SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Monday, April 27, 2009

Kesian Dia...

Aku tertidur pukul 12.00 lebih malam Sabtu lalu dan terjaga pukul 3.30 pagi. Suzi, rakan yang menjadi tetamu juga tertidur pada tempat yang tidak sepatutnya. Aku kejutkan dia dan menyuruhnya tidur di tempat yang aku siapkan. Apa lagi, bila dah bangun, kami sambung berbual. Pukul 4 lebih, aku mandi diikuti Suzi. Kami bercadang untuk menunaikan Solat Subuh terlebih dahulu sebelum menyambung tidur. Setelah menunaikan kewajiban pada Yang Esa, kami sama-sama tidur.

Lebih kurang pukul 7.00 pagi, Hana memanggil namaku. Aku terjaga dan menyahut panggilannya. Seperti hari-hari biasa, walau pun tidak cukup tidur, aku tetap riang menyapa dan tertawa. Tiba-tiba, saat aku cuba melelapkan mata kembali, Hana dan Haida mendekatiku. Hana dengan suara sedih mahu memberitahuku sesuatu. Aku berdebar. Takut kalau ada sesuatu yang kurang menyenangkan berlaku. Aku tanyakan kenapa, apakah... Ada berita buruk untukku? Hana menjawab: "Ya, memang berita buruk, tapi bukan untuk akak, tetang saya,"

Mata yang hampir lelap bugar kembali. Aku membatalkan niatku untuk tidur. Lantas, aku bingkas, berhadapan dengan Hana. Hana memulakan bicaranya lebih kurang begini:

"Kak, saya tak tahu, bila benda ni berlaku. Saya pun tak tahu salah saya atau kebetulan," Hatiku semakin risau.
"Kenapa?" Soalku tidak sabar. Hana diam seketika, kemudian meneruskan: "Semalam, saya bersama kakak dan adik saya ke Masjid India. Kami pergi pasar malam,"
"Lepas tu?" Soalku ringkas.


Aku nak balik, esoklah aku sambung Bye.

No comments: