islam sebenar). Kita begitu bangga apabila anak-anak kita membesar dalam kemewahan dunia dan hebat berbahasa Inggeris meskipun anak tersebut tidak tahu membaca Al-Quran, Sebelum terlewat waktu, marilah kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Didiklah anak-anak kita dengan acuan ISLAM, besarkan anak-anak kita dengan belajar dan hafaz Al-Quran. Semoga Islam terus unggul di mata dunia. Marilah kita sama-sama berusaha untuk mengembalikan kegemilangan Islam yang semakin malap cahayanya.
TERJEMAHAN ARTIKAL WHY THE JEWS SO SMART:
Setelah berada 3 tahun di
dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi dari pelbagai bidang seperti kejuruteraan, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang disegani di seluruh dunia. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya. Ketika tahun kedua, akhir bulan Disember 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke
Untuk pengetahuan anda, tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana proses pengumpulan data penting bagi menyokong kebenaran kajian ini. Antara data yang saya kumpulkan adalah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya. Kemudian, saya bandingkan data yang diperoleh dengan bangsa dan kaum lain di dunia. Mari kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat.
Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, Perkara pertama saya perhatikan, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membel buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang tidak dapat beliau selesaikan. oleh kerana saya sememangnya minat dalam bidang metamatik, tentu saja dengan mudah saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “Ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otaknya, semoga dia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jemu beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak tersebut.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan Beliau. Sejak awal mengandung beliau amat gemar memakan kacang badam dan kurma bersama susu . Untuk makanan tengaharinya pula, dia menjadikan roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang sebagai makanan utama. Menurutnya, daging ikan amat baik untuk perkembangan otak. manakala, kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak dalam kandungan. Menurutnya lagi, ini adalah adat orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang berbangsa Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yang saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan. Menurut mereka, campuran daging dan ikan tidak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian terutamanya, badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita berasa mengantuk dan lemah serta susah untuk memahami pelajaran disekolah. Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sesekali merokok kerana, tanpa malu-malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok di luar. Menurut saintis di Universiti
Pemerhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika Kaum Yahudi. Pemakanan anak-anak Yahudi cukup dikawal. Mereka memulakan makan mereka dengan memakan buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Dalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami tiga bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris. Sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan biola, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan IQ kanak-kanak dan teknik ini didapati membantu menjadikan kanak-kanak tersebut bijak. Menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat menstimulasikan (senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai genius muzik terdiri dari kaum Yahudi.
Seterusnya, ketika berada dalam darjah satu hingga enam, kanak-kanak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains diberi keutamaan. Melalui pemerhatian peribadi saya, jika dibandingkan dengan kanak-kanak California, ianya jauh berbeza dari segi IQ dan boleh saya katakan enam tahun mereka ketinggalan di belakang. Setia. pelajaran yang diajar mudah difahami oleh kanak-kanak Yahudi.
Selain daripada pelajaran, sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan adalah sukan memanah, menembak dan berlari. Menurut rakan saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak supaya fokus terhadap sesuatu perkara di samping mempersiapkan kanak-kanak tersebut untuk perhidmatan keselamatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya beralih kepada sekolah menengah. Di sekolah menengah pula, murid-murid dititikberatkan dengan matapelajaran sains dan mereka digalakkan untuk mencipta produk. Semua projek yang dilakukan mereka walaupon kadangkala kelihatan lucu da mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan berkaitan dengan kejuruteraan. Idea yang dihasilkan itu akan dibawa ke institute pengajian tinggi seperti politeknik dan universiti.
Satu perkara lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya amat terperanjat melihat mereka begitu agresif dan serius dalam perniagaan. Pada tahun terakhir di universiti, para penuntut jurusan perniagaan dikehendaki menjalankan projek dan mempraktikannya.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka. Kaum Yahudi berpendapat bahawa perbuatan ini dapat mengaktifkan otak mereka sekaligus menambahkan oksigen di otak. banyak agama lain di Timur Tengah termasuk Islam, menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala. Ianya bertujuan untuk dapat mensimulasikan otak manusia supaya bertambah aktif. Perhatikan orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Terdapat ramai orang Jepun yang pandai. Adakah ianya suatu kebetulan? Kegemaran mereka pula ialah sushi (ikan mentah), adakah ini juga suatu kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat di
Kesimpulanya, menurut teori yang saya peroleh, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman. Ianya memerlukan masa yang merentasi beberapa generasi. Mungkin, persiapan awal adalah ketika ibu mengandung. Galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yang mudah tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berkhasiat yang baik untuk otak. Menghayati muzik sejak kecil pula adalah baik untuk pertumbuhan otak kanak-kanak. Bermain piano dan biola sudah tentu dapat melatih kanak-kanak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga dengan sukan yang memerlukan kosentrasi yang tinggi seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yang moron (bodoh) dan sudah tentu gen bodoh akan mengikut generasi si perokok.
Lawatan saya ke Singapura pada tahun 2005 amat memeranjatkan. Perokok di Singapura seperti dianaktirikan dan begitu susah bagi mereka untuk mendapatkan rokok. Tahukah anda berapa harga sekotak rokok di sana? US$ 7!!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sikap pemerintah Singapura dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dari segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan
Anda mungkin musykil, benarkah merokok akan melahirkan generasi bodoh? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja
Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
(Why the jews so smart?) Dr. Stephen Carr
No comments:
Post a Comment