SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Monday, December 9, 2019

Dior Forever Skin Glow Foundation

Assalammualaikum dan selamat petang semua. Dua minggu lepas, saya memutuskan untuk beli foundation baru sama ada dari Christian Dior atau She Eumura. Preferable saya adalah Unlimited Breathable Shu Eumura Foundation. Selalunya kulit saya ni dia OK dengan produk Jepun atau Korea. Saya dah check isi kandungannya, bebas Paraben. Pilihan kedua saya ialah Dior Forever Skin Glow Foundation dari Christian Dior. Yang ni, awal-awal lagi dia dah tulis Pareben free. Harganya lebih mahal dari Shu Eumura. Biasalah, siapa tak kenal dengan Dior kan? Sebatang lipstick yang saya beli kat airport beberapa bulan lalu pun dah RM148.00. Sayangnya, kedua-dua jenama ini tak ada counter di NU Sentral. Mujurlah NU Sentral ada Sephora. Malang lagi, Sephora NU Sentral tak jual Shu Eumura. Sedangkan saya nak menghadiri kursus last week. Nak tak nak, hanya Dior yang saya ada sebagai pilihan. Dior pun Dior lah. Mujur foundation, kalau serum, pelembap, matilah nak. Foundation ni boleh pakai berbulan. Saya mula test foundation sasaran dengan bantuan sales girl. Tapi tak best la. Better pergi counter dia. Lagi puas hati. Dahlah yang teman tu Kak Sha yang kalau boleh pakai foundation biar tak Nampak warna foundation. Laaa... habis tu, beli foundation buat apa? Saya nak foundation yang mudah blend macam lancome tempoh hari. Mujur otak saya ni berjalan. Saya keluarkan foundation Lancôme dan saya cakap, saya nak yang tone macam ni. Alhamdulillah ada. Dah dapat tone yang saya nak, sales girl memakaikan foundation tersebut kepada saya. Sales girl: You letak satu layer je cukup. Muka you tak banyak yang nak dicover. So, tak perlu letak banyak-banyak. Sukatannya satu pam seperti Lancôme jugak untuk saya pakai. Harga Dior Forever Skin Glow untuk November 2019 adalah RM225.00 tapi sebab beli masa black Friday, dapatlah RM191.25 sahaja dengan diskaun 15%. Review? Masih dalam percubaan.

No comments: