SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Monday, March 5, 2018

Perlukah Flos Dalam Penjagaan Gigi?

Sejak dah kena tiga kali rawatan akar gigi, saya semakin mengambil berat dan menghargai akan kesihatan gigi. Gigi adalah sesuatu yang amat penting dalam kehidupan harian. Satu elemen penjagaan yang tidak saya lakukan sebelum ni adalah flos gigi. Saya banyak mendengar cerita negative tentang flos gigi kononnya flos gigi akan mengakibatkan gigi kita renggang dan berlubang. Doktor pula menasihati saya agar sentiasa flos gigi terutamanya selepas makanan agar sisa makanan dikeluarkan segera sebelum mengundang bakteria perosak gigi. Saya mula membuat pembacaan tentang flos gigi dan bertanya kepada doctor, tidakkah flos akan menyebabkan gigi kita berlubang dan semakin menjauhi antara satu sama lain? Mengejutkan, doctor memberitahu saya flos tidak akan merenggangkan gigi sebaliknya, setiap individu perlu melakukan flos pada setiap hari terutamanya selepas menikmati makanan. Malah, flos membantu membersihkan gigi. Berus gigi tidak mampu membersihkan ruang antara gigi kerana gigi manusia sememangnya diciptakan mempunyai jarak antara satu sama lain. Ruang tersebut tidak mampu dicapai oleh berus gigi. "Doktor, gigi atas pun kena flos ke?" Tanya saya kepada Doktor Azizah sewaktu dalam perjalanan ke pejabat saya tempoh hari. "Ya, mesti," Jawab doctor bersungguh. "Habis flos tak boleh pun masuk kat celah gigi atas saya," Adu saya kepada doctor. "Gigi Tinta yang atas tu terlalu rapat." "Habis macam mana saya nak bersihkan dia?" Selepas menjalani scaling tahun lepas, gigi atas saya tetap rapat seperti dulu. "Beli interdental berus yang halus tu, yang orang pakai braces guna. Kalau rapat macam tu memang susah nak bersihkan. Berus tu boleh masuk celah gigi sebab dia halus." "Nanti tak besar ke jarak antara gigi saya?" "Taklah. Gigi kita ni kuat. Bukan senang bergerak," Saya pun mengamalkan flos. Ternyata, gigi yang kita rasa bersih dan tidak masuk makanan sebenarnya ada sisa makanan halus di celahnya yang kita tak rasa dia ada di celah gigi kita. Sisa inilah yang akan menyebabkan bakteria perosak gigi dan ia akan menjadi keras membentuk karang gigi. Akhirnya gigi akan rosak begitu juga dengan gusi. So, kepada kawan-kawan, jagalah kesihatan gigi anda kerana gigi yang kotor akan menyebabkan kerosakan serta nanah. Nanah ini sangat bahaya kerana menurut Doktor Azizah, pada muka kita terdapat ruangan kosong. Apabila bakteria telah merebak, ianya akan merebak ke jantung, paru-paru, leher, telinga, mata, hidung dan otak. Sebab tu sakit gigi kronik boleh menyebabkan sakit jantung dan lain-lain penyakit.

No comments: