Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Showing posts with label Peribadi. Show all posts
Showing posts with label Peribadi. Show all posts
Sunday, April 29, 2018
Terpaksa Demi Mengelakkan Diri
Semalam, sebelum decide nak makan dengan Kak Nor, kami ingat nak makan di KL Sentral or NU Sentral.
Dah elok-elok nak makan di dua tempat ni tiba-tiba si Aishah tukar fikiran pulaaaakkkk nak makan kat Kedai Ina. Hadoi, saya tak nak turun Brickfields. Aishah kata dia malas nak jalan jauh.
Saya rasa tak sedap hati sebab mamat penjaga site tu duk call saya dari pagi walaupun saya tak jawab. OK, sebelum saya kata OK dengan kemahuan Aishah, saya saja call dan buat-buat tak kenal mamat tu.
Saya: En. Ada call saya ke tadi?
Mamat: Ya abang call Tinta.
Hayyyoooo... Abang pulak dah. Lantak kau la.
Mamat: Abang just nak bagi tahu yang abang dah sediakan assistant di tapak pembinaan sampai jam 11.00 malam.
Saya: Oh ye ke? Terima kasih.
Mamat: Tinta tak kerja ke hari ni? Ingat nak ajak minum.
Saya: Tak.
Mamat: Tinta kat rumah ke ni.
Saya: Kat luar. Hari ni ada ke wakil kontraktor kat site?
Dengan nada serius saya bertanya. Soalan saya sebenarnya, awak kat site ke?
Mamat: Abang kat site ni.
Oh my god!!! Aishah! Kau janganlah nak pedajal aku tanpa sengaja wei. Batalkanlah niat kau nak makan kat Brickfields tu. Aku tak sanggup nak jumpa mamat ni. Malas nak melayan. Kalau dulu mungkin bolehlah saya layan orang macam ni. Tapi sekarang tidak lagi. Kalau dulu saya sibuk nak jaga hati orang. Sampai akhirnya jatuh cinta. Sekarang saya dah malas. Saya harus tetap pendirian. Biarlah untuk kali ni saya jatuh cinta dengan orang yang ada ciri-ciri yang saya suka.
Dan izinkanlah Ya Allah untuk saya jatuh cinta dengan seseorang yang buatkan saya rasa selesa dengannya tanpa saya memujuk hati saya untuk menerimanya.
Dulu, masa baru-baru jumpa awak, walaupun saya tahu umur wak 20 tahun lebih tua dari saya, saya tetap layan awak dengan baik. Sebenarnya saya tak bersedia untuk couple dengan orang yang jauh sangat usia dari saya. Kalau setakat 10 tahun tu OK la. Tapi disebabkan awak baik saya cuba untuk terima dan akhirnya saya berjaya. Silap saya. Sebab saya tak tegas dengan pendirian saya. Akhirnya, saya dan cinta saya dicampak ke tepi.
Saya: OK la. Assalammualaikum.
Saya terus mematikan talian setelah mendapat jawapan yang saya inginkan.
Saya: Shah, kita makan kat KL Sentral la. Aku tak nak la pergi Brickfields.
Kak Nor: Ke makan kat bawah ni je.
Cepat-cepat saya menyambut.
Saya: OK gak. jom, Shah.
Aishah: Ada apa kat bawah tu?
Saya: Ala, macam Ina jugak.
Mujurlah Aishah setuju. Masa balik, kami ambil Grab. Saya minta Aishah book dengan letakkan add stop untuk drop me off at KL Sentral. Selamatlah saya untuk semalam.
Hari ni, mamat tu call lagi. Mujur masa tu saya sedang iron baju kat bilik menggosok sana. Saya perlu hentikan semua ni sebelum ianya berlarutan. Macam mana nak hentikan? Jangan layan.
Esok macam mana ya?
Sedari pagi lagi saya memikirkan hal ni.
Plan A:
Malam ni tidur awal dan bangun awal pagi esok. So keluar rumah paling lewat jam 7 pagi supaya sampai Brickfields sebelum pukul 8. Mamat tu masuk kerja jam 9. Bermakna, sebelum jam 9 dia dah ada di Brickfields. Lebih best kalau dapat keluar 6.30 or 6.45 pagi. Lebih selamatkan?
Plan B:
Kalau rasa duit banyak, kita naik Grab or teksi ke pejabat. Monorel tu lembap sekarang ni.
Plan C:
Kita naik monorel jelah. Biar lambat asal selamat.
Saya tak tahu kenapa. Dengan mamat tu hati saya rasa tak sedap. Saya rasa takut. Saya rasa semacam. Perasaan saya sukar untuk digambarkan. Kalau boleh tak nak jumpa dia. Mungkin sebab cara dia dan percakapan dia kot buat saya rasa tak selesa.
Ya Allah, selamatkan saya daripada lelaki yang mahu mengambil kesempatan ke atas saya dan yang mahu melukakan hati saya.
Amin...
Thursday, February 2, 2017
Dari Kaca Mata Seorang HR Manager
Ini HR Manager company lain, bukan HR kat office saya.
Perbualan yang lebih kurang berbunyi begini:
Saya: En. Mahathir pekakan pada sikap dan perasaan orang?
En. Mahathir: Hahaha saya dah lama jadi HR. Macam-macam orang yang saya handle.
(Lebih 2,000 orang tu dia handle dalam satu masa.
Saya: Kadang-kadang saya pelik. Saya tak cakappun En. Mahathir boleh tahu saya sedih atau something happen kat saya. Walaupun sekadar saya tak balas Whatsapp dan jawab call En. Mahathir. Tak perlu jumpapun.
En. Mahathir: Pengalaman semua tu, Tinta. Lagipun, saya ni HR, pemerhatian saya kena tajam. So, saya dapat baca Tinta macam mana orangnya.
Saya: OK, masa mula-mula En. Mahathir deal dengan saya, apa yang En. Mahathir boleh rumuskan tentang saya?
En. Mahathir: Awak seorang yang bijak, cekap dalam kerja, tegas, takkan senang-senang boleh ubah pendirian. Tapi low profile. Baru-baru kenal Nampak biasa-biasa je. Tak banyak cakap. Banyak diam, dengar dan memerhati. Awak akan bercakap bila tiba masa yang sesuai dan bercakap ketika perlu sahaja. Tapi kalau awak ada facts, habislah orang yang deal dengan awak tu. Sebab awak akan cakap direct dan tegas. Kalau boleh awak kata boleh, kalau tak, awak cakap tak walaupun dengan orang yang baik dengan awak. Tapi hati awak lembut dan awak sebenarnya lemah-lembut dan tahu menghormati orang. Haaa... Lagi satu manja dan berani. Dan saya terkejut sebenarnya bila awak balas-balas cakap dalam group Whatsapp hari tu. Awak memang berani. Macam saya cakap tadi, bila awak ada fakta, awak akan tegas berbalas cakap atau mempertahankan sesuatu.
Hahaha... Macam tu ke saya? Tapi orang yang dah lama kenal sayapun tak faham saya sampai macam tu. Memang betullah agaknya HR ni tajam pemerhatiannya.
Orang yang dah lama kenal pulak, kalau tak dapat something daripada saya, mengata, cakap saya sombong, berlagak, bossy. Tulah manusia, macam mana nak maju kalau asyik nak dapat keistimewaan je bila berkawan dengan orang. Dan saya bukan jenis nak bagi keistimewaan walaupun kat orang yang baik dengan saya kalau tak boleh. Saya akan ikut SOP. Biarlah nak kata apapun. Tak nak kawan dengan sayapun, tak apa. Dah itu kerja saya, tanggungjawab saya. Nanti saya jugak yang nak kena soal dan menjawab. Jawab kat dunia boleh tipu-tipu, kalau kat sana nanti, siapa nak tolong saya?
Monday, January 30, 2012
IPhone 4S!!!
Dua hari lamanya aku mencari IPhone 4S berwarna putih akhirnya, Khamis lepas, aku berjaya memiliki 4S idamanku. Hari pertama, aku, Haida, Ali dan Suhaimi ke Celcom KLCC untuk membeli IPhone 4S. Hati dah berbunga-bunga riang. Maklumlah, nak beli sesuatu yang sering menjadi igauanku hehehehe. Tiba di sana, dah dia cakap, kalau nak beli kena register baru, tak boleh tukar nombor lama ke pakej IPhone. Ish, tak naklah macam tu! Aku nak nombor lama juga!!! Cancel!!!! Apa pulak macam ni? Aku dah call Celcom berkali-kali, dia kata tak ada masalah kalau nak tukar nombor yang sedia ada pada pakej IPhone kalau tak ada masalah dengan nombor tu. Aku dah siap cek sama ada nombor aku tu bermasalah ke tak. Semuanya "clear". Apa yang payahnya??? Mengadalah!!! Dia suruh aku pergi Mid-valley atau Pavilion pulak. Nanti yang kat sana pas aku kat tempat lain pulak. Susah betullah macam ni.
Esoknya, Rabu, aku, Haida dan Suhaimi ke Celcom Jln Semarak. Dah pulak dah!!! Kat sini tak ada stok warna putih! Tak nak!!! Aku nak juga yang warna putih!!! Nak beli benda mahal, mestilah beli yang betul-betul kita nak! Barulah puas hati! Cancel!!! Orang tu letak nama aku dalam "waiting list" dia. Ah, lambatlah macam ni! Aku dah tak boleh sabar ni.
Aku call Celcom, dia kata, memang stok putih banyak tempat yang "not available" yang ada cuma Pavilion dan Bangsar. Aku minta nak book tapi tak boleh. Tapi dia cakap kalau nak ambil petang ni, dia boleh tolong book kan. Aku nak ambil esok tapi dia cakap, dia tak boleh tolong. "at last", aku "decide" nak ambil petang ni. Tak berapa lama lepas tu, Celcom call aku balik. Dia tanya aku, boleh tak kalau aku pergi The Mall? Sebab dia book kan untuk aku di The Mall. Mestilah boleh. Kalau aku nakkan sesuatu kan aku mesti usaha sampai dapat. Biar puas hati. Aku kena ambil IPhone warna putih tu sebelum pukul 6.00 petang. The Mall tu cuma ada satu je lagi 4S warna putih. Aku janji dengan Iwan dan Kak Long agar mereka tunggu aku di sana. Terima kasih pada Iwan dan Kak Long kerana sudi membantu hehehe nak cepat punya fasal, aku ke sana terus dari office naik LRT ke The Mall. Iwan dan Kak Long Bariah naik kereta ke sana.
Malamnya, Kak Long dan Suhaimi sibuk tolong setkan apa yang patut. Maklumlah, aku ni kan budak baru belajar guna benda alah tu. Banyak benda yang tak tahu. Dan sekarang, aku sudah mula pandai menggunakannya. Tapi ada banyak lagi yang kena belajar :) Terima kasih kepada semua yang bersusah-payah tolong teman aku cari 4S ni.

Subscribe to:
Posts (Atom)