Seperti pada post sebelum ini, biar aku gunakan Bahasa Melayu kerana rujukan untuk subjek perfileman terlalu kurang dalam bahasa kita. Entri ni, assignment masa aku belajar kat UiTM dulu.
Kepada student: Jangan copy paste, untuk rujukan sahaja. Quotationnya pun dah banyak yang tiada. Kalau tiru pun, mesti tak dapat markah tinggi.
Choose one of the film screens of the course and discuss it buy emphasizing on its representation of gender. U are required to apply and discuss Laura Mulbeys theory and discuss in her esay visual pleasure and nerative cinema 1975
Pengenalan
Seperti yang telah kita sedia maklum, filem merupakan satu medium seni yang mencerminkan rialiti sebagaimana yang dikatakan filem itu sebagai jendela dunia. Menerusi filem, para penonton melihat atau memperoleh maklumat tentang sesuatu budaya, bangsa, agama mahupun Negara. Hal ini selaras dengan fungsi media yang bertujuan untuk memberitahu, menghibur, mendidik serta memujuk. Oleh itu, filem adalah medium paling sesuai untuk menyebar maklumat.
Memandangkan filem sebagai refleksi rialiti maka, setiap filem itu merepresentasikan sesuatu. Antara elemen yang direpresentasikan termasuk gender, agama, budaya, seksualiti dan ketokohan. Bagi menyelesaikan kertas kerja ini, saya memilih filem Ju Dou iaitu salah satu daripada filem yang dipertontonkan dalam keperluan subjek untuk membincangkan representasi gender.
Kertas kerja ini bukan sahaja akan membincangkan representasi gender malah turut meliputi representasi seksualiti, kelas dan sosiobudaya yang merupakan elemen penting dalam representasi gender.
Definisi Representasi
Segala proses social yang berkait rapat antara pembaca atau penonton dengan teks disebut sebagai representasi. Ianya seperti sebuah jendela dunia yang menyalurkan pelbagai maklumat kepada penonton. Representasi dalam sebuah filem adalah paparan tanda atau set yang menggabungkan idea dan sikap dari pelbagai aspek dan bangsa.
Representasi Gender
Filem Ju Dou arahan Zhang Yi Mou yang ditayangkan pada tahun 1990 mendapat perhatian daripada penonton, pengkaji dan pengkritik filem. Menerusi filem ini, Zhang Yi Mou sekali lagi menjustifikasikan isu perkahwinan paksa antara seorang perempuan muda dan seorang lelaki tua. Dengan mengetengahkan isu tersebut, Zhang Yi Mou merepresentasikan gender patriarki.
Patriarki menurut Laur Mulviys ialah dominasi sesuatu kaum atau individu terhadap kaum atau individu lain yang bergantung kepadanya.. Patriarki dapat dilihat dengan jelas pada awal cerita yang dipaparkan menerusi watak Jinshan, suami Ju Dou. Perkahwinan paksa antara Ju Dou dan lelaki tua tersebut telah membuatkan Ju Dou didominasi oleh system patriarki.
Ju Dou dalam sin-sin awal memperlihatkan perwatakan wanita yang steorotype dengan digambarkan sebagai pasif, lemah, sentiasa berlinangan air mata serta tidak melawan meskipun dia mempunyai kemahuan dan kehendak yang perlu dipenuhi. Adegan-adegan kekerasan layanan Jinshan terhadap Ju Dou merupakan bukti kelemahan Ju Dou dan ianya disokong dengan tindakan Ju Dou yang mendiamkan diri serta menerima apa saja yang dilakukan Jinshan terhadapnya.
Sistem patriarki ini sebenarnya bertitiktolak daripada system masyarakat
Sistem patriarki mempunyai perkaitan dengan system komunis yang didominasi oleh golongan lelaki sementara wanita perlu tunduk kepada kehendak lelaki. Jika diperhatikan, Zhang Yi Mou banyak menggunakan warna merah dalam filem ini. Sebenarnya, warna merah yang digunakan adalah simbolik kepada system pemerintahan komunis di mana merah itu merupakan warna kebangsaan bagi komunis. Hal ini demikian kerana, selain mengkritik sosiobudaya masyarakat China, Zhang Yi Mou turut mengkritik system politik China pada zaman pemerintahan komunis. Menerusi filem Ju Dou, hubungan Ju Dou pada dasarnya terjalin dalam bentuk segitiga iaitu hubungan Ju Dou sebagai isteri kepada Jinshan, hubungan Ju Dou dengan Tianqing sebagai anak saudara suaminya dan akhir sekali hubungan Ju Dou dengan Tianqing yang dijalinkan secara sulit. Jinshan dilambangkan sebagai patriarki manakala, Tianqing diletakkan sebagai watak maskulin.
Representasi Seksualiti
Apabila membincangkan soal representasi gender, skop perbincngan turut mencakupi perspektif seksualiti. Menurut (Kantorates 1997), watak Ju Dou yang dipaparkan adalah berlawanan dengan perwatakan wanita
Representasi seksualiti dalam filem ini dapat dilihat pada babak awal seperti babak di mana Jinshan melakukan seks ganas terhadap Ju Dou kerana inginkan anak lelaki. Ini jelas dipaparkan menerusi sin Jinshan melakukan hubungan dengan meletakkan papan di atas tubuh isterinya. (Cui Shuqin 1997) mengatakan adegan ini merupakan bukti system patriarki turut diaplikasikan dalam representasi seksualiti. Dalam sin tersebut, penonton melihat Ju Dou hanya membiarkan dirinya diperlakukan seperti haiwan tanpa membantah sinonim dengan perwatakan wanita yang selalu dianggap lemah oleh lelaki serta alat pemuas nafsu. Sungguhpun Jinshan memberi perlambangan kepada system patriarki namun, Tianqing disimbolkan sebagai watak maskulin yang lahir daripada dorongan Ju Dou.
Menurutnya lagi, Ju Dou mengalami transformasi watak iaitu dari seorang wanita lemah, Ju Dou pada pertengahan cerita menjadi symbol erotik kepada lelaki iaitu Tianqing. Ini dibuktikan dengan sin sewaktu Tianqing menjamu selera dan Ju Dou datag kepadanya dalam keadaan menggoda. Pada awalnya kita lihat Tianqing
Isu seksualiti yang direpresentasikan melalui Ju Dou juga berkait rapat dengan male gaze iaitu pandangan lelaki. Melalui analisa yang telah dibuat, Zhang Yi Mou banyak menggunakan teknik berbentuk point-of-view shot Tianqing. Male gaze ini pula bersangkutan dengan female sexuality.
Setelah membuat penelitian ke atas filem Ju Dou, saya mendapati tulisan Laura Mulveys dalam eseinya bertajuk Visual Pleasure bertepatan dengan representasi seksualiti yang ditonjolkan meskipun Ju Dou bukan filem keluaran barat. Laura Mulveys berpendapat keaktifan lelaki melihat melahirkan rasa ingin tahu yang meluap-luap sedangkan perempuan pula merupakan objek pasif kepada penglihatan tersebut. Pandangan aktif dari lelaki tersebut mendominasi neratif dan perempuan yang menjadi objek sekaligus menimbulkan kesan voyeurism di kalangan penonton apabila penonton turut merasai apa yang dirasa oleh subjek.
Dalam konteks filem Ju Dou, Ju Dou merupakan objek sementara Tianqing pula subjek. Dalam sin Tianqing mengintai Ju Dou sewaktu Ju Dou melakukan kerja misalnya, pergerakan kamera memainkan peranan penting terhadap penonton sehingga ia menimbulkan rasa ingin tahu yang melonjak-lonjak di kalangan penonton. Sin ini bersesuaian dengan teori Laura Mulvey yang mengaitkan antara pengarah, pelakon protagonist (Tianqing) dan penonton. Pada sin tersebut penonton mengetahui bahawa Tianqing mengintai Ju Dou yang sedang menyelesaikan tugasnya. Objek dan segala perlakuan objek dilihat oleh penonton melalui lensa kamera yang mewakili Tianqing. Dengan demikian, perbuatan mengintai itu seolah-olah dilakukan sendiri oleh penonton. Ianya dibantu dengan pergerakan kamera untuk mewujudkan perasaan tersebut dalam diri penonton.
Zhang Yi Mou menggunakan point-of-view shot bagi menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dalam hubungan Tianqing sebagai subjek dan Ju Dou selaku objek yang dilihat subjek. Zhang Yi Mou memulakan adegan tersebut dengan membuat close-up pada mata kaldai kemudian kamera beralih mengestablish Tianqing yang sedang mengintai. Seterusnya, kamera membuat medium shot terhadap belakang tubuh Ju Dou bagi memberitahu bahawa Tianqing dan penonton melihat Ju Dou dari belakang. Pandangan ini adalah point-of-view bagi Tianqing. Setelah itu, kaldai kelihatan tiba-tiba bergerak kuat dan berhenti manakala Tianqing pula kelihatan berdebar-debar dan diam. Zhang Yi Mou seterusnya memberikan low-key lighting dan enclosed framing terhadap bahagian belakang tubuh Ju Dou dalam satu blocking dan kelihatan juga bayang-bayang Ju Dou di situ. Keadaan ini menampakkan sekali lagi sesuatu yang tidak kena berlaku antara subjek dan objek yang dikesan melalui jarak menerusi perbezaan shot, camera angles dan high-key lighting effects. Pengambilan extreme long shot diikuti medium shot seterusnya close-up merupakan jarak antara dua watak. Apabila low camera angle melambangkan jarak, high-key lighting pula memperlihatkan perwatakan objek manakala close-up pada Tianqing di comer of the foreground di sebalik papan. Tianqing melihat Ju Dou iaitu objek yang memaparkan point-of-view shot. Shot pertama merupakan long shot dan low-angle shot yang digabungkan bersama extreme high-key lighting. Ju Dou menggantung pakaian ditunjukkan melalui long shot yang menampakkan Ju Dou berjauhan daripada background frame. High-key lighting turut menempatkan Ju Dou dalam circle of lighting dan ditonjolkan secara berlebihan (overexposed). Setelah itu, low angle medium shot menggantikan long, low-angle shot di mana Ju Dou menjemur kain ketika panas.
Voyeurism sebenarnya suatu teknik yang membawa lelaki kepada fantasi seksualiti. Sebagai contoh, adegan Tianqing mengintai Ju Dou yang ingin mandi. Visual Ju Dou yang dilihat pada lensa kamera adalah wakil bagi penglihatan Tianqing. Dengan itu, penonton merasa bahawa diri mereka itu adalah pengintai Ju Dou. Close-up kamera pada tubuh Ju Dou membangkitkan rasa ingin dan ingin lihat apa yang bakal berlaku seterusnya di kalangan penonton. Ianya dibantu dengan keadaan gelap pawagam yang mendorong penonton terus terbawa dalam khayalan mereka sepertimana yang dirasai Tianqing. Dengan demikian, penonton tertanya-tanya apa yang akan dilihat seterusnya dan berharap agar Ju Dou terus membuka pakaiannya.
Manakala Ju Dou pada ketika itu seolah-olah sengaja mempermain-mainkan perasaan Tianqing dan penonton. Hal ini bersesuaian apabila ia dikatakan symbol erotik yang menyebabkan Tianqing terus diangkat sebagai maskuliniti.
Oleh yang demikian, representasi gender tidak boleh dipisahkan dengan representasi seksualiti kerana ianya saling berkait bagi merepresentasikan sesuatu gender. Filem Ju Dou, penonton mengetahui apa yang direpresentasikan dengan membaca isu seksualiti pada teks.
Representasi Kelas Dan Budaya
Kelas merupakan perbandingan taraf hidup antara seorang individu dengan individu lain. Kelas terbahagi kepada tiga iaitu, kelas atasan, kelas pertengahan dan kelas bawahan. Dalam sosiobudaya masyarakat
Representasi kelas menerusi filem Ju Dou dikesan sedari awal permulaan cerita apabila Ju Dou berkahwin dengan Jinshan kerana ingin menjelaskan hutang keluarganya. Hal ini memberitahu penonton bahawa Jinshan adalah dari golongan atasan yang mempunyai harta sedangkan Ju Dou termasuk dalam golongan kelas bawahan yang menjalani kehidupan yang susah sehingga terpaksa berhutang dengan individu dari kelas atasan untuk menyara hidup. Lantaran daripada kemiskinan yang menghimpit, perkahwinan adalah jalan terbaik untuk menjelaskan segala hutang. Perkara ini adalah perkara yang benar-benar terjadi di Negara
Demikian juga halnya dengan Tianqing. Selain Ju Dou, Tianqing juga tergolong dalam golongan bawahan. Tianqing diambil bekerja oleh Jinshan dan dia sanggup bekerja di perusahaan kain Jinshan kerana ingin membalas budi Jinshan. Jika diperhatikan, Tianqing juga sama seperti Ju Dou. Dia tidak melawan atau
Perbuatan Jinshan yang memaksa isterinya melahirkan anak lelaki merupakan tanda representasi budaya
Selain daripada itu, upacara pemberian nama terhadap anak yang dilahirkan Ju Dou mencerminkan istiadat yang dilakukan masyarakat
Kepentingan anak lelaki dalam budaya masyarakat
Ketika Ju Dou berubah menjadi symbol erotik dalam filem ini, Jinshan tiada di rumah. Ini menunjukkan betapa Ju Dou atau wanita
Perbuatan Ju Dou menjalinkan hubungan dengan Tianqing dilihat sebagai jalan untuknya mengecapi kebahagiaan yang diidamnya. Perbuatan ini juga didapati salah satu cara bagi Ju Dou untuk melanggar budaya iaitu menentang system patriarki yang digunapakai pada zaman tersebut. Secara kasarnya, Ju Dou dilihat berjaya menentang system tersebut. Namun, apabila diperhalusi, Ju Dou sebenarnya tidak mampu atau lebih tepat tidak berjaya keluar daripada system yang menjadi amalan masyarakatnya. Kenyataan ini disokong oleh (Mary Ann Farquhar 1993).
Jelasnya, antara tanda Ju Dou gagal melanggar system patriarki adalah: Pertama, Ju Dou masih seperti wanita lain yang tidak boleh berkahwin setelah kematian suami. Setelah membuat pemerhatian, Ju Dou didapati terus menjalinkan hubungan dengan Tianqing dan terus menjalani hubungan tersebut seperti hari-hari sebelum kematian suaminya. Ju Dou tidak memaklumkan kepada umum akan hubungannya dengan Tianqing malah, Tianqing tinggal berasingan dengan Ju Dou sepertimana kelaziman yang dilakukan masyarakat
Kedua, pada hari kematian Jinshan, Ju Dou dan Tianqing sama-sama turut melakukan upacara menangis sebanyak 49 kali bagi menunjukkan kesedihan atas pemergian Jinshan. Upacara ini sememangnya dilakukan sejak zaman-berzaman. Pada masa kini, pemberian upah kepada orang adalah jalan alternative untuk menyatakan kesedihan buat si mati.
Sebagaimana telah tercatat dalam sejarah
Kesimpulan
Filem Ju Dou merupakan sebuah filem yang berjaya merepresentasikan isu gender serta mengaitkannya dengan representasi seksualiti dan kelas serta budaya.
Melalui analisa yang telah dilakukan terhadap filem ini, kejayaan representasi dalam sesebuah filem tidak hanya bergantung kepada isu yang diangkat malah, pergerakan kamera turut memainkan peranan penting bagi memastikan kejayaan sesuatu representasi yang ingin dipersembahkan kepada penonton.
p/s: Maaf Cikgu Zakaria, komen cikgu pun dah hilang bersama entri yang lepas.
Kepada pembaca, entri ini belum diedit. Nantilah, bila aku ada masa, aku akan edit artikal ni.
2 comments:
thank u! your article helps me with my assignment..
Maaf, boleh saya tahu siapa pengirim komen ni? Tinggalkanlah nama jika anda tinggalkan komen di sini :)
Post a Comment