Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Thursday, December 12, 2019
Komen Untuk Foundation Baru Saya
Seperti biasa, bila beli foundation baru atau produk baru, saya akan try produk tu dengan diperhatikan oleh kawan-kawan yang pandai mekap. Kalau dulu Kak Fatimah yang selalu tengokkan saya, sekarang Kak Sariha la orang yang sering saya minta tolong diikuti Amjat dan Kak Zura. Some times Qilah.
Yelah, saya belum biasa dengan kadar kuantiti yang perlu diletak.
Alhamdulillah, satu pam saja dah memadai untuk saya pakai ke seluruh wajah saya.
Kak Sariha kata, "Cantik Tinta foundation ni. Nampak kulit kau smooth je."
"Mana cantik kak? Yang ni ke Lancôme saya?" Tanya saya dengan hati masih sayangkan Lancôme Ultra Wear saya.
"Akak tak ingatlah. Tapi yang ni serius cantik. Dah, jangan tukar-tukar foundation dah. Pakai yang ni je," Pesannya kepada saya.
"Saya bukan suka tukar-tukar. Kalau tak ada masalah, saya pakai je Lancôme tu. Saya sayang dia sebenarnya. Sebab dia tu lawa. Saya tengok review pun ramai kata dia lawa," Jawab saya sedih.
"Dah. Tak payah ingat yang lama tu. Akak pun dah lupa yang lama tu macam mana. Yang ni cantik." Katanya memberi komen.
Pagi tadi, saya Tanya Kak Zura, "OK ke foundation ni, kak?"
"Ni foundation yang tunjuk kat Kak Sariha masa nak beli hari tu ek?" Tanya Kak Zura minta kepastian.
Hahahaha... Masa kat Sephora hari tu beria hantar gambar kat Kak Sariha, OK tak foundation saya nak beli?
"Ya," Jawab saya.
"Cantik. Sesuai dengan kulit Tinta. Masuk dengan kulit Tinta. Tak terang melampau, tak gelap, tak Nampak macam tepung gomak, tak Nampak macam pakai topeng. Nampak natural. Cantik."
Mujurlah pass dengan semua tukang komen office ni termasuk Amjat. Dia orang ni jujur semuanya. Sekali dia orang tak berkenan, pam je dia bagi. Lepas tu, saya yang down sebab dah beli.
Alhamdulillah.
Balik dari kerja luar, Kak Sha pulak komen, "Cantik dah foundation kau hari ni."
"Saya dah Tanya Kak Sariha dah nak pakai banyak mana," Jawab saya riang.
"Oh, patutlah. Nampak cantik," Katanya.
Alhamdulillah. Saya harap foundation ni friendly dengan kulit wajah saya. Janganlah break out kan kulit saya lagi. Jenuhlah nak try foundation lain. Kalau RM2.00 tak apalah. Saya beli sepuluh terus. Ni, demam seminggu kalau nak kena tukar-tukar lagi. Agaknya hari tu demam pasal beli foundation baru kot. Hahahahaha...
Doktor Konon!
Assalammualaikum korang.
Selamat petang. Ops, jangan kemas beg dulu ek, belum pukul 5.00 ni.
Masih lagi dalam mood untuk bercerita tentang kulit yang break out disebabkan foundation hari tu.
Bila beli foundation baru, trauma takut dia rosakkan kulit tu masih ada.
So, pada fikiran saya, saya kena buat perlindungan kulit sebelum ianya berlaku.
Nak tahu apa yang saya buat?
Saya sapukan ubat yang Kak Sha bagi kat tempat yang break out hari tu iaitu di sekeliling bibir. Lepas tu, saya pakai foundation.
Nak tahu apa hasilnya?
Hasilnya, kulit tempat saya sapu ubat sebelum pakai foundation tu timbul jerawat! Jerawat kecil-kecil. Nilah jerawat pasir kot. Bukan sebiji ya, dua tiga biji! Untuk orang yang Alhamdulillah dah pulih dari jerawat remaja dulu, sebiji jerawat pun masalah besar bagi saya! Rasa nak nangis!
Hayyyooooo!!! Macam mana ni?
Takkan foundation ni pun saya tak boleh pakai?
Dahlah mahal!!!
Matilah nak.
OK, OK, jangan panic. Saya nasihatkan diri sendiri.
Mengikut kata Noel Faizal di Youtube, jerawat pasir akan tumbuh apabila kulit kita ni basah yang keterlaluan. Maksudnya, minyak yang berlebihanlah. Jerawat pasir ni macam kulat. Dia suka tumbuh kat tempat yang basah. Noel siap bagi contoh bilik air dan longkang yang tumbuh kulat lagi.
Mungkin betullah kot. Ubat yang saya guna tu, berminyak. Berminyak sangat. Campur minyak muka saya, campur minyak foundation, mungkin dia dah over lembap.
Then, saya try pakai foundation tu balik minggu ni selepas jerawat kering dan beransur pulih tanpa memakai ubat.
Alhamdulillah kepada Tuhan yang memberi rahmat. Jerawat tidak lagi muncul.
Tulah, pandai-pandai jadi doctor sendiri.
Tuesday, December 10, 2019
Mekap Untuk Suamiku Mr. Blind
Assalammualaikum dan selamat petang you alls....
Mata mesti ngantuk kan lepas lunch?
Meh sini kita sembang.
Ada yang dah tahu bahawa saya pernah terlibat dalam shooting Suamiku Mr. Blind.
Masuk set location, mestilah kena mekapkan?
Memang best sebab yang mekapkan tu make up artist.
Ada salah satu hari shooting tu, make up artis tu kami panggil mak. Mak panggil saya untuk mekap. Dengan confidentnya dia pakaikan saya something.
Saya: Foundation apa ni, mak?
Mak: Ni bedak. Bukan foundation.
Saya: Habis tu, tak pakai foundation? Nanti tak elok pulak.
Mak: Tak apa. Muka Tinta bukannya ada jerawat atau parut, OK je kalau pakai compact powder tak letak foundation.
Alaaaa... tak cantiklah saya nanti.
Ramai jugak yang Tanya, saya pakai skin care apa?
Bila saya Tanya kenapa Tanya?
Dorang kata, sebab muka saya licin tak ada jerawat.
Hmmm... Nak dapatkan sesuatu bukan mudah. Ianya perlu penjagaan rapi dan perhatian. Duit pun perlu jugak.
Dulu-dulu,, muka saya banyak sangat jerawat. Kat dahi, pipi, dagu dan bawah mata.Kadang-kadang kat hidung pun ada. Puas saya buat nak hapuskan jerawat, tak hilang-hilang. Cara tradisional, moden semua saya buat tapi tak jugak bersih muka saya. Masa tu, remaja lagi. Tak pandai surf internet dan pergi pakar kulit. Kalau tak, mesti saya dah buat.
Alhamdulillah, berkat dari kesabaran dan kerajinan, akhirnya, jerawat ucapkan sayonara kat saya. Alhamdulillah jugak, jerawat yang banyak tu tak tinggalkan parut di wajah saya. Syukurnya saya, Allah je yang tahu. Stress betul kalau kita ada jerawat ni. Keyakinan diri pun hilang.
Untuk korang yang ada jerawat, banyak yang korang boleh baca, tengok kat Youtube dan cuba produk yang berlambak di pasaran. Ingat, jangan cuba sebarang. Tengok review dan syor yang dicadangkan oleh reviewer. Karang salah pakai, jerawat makin banyak.
Monday, December 9, 2019
Dior Forever Skin Glow Foundation
Assalammualaikum dan selamat petang semua.
Dua minggu lepas, saya memutuskan untuk beli foundation baru sama ada dari Christian Dior atau She Eumura.
Preferable saya adalah Unlimited Breathable Shu Eumura Foundation. Selalunya kulit saya ni dia OK dengan produk Jepun atau Korea. Saya dah check isi kandungannya, bebas Paraben.
Pilihan kedua saya ialah Dior Forever Skin Glow Foundation dari Christian Dior. Yang ni, awal-awal lagi dia dah tulis Pareben free. Harganya lebih mahal dari Shu Eumura. Biasalah, siapa tak kenal dengan Dior kan? Sebatang lipstick yang saya beli kat airport beberapa bulan lalu pun dah RM148.00.
Sayangnya, kedua-dua jenama ini tak ada counter di NU Sentral.
Mujurlah NU Sentral ada Sephora.
Malang lagi, Sephora NU Sentral tak jual Shu Eumura. Sedangkan saya nak menghadiri kursus last week.
Nak tak nak, hanya Dior yang saya ada sebagai pilihan.
Dior pun Dior lah. Mujur foundation, kalau serum, pelembap, matilah nak. Foundation ni boleh pakai berbulan.
Saya mula test foundation sasaran dengan bantuan sales girl. Tapi tak best la. Better pergi counter dia. Lagi puas hati.
Dahlah yang teman tu Kak Sha yang kalau boleh pakai foundation biar tak Nampak warna foundation. Laaa... habis tu, beli foundation buat apa? Saya nak foundation yang mudah blend macam lancome tempoh hari.
Mujur otak saya ni berjalan. Saya keluarkan foundation Lancôme dan saya cakap, saya nak yang tone macam ni. Alhamdulillah ada.
Dah dapat tone yang saya nak, sales girl memakaikan foundation tersebut kepada saya.
Sales girl: You letak satu layer je cukup. Muka you tak banyak yang nak dicover. So, tak perlu letak banyak-banyak.
Sukatannya satu pam seperti Lancôme jugak untuk saya pakai.
Harga Dior Forever Skin Glow untuk November 2019 adalah RM225.00 tapi sebab beli masa black Friday, dapatlah RM191.25 sahaja dengan diskaun 15%.
Review? Masih dalam percubaan.
Saturday, November 30, 2019
Salah Beli, So Macam Mana?
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Sambil-sambil tunggu nak jumpa kawan-kawan ni, kita update la kejap.
Selama ni, saya tak pernah titikberatkan pasal serum, pelembap dan terutamanya, sun screen atau sun block.
Saya hanya pentingkan cleanser, toner dan essence je.
Bila kulit saya diserang elegik, lepas dia iritasi, dia akan kering dan menggelupas. Kak Sariha tanya saya, "Pakai pelembap tak?""
"Tak," Jawab saya.
"Laaa... macam mana nak hilang cepat gelupas tu? Dia keringlah. Kenalah lembapkan dia."
"Oh, ye ke?" Tanya saya padanya.
Alamak, macam mana ni? Saya tak ada pelembap. Nak kena beli ni. Lepas tu nak kena try and error. Sesuai ke tidak dengan saya.
Mungkin betul jugak. Fikir saya dalam hati.
Sayapun mula mencari info berkenaan penjagaan kulit wajah yang sebenar. Saya tertarik dengan satu channel kat Youtube, Noel Faizal. Dia banyak mengajar cara menjaga kulit wajah, produk apa yang bagus, yang tak bagus.
Rupa-rupanya, sun screen atau sun block tu sangat penting dalam penjagaan wajah. Barulah saya tahu apa bahayanya UV terhadap kulit manusia.
Saya mula menonton video-video Noel Faizal tentang sun screen.
Saya tertarik dengan review dia tentang sun screen dari Make Prem iaitu satu jenama penjagaan kecantikan dari Korea.
Ada tiga sun screen dari blue range.
Entah apa yang saya berangan masa tengok video tu, saya pergi order kat Lazada Make Prem Blue Ray Sun Gel Defense Me.
Dengan excitednya saya pakai bila dia sampai. Alamak! Kenapa sun screen ni berminyak sangat kat kulit saya? Gel tu bukan untuk kulit berminyak ke? Jerawat pun mula tumbuh. Mujur sebiji dua yang kecil je. Fenomena biasa bila saya pakai sun screen. Sebab tu saya tak suka pakai sun screen. Baunya pun macam bau sun screen dari Sun Play dan Banana Boat yang saya sering kenakan jika beraktiviti lasak.
Saya baca description untuk fluid dan cream. Untuk kulit berminyak.
Tak puas hati, saya tengok balik video Noel Faizal. Laaaa... Patutlah. Untuk kulit berminyak, Make prem Blue Ray Sun Fluid Defense Me dan Make Prem Blue Ray Sun Cream Defense Me
Alaaaa... Membazirnya saya beli. Dahlah harga boleh tahan. Mujur tak semahal SK II.
Mujur saya dapat beberapa free sampel dari penjual dan antaranya termasuklah Blue Ray Sun Fluid. Saya mencubanya. Alhamdulillah rasa best sangat kat kulit. Dia terus meresap dan tak berminyak. Tekstur kulit pun rasa smooth dan licin.
Nak tak nak, saya order pulak yang fluid ni. Lagi mahal tapi datang dalam 200ML. Kalau dikira purata, taklah mahal sangat.
So, hari ni adalah hari kedua saya pakai sun fluid. Kalau rajin nanti saya review ya.
Sekian.
Thursday, November 28, 2019
Teka-teki Mula Terjawab
Assalammualaikum.
Selamat petang semua.
Dah balik ke?
Saya masih di office. Rasa bosan nak balik awal. So, stay jelah kat sini.
Setelah bibir kering dan merekah, suatu hari, selepas saya mencuci muka, bahagian bawah bibir sebelah kanan saya terasa gatal. Saya gosok. Makin gatal dan saya tekan pakai jari. Tiba-tiba keluar air. Gatalnya Tuhan je yang tahu. Kalau kulit bahagian lain, mesti saya dah garu.
Saya letak minyak zaitun tapi stil gatal. Then, saya letak detol. Alamak, sebenarnya, dia macam berbiji dan ada air kat dalam. Kenapa ek? Takkanlah elegik lipstik sampai kulit muka sekali kena?
Esoknya, saya mekap seperti biasa. Alamak, kenapa ada kulit menggelupas di sebelah kiri bawah bibir pulak?
Saya hentikan pemakaian mekap.
Birai bibir sebelah kiri atas pun bengkak. Mungkin sebab lipstik la kot. Fikir saya.
Bila ada meeting, saya kenakan mekap. Entah kali ke berapa, Kulit atas bibir sebelah kiri menggelupas. Takkan kuat benar kesan lipstik ni? Tapi lipstik yang mana satu?
Tak lama lepas tu, Kulit hujung kiri bibir pulak menggelupas. Mekap remover ke? Sebab saya perasan lepas cuci muka ada benda-benda ni semua.
Kak Sha kebetulan jumpa pakar kulit. Dia bagi saya ubat sapu dia yang tak terusik pun.
Bila saya pakai ubat tu, alhamdulillah. Penggelupasan dan bengkak tu semakin pulih. Tapi yang first sekali bawah bibir kanan ni lambat sikit. Nampak dia paling teruk.
Lama saya tak bermekap. Sebab nak tahu apa sebenarnya yang bermasalah.
Masa Karnival Sukan dua minggu lepas, tiga hari berturut-turut saya bermekap. Penggelupasan mula berlaku.
Masa tu, saya terfikir, mungkinkah foundation yang menjadi punca semua ni? Logik jugak sebab bila kita sapu foundation pakai berus mekap, bibir pun kena sekali.
Bila saya berhenti mekap, kulit saya mula OK walaupun sedang mencuba serum, pelembap wajah dan sun screen.
Kelmarin, saya test. Saya mekap. After lunch, kulit saya mula terasa panas dan gatal kat bahagian tepi, atas dan bawah bibir.
Saya semakin yakin yang masalah ini sebenarnya berpunca daripada foundation yang saya gunakan. Susah jugak nak terima kenyataan ni sebab foundation ni cantik dan pricy. Tapi saya harus pilih, sayang foundation atau sayang kulit?
Saya mula membaca dan membuat penelitian di internet. Punca kulit elegik adalah Paraben. Tulis beberapa artikal di internet.
Saya baca lagi tentang paraben. Ada beberapa jenis. Saya baca fungsi dan kesannya. Ada satu bahan yang disebut sebagai butylparaben yang sering dicampurkan ke dalam kosmetik. Nantilah. Kalau free saya tulis tentang paraben yang saya baca tu.
Saya mula mencari tahu tentang isi kandungan foundation yang saya kenakan. Ya, butylparaben tersenarai di dalamnya. Menurut artikal yang saya baca, butylparaben boleh menyebabkan iritasi pada kulit. Kata doktor Medic City pula, kulit kita boleh bertahan dengan sesuatu bahan. Tapi lama-kelamaan, sampai satu tahap, dia tak mampu lagi untuk bertahan dan iritasi akan berlaku.
Saya bandingkan isi kandung dalam foundation yang saya guna sebelum ni. Ternyata, foundation tersebut tidak mengandungi butylparaben atau mana-mana keluarga paraben.
Jadi, mungkin betullah, saya alah kepada paraben. Jadi, saya kena check satu-satu produk yang saya ada sama ada ia mengandungi paraben atau tidak. Mujurlah ada internet dan laman web yang memaparkan isi kandungan produk kosmetik yang boleh dipercayai. Kena menelaah lagilah ni.
Pengajarannya, jangan simply pilih mekap asal nampak cantik. Sama macam kasut jugak. Korang baca dulu sebelum beli skin care atau barang solek.
OK la. Bye!
Friday, November 22, 2019
Elegik Bibir
Assalammualaikum semua.
Selamat petang you all.
Genap sebulan blog ni tak berupdate. Tetiba hari ni rajin nak menulis. Rasa malas nak balik awal.
Sebenarnya banyak je cerita nak tulis. Tapi kemalasan dan kesibukan melanda +tak ada mood.
Kalau sesiapa friend dengan saya kat Facebook, mesti korang pernah terbaca status saya pasal bibir.
Saya ni jenis yang tak minum air banyak.
Suatu hari, kulit bibir saya merekah dengan teruk dan kering. Saya ingatkan biasalah, sebab tak minum air putih banyak. Saya teruskan pemakaian lipstick dan mula minum air banyak. Rekahan tu dah sampai tahap nak buka mulut suap makanan pun sakit dan pedih.
Beberapa hari saya minum air dengan banyak. Tapi, kering bibir saya tu tetap tak beransur pulih. Malah, semakin teruk dan mula berkuping seperti kudis. Dekat tepi bibir pun mula berkeping keras.
Saya ke klinik. Kali pertama, doctor bagi saya ubat krim. Bila saya letak, semakin teruk.
Lepas tu, saya pergi Klinik Medic City pulak. Doktor bagi saya ubat dalam botol kecil seperti minyak. Still sakit dan saya hentikan pemakaiannya setelah dua tiga kali pakai bila tak ada kesan.
Doktor kata, elegik lipstick. Saya hentikan pemakaian lipstick.
Macam mana boleh elegik ek? Sedangkan saya pakai semuanya jenama yang saya pakai sebelum ni.
Saya mula cari alternative lain untuk rawat bibir saya. Memandangkan dia berkeping seperti kudis, saya gunakan minyak gamat untuk menanggalkannya. Eh, tak boleh jadi. Bukan makin baik. Makin teruk pulak.
Puas saya fikir, nak buat macam mana dengan bibir ni?
Hari tu hari Ahad. Rasa malas nak keluar rumah. Saya baca kat laman web kesihatan, salah satu benda yang boleh merawat masalah bibir ni adalah vaselin. Sayangnya, vaselin saya tak tahu kat mana. Kalau ada pun, takut dah tak boleh guna sebab dah lama.
Saya mengarahkan otak saya berkerja keras untuk memikirkan bagaimana harus saya mengurangkan rasa perit pada bibir saya. Nak makan pun susah.
Saya teringatkan sesuatu. Masa saya pergi Romania dulu, saya ada beli lip balm musim sejuk kat sana. Teksturnya memang pekat dan melekit. Mungkin saya boleh gunakannya untuk merawat bibir saya. Jenama Neutrogena tapi khas untuk musim sejuk. Tak ada kat sini.
Saya lantas mencarinya. Mujur ada. Sebenarnya saya ada dua pelembap bibir. Sebelum berangkat ke Romania, saya beli butter lip dari jenama Nivia.
Baiklah, kita cuba salah satu. Mula-mula, saya cuba Nivia. Macam tak ada tanda nak luruh pun kulit yang dah mengeras dan merekah ni. Ni pertama kali bibir saya jadi macam ni.
Kemudian, saya sapukan Neutrogena pulak. Memang berat teksturnya dan sangat lembap. Setelah sejam dua letak, saya berus gigi untuk tidur. Waktu kumur, kulit bibir saya mula tanggal sedikit demi sedikit setelah digosok menggunakan tangan.
Alhamdulillah, yang berkeping pun dah mula nak tanggal. Rupa-rupanya penawar ada depan mata.
Bila semua kulit yang rosak tanggal sehari dua kemudian, saya teruskan pemakaian Neutrogena tersebut. Kulit saya mula merekah semula. Dah kenapa pulak? Bukan ke Neutrogena ni yang merawat kau, bibir? Yang kau nak merekah lagi ni kenapa?
Circle bermula semula. Bibir merekah, kering dan keras kulitnya. Saya rawat dengan Neutrogena jugak. Cuma bezanya, setelah kulit yang rosak tanggal, saya hentikan pemakaian Neutrogena. Saya gantikan dengan lip butter dari Nivia. Alhamdulillah, sampai hari ni saya masih pakai lip butter tersebut dan kulit bibir saya lembut dan licin. Ianya lebih elok dari sebelum sakit dulu. Saya juga mula menjaga bibir dan kulit dengan meminum air putih yang banyak setiap hari. Antara bahan yang terkandung dalam lip butter Nivia ni ialah shea butter yang memang bagus untuk menjaga kelembapan bibir.
Benarlah janji Allah. Dia menjadikan sesuatu itu tanpa sia-sia. Pasti ada hikmah di sebaliknya. Kalau dulu bibir saya sentiasa kering dan merekah manja, sekarang Alhamdulillah, tiada lagi masalah tersebut. Allah buat macam tu supaya saya jaga dan hargai nikmat kurnianNya.
Terima kasih Neutrogena dan Nivia.
Sekarang saya faham, Neutrogena untuk membersihkan atau menanggalkan kulit bermasalah. Nivia pula merawat dan menjaga kelembapan bibir saya. Harus diingat, lain orang, lain keserasiannya. Kita sendirilah yang kena cuba dan jaya. Hehehehe macam buat kerja Matematik pulak.
Subscribe to:
Posts (Atom)