SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Thursday, June 22, 2017

Baju Raya 2017

Assalammualaikum semua, Buat apa tu? Dah siap persiapan raya? Meh nak cerita fasaal baju raya ni. Tahun ni, dua orang teman saya shopping berasingan. Baju kebaya tu, beli secara tak sengaja. Laaa... Boleh gitu eh? Masa tu, saya dengan Kak Sha on the way balik kerja. Biasalah, NU Sentral kan banyak jualan raya. Kak Sha yang usha baju raya sebenarnya. Bila lalu kat gerai TUCZ, Kak Sha terpandangkan kebaya ni. Kak Sha bagi tahu saya sebab Kak Sha tahu saya suka pakai kebaya pendek. Hahaha... Terpengaruh dengan pramugari MAS. Lagipun, bila pakai kebaya pendek perasan cantik dan smart. Hahahahahahaha (ketawa guling-guling) Perasan tak? Perasan tak? Perasan tak saya? Suka hatilah kalau saya nak perasan pun, blog saya, diri saya. Korang boleh je kalau tak setuju. Nak ngata? Ngatalah. Tak heran pun. Kalau saya tak tulis macam ni pun memang ada yang segelintir tu suka ngata saya kan? Janji saya rasa happy. Biarlah apa orang nak kata. Blog lain tu, OK je tulis fasal diri sendiri. Kawan-kawan dia OK je komen. Pedulikan. Sebenarnya konsep kebaya ni memang konsep warna-warna mewah kot. Ada warna dark blue macam ni, kelabu, putih, krim, hijau dan pink. Pink tak naklah, dah biasa sangat dengan saya. Cuba cari warna lain pulak. Ada satu lagi warna dark blue tapi bunga gold. Kak Sha kata, bunganya sarat sangat. Tak cantik. Tak sesuai dengan saya. Material kain macam lace pun ada, nak kata bukan pun boleh. Dimewahkan lagi dengan perincian manik dan labuci beserta sulam biru terang sikit pada hujung tangan dan bawah baju. Kain pario, kena ikat sendiri kau. Tak pernah beli baju dapat kain cam ni. Mujurlah saya biasa pakai pario, tak adalah terkial-kial nak mengikatnya. Kainnya warna kelabu bunga biru gelap. Baju sahaja RM139.00 baju dan kain RM188.00. Beli jelah sepasang. Terima kasih kakak sales girl pegangkan baju untuk ambil gambar. Seperti yang dah dimaklumkan, En. Mahathir pulak teman saya ke Jakel pada Jumaat sebelum saya balik. Kalau dia yang pilih, semestinya kurung moden. Tak adalah tradisional bagai. Tahun ni, kurung moden di bawah jenama Scha Alyahya masih lagi memikat hati kami. Tapi baju Haniz Zalika dan Ayda Jebat pun ada jugak yang saya try. Baju biru gelap bercorak dan bermanik di lengan tu sebenarnya ada design terbuka kat lengan tu. Memandangkan ada kain lain sebagai alas, tak nampaklah kulit lengan saya nanti. Designnya tak Nampak sebab tertutup. Kalau masuk tangan baru Nampak designnya. Dua kali jugak saya try, dua-dua kali salah masuk tangan sebab confuse dengan design dia. Sampai En. Mahathir suruh saya balik praktis pakai baju ni. Hahahaha... Melampau dia kan? Harganya RM349.00. Satu lagi, kurung moden yang ada design kat depan tu macam peplum. Biru jugak tapi biru cair. Diserlahkan dengan manik juga. Yang ni harganya RM259.00. Manager Jakel bagi saya murah. En. Mahathir runding harga lagi. Biar manager bank berbincang dengan manager Jakel. Hanya manager je yang tahu bahasa manager. Kikiki... Kata manager Jakel, baju yang saya pilih ni berkualiti tinggi materialnya so tak boleh kurang banyak. Hahaha... Yang design koyak kat tangan tu, baju yang Scha Alyahya peragakan kat poster besar. Manalah nak dapat murah? Yang biru muda tu pun kainnya elok. Entah apa yang dia orang bincang, akhirnya, manager Jakel setuju untuk bagi saya RM400.00 untuk kedua-dua pasang tersebut. Masa nak bayar tu, dia happy hours tapi sayangnya, rak baju yang saya pilih ni tak termasuk dalam happy hours tersebut. Sales girl dia kali ni tak best macam sales girl yang dulu. Esok-esok saya cerita fasal tudung pulak ya. Terima kasih En. Mahathir dan Kak Sha sebab sudi temankan saya shopping. Siapa kata saya tak boleh shopping dan beli baju cantik-cantik bila kawan baik saya berpatah arang dari saya?Malah saya rasa, peluang makin terbuka luas buat saya kini. Terima kasih Allah atas semua ni. Dulu ada orang kata nak bagi saya pengajaran dengan membuang saya dan mengeji saya. Tiada pengajaran yang saya dapat melainkan, sahabat yang tulus ikhlas, sesekali takkan biarkan sahabatnya terkontang-kanting dalam kesusahan. Dan takkan pernah meninggalkan sahabatnya walau dalam keadaan apa sekalipun dan dengan alas an apa sekalipun. Insya-Allah, sahabat yang begitu Allah akan gantikan dengan sahabat yang benar-benar ikhlas terhadap kita. Maka saya redha dia pergi. Tak perlulah saya tangisi pemergiannya kerana mungkin Allah mengetahui apa yang terbaik buat saya. Saya yakin, Allah dah siapkan sahabat lain untuk bersama saya yang mampu menjadi penawar pada setiap kedukaan saya dan menemani saya tatkala saya gembira dan bahagia. Maka apa yang saya ada, saya akan kongsikan bersama mereka yang ada dengan saya. Terima kasih, Allah.


No comments: