SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Thursday, December 12, 2019

Doktor Konon!

Assalammualaikum korang. Selamat petang. Ops, jangan kemas beg dulu ek, belum pukul 5.00 ni. Masih lagi dalam mood untuk bercerita tentang kulit yang break out disebabkan foundation hari tu. Bila beli foundation baru, trauma takut dia rosakkan kulit tu masih ada. So, pada fikiran saya, saya kena buat perlindungan kulit sebelum ianya berlaku. Nak tahu apa yang saya buat? Saya sapukan ubat yang Kak Sha bagi kat tempat yang break out hari tu iaitu di sekeliling bibir. Lepas tu, saya pakai foundation. Nak tahu apa hasilnya? Hasilnya, kulit tempat saya sapu ubat sebelum pakai foundation tu timbul jerawat! Jerawat kecil-kecil. Nilah jerawat pasir kot. Bukan sebiji ya, dua tiga biji! Untuk orang yang Alhamdulillah dah pulih dari jerawat remaja dulu, sebiji jerawat pun masalah besar bagi saya! Rasa nak nangis! Hayyyooooo!!! Macam mana ni? Takkan foundation ni pun saya tak boleh pakai? Dahlah mahal!!! Matilah nak. OK, OK, jangan panic. Saya nasihatkan diri sendiri. Mengikut kata Noel Faizal di Youtube, jerawat pasir akan tumbuh apabila kulit kita ni basah yang keterlaluan. Maksudnya, minyak yang berlebihanlah. Jerawat pasir ni macam kulat. Dia suka tumbuh kat tempat yang basah. Noel siap bagi contoh bilik air dan longkang yang tumbuh kulat lagi. Mungkin betullah kot. Ubat yang saya guna tu, berminyak. Berminyak sangat. Campur minyak muka saya, campur minyak foundation, mungkin dia dah over lembap. Then, saya try pakai foundation tu balik minggu ni selepas jerawat kering dan beransur pulih tanpa memakai ubat. Alhamdulillah kepada Tuhan yang memberi rahmat. Jerawat tidak lagi muncul. Tulah, pandai-pandai jadi doctor sendiri.

No comments: