Setelah bercuti sehari, aku masuk ke pejabat hari ni. Aku telah dapat menjangka bahawa ada kerja yang menanti kerana rakan sepejabat yang bercuti dari minggu lepas telah menelefonku semalam meminta aku menyelesaikan tugasnya yang terbengkalai. Laaa... Belum siap lagi ke kerja ni? Bukankah sudah lama aku dengar dia dan praktical student membincangkan hal ni. Yalah, aku akan selesaikan, itu jaminku padanya semalam.
Pagi-pagi lagi, director sudah duduk di meja belakangku. Dia meminta aku mencarikan pencipta dan penulis lirik bagi lagu Lagenda Cinta nyanyian Lefthanded dan Apa Lagi dendangan Jamal Abdillah. Hmmm... Kenapalah tak dari dulu kerja-kerja ni diserahkan kepadaku? Rasanya... Hari tu... Rakanku yang bercuti itu telah mengarahkan practical student untuk mencarinya, tapi mereka kata tak ada di internet. Kalau tak silap... Mereka pun sudah menghubungi Warner Music untuk mendapatkan detail tersebut. Maknanya, kalau mereka gagal, aku pasti akan lebih gagal. Tak apa, aku cuba. Mula-mula, aku search internet, tak jumpa. Director kat belakang asyik tanya je dah jumpa ke belum? Nak search internet pun tak senang. Tapi aku kenalah bersabar. Director suruh aku call Warner Music. Aku call, malangnya, maklumat untuk Lagenda Cinta sahaja yang boleh mereka berikan kerana Lagu Apa Lagi bukan hak terpelihara mereka dan mereka tiada catatan tentang lagu tersebut. Aku cuba search di internet dengan pelbagai perkataan dan ayat. Yes! Jumpa! Tapi kenapa mereka kata tak ada? Ni mesti search bulat-bulat tajuk lagu je ni. Okay, satu kerja selesai cuma kena confirm dengan PA Jamal betul tak maklumat yang aku jumpa. Jadi, aku call Noriz, suruh dia cek kat cover CD betul tak penulis lirik dan pencipta lagu tersebut Rohunaim? Noriz mengesahkan.
Sekarang ni, tugas aku meminta surat kebenaran dari syarikat rakaman terlibat dalam penggambaran lepas dan dapatkan senarai nama kru studio. Kenapalah, dah last minute baru suruh? Kalau tak, mungkin dah lama selesai.
Satu masalah lagi timbul. Aku telah terima balasan email dari sebuah syarikat rakaman mengatakan, bayaran perlu dibuat untuk mendapat kebenaran siaran di RTM. Ish, macam mana ni? Tadi director kata... RTM yang akan bayar pada mereka. Kata mereka pula, bayaran RTM berbeza dengan bayaran yang mereka pinta. Pening! Pening!
No comments:
Post a Comment