SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Wednesday, May 20, 2009

Demam Tender Berakhir

Setelah tiga hari bertungkus-lumus menyiapkan kertas kerja bagi merebut tender, maka berakhirlah sudah demam tender. Yang tinggal, hanya selsema yang aku alami sejak hari Ahad yang lalu. Hari ini, aku tenang di pejabat hanya perlu memikirkan konsep program berteraskan Satu Malaysia yang boleh disiarkan dalam Bahasa Cina. Sebenarnya kertas kerja telahpun siap, tapi pihak berkenaan mahu menggunakan Bahasa Cina sebagai bahasa penghantar siaran. Nampaknya, kertas kerja perlu diubah. Dan sekarang... Aku sedang pening kepala untuk menukar bahan rancangan agar berkonsepkan "satu Malaysia" meskipun ia berbahasa Cina. Agak sukar untuk merangka satu rancangan yang berkonsepkan "satu Malaysia" menggunakan Bahasa Cina. Rasanya... Kalau menggunakan Bahasa Melayu pun tidak mengapa kerana Bahasa Melayu kan bahasa kebangsaan. Jika rancangan disiarkan dalam Bahasa Inggeris pun tidak mengapa kerana ia bahasa antarabangsa dan ramai orang boleh bertutur dalam Bahasa Cina. Lagipun, kalau Bahasa Inggeris digunakan, rancangan ini berpotensi tinggi untuk mempromosikan budaya Malaysia yang pelbagai di peringkat yang lebih tinggi. Rancangan tersebut bukan saja boleh disiarkan dalam negara, malah boleh dipasarkan di peringkat antarabangsa seperti beberapa rancangan keluaran syarikat sebelum ini. Hmmm... Tak apalah. Ini satu cabaran. Aku akan cuba yang terbaik.

No comments: