SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Tuesday, October 22, 2019

Nama Siapa?

Haaaa... Kan dah gila nak update banyak cerita dah ni. Masih lagi berkisarkan cerita Pulau Pinang last weekend. Salah satu kelemahan saya, lambat mesra dan malu nak huha-huha. Kalau ramai orang, lagi saya tenggelam dan diam terus. Hehehehe... Masa naik bas nak pergi Penang tu, saya naik lambat. So, saya duduk belakang sekali. Seronok jugak sesekali duduk belakang ni. Pakkal je ada lelaki dalam bas tu. Kalau semua perempuan, mesti saya dah tidur macam katil dah. Bas tak penuh. Ada jugak penumpang yang duduk sorang. So, saya duk belakang jelah. on off adalah orang datang duduk. Tapi tak selalu. Saya memang suka buat hal sendiri kalau dah ramai-ramai dan kecoh tu. Saya segan nak kecoh-kecoh bila ada orang ramai. Masa pergi, office buka so, banyak hal office saya siapkan. Temujanji untuk GM, balas email dan lain-lain. Masa balik, lagi tak ramai dalam bas. Tapi saya tetap pilih untuk duduk sorang. Kat belakang jugak. Sesekali Ita datang duduk dengan saya dan bersembang-sembang. Masa naik dari berhenti kat RNR mana entah. Saya naik dan kongsi makan dengan Ita. Saya beli buah-buahan dan jagung cawan. Lepas tu Ita ke depan dan tinggallah saya sorang kat belakang. Saya makanlah buah saya beli tu. Buah potong dua bekas. Memang banyak. Dah kongsi pun ada lagi. So, saya berusaha menghabiskannya. Dalam asyik duk makan buah, saya didekati oleh seseorang. Lelaki. Entah siapa mamat ni pun saya tak tahu. Hish, ada jugak yang datang. Saya ni bukan suka sangat nak tarik perhatian orang. Tapi bila orang datang nak bersembang, takkan menyombong pulak. "Ni yang galit duk makan buah kat belakang ni, siapa nama?" Saya tak tahulah mamat ni volunteer ke driver bas. Yang confirm, dia bukan blind. Rata-rata blind dalam bas tu saya kenal walaupun tak kenal rapat. Saya diam. Takut dia tanya orang lain. "Nama siapa yang makan buah sorang ni?" Ulang soalan. Dia masih setia berdiri berdekatan saya. "Saya ke?" Saya nak kan kepastian. "Yelah," Jawabnya masih menumpukan perhatian pada saya. Saya berhenti makan. Segan jugak makan sambil diperhatikan. "Tinta Emas," Saya beritahu padanya nama betul sayalah. Takkan Tinta Emas kot. Berbelit-belit lidah dia nak sebut nama saya. Entah berapa kali ulang dan diajar baru betul. "Bin? Eh, binti?" Tanyanya lagi. Hadoi, nak binti sekali ke? Bukan urusan rasmi ni. Omel saya dalam hati. Jawab jelah. Saya tak suka nak macam-macam dengan orang yang baru saya kenal. "Asal mana?" Tanyanya untuk soalan seterusnya. "Kelantan," Jawab saya sepatah. Hish, buah aku belum habis ni. Boleh tak aku nak makan buah dulu? Dahlah jambu batu ni sedap dan rangup, kacau pulak. Asam pun banyak. "Oooo... Orang Kelantan rupanya. Kelantan kat mana?" Laaa... Ada soalan lagi? "Nilampuri," Jawab saya sepatah lagi. "En. Asal mana?" Tanya saya kembali berbasa-basi. Nanti orang kata sombong pulak. "Terengganu," "Kat mana?" Tanya jelah. Janji tak kaku. "Kat Dungun. Pernah pergi Dungun?" Tanyanya pada saya. "Dungun tak pernah. Kuala Terengganu dengan Besut pernahlah," Jawab saya. "Kerja kat mana?" Soalan seterusnya menyusul. Nak cakap kerja kat mana ek? Jujur jelah. "Kat bangunan yang bas ni ambil penumpang hari tu," Jawab saya supaya senang dia faham. Bas kan ambil kami kat MAB. MAB ni kan pusat segala benda, pusat gathering, mesyuarat, aktiviti, membawang pun kat sini. Hehehehe... "Oooo..." Saya pun tak tahu nak sembang apa dah. Penumpang lain mula naik dan dia ke hadapan. Yelah, kalau tak nanti, susah nak ke depan kalau orang dah ramai. Bagus, bolehlah saya habiskan jambu yang sedap ni. Masa saya nak turun setelah sampai di office saya, "Bye Tinta. Terima kasih," Aik, macam suara mamat tadi je. Apa yang terima kasih tu? Orang bye, kita bye jelah. "OK. terima kasih jugak. bye," Jawab saya. "Bye," Balasnya. Saya terus turun dan ambil beg. Mujur Ita ada tolong ambilkan beg kat dalam perut bas. Tak payahlah susahkan orang lain nak-naknya orang yang tak dikenali. Malulah.

No comments: