Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Saturday, May 31, 2014
Lady's World!!!
Minat aku pada business ni dah lama. Cuma tidak ada kekuatan dan keberanian nak memulakannya. Setakat berniaga suka-suka tu biasalah. Tapi mulai tahun ni, aku dah fikirkan semasak-masaknya. Kalau kita tak tolong diri kita, siapa lagi nak tolong kan? So, bermula dengan modal RM2,000.00 lebih, aku mula membeli kain dari Vietnam dan berniaga di pejabat dan kepada kawan-kawan.
Manusia, memang sentiasa rasa tak puas dan mesti nak untung lebihkan? Maka aku lebarkan perniagaan yang kecil ini sedikit dengan menjual barangan perempuan lain seperti purse, beg tangan, set pisau dan sebagainya. Kesemua barangan ni adalah barangan berkualiti tinggi dan didatangkan dari luar negara. Beg tangan AAA adalah beg tangan berjenama mahal yang benar-benar diperbuat daripada kulit bukan sekadar berjenama mahal.
Kali ni, aku serius nak berniaga dan nak tambah pendapatan. Ialah, untuk diri sendiri yang high taste lagi, kucing lagi, nak bayar PTPTN lagi. Tak lama lagi nak bayar rumah pulak. Haaa... Macam-macamlah. Gaji bukan banyakpun. Alhamdulillah, aku juga baru dapat part time work semalam. Harapnya, 2014 ni memberi sinar kepadaku. Betul kata orang, bukan senang nak senang. Masa, tenaga, keringat dan akal fikiran perlu digunakan semaksimum mungkin untuk berjaya. Ni baru nak penuhi keperluan sendiri ni. Belum lagi nak jadi kaya-raya. Sebenarnya, tanpa kita sedari, di sekeliling kita terlalu banyak peluang dan kita sentiasa mensia-siakannya. Nampaknya, bermula dari sekarang, fikiran, masa dan tenaga aku ni sentiasa diperlukan. Ya Allah, pimpinlah aku ke jalan yang benar dan diredhai.
Memandangkan aku punya target tertentu, maka perniagaan kecil dan baby ini perlu diatur strateginya agar tidak terbengkalai di tengah jalan. So, salah satu caranya, aku dahpun membina page di Facebook yang ku beri nama Lady's World. Tapi page ini masih lagi dalam pembinaan. Belum siap sepenuhnya. Bila dah siap nanti, aku akan war-warkan kepada semua. Oh ya, jualan kuih raya masih tetap berjalan seperti tahun-tahun yang sudah. Sampel kuih akan mula diedarkan minggu hadapan. So, sesiapa yang berminat, sila tinggalkan komen di sini. Kepada yang ada nombor tu, bolehlah call atau SMS.
Korang semua tolong doakan aku berjaya tau. Harapnya, ini merupakan titik permulaan yang akan terus melangkah ke hadapan tanpa kecundang.
Wednesday, April 16, 2014
Skrip Pengacara Majlis Dwibahasa
Aku tak pernah terfikir nak buat skrip dwibahasa Inggeris dan Melayu. Apa lagi kena mengacarakan majlis dalam dwibahasa macam ni. Tapi, ini suatu pengalaman baru dan menyeronokkan. Tapi berdebar jugalah. Sebab tulah aku bertungkus-lumus buat skrip ni sampai malam macam ni duk kat office tak balik lagi ni. Aku nak kalau boleh perfect. Biar siap awal so, esok, aku boleh minta tolong orang yang pakar dalam Bahasa Inggeris semak skrip aku ni. Macam manalah aku nak jadi pengacara Selasa nanti ya?
Sambungan: Cerita Dari Ho Chi Minh City (Part 2)
Bot terus membawa kami menikmati pemandangan indah di sepanjang Sungai Mekong sehingga tiba ke stesen pertama. (Tapi aturan stesen ni mungkin silap sebab pergipun dah 2 bulan kan, dah tak ingat).
Singgah melihat sarang lebah dan kami di bawah duduk minum madu lebah yang dicampur dengan minuman. Dihidangkan juga dengan aneka jenis kerepek. Kerepek paling aku suka, kerepek pisang dia. Memang terbaik. Lepas tu datanglah jurujual mempromosi madu lebah dan susu lebah atau disebut juga royal jelly. Madu lebah dalam botol mineral 500 ml berharga kalau tak silap RM70.00 manakala sebotol kecil Royal Jelly berharga RM15.00. Aku berkobar-kobar nak beli Royal Jelly tapi bila dengar harga macam tu tak jadi. Bukan tidak mementingkan kesihatan tapi takut nanti tak cukup duit nak shopping. Dahlah kat negara orang. Tiba-tiba dia bagi aku RM80.00 sebotol madu dan tiga botol Royal Jelly. Pucuk dicita ulam mendatanglah, terus jadi orang mengantuk disorongkan bantal. Tapi dalam hati tertanya-tanya, macam mana dia boleh bagi murah macam ni? Teng, teng, teng... Kerepekpun ada jula.
Kembara sungai kami diteruskan menuju stesen kedua. Sesampai di jeti kedua, kami dihidangkan dengan pelbagai buah-buahan seperti rambutan, epal, nenas dan paling menarik perhatian aku, Epal Susu. Nilah kami pertama aku dengar dan makan Epal Susu. Buahnya lazat. Minuman dan asam perencah buah juga disediakan. Kami duduk santai di meja sambil makan buah-buahan dengan dihiburkan seorang penyanyi wanita yang menyanyikan lagu tradisional mereka diiringi muzik yang aku dah lupa, harmonika kot. Siap nyanyi Rasa Sayang dan Anak Kampung tuuuu.
Stesen ketiga. Kami dibawa menyusuri kebun tanaman sekitar kawasan merentas ke bahagian untuk menaiki perahu yang didayung oleh pendayung perempuan. Wah, naik perahu ini amat menakutkan tetapi seronok. Topi yang dibekalkan sebelum menaiki perahu hampir terbang dek angin yang bertiup. Mujur ada tali yang mengikat topi kepada kami. Perahu yang teroleng-oleng cukup menyeramkan, apa lagi bila sesama perahu berlaga dan bergeser.
Stesen 4. Stesen terakhir ini merupakan tempat pembuatan candy kelapa pelbagai rasa seperti origenal, coklat dan pandan. Tapi candynya seperti dodol, tidak seperti candy yang sering terdapat di Malaysia mahupun India. Proses pembancuhan bahan sehingga kepada proses pembungkusan ditunjukkan kepada pelancong langkah demi langkah mengikut bahagian. Oh ya, kedatangan kami disambut dengan secubit candy. Candy juga boleh dibeli di sini dengan harga RM5.00 sebungkus sebagai oleh-oleh. Tapi beli empat percuma satu tau :)
Setiap jeti kecil yang kami singgah ini terdapat barangan seperti baju, kraftangan dan lain-lain untuk dijadikan buah tangan. Tapi T-shirt tak ada pun? Mungkin kat jeti besar tadi kot.
Dalam perjalanan ke 'pelabuhan' cewah! Kami diberi kelapa muda sebiji seorang untuk membasahkan tekak. Sungguh lazat tapi sedikit hampa sebab isi kelapa aku nipis je. Aku ni kan hantu air kelapa.
Setiba di jeti, maka, tibalah masa untuk shopping. Tanpa membuang masa, kami terus menuju deretan kedai yang terdapat di situ. Pelbagai barangan dijual seperti beg tangan, key chain, table runner, dan paling penting, T-shirt! Memang betul, T-shirt yang sama kualiti dan jenama malah sebiji warna serupa di sini boleh didapati dengan harga 3 helai RM50.00. Aku ambil beberapa helai untuk keluarga dan kenalan lelaki. Cuma t-shirt untuk aku tak ada saiz, Saiz kecil semua dah habis.
On the way balik, kami singgah makan tengahari yang dah ada dalam pakej di sebuah rumah agam yang dijadikan restoran. Masakannya sedap. Seterusnya, kami singgah di kedai memborong kain, Danny's Shop. Beraneka jenis kain dijual di sini. Cuma sedikit baju siap yang dijual. Selebihnya, kain pasang. Lama juga kami di kedai ni. Dah katanya nak beli kain berniagakan?
Dalam keletihan, kami pulang ke hotel berehat dan sambung membeli-belah di pasar malam. Kalau tak hati-hati, kami yang kena belah kat sini hahaha.
BERSAMBUNG
Monday, April 14, 2014
Cerita Dari Ho Chi Minh City (Part 2)
Haha pergi Vietnam dah dua kali. Tapi pergi yang kali pertamapun tak habis update lagi. OK, terus saja dengan cerita hari kedua di Bumi Saigon ini.
Bila kita melancong di Ho Chi Minh, pastinya tidak sah jika tidak menjejakkan kaki di Delta Mekong dan Cuchi Tunnel atau orang Vietnam panggil Guchi Tunnel. Bingung aku, bila tengok ejaan Cuchi tapi bila dia orang bercakap Guchi. Sebenarnya, malam tadi, kami dah siap meronda di pasar malam dan dah borong telekung, baju kurung dan entah apa-apa lagi entah. Dan cikgu membawa kami ke gerai Zaharah, kenalannya merupakan warga Vietnam. Selain dari berniaga telekung, Zaharah juga mempunyai pusat pelancongan. Oleh kerana memang niat nak pergi Mekong terus saja kami tanya trip ke Mekong berapa harganya. Memang boleh naik bas yang kutip orang sana sini macam kat Krabi dulu. Tapi kami lebih prefer untuk naik kereta sendiri. Ada privasi gitu.
Zaharah memberi harga RM120.00 seorang termasuk perjalan pergi balik Mekong, naik bot pusing-pusing Mekong, Makan tengahari dan singgah di kedai borong kain. Mahal? Nanti dulu. Sebenarnya tidaklah mahal bila melihatkan kepada perjalanannya yang jauh. Ingat nak pergi Mekong dan Cuchi Tunnel, rupanya, pergi Mekong saja dah ambil masa sampai ke petang. OK, kita pergi Mekong dulu. Nak tahu juga keadaan Mekong yang aku dah dengar, baca dan belajar sejak form 2 dulu.
Lebih kurang jam 9.00 pagi, Karim adik kepada Zaharah mengambil kami di Hotel Ruby, tempat penginapan kami. Perjalanan ke Mekong mengambil masa dua jam lebih. Sempatlah aku terlena beberapa kali. Memang best tidur sebab kereta ni ada tiga bahagian tempat duduk. Cikgu dan kawanku duduk di bahagian belakang driver ops, driver kat sini di sebelah kiri ya. Manakala aku enak berbaring di bahagian belakang sekali. Ah, peduli apa aku, ngantuk gila ni. Dahlah malam tadi tidur lewat!
Karim memberhentikan kami di kedai cenderamata pusat pelancongan. Barangannya memang best, tapi harganya terlalu mahal. Aku hampir terpedaya sebab excited nak beli T-shirt untuk abah. Masa aku tengah memilih, Karim datang kepadaku dan memberitahu lebih baik aku beli T-shirt di Sungai Mekong nanti, lebih murah katanya. T-shirt Polo dan Bilberry RM45.00 sehelai mahal ke? Kualitinya sangat bagus! Boleh ke dapat harga lebih murah? Aku tertanya-tanya dalam hati. Boleh percaya ke dia ni? Dahlah abah aku tu cerewet. Kalau tak berkualiti, bukan dia nak pakai. Tawakaltu alallah, kalau tak dapat yang sebijik macam ni, aku paksa dia singgah sini balik. OK apa RM45.00 sehelai dengan kualiti macam ni. Mana boleh dapat kat Malaysia? Mesti ratus punya. Tak apa, tak apa. Kita tengok nanti. Kalau tak, siap kau. Prinsip aku, biar mahal selagi tidak melampau, janji kualitinya memuaskan hati. Dah tahu mahal, yang kau singgah sini buat apa? Orang mesti nak membeli, takkan nak tengok je? Ish, tak faham aku dengan mamat Vietnam nilah.
Kami meneruskan perjalanan ke Sungai Mekong. Yang peliknya, kat Vietnam ni, banyak sangat jual mask, kenapa ya? Banyak sangat ke jerebu kat sini? Di mana-mana ada mask. Bukan mask yang selalu Kementerian Kesihatan tu bagi tapi diperbuat daripada kain dan macam-macam warna dan corak menarik ada.
Kami terus menuju bot besar yang sedia menanti. Dah kami tiga orang je, confirmlah kena naik sekali dengan pelancong lain. Ala, macam kat Krabi dulu. Dah si Karim kena pergi belikan air mineral dan topi untuk kawan aku. Tanda kenangan katanya.
Sungai Mekong amat besar. Di sepanjang Sungai Mekong macam di Tasik Alapuza, India juga, terdapat penempatan orang-orang Vietnam. Pemandangannya amat cantik. Kali aku tak terkejut dahlah bila ada penempatan yang begini sebab dah terkejut macam kat India dulu.
Alamak, dah Asarlah, nantilah sambung lagi. Bye bye.
Friday, March 7, 2014
Cerita Dari Ho Chi Minh City (Part 1)
Hahaha... Sebenarnya banyak cerita nak tulis ni. Tapi tak tahu nak tulis yang mana dulu. Dah alang-alang kisah ni yang masih segar di ingatan, maka tajuk nilah yang aku pilih.
Ah, akhirnya! Tuhan makbulkan juga hajat aku nak pergi bercuti ni. Tapi percutian kali ni taklah membuatkan aku excited sangat. Pergi dengan orang yang tak berapa kenal. Kalau percutian sebelum ni, memang gila excited sebab pergi dengan kawan-kawan yang memang satu geng. Mesti dua tiga hari sebelum dah kemas beg. Cuma Krabi je kurang excited. Mungkin sebab ada orang yang kurang dikenali ikut serta dan ada beberapa drama yang aku kurang minat dalam percutian tu ditambah pulak drama tu bertentangan dengan adat Melayu kita. Mungkin aku je yang kolot tak boleh terima benda tu as long as kawan-kawan aku OK, yang lain tu ikut sukalah. Nak tegurpun, kita bukan kenal sangat nanti orang tak suka yang penting, orang-orang yang selalu travel dengan aku tetap happening. So, kesimpulannya, kalau betul-betul nak bercuti dan merasai nikmat percutian perlulah bercuti dengan orang-orang yang memang kita betul-betul kenal seperti Jog Jakarta dulu. Ah, malaslah nak cerita panjang-panjang fasal Krabi tu, eh, tapi kat Hatyai memang best gila! Walaupun asyik terkena je dengan Orang-orang Siam tu, tapi geng kami memang best!!!
Berbalik semula pada Ho Chi Minh. Bila aku buat research dalam internet fasal Ho Chi Minh ni, kebanyakan blog mengatakan bandar ni bandar yang best untuk shopping. Ha, memang aku gila shoppingpun! Tapi ada ke orang nak melayan kerenah aku nanti. Oh, shopping yang best tu dari segi shopping baju. Akupun pergi ada misi shopping baju, nak mula berniagalah katakan. Tapi malu nak war-warkan sangat. Takut tak menjadi.
22 Februari, 2014, maka tibalah hari yang dijanjikan. Penerbangan MH0758 dari KLIA ke Sigon 2.45 petang. Sampai lebih kurang 4.15 petang waktu tempatan dan lebih kurang 3.15 petang waktu Ho Chi Minh. Waktunya lewat satu jam dari Malaysia.
Semasa di Airport, kami bertiga bertemu dengan pasangan suami-isteri dari Kedah kalau tak silap dan sama-sama mencari teksi untuk ke hotel. Orang Vietnam ni memang kasar sikit. Cikgu (kawan baru) tu siap kena marah lagi sebab susah untuk berkomunikasi. Mana taknya, Bahasa Melayu orang jaga teksi tak faham. Bahasa Inggerispun dia tak faham. Dahlah tak faham orang cakap, ada hati pulak nak marah orang. Nasib baiklah negara dia. Kalau negara aku, confirm aku tolong gaduhkan sekali. Kemudian cikgu dan kawan aku tu beralih ke syarikat teksi lain. Sebab kat luar airport tu ada beberapa syarikat teksi yang menyediakan perkhidmatan teksi. Syarikat i OK sikit, pandai berbahasa Inggeris dan tahu menghormati pelanggan. Kami terpaksa menaiki teksi berasingan sebab hotel berbeza. Group aku memilih untuk menginap di Ruby Hotel.
Cubaan menipu kali pertama ialah, driver teksi meminta wang untuk bayar parking. Eh, apahal pulak kita orang yang baru naik ni kena bayar? Dia yang park kat situ dari tadi, kita pulak. Oleh kerana research dah dibuat terlebih dahulu di internet dan pengalaman salah sorang kawanku yang pernah ke sini, kami mengatakan "No!" walaupun harganya cuma 10,000.00 dong (tak sampai RM2.00). Orang macam ni kena ajar. Jangan dibiasakan. Bila kami tak nak bayar, ada pulak duit dia bayar parking tu. Hish!
Sampai di hotel, kami berehat-rehat menunggu malam. Apa lagi, nak pergi pasar malamlah. Pasar yang dikatakan lebih murah dari Pasar Ben Than tu.
Malamnya, kami merayau-rayau dalam pasar malam. Memang pakaian, telekung dan tudung amat murah kat sini. Berjumpalah aku dengan Kedai Basirah yang sering diperkatakan orang tu. Cuma tak ke rumah dia je. Rumah diapun kedai juga. Kebanyakan butik di sini adalah rumah tempat tinggal mereka. Jadi, nak masuk kena buka selipar dan boleh memilih sambil duduk. Macam-macam butiklah yang aku jumpa kat sekitar district 1 tempat kami tinggal tu. Jumlah dengan kopi Vietnam yang orang kata best macam kopi Star Bucks tu
Nantilah aku sambung lagi. Nak balik dulu, bye!
Friday, January 24, 2014
Kisah Hati Dan Perasaan
Hari ni... Aku nak menulis tentang sesuatu yang tak pernah aku tulis kat sini. Tentang hati dan perasaan. Soal rasa dan jiwa.
Orang selalu kata aku ni garang. Tapi mereka tak tahu bahawa aku mempunyai sekeping hati yang amat sensitif. Dalam hati ini tersimpannya semua rasa cinta, kasih, sayang, kerinduan, kelukaan dan kenangan. Apabila tumbuh benih sayang, ianya berakar umbi hingga ke dasar yang tidak mampu aku buang rasa itu meskipun ianya telah lama berlalu. Cinta pertama, terlalu sukar untuk aku kikis. Namun, sebagai hamba Yang Esa, aku akur dengan ketentuan takdirNya walaupun pedihnya masih aku terasa.
Monday, December 23, 2013
Putera Gunung Tahan! Menjadikan impian Gunung Tahan Suatu Kenyataan
Tiba-tiba hari ni hati terasa amat rindu kepada Gunung Tahan yang ku tawan enam tahun lalu. Alkisahnya bermula semasa aku di tingkatan lima dahulu. Masa tu, pelajar tingkatan 4 dan 5 diwajibkan belajar Komponen Sastera (KOMSAS) dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Kebetulan, novel pilihan sekolah aku untuk pelajar Tingkatan Lima, Putera Gunung Tahan.
Mula-mula dengar tajuk tu, nak ketawapun ada. Putera Gunung Tahan? Kenapalah watak utama dia putera, bukan puteri? Kalau puteri kan bes, bolehlah aku berangan jadi Puteri Gunung Tahan tu. Macam tak percaya pulak, novel macam ni ditulis oleh sasterawan negara. Lepas baca novel tu, baru aku tahu, ada makna tersirat di sebalik 'hikayat' Putera Gunung Tahan ni.
Bagi aku, inilah novel subjek di sekolah yang paling bes dan aku minat sehinggakan aku memasang angan-angan untuk mendaki Gunung Tahan. Aku ingin merasai sendiri keindahannya, ingin merasai kesusahan untuk ke puncaknya dan ingin merasai nikmatnya berada di puncak hasil daripada kesusahan tersebut. Tapi... Adakah peluang untuk aku berbuat demikian? Ianya memerlukan keyakinan orang kepadaku sedangkan aku sendiripun tidak yakin untuk melakukannya. Itu belum lagi faktor masa dan kewangan. Lalu, aku membuat kesimpulan yang aku hanya mampu berangan dan menawan puncak Gunung Tahan dalam lenaku. Saban malam, aku ditemani mimpi-mimpi indah di puncak Gunung Tahan yang tidak bisa ku gapai di alam rialiti. Namun hati tetap meronta-ronta mencari peluang itu meskipun mustahil untuk dizahirkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)