SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Tuesday, October 22, 2019

Muka Pink, Betulkah?

Sejak awal saya keluar dengan Ita, Ita suka tegur saya. Katanya, dia suka tengok muka saya berubah jadi pink tatkala terkena panas mentari. "Merah macam udang bakar ke?" Tanya saya risau. Sebenarnya saya risaukan kulit wajah saya yang sekarang dalam zon elegik. "Taklah. Udang merah tu, teruk. Ni akak nampak comel je kalau kena panas. Saya suka tengok." Katanya. Biar betul budak ni? Sekonyong-konyong saya teringat kepada Hana, X-housemate saya dulu. Dia adalah orang pertama yang cakap kulit saya merah. Dia suka tengok wajah saya dan sering memanggil saya si merah. "Akak, comellah muka akak pink. Kenapa saya tak jadi macam tu bila kena panas?" Dia sering menegur wajah saya bila muka saya menjadi kemerahan tatkala berpanas. "Mana akak tahu." Saya ketawa jelah. "Akak, ni muka akak tengah pink." "Ye ke? Akak tak rasa apa-apa." Jawab saya. "Masa first saya tengok akak secara dekat masa tandem hari tu, pun saya dah perasan muka akak pink. Masa tu kan kita kayuh basikal tengah panas. Saya tengok je muka akak. Suka bila dia jadi pink macam pakai blusher," Blusher? Masa tandem tu mana saya pakai mekap? Bedakpun tak pakai. Sekadar pakai sun block je. Sun block mana ada warna. Blusher memang taklah masa buat aktiviti lasak. "Muka akak nampak licin dan halus kan?" Katanya sesekali apabila kami berjalan di Bukit Bendera sambil tangannya memegang pipi saya. Hadoi, mujur tak pegang lama. Sebab saya sendiripun tak pegang muka saya kalau tangan saya tidak dijamin bersih. "Sebenarnya, akak ni bukannya lawa sangat. Ada jugak kadang-kadang jadi problem. Dulu-dulu, masa remaja, muka akak ni banyak sangat jerawat. Macam-macam produk akak pakai. Semua tak jadi. Alhamdulillah, akhirnya akak jumpa satu produk ni dan dia OK. Harapnya OK la sampai bila-bila. Muka akak ni sensitif sebenarnya. Tak boleh pakai sebarang. Susah jugak nak pilih produk nak-naknya skin care," Saya beritahu dia. Saya tak nak orang tengok saya sempurna dan cantik. Sebab orang tak tahu apa yang saya lalui sebelum ni. Dan kecantikan tu milik Allah. Sekadar pinjaman je. Bila-bila masa Allah nak, Dia boleh ambil balik. Selagi ada, saya berusaha untuk menjaganya. Tapi saya bukanlah secantik orang lain. Sedang berjalan-jalan, dia cakap lagi. "Akak, sukalah muka akak pink. Kenapa kulit saya tak macam akak? Akak tahu tak, saya banyak jerawat, kulit kering. Pas tu tak pink macam akak bila kena panas." Katanya mengadu. "Ita, sebenarnya, Ita pun boleh cantik dan kulit Ita pun boleh jadi halus dan licin. Akak dulu pun banyak jerawat jugak. Ita kena pandai jaga, minum air banyak..." Adalah beberapa tips yang saya bagi kat dia untuk dia jaga kulit wajahnya dan mendapatkan kulit wajah yang dia idamkan. Waktu berjalan-jalan dalam perkampungan orang kerdil, kami melintasi satu kawasan baju-baju fairy tales. "Akak, ada baju snow White, akak nak pakai ambil gambar?" Tanya Ita kepada saya. "Nak! Mahu tak nak, Snow White kot. Saya ni memang gila fairy tales. Baju tu sarung je. Tak perlu buka baju kita. Dia terbuka di belakang untuk orang ambil gambar. Just ikat tali yang ada. Ita membantu saya memakai baju Snow White dan Azwan pula menjadi jurugambar. "Memang boleh jadi Snow White akak, dahlah muka akak tengah pink ni. Sesuai sangat. Cute akak pakai macam ni," "Nah, Snow White Malaysia," "Eh, merapulah." Saya takut dikecam orang. Nanti orang kata, saya yang perasan. Saya nak jadi Snow White? Kulit pun warna Asia. Dahlah kat situ ada orang lain lagi. Harapnya dia orang tak dengar apa yang Ita cakap. Secara jujurnya, saya memang tak rasa kulit saya lawa. Sebab jika dibandingkan dengan orang lain, ramai lagi yang lawa, halus dan licin kulitnya. Fenomena merah tu saya tak tahu kenapa dan macam mana boleh berlaku. Nak kata sebab skin care saya, sebelum saya pakai skin care ni pun memang dah macam tu. Hana tegur kulit saya merah 2008 dan saya pakai skin care ni 2011. Saya ingat, semua orang akan jadi merah kalau kena panas matahari. Tapi Ita kata, merah saya tu lain. Eh, Ita kata saya ni pink. Hana pun pernah cakap, katanya, sayalah orang yang dia jumpa kulit merah macam ni. Tang mana merahpun saya tak tahu sebab saya ni kulit sawo matang, bukan putih. Sebaliknya, Ita tu yang kulit kuning langsat. Tapi dia tak jadi pink pulak bila kena panas. Saya cuba cari sebab kulit pink dalam internet. Yang saya jumpa semuanya kerana sensitif dan burn. ' Masa dalam bas, saya tanya Ita, pink tak kulit saya sekarang? Ita kata tak sebab dah tak panas. Masa mula-mula naik bas adalah pink. Tapi masa kat tengah panas memang pink. Lama jugaklah pink tu nak hilang dari tengah panas bila saya masuk ke tempat teduh. Sebenarnya sekarang ni, kulit saya sedang mengalami ellegik iaitu kulit bibir. Nanti tu saya cerita dalam entri yang lain.

No comments: