SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Monday, October 16, 2017

Pulau Pangkor, Peristiwa Yang Tak Mungkin Dilupakan 2

Assalammualaikum readers, Saya muncul lagi. Hahahaha... Bosan rasanya. Meh, saya nak sambung cerita fasal peristiwa di Pangkor tempoh hari. Nak baca tak? Yang tak nak tu, boleh tinggalkan blog saya sekarang. Sebab sekarang ni, saya memang ada mood nak bercerita. Hehehe... Maka kayak membuai ke kanan dan ke kiri. Tubuh sayapun ikut terbuai. Beberapa kali ia berbuai, dia semakin senget ke kiri. En. Mahathir: Kita jatuh Tinta, kita akan jatuh. Benarlah gerak hati saya. Demi mendengarkan itu daripada kapten saya, lantas saya rebahkan badan saya ke permukaan air laut yang dalam. Lebih baik saya jatuh dulu daripada jatuh bersama kayak, nanti susah nak keluar dari kayak. Kayak kat laut ni bertutup di bahagian paha hingga ke kaki bukan macam kayak kat tasik yang terbuka tu. Karang susah pulak saya terkial-kial nak keluar dari kayak yang terbalik. En. Mahathir juga jatuh. Saya cuba masukkan kaki ke dalam, tapi tiada dasar. OK, saya tahu, saya kena berenang. Hati saya sentiasa membisikkan kepada diri saya supaya tenang dan tidak panik. En. Mahathir cepat-cepat menyambar tangan saya dan memegang sambil berkata: En. Mahathir: Tinta, Tinta jangan panik OK. Tinta tenang. Jangan takut. Saya ada. Kita selamat. Kita kena berenang pergi rescue boat. Sebab rescue boat jauh, dia tengah selamatkan orang lain. Tinta OK? Tanya En. Mahathir terus memegang tangan saya. Saya: OK. En. Mahathir jangan risau. Saya OK je. Saya senyum untuk menghilangkan kerisauannya. Saya terus timbul ke permukaan air dan berbaring. Bestlah pulak jatuh ni. Dapat berenang kat laut dalam. Seronok pulak rasanya. Sewaktu saya timbulkan tubuh saya untuk telentang, kaki kiri saya tergeser dengan batu karang. Aduh, sakitnya. Tapi tak adalah sakit sangat. Mungkin kulit saya menggelupas kot. Ah, biasalah tu. Jap lagi OK la tu then saya akan turun berkayak balik. Fikir saya sendiri. En. Mahathir terus memegang saya untuk membawa saya ke bot. En. Mahathir: Lepas, lepas paddle tu. Saya: Lepas? Nanti hanyutlah paddle ni. Saya rasa saya OK. Boleh bawa paddle ni sekali. Saya terus memegang paddle saya. En. Mahathir: Nizam, ambil semua barang-barang ni bagi kat bot. Arah En. Mahathir kepada En. Nizam yang baru mahu berlepas setelah kayaknya terbalik sebentar tadi. Saya terus telentang seperti mahu tidur dan hanya membiarkan En. Mahathir menarik saya ke bot. Rasa best rupanya baring kat atas laut dalam ni. Tak lama lepas tu, saya keluarkan skill kuak lentang saya. Tapi kaki je yang menguak sebab En. Mahathir pegang tangan saya dan saya jugak memegang paddle. Boatman memberi isyarat kepada En. Mahathir supaya lepaskan tangan saya dan gunakan paddle yang ada di tangan saya untuk membawa saya ke bot. Mujur saya tak lepaskan paddle ni tadi. Best, best, best berenang kat laut dalam ni. Saya membantu mempercepatkan pergerakan kami dengan kayuhan kaki kuak lentang saya. En. Mahathir kata, kerjanya mudah sebab saya kelihatan tenang dan tak panik. Nampak macam nak tidurpun ada. Tenang macam masa buat water confident tadi. Nak buat apa lagi dah tak boleh jejak tanah kan? Terapung jelah supaya ringan dan mudah menuju ke bot penyelamat. Jauh jugak bot penyelamat ni. Sesampainya kami di bot penyelamat, En. Mahathir menyuruh saya berpaut pada tangga bot dan naik ke dalam bot. Aduh, kaki saya ni tak habis lagi rasa pedihnya. Tapi saya tak nak pegang kaki tu. Biarlah dia. Jap lagi eloklah tu. Dengan cermat, saya memanjat naik ke tangga bot dan terus masuk ke dalam bot. Saya terus duduk di kerusi sebelah tangga. Madam Lee dan Cecelia telah berada dalam bot. Mungkin merekapun mengalami nasib yang sama seperti kami. Kayak terbalik. Ya, Cecelia partner En. Nizam tadi. Lepas terbalik, terus naik bot. En. Nizam je yang masih berkayak. Madam Lee memang dari awal naik bot. Dia takut. En. Mahathir: Tinta, topi Tinta saya dah letak dalam bot ya. Laaa... Keadaan gentingpun En. Mahathir masih ingat nak selamatkan topi saya? Saya pun dah lupa fasal topi lepas terbalik tadi. Boatman: Kaki kakak ni koyak ni. Kakak ni tak boleh turun dah lepas ni. Kita ke darat dulu. Hantar kakak ni. Ni kena jahit ni. Darahpun banyak ni. Saya terkejut. Mula rasa takut. Takut kehilangan banyak darah dan takut kalau apa-apa yang tidak baik berlaku pada kaki saya. Kalau setakat jahit tu tak apalah. Nak buat macam mana? Saya terus tenangkan hati saya seperti mana saya jatuh ke laut tadi. Saya harus tenang agar orang-orang di sekeliling saya tidak panik. Kaki terasa makin pedih. Sesekali saya ketapkan gigi menahan kepedihan tersebut. Saya terus menguntum senyum bagi melindungi keresahan hati saya. Saya nak semua orang bertenang. Dari nada suara boatman tu, saya tahu dia cemas. En. Mahathir: Ya ke? Demi mendengarkan suaranya, saya tahu, En. Mahathir juga cemas. Saya terus membiarkan kaki saya tanpa mahu memegangnya. Saya takut untuk mengetahui keadaan kaki sendiri. Lantai bot yang bertakung air terus saya letakkan kaki. Tapi takungan tu taklah dalam. Boatman: Kakak sakit? Saya: Pedih. Boatman: Kakak tunggu kejap eh. Sabar tau. Keadaan bot mula menjadi kelam-kabut. Boatman: Bang, sebelum tu, abang kena turun balik bang. Abang kena ambil kayak tu. Kalau biar kat situ, kejap lagi kayak tu putus dua. Arus kuat ni. Nanti abang kena ganti. RM2,000.00 tau. En. Mahathir: Saya kena ambil? Saya tak pandai berenanglah. Boatman: Ya bang. Abang kena ambil. Jangan takut, abangkan pakai life jacket tu. Tadi OK je. En. Mahathir: Saya bergayut kat bot ni, awak bawa bot ni ke sana. Boatman: Tak boleh bang. Bot tak boleh ke sana. Abang kena pergi. Cepat bang, kakak ni sakit. Darah banyak ni. Tanpa berlengah, En. Mahathir terus terjun ke laut dan berbekalkan life jacket, terus menuju ke kayak yang tersadai di tempat kami jatuh tadi. Ya Allah, dahlah tempat tu jauh. Aku ni, sakit, darah banyak keluar. Sempat lagi dia suruh En. Mahathir pergi ambil kayak? Dahlah kapten saya tu tak tahu berenang. Kalau saya ni OK, boleh saya tolong dia. Macam mana dia nak heret kayak berat tu? Dalam air mungkin ringanlah kot. Boatman: Siapa ada kain? Tolong bagi kakak ni. Biar dia tekap luka dia. Darah banyak ni. Semua yang ada dalam bot diam. Manalah dia orang ada kain dalam bot ni? Kalau ada pun mestilah dah basah. Boatman menghampiri saya. Boatman: Akak, akak OK? Akak jangan pitam tau. Bawa bercakap. Tolong, tolong, bercakap dengan dia. Jangan sampai dia pitam. Darah dia banyak keluar ni. Saya: Saya pun tak tahu nak pitam tu macam mana. Saya cuba melawak supaya boatman tu tenang. Saya tengok dia cemas sangat. Boatman: Kita kena pergi klinik ni. Saya: Ada kain tak? Boleh bagi saya kain? Saya dah tak tahan. Takut darah semakin banyak mengalir. Takut pitam. Boatman: Ambillah tuala kecik saya ni. Akak guna ya. Balut kaki tu. Saya terus mengambil tuala tersebut. Boatman membantu saya membalut kaki saya. Boatman: Tolong berbual dengan dia. Cecelia: You luka... Banyak ke darah you. Saya: Janganlah cakap fasal luka I. Cakaplah benda lain. Saya tertinggi suara. Sebab saya rasa takut bila bercakap tentang kaki saya. Cecelia: Sorry aaa.. Sorry. En. Tak lama kemudian, En. Mahathir tiba di bot bersama kayak. Bersusah-payah En. Mahathir dan boatman berusaha mengangkat kayak ke dalam bot. Nantilah sambung. Dah tak ada mood pulak nak menulis.

No comments: