SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Tuesday, December 10, 2019

Mekap Untuk Suamiku Mr. Blind

Assalammualaikum dan selamat petang you alls.... Mata mesti ngantuk kan lepas lunch? Meh sini kita sembang. Ada yang dah tahu bahawa saya pernah terlibat dalam shooting Suamiku Mr. Blind. Masuk set location, mestilah kena mekapkan? Memang best sebab yang mekapkan tu make up artist. Ada salah satu hari shooting tu, make up artis tu kami panggil mak. Mak panggil saya untuk mekap. Dengan confidentnya dia pakaikan saya something. Saya: Foundation apa ni, mak? Mak: Ni bedak. Bukan foundation. Saya: Habis tu, tak pakai foundation? Nanti tak elok pulak. Mak: Tak apa. Muka Tinta bukannya ada jerawat atau parut, OK je kalau pakai compact powder tak letak foundation. Alaaaa... tak cantiklah saya nanti. Ramai jugak yang Tanya, saya pakai skin care apa? Bila saya Tanya kenapa Tanya? Dorang kata, sebab muka saya licin tak ada jerawat. Hmmm... Nak dapatkan sesuatu bukan mudah. Ianya perlu penjagaan rapi dan perhatian. Duit pun perlu jugak. Dulu-dulu,, muka saya banyak sangat jerawat. Kat dahi, pipi, dagu dan bawah mata.Kadang-kadang kat hidung pun ada. Puas saya buat nak hapuskan jerawat, tak hilang-hilang. Cara tradisional, moden semua saya buat tapi tak jugak bersih muka saya. Masa tu, remaja lagi. Tak pandai surf internet dan pergi pakar kulit. Kalau tak, mesti saya dah buat. Alhamdulillah, berkat dari kesabaran dan kerajinan, akhirnya, jerawat ucapkan sayonara kat saya. Alhamdulillah jugak, jerawat yang banyak tu tak tinggalkan parut di wajah saya. Syukurnya saya, Allah je yang tahu. Stress betul kalau kita ada jerawat ni. Keyakinan diri pun hilang. Untuk korang yang ada jerawat, banyak yang korang boleh baca, tengok kat Youtube dan cuba produk yang berlambak di pasaran. Ingat, jangan cuba sebarang. Tengok review dan syor yang dicadangkan oleh reviewer. Karang salah pakai, jerawat makin banyak.

No comments: