SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Wednesday, September 25, 2019

Nota Microsoft Power Point 1 (Adjust Ketinggian Dan Kelebaran Kotak)

assalammualaikum dan selamat pagi semua. Haaa... Nampak tak? Tajuk sedikit ilmiah hari ni ya. Meh sini, saya nak kongsikan macam mana nak adjust saiz ketinggian atau kelebaran kotak dalam slide. Saya tahu, bukan semua orang pro dalam penggunaan Microsoft Power Point ni terutamanya, OKU Penglihatan termasuklah tuan punya blog ni. Saya nak tulis kat sini untuk sama-sama kita share dan untuk nota saya jugak apabila diperlukan. Pagi ni, saya terima panggilan dari Alif, Ex-budak praktikal kat office ni yang sekarang sambung praktikal kat Jakel. "Kak, macam mana Alif nak besarkan kotak bawah dalam Power Point ni?" Alamak, macam mana nak jawab soalan budak ni? Selalunya saya buat je lepas tu suruh assistant saya cantikkan slide saya. Dalam kes budak ni, dia bukan ada sesiapa kat office untuk diminta tolong. Lagipun dia baru, mesti dia belum kenal sangat sesiapa yang boleh diharapkan. "Bagi akak beberapa minit. Nanti akak call balik," Putus saya. Manusia kalau ada kemudahan sikit, mesti take for granted kan? Macam saya yang tak pernah ambil pusing semua tu sebab ada assistant. Main arah je. Hehehehehe... Dengan bantuan Kak Sha untuk melihat apa yang berlaku pada skrin, eksplorasi Power Point pun bermula. Beberapa minit kemudian, sayapun menemui kaedah ini. Harus diingat, saya bukan pakar IT or what so ever software. Saya kongsikan di sini berdasarkan pengalaman saya yang try and error. Kalau sesiapa yang ada short cut, bolehlah share di ruangan komen untuk saya update entri ni bagi manfaat semua terutamanya para pengguna scree reader macam saya. Dan, saya share ni dari perspektif screen reader jenis JAWS. Kalau orang yang guna screen reader lain tu, saya tak pasti sama ada boleh guna cara ni atau tidak. 1. Buka Microsoft Power Point. 2. Tab ke mana-mana kotak yang korang nak adjust. Dalam kes Alif ni, kita tab sampai JAWS sebut Subtitle place folder. 3. Tekan alternate key atau button menu untuk dapatkan menu pilihan. 4. Gunakan cursur kiri atau kanan untuk cari format dan tekan enter untuk masuk ke format. 5. Gunakan cursur atas atau bawah untuk ke saiz dan tekan enter. 6. JAWS akan sebut 4.87 CM atau apa-apa nombor. Kalau cursur ke bawah, JAWS akan sebut 17.78 CM atau apa-apa nombor yang lebih besar dari nombor di atas tadi. Harus diingat, nombor yang kecil itu adalah saiz ketinggian kotak manakala nombor yang besar adalah saiz kelebaran kotak. Dalam kes Alif, dia nak besarkan kelebaran kotak. So: 7. Enter pada nombor yang besar. 8. Gerakkan cursur atas atau bawah untuk adjust kelebaran kotak. Bila sampai ke ukuran yang dikehendaki, tekan enter. Maka paparan saiz kotak di skrin akan berubah mengikut saiz yang anda pilih. Ulang langkah 7 sekiranya tidak Berjaya kerana ada ketikanya, bila kita tekan enter pada nombor yang besar, kita tak dapat pilihan saiz atau kita dah masuk ke menu computer atau kita dah kembali ke slide. Buat langkah sama untuk adjust ketinggian kotak atau adjust center place folder. Untuk adjust kotak tajuk, pastikan pada permulaan slide tadi, anda tab ke center place folder dan ikuti langkah sama di atas. Macam buat resipi memasak pulak. Daaaa... Nanti saya kembali lagi dengan tajuk yang lain.

Friday, September 20, 2019

Kata Laluan

Assalammualaikum semua. Salam sejahtera. Dah lama tak update blog ni. Sampai lupa kata laluan. Hehehehe... Dahsyat betul. Jenuhlah nak recover akaun ni. Jenuh jugaklah Amjat dan Kak Sha duk bacakan verification code untuk lupa kata laluan. Bukan main teruk tulisan codenya. Entah kenapa kat Internet Explorer tak boleh on pulak yang listen tu. Setelah gagal dengan Amjat dan Kak Sha, saya buka pulak Mozilla Firefox. OK, reader dia berfungsi. Tapi, Masya-Allah, jenuh saya nak mendengarnya. Memang payah nak dengar dan faham dia cakap apa. Kalau online banking ni, mesti dah kena gantung akaun saya. Saya termenung di depan PC. Macam mana nak buat ni? Takkanlah saya gagal selamanya nak dapatkan blog kesayangan saya ni? Allah bagi ilham untuk buka melalui phone. Bila saya try nak tukar password, dia Tanya saya nak update tak dekat store password? Oh, maknanya, saya ada save password ni kat phonelah ya? Saya segera tengok kat save password tu. Masalahnya itulah password yang saya gunakan tadi untuk sign in. Tapi dia keluar notis yang saya dah tukar password 42 hari lalu. Mungkin saya tukar guna laptop so saya tak update kat phone. OK, kita try tukar kata laluan dengan phone. Alhamdulillah, Berjaya! Sebab tulah saya boleh tulis blog sekarang ni. Hehehehe... Banyak benda saya nak cerita. Bergantunglah pada masa dan mood. Nanti sambung ya. Nak pergi jumpa kawan lama kejap. Nak lepak-lepak hiburkan hati. Hehehe... Malam ni kan malam Sabtu, balik lewat sikitpun OK. Semua program esok batal disebabkan jerebu. Almaklumlah, kita ni out door punya orang.

Wednesday, August 14, 2019

Cantik Macam Durian

Alkisahnya tengahari tadi saya pergilah membeli durian. Hari ni, ada peniaga durian yang berniaga kat car park ofis ni. Kebetulan Udang Merah kegemaran saya ada dijual. RM20.00 1 KG dan berat durian saya 1.4 KG. So, harganya RM28.00. Berbaloilah berbanding sebiji Pizza durian RM40.00 yang tidak diketahui kuantiti durian sebanyak mana dan jenis durian apa yang digunakan. Saya beli dan minta dia buka siap-siap. Dia letak dalam tupperware. Lepas tu, Yon pulak nak beli. Dia ajak teman. So sekali lagi saya bertandang ke tempat jual durian. Ada sorang pakcik ni sedang enak menjamu selera Durian Musang King. "Tinta nak rasa?" Tanya pakcik dan guard yang ada di situ kepada saya. Pucuk dicita ulam mendatang. "Nak," Jawab saya. Yon: Kuningnya isi dia. Cantik. Kebetulan saya berdiri di belakang Yon dan abang jual durian tu. Abang Durian: Memang cantik. Macam adik kat belakang ni. Saya malas nak layan dia cakap apa. Saya buat-buat tak dengar. Yon: Apa? Abang Durian: Cantik macam adik kat belakang ni. Yon: Hayyooo... Dia kata durian tu cantik macam you, Tinta. Saya terdiam. Tak tahu nak jawab apa. Nanti karang orang kata perasan pulak. Saya: Pengsan terus. Abang Durian: Eh, apa pengsan pulak? Dah cantik. Bukan apapun. Ada ke patut samakan saya dengan buah durian yang dia jual? Hehehehe... Memang nak kena ni. Saya terus berpusing ke arah meja pakcik tadi dan mengambil durian yang diberikan bagi menamatkan perbualan isu cantik tersebut. Seganlah. Guard: Tinta nak lagi? Tanya guard yang kebetulan ada di situ setelah dilihatnya durian yang saya makan habis. Pakcik empunya durian: Nak lagi, ambillah. Hehehee... Cukuplah tu. Bagi betis nak paha pulak nanti. Mentang-mentang free. Dah namanya rasa. Seulas cukuplah. Kalau ikutkan hati, confirm nak lagi. Orang rasa dulu baru beli. Ni beli dulu baru rasa. Dahlah beli Udang Merah, rasa Musang King. Melampau betul. Hahahaha...

Lancome Teint Idole Ultrawear - Review

Hahahaha tak habis lagi nak review pasal foundation kegemaran saya ni. Jangan lari dulu. Sila duduk. Pesan saya kepada mereka yang nak jimat, belilah foundation berbentuk liquid. Saya hanya gunakan satu pam sahaja untuk foundation liquid. Cukup untuk seluruh muka. Tapi saya menggunakan brush mekap. Guna tangan tak tahulah. Lancome Ultrawear ni, dari segi bau, memang wangi. Sekali bau macam bau jasmin. Teksturnya lembut tapi pekat. Cepat kering dan ringan. Rasa macam tak pakai apa-apa kat muka. Ia senang bland dengan kulit sehingga menampakkan kulit wajah mulus, glowing dan licin. Disebabkan itu, mekap pun akan jadi lawa. Selain tu, foundation ni tahan lama. Coverage selama 24 jam, retouch free. Korang tak payah nak touch up selama 24 jam kalau ikut dia tulis kat botol dia tu. Siapa nak pakai foundation 24 jam ni? Lainlah kalau korang jadi pramugari yang penerbangannya 24 jam. Silap-silap tu pun ada buang mekap. Takkan tak solat? Tapi saya pernah pakai foundation ni lebih kurang selama 18 jam sebab tak solat dan balik dari bersiar-siar, saya tertidur. Kulit wajah tetap lembut dan bila saya tanggalkan menggunakan mekap remover dan tisu basah, masih terang warnanya melekat kat tisu basah tu. Tak adalah kerjanya nak tanya orang elok ke tak kalau dah pukul 3.00 pagi tu. Hehehehe... Jap lagi orang marah ganggu dia tidur pulak. Oh, satu lagi, foundation ni mengurangkan minyak wajah saya. Kulit wajah saya kan berminyak. Foundation ni jugak mengandungi SPF 15. RM185.00 sebotol 30 ML. Mungkin harga ni berubah mengikut pasaran semasa. Sekian. Bilalah Lancome ni nak bayar saya buat review produk dia ek? Hehehehe...

Lancome Beige Diaphane - Teint Idole Ultrawear

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni ada mood nak buat review pasal mekap. Meh sini semua yang suka mekap terutamanya yang suka foundation. Ultrawear ni antara foundation baru yang dikeluarkan oleh Lancome. Nak kata baru sangat tak jugak sebab dah dua kali saya dapat sample dia ni. Cuma mungkin orang tak perasan dan saya sendiripun tak perasan keistimewaan dia sebab tube kecik je. Pakai sekali dua dah habis. Baru-baru ni foundation Lancome saya yang saya pakai macam pernah saya tulis dulu habis lagi. Hati tergerak nak cuba yang baru. Nak tahu jugak apa bezanya. Kalau tak best, bila habis kita balik pada yang lama. Hehehehe apa susah. Kulit warna wanita Asia macam saya ni tak boleh pakai cerah dan gelap sangat. Tak susah orang Lancome nak cari shade yang sesuai dengan kulit saya. Almaklumlah, memang pernah pakai brand dia kan. So, dia syorkan saya untuk pakai code 03. Sebelum ni pakai 04 so agak cerah dengan kulit saya. Kebetulan masa tu ajak si Mejat teman. Sebab dah tak ada orang nak teman. Sambil-sambil lalu nak balik tu, bolehlah menyinggah kejap. Hari pertama saya pakai, Kak Sha tanya, "Ni foundation beli semalam ya?" "Ha'ah. Kenapa?" Tanya saya kembali. "Nampak licin dan kemas." Alhamdulillah. Pada saya, mungkin Kak Sha ni bermain dengan psikologi. Yelah, benda baru kan? Beberapa hari kemudian: Amjat: Wei, mek, ni kau pakai foundation yang beli hari tu ek? Saya: Ha'ah, kenapa? Apa lagi yang tak kena kat mata kau? Hehehehe... Dia ni kan pengkritik saya. Amjat: Wei, cantiklah foundation ni mek. Nampak sesuai dengan kulit kau. Nampak bland, lepas tu nampak smooth dan kemas. Waaa... Jarang sekali si Mejat ni nak memuji. Saya: Apa beza dengan yang lama, Jat? Amjat: Tak retilah nak cakap. Tapi kalau tengok memang nampak ketara beza dia. Yang ni nampak bland dengan kulit kau. Tak nampak macam bertopeng. Lepas tu nampakkan mekap kau lawa. Mekap kau pun jadi smooth. Saya: OK ke kuantiti foundation aku letak ni, Jat? Ke kena tambah lagi? Amjat: Tak yah dah mek. Dah OK dah. Dia pun tak pecah. Kak Sha yang kebetulan mendengar perbualan kami turut memberi komen. Kak Sha: Memang nampak Tinta. Dalam gambar lagi ketara. Macam gambar yang dekat Sarawak yang kau upload kat FB tu, nampak kau glowing dan cerah. Saya: Cerah sangat ke kak? Takut jadi opera pulak. Kak Sha: Taklah. Bukan cerah opera tu. Nampak kulit kau tu semulajadi, tak nampak bertopeng. Nampak flawless. Alhamdulillah. Foundation ni akan menjadi koleksi tetap foundation saya. Siapa yang nak tengok tu, pergilah tengok kat FB saya ya. Malas nak upload gambar kat sini. Kalau dapat sponsor baru saya upload. Lepas ni, saya nak try foundation MAC. Apa yang best sangat MAC tu? Orang kata foundation dia cantik. Mana cantik ek? Ultrawear Lancome ke MAC? Tapi hati saya sememangnya telah menjadi milik Lancome untuk mekap. Saya suka Lancome. Nak try jugak Christian Dior. Apa yang mahal sangat foundation dia sampai RM200 lebih tu? Harga dah hampir macam foundation SK-ii yang pernah saya guna dulu. Kalau cantik dan memuaskan tak apalah. Kalau tak cantik, siap Dior!

Friday, August 9, 2019

Untuk Awak RM7.00 Sahaja

Assalammualaikum dan selamat malam semua. Hari ni rajin nak menulis. Dua tiga hari lepas, saya keluar makan dengan kawan-kawan. Kami memilih sebuah kedai mamak setelah kedai kegemaran kami tutup. Masa Anei ambil order, saya macam kawan-kawan yang lain, orderlah. Saya: Nasi putih sikit je, ayam kari, peria goring. Lelaki: Siap. Aik, orang lain yang ambil order, orang lain dari jauh yang jawab siap? Saya minta air basuh tangan. Masa saya nak basuh tangan tu, saya Tanya anei, "Anei, mana air basuh?" Anei menunjukkan mangkuk air basuh dan siap tolong celupkan tangan saya. Amboi, tak payahlah tolong celupkan tangan saya pulak. Macamlah saya ni ngok sangat tak tahu nak basuh tangan sendiri. Saya cakap dalam bahasa rahsia kami. Kawan-kawan ketawa. Setelah hidangan sampai, kami pun menjamu selera dengan enaknya. Lepas cuci tangan, saya minta tisu dengan lelaki yang jawab siap tadi kebetulan dia lalu di tepi meja kami. Saya: Abang, tisu. Lelaki: Kejap. Bawa bertenang, saya ni single hari ni. Kerja single, hidup pun single. Nak kahwin, perempuan tak nak. Saya: Motif bagi tahu hidup single tu? Siap bagi tahu nak kahwin perempuan tak nak? Saya bercakap perlahan tetapi masih didengari oleh kawan-kawan yang duduk semeja. Gelak tawa berderai sesama kami. Kak Sarah: Nak promot dirilah tu. Kami ketawa lagi. Usai semua orang makan, kami panggil dia minta kira. Dia ulang lagi hidup single tu. Apa kena dengan abang ni? Tebiat apa? Diapun datanglah kira harga makanan kami. Bila tiba part saya: Saya: Air suam, Lelaki: Air suam free. Saya: Oh ye ke? Saya ingat kena bayar sebab tu saya cakap. Lelaki: 95 pratus kedai mamak air suam kena bayar. Abang saya ni je yang bagi free. Apalah Haji Din ni. Saya: Tak apalah. Murah rezeki dia. Saya makan nasi putih sikit, ayam kari dengan peria goring. Lelaki: Untuk awak, RM7.00 sahaja. Dia bercakap lembut, tidak seperti bercakap dengan kawan-kawan saya yang lain. Saya: Yelah. Tisu tak sampai-sampai pun. Geram pulak hati kita ni. Ida: Oooo... Rupanya, dia promot tadi tu untuk akaklah. Kak Sarah: Patutlah duk ulang hidup single. Promot kat Tinta rupanya. Saya buat bodoh je. Malas nak layan kawan-kawan saya ni. Makin dilayan nanti makin menjadi pulak dia orang mengusik saya. Orang tu main-main jelah.

Jelita Itu Melampau

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Semalam saya menghadiri satu bengkel. So, ramailah orang kementerian dan NGO yang saya jumpa. Masa nak balik, saya bersalaman dengan sorang Dr. Saya selalu jugaklah jumpa Dr. ni. Saya: Balik dulu Dr. Kata saya sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Dr.: Tinta yang sentiasa jelita. Katanya sambil menyambut tangan saya. Saya: Ish, tak adalah Dr. ni. Dr.: Eh, tak. Saya tak main-main. Cakap betul ni. Katanya serius. Whatever! Kalau dulu, sesekali orang puji rasalah kembang. Tapi bila dah selalu, dah rasa biasa dan kadang-kadang rasa sebak kerana Allah memberikan anugerahnya kepada saya. Semoga wajah ini akan terus indah di Masyar nanti, saat bertemuNya kelak. Amin... Tapi bagi saya, kalau melabelkan saya sebagai jelita itu melampau. Saya ni biasa-biasa je. Kalau macam Erra Fazira tu betullah jelita. Saya harus sedar diri bahawa saya taklah sepertimana yang diperkatakan. Ramai lagi orang lain yang jelita dan cantik.