SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Tuesday, February 7, 2017

Berita Malang Angah

Malam tadi, saya terima panggilan daripada mama. Mama memaklumkan kepada saya bahawa Angah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Cyber Jaya, berhampiran rumahnya dalam perjalanan ke tempat kerja. Alhamdulillah, Angah tidak apa-apa hanya keretanya rosak teruk. Saya hubungi Angah. Dia mengesahkan berita itu dan dia selamat. Kemalangan berlaku apabila Angah kembali memandu setelah berhenti di lampu isyarat. Sebuah kereta Satria tiba-tiba laju masuk ke laluannya. Angah tidak sempat mengelak dan terus melanggar Satria yang dipandu oleh lelaki India awal 20-an. Manakala Angah juga turut melanggar pembahagi jalan di sebelah kanan atas sebab cuba mengelak daripada melanggar. Tetapi, oleh kerana jarak yang terlalu dekat dan kelajuan tinggi Satria tersebut yang memakan jalan Angah di laluan paling kanan tidak mampu menyelamatkan keadaan. Kereta Satria berkenaan lebih teruk daripada kereta Mitsubishi Angah. Teruk tak terukpun, khabarnya 10 kerosakan dialami kereta Angah termasuk gearbox dan enjin. Keretanya tidak boleh bergerak. Sakitnya kereta. Kesian kereta tu, dahlah baru. Baru setahun lebih kot Angah pakai kereta tu. Lelaki India berkenaan mengaku bahawa semuanya salahnya. Lelaki tersebut mengalami luka ringan akibat daripada cermin keretanya yang pecah. Manakala Angah tidak mengalami sebarang luka. Cermin keretanya juga tiada yang pecah. Ya Allah, Selamatkanlah diriku, ibu bapaku, keluargaku serta sahabat-sahabatku daripada mala-petaka dunia dan akhirat. Amin...

No comments: