SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Tuesday, May 26, 2009

Bertemu Dia...

Oh, ada lebih kurang lima jam lagi untuk bertemu dia. Petang nanti, pulang dari pejabat, aku tidak terus balik ke rumah. Destinasiku, KL Central, bertemu "dia". Pertemuan yang dirancang pada hari Khamis nanti, sebelum aku ke Sarawak dipercepatkan ke hari ini atas sebab-sebab tertentu. Hari Sabtu tak boleh, sebab masing-masing ada urusan yang perlu diselesaikan. Jadi, kalau tidak ada apa aral melintang, hari nilah. Semoga pertemuan hari ini membawa keriangan, Insya-Allah.

Monday, May 25, 2009

Rokok Dan Bahayanya: Sayangi Diri Anda Dan Orang-orang Yang Anda Sayangi

Pada mulanya, tembakau digunakan sebagai ubat dan dihisap menggunakan paip. Golongan pertama yang menghisap rokok adalah bangsa Eropah yang menghisap rokok pada pertengahan abad ke 16 apabila golongan pengembara dan para diplomat seperti Jean Nicot dari Perancis memperkenalkan rokok. Menurut sesetengah pendapat, nama nikotin iaitu salah satu bahan yang terdapat dalam rokok diambil sempena nama Jean Nicot.


Pada mulanya, mereka hanya mengunyah dan menghidu tembakau dan sebilangan daripada mereka menghisap tembakau tersebut menggunakan paip. Pada awal abad ke-19, Bangsa Eropah memperkenalkan pula cerut atau cigars. Manakala, rokok yang menggunakan tembakau sebagai bahan utamanya dikeluarkan pada akhir tahun 1880 menggunakan mesin pengeluar rokok moden dibawah tajaan baron tembakau yang terkenal iaitu James Buchanan "Buke" Duke.


Rokok amat memudaratkan kesihatan manusia, menurut Imam Malik, Al-hakim, Baihaqi dan Ibnu Majah, Nabi Muhammad bersabda: " Tidak diizinkan melakukan sesuatu yang memudaratkan dan tidak boleh membalas dengan kemudaratan".


Ahmad dan Abu daud, ummu salamah berkata:"Rasulullah melarang daripada mengambil setiap bahan yang memabukkan (mukhsir) dan yang melemahkan badan (muftir).


Rokok mengandungi minyak tar yang digunakan untuk membuat jalan raya. tar ini dihasilkan melalui proses penyulingan berperingkat petroleum. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Program Pencegahan dan Pengawalan Tembakau (Tobacco Prevention and Control Program) dari Jabatan Kesihatan Utah, menghisap sebatang rokok sahaja bermakna si perokok memasukkan tar ke dalam paru-paru. Apabila perokok menghisap sekotak rokok setiap hari selama setahun, sebanyak 0.25 gallon tar dimasukkan ke dalam paru-parunya. Rokok tidak hanya mengandungi tar malah ia juga mengandungi 4000 bahan kimia toksik yang lain dan 37 daripadanya dikenal pasti sebagai bahan penyebab kanser, antara kimia berbahaya tersebut ialah:


1. Acetone - Bahan untuk menanggalkan pengilat kuku

2. Acetic acid - cuka

3. Ammonia - Bahan pencuci tandas

4. Arsenic - Racun

5. Butane - Cecair alat pemetik api

6. Cadmium - Bateri

7. Carbon Monoxide - Asap dari ekzos kereta

8. DDT/Dieldrin - Alat pembunuh pepijat

9. Ethanol - Arak

10. Formaldehyde - bahan pengawet katak mati.


Menurut kertas kerja bertajuk Hikmah Puasa Dan Qiyam Ramadhan menurut perspektif ISSlam dan sains yang dibentangkan oleh Dr Abu Bakar Majid, didapati 70% dari perokok telah mencuba beberapa kali untuk berhenti merokok dan 40% dari perokok mencuba berhenti merokok setiap tahun. Nikotin telah dikenal pasti sebagai agen yang menyebabkan ketagihan yang terdapat dalam asap rokok. Perokok mengalami kesukaran berhenti merokok kerana tubuh mereka sudah sebati dengan dadah nikotin dimana jika mereka tidak mengambil dadah ini dalam masa 2 hingga 4 jam mereka akan berasa gian.


Dalam bulan ramadhan seorang perokok tegar boleh berhenti merokok bermula dari sahur hingga masa berbuka dimana jumlah masa lebih kurang 12 jam. Ilmu sains tidak dapat menjawab persoalan ini, kerana mengikut keadaan biasa setelah dadah nikotin dalam darah menurun beberapa jam, otak akan memberi arahan supaya nikotin ditambah. Keadaan seperti ini tidak berlaku dalam bulan-bulan yang lain kerana secara purata perokok akan menghisap rokok dalam masa selang 4 jam.


Peringatan: Merokok telah difatwakan haram oleh ulamak seluruh dunia seperti Syeikh Ahmad As-Ssanhuri al-Bahuti dan Syeikh Ibrahim al-Liqani dari mesir, Syeikh Abdul Ghaith al-Maliki dari moroko, Syeikh Najmuddin bin Badruddin dari Syria, Syeikh Ibrahim Bin Jamaan dari Yaman dan ramai lagi.



Sumber:

1. SainTis.blogspot.com

2. Perubatan Islam& Bukti Sains Moden. Dr Danial Zainal Abidin.

Samurai, Kucing Dan Tikus

Tersebutlah kisah seorang samurai yang berhadapan dengan masalah seekor tikus yang amat licik di rumahnya. Tidak tahan dengan kerenah sang tikus, maka pergilah samurai ke pekan dengan hasrat membeli seekor kucing. Penjual kucing menjual seekor kucing yang menurutnya mampu menangkap sang tikus, dan kucing tersebut tampak gagah.


Namun, setelah dibawa pulang, nyata sang tikus lebih licik dari kucing. Seminggu berlalu tanpa hasil memberangsangkan. samurai tersebut memulangkan kucing kepada penjual kucing. Lanta penjual kucing mengeluarkan seekor kucing yang besar, tangkas dan garang, sambil memberi jaminan penuh bahawa tidak ada seekor tikus pun yang akan dapat lepas darinya. Setelah dibawa pulang, nyata kucing baru ini sangat tangkas. Namun sang tikus yang cerdik tahu bahawa kucing baru ini bukan tandingannya, maka sepanjang waktu kucing berjaga, sang tikus berdiam diri di lubangnya. Setelah kucing tidur, maka keluarlah sang tikus melakukan kerjanya seperti biasa. Separuh hari sang tikus bersembunyi, separuh lagi habis rumah samurai diporak-perandakan. Samurai akhirnya memulangkan kucing kepada penjual kucing. Sambil menggelengkan kepalanya, penjual kucing memberitahu kepada samurai bahawa dia telah memberi kucing yang terbaik kepadanya, dan tidak ada apa lagi yang dia dapat lakukan untuk membantu samurai. Dengan perasaan kecewa samurai berjalan pulang sambil memikirkan nasibnya yang dihantui masalah tikus.

Dalam perjalanan pulang, samurai bertemu dengan seorang sami dan meluahkan masalahnya kepada sami tersebut. Sami yang kasihankan samurai menawarkan khidmat seekor kucing yang ada di kuilnya. Kucing tersebut amatlah tua dan gemuk, dan langsung tidak menyedari samurai datang mengambilnya dari kuil dan membawanya ke rumah. Selama dua minggu di rumah samurai, kucing tua dan gemuk tersebut tidak bergerak. Ia tidur sepanjang hari dan sepanjang malam sambil menunggu makanan diletakkan di hadapannya.


Samurai ingin memulangkan kucing yang tidak berguna ini kepada sami, namun sami meminta agar samurai tetap menyimpan kucing tua itu kerana tidak lama lagi masalah tikus akan selesai.

Sang tikus pula telah biasa dengan kehadiran kucing tua gemuk yang pemalas tersebut. Sang tikus tidak perlu lagi takut dan risau, malah kadangkala berani pula ia bermain-main dan menari-nari di sekeliling kucing tua yang kuat tidur itu. Akhirnya, pada suatu hari, tatkala sang tikus berada terlalu hampir dengan kucing tua tersebut, “pow!” dengan sekali tamparan pantas dari kucing tua tersebut matilah sang tikus serta-merta di tempat kejadian.

Kadangkala, apabila berhadapan dengan musuh yang lebih superior, jangan terus berdepan dengannya. Sebaliknya tunjuklah kelemahan kita agar musuh kita lalai dan leka. Apabila mereka merendah-rendahkan kita, mereka akan banyak melakukan kesilapan. Tatkala masa yang tepat tiba, gunakan segala kekuatan. Dengan sekali pukulan sahaja nescaya mereka akan tersungkur. Kesabaran itu tinggi nilainya. Hanya mereka yang bijak memahami kekuatan yang terlindung di sebalik kesabaran.


Semoga para pembaca mendapat iktibar dari artikal di atas.

Sumber: Serinegara.blogspot.com

Wednesday, May 20, 2009

Demam Tender Berakhir

Setelah tiga hari bertungkus-lumus menyiapkan kertas kerja bagi merebut tender, maka berakhirlah sudah demam tender. Yang tinggal, hanya selsema yang aku alami sejak hari Ahad yang lalu. Hari ini, aku tenang di pejabat hanya perlu memikirkan konsep program berteraskan Satu Malaysia yang boleh disiarkan dalam Bahasa Cina. Sebenarnya kertas kerja telahpun siap, tapi pihak berkenaan mahu menggunakan Bahasa Cina sebagai bahasa penghantar siaran. Nampaknya, kertas kerja perlu diubah. Dan sekarang... Aku sedang pening kepala untuk menukar bahan rancangan agar berkonsepkan "satu Malaysia" meskipun ia berbahasa Cina. Agak sukar untuk merangka satu rancangan yang berkonsepkan "satu Malaysia" menggunakan Bahasa Cina. Rasanya... Kalau menggunakan Bahasa Melayu pun tidak mengapa kerana Bahasa Melayu kan bahasa kebangsaan. Jika rancangan disiarkan dalam Bahasa Inggeris pun tidak mengapa kerana ia bahasa antarabangsa dan ramai orang boleh bertutur dalam Bahasa Cina. Lagipun, kalau Bahasa Inggeris digunakan, rancangan ini berpotensi tinggi untuk mempromosikan budaya Malaysia yang pelbagai di peringkat yang lebih tinggi. Rancangan tersebut bukan saja boleh disiarkan dalam negara, malah boleh dipasarkan di peringkat antarabangsa seperti beberapa rancangan keluaran syarikat sebelum ini. Hmmm... Tak apalah. Ini satu cabaran. Aku akan cuba yang terbaik.

Monday, May 11, 2009

Rumah Pusaka, Tinggalan Turun-temurun III

Mama memberitahuku yang mami (nenek) telah berbincang dengannya tentang penukaran nama terhadap tanah dan rumah yang didiaminya. Setelah memikirkannya beberapa hari, mama membuat keputusan agar tanah dan rumah tersebut diwasiatkan kepadaku. Mama meminta pendapatku. Seperti yang telahku katakan, aku menurut keputusan mereka. Jadi, mama akan memberitahu mummy tentang keputusannya. Nampaknya... Aku harus pulang untuk menyelesaikan hal ini.

Aku gembira untuk pulang. Tapi... Mama tak ada, bercuti ke Perancis sambil melawat angah di sana. Nampaknya... Tak dapatlah makan ikan goreng mama balik kali ni. Tak apa, sebelum berangkat ke Perancis, mama akan menginap di rumahku. Dapatlah juga makan ikan goreng mama. :)

Thursday, May 7, 2009

Ikan Goreng Mama

Aku terfikir untuk menyingkap rahsia air tangan ibu dan isteri. Selama 26 tahun aku hidup dalam dunia ni... Bermacam makanan dan masakan telahku nikmati. Ada yang sedap, ada juga yang kurang menyenangkan. Tapi... Walau ke mana pun ku pergi dan masakan sehebat mana pun yang aku makan... Tidak sama dengan masakan mama.

Tidak dapat dinafikan yang mama kurang kreatif dalam soal-soal memasak. Tapi... Mungkin itulah kelebihan yang Allah berikan kepada mama. Makanan yang paling aku suka yang mama masak ialah ikan goreng.

"Ikan goreng?" Tentu pelik kan? Pasti ramai yang mentertawakan aku bila aku katakan, ikan goreng adalah masakan mama yang paling aku suka. Ya, ikan goreng. Simplekan? Semua orang tahu masak ikan goreng. Tapi... Ikan goreng mama tiada tandingannya di dunia ni. Bukan aku tak pernah makan di hotel-hotel mewah atau kedai-kedai makan ternama seperti Secret Recipy. Menu yang mereka hidangkan memang sedap. Aku akui, yang aku bukanlah seorang penggemar ikan lebih-lebih lagi ikan berkuah yang dimasak tanpa digoreng terlebih dahulu. Tapi bila sebut saja ikan goreng mama, aku pasti berselera untuk makan biarlah hanya ikan saja yang menjadi laukku pada ketika itu. Aku tertanya sendiri, apa bezanya ikan goreng mama dengan ikan goreng orang lain? Cara memasaknya sama saja. Tapi ikan goreng mama tetap the best yang pernah aku makan.

Mummy (nenek), memang pandai masak. Peliknya, ikan goreng mummy pun tak sesedap ikan goreng mama. Tentu ada rahsiakan di sebalik air tangan ibu yang membuatkan masakannya enak meskipun hanya seekor ikan goreng.

Dah lama aku tak balik. Harap-harap, aku diberi kesempatan oleh Allah buat ke sekian kalinya untuk makan ikan goreng mama. Mama, Along rindu ikan goreng mama. Nanti Along balik, Along nak makan ikan goreng yang mama masak banyak-banyak.

Selamat hari ibu mama. Biarpun kita jauh, namun kasih antara kita tetap kemas terjalin.

Terima kasih mama kerana berjaya membuatkan Along suka makan ikan meskipun hanya dengan ikan goreng.

P/S: kepada sesiapa yang tinggal sekitar Kuala Lumpur atau berhampiran Kuala Lumpur dan berminat untuk membeli barangan CNI dan Nutrimetics, sila tinggalkan pesan di ruangan komen. Tinggalkan sekali nombor untuk dihubungi bagi memudahkan urusan penghantaran.

Tuesday, May 5, 2009

Ju Dou, Cerminan Masyarakat China Silam

Tention aku! Entah macam mana boleh terpadam entri ni pun aku tak tahu. Aku merasakan entri ni amat penting dan dapat membantu student filem, maka aku postkan kembali.

Seperti pada post sebelum ini, biar aku gunakan Bahasa Melayu kerana rujukan untuk subjek perfileman terlalu kurang dalam bahasa kita. Entri ni, assignment masa aku belajar kat UiTM dulu.

Kepada student: Jangan copy paste, untuk rujukan sahaja. Quotationnya pun dah banyak yang tiada. Kalau tiru pun, mesti tak dapat markah tinggi.

Choose one of the film screens of the course and discuss it buy emphasizing on its representation of gender. U are required to apply and discuss Laura Mulbeys theory and discuss in her esay visual pleasure and nerative cinema 1975

Pengenalan

Seperti yang telah kita sedia maklum, filem merupakan satu medium seni yang mencerminkan rialiti sebagaimana yang dikatakan filem itu sebagai jendela dunia. Menerusi filem, para penonton melihat atau memperoleh maklumat tentang sesuatu budaya, bangsa, agama mahupun Negara. Hal ini selaras dengan fungsi media yang bertujuan untuk memberitahu, menghibur, mendidik serta memujuk. Oleh itu, filem adalah medium paling sesuai untuk menyebar maklumat.

Memandangkan filem sebagai refleksi rialiti maka, setiap filem itu merepresentasikan sesuatu. Antara elemen yang direpresentasikan termasuk gender, agama, budaya, seksualiti dan ketokohan. Bagi menyelesaikan kertas kerja ini, saya memilih filem Ju Dou iaitu salah satu daripada filem yang dipertontonkan dalam keperluan subjek untuk membincangkan representasi gender.

Kertas kerja ini bukan sahaja akan membincangkan representasi gender malah turut meliputi representasi seksualiti, kelas dan sosiobudaya yang merupakan elemen penting dalam representasi gender.

Definisi Representasi

Segala proses social yang berkait rapat antara pembaca atau penonton dengan teks disebut sebagai representasi. Ianya seperti sebuah jendela dunia yang menyalurkan pelbagai maklumat kepada penonton. Representasi dalam sebuah filem adalah paparan tanda atau set yang menggabungkan idea dan sikap dari pelbagai aspek dan bangsa.

Representasi Gender

Filem Ju Dou arahan Zhang Yi Mou yang ditayangkan pada tahun 1990 mendapat perhatian daripada penonton, pengkaji dan pengkritik filem. Menerusi filem ini, Zhang Yi Mou sekali lagi menjustifikasikan isu perkahwinan paksa antara seorang perempuan muda dan seorang lelaki tua. Dengan mengetengahkan isu tersebut, Zhang Yi Mou merepresentasikan gender patriarki.

Patriarki menurut Laur Mulviys ialah dominasi sesuatu kaum atau individu terhadap kaum atau individu lain yang bergantung kepadanya.. Patriarki dapat dilihat dengan jelas pada awal cerita yang dipaparkan menerusi watak Jinshan, suami Ju Dou. Perkahwinan paksa antara Ju Dou dan lelaki tua tersebut telah membuatkan Ju Dou didominasi oleh system patriarki.

Ju Dou dalam sin-sin awal memperlihatkan perwatakan wanita yang steorotype dengan digambarkan sebagai pasif, lemah, sentiasa berlinangan air mata serta tidak melawan meskipun dia mempunyai kemahuan dan kehendak yang perlu dipenuhi. Adegan-adegan kekerasan layanan Jinshan terhadap Ju Dou merupakan bukti kelemahan Ju Dou dan ianya disokong dengan tindakan Ju Dou yang mendiamkan diri serta menerima apa saja yang dilakukan Jinshan terhadapnya.

Sistem patriarki ini sebenarnya bertitiktolak daripada system masyarakat China pada ketika itu seperti yang telah kita ketahui pembikinan Ju Dou menggunakan latar masa 1920-an semasa pemerintahan komunis di tanah besar China. Zhang Yi Mou pada hakikatnya mengaplikasi system tersebut ke dalam filemnya sebagai kritikan terhadap kehidupan social masyarakatnya.

Sistem patriarki mempunyai perkaitan dengan system komunis yang didominasi oleh golongan lelaki sementara wanita perlu tunduk kepada kehendak lelaki. Jika diperhatikan, Zhang Yi Mou banyak menggunakan warna merah dalam filem ini. Sebenarnya, warna merah yang digunakan adalah simbolik kepada system pemerintahan komunis di mana merah itu merupakan warna kebangsaan bagi komunis. Hal ini demikian kerana, selain mengkritik sosiobudaya masyarakat China, Zhang Yi Mou turut mengkritik system politik China pada zaman pemerintahan komunis. Menerusi filem Ju Dou, hubungan Ju Dou pada dasarnya terjalin dalam bentuk segitiga iaitu hubungan Ju Dou sebagai isteri kepada Jinshan, hubungan Ju Dou dengan Tianqing sebagai anak saudara suaminya dan akhir sekali hubungan Ju Dou dengan Tianqing yang dijalinkan secara sulit. Jinshan dilambangkan sebagai patriarki manakala, Tianqing diletakkan sebagai watak maskulin.

Representasi Seksualiti

Apabila membincangkan soal representasi gender, skop perbincngan turut mencakupi perspektif seksualiti. Menurut (Kantorates 1997), watak Ju Dou yang dipaparkan adalah berlawanan dengan perwatakan wanita China pada era 1920-an. J Dou dijustifikasikan sebagai suatu pelanggaran budaya masyarakat China. Ianya disebabkan dua alas an. Pertama, Ju Dou yang merupakan isteri kepada Jinshan tidak menghormati suami seperti kebiasaan yang dilakukan oleh wanita China ketika itu contohnya, Ju Dou seringkali mengatakan “lao bu xi” yang bermaksud, suaminya telah tua tetapi tidak meninggal dunia. Kedua, sebagai ibu saudara kepada Tianqing, Ju Dou seharusnya dihormati oleh Tianqing namun sebaliknya, Ju Dou menggoda dan menjalinkan hubungan sulit bersama pemuda tersebut.

Representasi seksualiti dalam filem ini dapat dilihat pada babak awal seperti babak di mana Jinshan melakukan seks ganas terhadap Ju Dou kerana inginkan anak lelaki. Ini jelas dipaparkan menerusi sin Jinshan melakukan hubungan dengan meletakkan papan di atas tubuh isterinya. (Cui Shuqin 1997) mengatakan adegan ini merupakan bukti system patriarki turut diaplikasikan dalam representasi seksualiti. Dalam sin tersebut, penonton melihat Ju Dou hanya membiarkan dirinya diperlakukan seperti haiwan tanpa membantah sinonim dengan perwatakan wanita yang selalu dianggap lemah oleh lelaki serta alat pemuas nafsu. Sungguhpun Jinshan memberi perlambangan kepada system patriarki namun, Tianqing disimbolkan sebagai watak maskulin yang lahir daripada dorongan Ju Dou.

Menurutnya lagi, Ju Dou mengalami transformasi watak iaitu dari seorang wanita lemah, Ju Dou pada pertengahan cerita menjadi symbol erotik kepada lelaki iaitu Tianqing. Ini dibuktikan dengan sin sewaktu Tianqing menjamu selera dan Ju Dou datag kepadanya dalam keadaan menggoda. Pada awalnya kita lihat Tianqing cuba menepis godaan tersebut tetapi dengan kebijaksanaan dan kelembutan yang dimiliki Ju Dou, akhirnya Tianqing tewas. Sin ini adalah titiktolak kepada hubungan antara Tianqing dan Ju Dou seterusnya Ju Dou dilambangkan sebagai pelanggaran budaya masyarakat China era tersebut sebagaimana yang dijelaskan (Paul G. Pickowicz 2000). Bermula dari sin ini, Ju Dou didapati begitu lemah kerana sentiasa meminta-minta dari lelaki untuk memuaskan kehendaknya malah, seks menjadi keperluan harian baginya.

Isu seksualiti yang direpresentasikan melalui Ju Dou juga berkait rapat dengan male gaze iaitu pandangan lelaki. Melalui analisa yang telah dibuat, Zhang Yi Mou banyak menggunakan teknik berbentuk point-of-view shot Tianqing. Male gaze ini pula bersangkutan dengan female sexuality.

Setelah membuat penelitian ke atas filem Ju Dou, saya mendapati tulisan Laura Mulveys dalam eseinya bertajuk Visual Pleasure bertepatan dengan representasi seksualiti yang ditonjolkan meskipun Ju Dou bukan filem keluaran barat. Laura Mulveys berpendapat keaktifan lelaki melihat melahirkan rasa ingin tahu yang meluap-luap sedangkan perempuan pula merupakan objek pasif kepada penglihatan tersebut. Pandangan aktif dari lelaki tersebut mendominasi neratif dan perempuan yang menjadi objek sekaligus menimbulkan kesan voyeurism di kalangan penonton apabila penonton turut merasai apa yang dirasa oleh subjek.

Dalam konteks filem Ju Dou, Ju Dou merupakan objek sementara Tianqing pula subjek. Dalam sin Tianqing mengintai Ju Dou sewaktu Ju Dou melakukan kerja misalnya, pergerakan kamera memainkan peranan penting terhadap penonton sehingga ia menimbulkan rasa ingin tahu yang melonjak-lonjak di kalangan penonton. Sin ini bersesuaian dengan teori Laura Mulvey yang mengaitkan antara pengarah, pelakon protagonist (Tianqing) dan penonton. Pada sin tersebut penonton mengetahui bahawa Tianqing mengintai Ju Dou yang sedang menyelesaikan tugasnya. Objek dan segala perlakuan objek dilihat oleh penonton melalui lensa kamera yang mewakili Tianqing. Dengan demikian, perbuatan mengintai itu seolah-olah dilakukan sendiri oleh penonton. Ianya dibantu dengan pergerakan kamera untuk mewujudkan perasaan tersebut dalam diri penonton.

Zhang Yi Mou menggunakan point-of-view shot bagi menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dalam hubungan Tianqing sebagai subjek dan Ju Dou selaku objek yang dilihat subjek. Zhang Yi Mou memulakan adegan tersebut dengan membuat close-up pada mata kaldai kemudian kamera beralih mengestablish Tianqing yang sedang mengintai. Seterusnya, kamera membuat medium shot terhadap belakang tubuh Ju Dou bagi memberitahu bahawa Tianqing dan penonton melihat Ju Dou dari belakang. Pandangan ini adalah point-of-view bagi Tianqing. Setelah itu, kaldai kelihatan tiba-tiba bergerak kuat dan berhenti manakala Tianqing pula kelihatan berdebar-debar dan diam. Zhang Yi Mou seterusnya memberikan low-key lighting dan enclosed framing terhadap bahagian belakang tubuh Ju Dou dalam satu blocking dan kelihatan juga bayang-bayang Ju Dou di situ. Keadaan ini menampakkan sekali lagi sesuatu yang tidak kena berlaku antara subjek dan objek yang dikesan melalui jarak menerusi perbezaan shot, camera angles dan high-key lighting effects. Pengambilan extreme long shot diikuti medium shot seterusnya close-up merupakan jarak antara dua watak. Apabila low camera angle melambangkan jarak, high-key lighting pula memperlihatkan perwatakan objek manakala close-up pada Tianqing di comer of the foreground di sebalik papan. Tianqing melihat Ju Dou iaitu objek yang memaparkan point-of-view shot. Shot pertama merupakan long shot dan low-angle shot yang digabungkan bersama extreme high-key lighting. Ju Dou menggantung pakaian ditunjukkan melalui long shot yang menampakkan Ju Dou berjauhan daripada background frame. High-key lighting turut menempatkan Ju Dou dalam circle of lighting dan ditonjolkan secara berlebihan (overexposed). Setelah itu, low angle medium shot menggantikan long, low-angle shot di mana Ju Dou menjemur kain ketika panas.

Voyeurism sebenarnya suatu teknik yang membawa lelaki kepada fantasi seksualiti. Sebagai contoh, adegan Tianqing mengintai Ju Dou yang ingin mandi. Visual Ju Dou yang dilihat pada lensa kamera adalah wakil bagi penglihatan Tianqing. Dengan itu, penonton merasa bahawa diri mereka itu adalah pengintai Ju Dou. Close-up kamera pada tubuh Ju Dou membangkitkan rasa ingin dan ingin lihat apa yang bakal berlaku seterusnya di kalangan penonton. Ianya dibantu dengan keadaan gelap pawagam yang mendorong penonton terus terbawa dalam khayalan mereka sepertimana yang dirasai Tianqing. Dengan demikian, penonton tertanya-tanya apa yang akan dilihat seterusnya dan berharap agar Ju Dou terus membuka pakaiannya.

Manakala Ju Dou pada ketika itu seolah-olah sengaja mempermain-mainkan perasaan Tianqing dan penonton. Hal ini bersesuaian apabila ia dikatakan symbol erotik yang menyebabkan Tianqing terus diangkat sebagai maskuliniti.

Oleh yang demikian, representasi gender tidak boleh dipisahkan dengan representasi seksualiti kerana ianya saling berkait bagi merepresentasikan sesuatu gender. Filem Ju Dou, penonton mengetahui apa yang direpresentasikan dengan membaca isu seksualiti pada teks.

Representasi Kelas Dan Budaya

Kelas merupakan perbandingan taraf hidup antara seorang individu dengan individu lain. Kelas terbahagi kepada tiga iaitu, kelas atasan, kelas pertengahan dan kelas bawahan. Dalam sosiobudaya masyarakat China, kelas atasan merupakan individu yang mempunyai kuasa dan harta yang menguasai kelas bawahan.

Representasi kelas menerusi filem Ju Dou dikesan sedari awal permulaan cerita apabila Ju Dou berkahwin dengan Jinshan kerana ingin menjelaskan hutang keluarganya. Hal ini memberitahu penonton bahawa Jinshan adalah dari golongan atasan yang mempunyai harta sedangkan Ju Dou termasuk dalam golongan kelas bawahan yang menjalani kehidupan yang susah sehingga terpaksa berhutang dengan individu dari kelas atasan untuk menyara hidup. Lantaran daripada kemiskinan yang menghimpit, perkahwinan adalah jalan terbaik untuk menjelaskan segala hutang. Perkara ini adalah perkara yang benar-benar terjadi di Negara China pada suatu ketika dahulu. Oleh kerana terhutang budi, Ju Dou hanya membiarkan dirinya diperlakukan sewenang-wenangnya oleh Jinshan suaminya meskipun perlakuan Jinshan menyiksa dirinya.

Demikian juga halnya dengan Tianqing. Selain Ju Dou, Tianqing juga tergolong dalam golongan bawahan. Tianqing diambil bekerja oleh Jinshan dan dia sanggup bekerja di perusahaan kain Jinshan kerana ingin membalas budi Jinshan. Jika diperhatikan, Tianqing juga sama seperti Ju Dou. Dia tidak melawan atau cuba mempertahankan Ju Dou walaupun dia menyayangi Ju Dou dan perbuatan Jinshan terhadap Ju Dou tidak berperikemanusiaan. Ini melambangkan ketaatan Tianqing terhadap majikan dan golongan atasan biarpun hatinya sedih dan marah atas apa yang berlaku.

Perbuatan Jinshan yang memaksa isterinya melahirkan anak lelaki merupakan tanda representasi budaya China kerana orang China sememangnya menganggap anak lelaki itu penting bagi menyambung warisan keluarga secara turun-temurun.

Selain daripada itu, upacara pemberian nama terhadap anak yang dilahirkan Ju Dou mencerminkan istiadat yang dilakukan masyarakat China apabila menerima anak lelaki. Pada upacara tersebut, seluruh kaum keluarga berhimpun dan ahli-ahli agama dijemput untuk menyempurnakan upacara pemilihan nama. Nama yang dipilih adalah nama-nama yang baik yang dirujuk dalam kitab agama mereka.

Kepentingan anak lelaki dalam budaya masyarakat China dipaparkan dalam sin majlis sambutan harijadi Tianbai (anak kepada Ju Dou) yang diadakan secara besar-besaran. Sedangkan kedudukan wanita dalam masyarakat China digambarkan sebagai terbatas pergerakan dan aktivitinya. Melalui filem ini, penonton mendapati bahawa dunia Ju Dou yang mewakili ribuan wanita China hanyalah di rumah. Apabila diperhatikan, Ju Dou bertemu atau bergaul dengan masyarakat hanya pada upacara tertentu seperti majlis sambutan hari lahir anaknya.

Ketika Ju Dou berubah menjadi symbol erotik dalam filem ini, Jinshan tiada di rumah. Ini menunjukkan betapa Ju Dou atau wanita China amat terikat kepada system patriarki yang diamalkan ketika itu. Ju Dou tidak berani melawan secara terang-terangan melainkan setelah Jinshan lumpuh. Perbuatan

Perbuatan Ju Dou menjalinkan hubungan dengan Tianqing dilihat sebagai jalan untuknya mengecapi kebahagiaan yang diidamnya. Perbuatan ini juga didapati salah satu cara bagi Ju Dou untuk melanggar budaya iaitu menentang system patriarki yang digunapakai pada zaman tersebut. Secara kasarnya, Ju Dou dilihat berjaya menentang system tersebut. Namun, apabila diperhalusi, Ju Dou sebenarnya tidak mampu atau lebih tepat tidak berjaya keluar daripada system yang menjadi amalan masyarakatnya. Kenyataan ini disokong oleh (Mary Ann Farquhar 1993).

Jelasnya, antara tanda Ju Dou gagal melanggar system patriarki adalah: Pertama, Ju Dou masih seperti wanita lain yang tidak boleh berkahwin setelah kematian suami. Setelah membuat pemerhatian, Ju Dou didapati terus menjalinkan hubungan dengan Tianqing dan terus menjalani hubungan tersebut seperti hari-hari sebelum kematian suaminya. Ju Dou tidak memaklumkan kepada umum akan hubungannya dengan Tianqing malah, Tianqing tinggal berasingan dengan Ju Dou sepertimana kelaziman yang dilakukan masyarakat China. Perhubungan masih dijalinkan secara sulit.

Kedua, pada hari kematian Jinshan, Ju Dou dan Tianqing sama-sama turut melakukan upacara menangis sebanyak 49 kali bagi menunjukkan kesedihan atas pemergian Jinshan. Upacara ini sememangnya dilakukan sejak zaman-berzaman. Pada masa kini, pemberian upah kepada orang adalah jalan alternative untuk menyatakan kesedihan buat si mati.

Sebagaimana telah tercatat dalam sejarah China, pemberontakan berlaku dalam usaha menegakkan kebenaran serta menghapus penindasan terhadap kelas bawahan dan wanita. Lantaran daripada itu, Tianbai telah diangkat oleh Zhang Yi Mou sebagai watak yang mewakili ribuan penduduk China yang melakukan pemberontakan terhadap kekejaman di tanah besar tersebut. Sikap Tianbai yang tidak menyenangi kelakuan ibu dan bapanya adalah tanda protes terhadap perlakuan buruk di mana ketika protes dilancarkan, Jinshan telah lumpuh dan tidak dapat berbuat apa bagi menghalang atau melawan segala perbuatan Ju Dou dan Tianqing. Pemberontakan dilakukan terhadap Ju Dou dan Tianqing yang senantiasa berkelakuan sumbang, mengabaikan kehadirannya sebagai anak dan menyakiti hati Jinshan. Pada akhir cerita, penonton melihat bagaimana tekadnya Tianbai membunuh bapanya, Tianqing bagi mengakhiri penderitaan jiwanya sekaligus menamatkan kuasa yang membelenggu dirinya.


Kesimpulan

Filem Ju Dou merupakan sebuah filem yang berjaya merepresentasikan isu gender serta mengaitkannya dengan representasi seksualiti dan kelas serta budaya.

Melalui analisa yang telah dilakukan terhadap filem ini, kejayaan representasi dalam sesebuah filem tidak hanya bergantung kepada isu yang diangkat malah, pergerakan kamera turut memainkan peranan penting bagi memastikan kejayaan sesuatu representasi yang ingin dipersembahkan kepada penonton.



p/s: Maaf Cikgu Zakaria, komen cikgu pun dah hilang bersama entri yang lepas.

Kepada pembaca, entri ini belum diedit. Nantilah, bila aku ada masa, aku akan edit artikal ni.