SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Wednesday, October 11, 2017

Pulau Pangkor, Peristiwa Yang Tak Mungkin Dilupakan

Assalammualaikum readers, Apa khabar korang? Harap semuanya sihat walafiat. Rasa ada mood hari ni nak menulis malam. Banyak cerita saya nak kongsikan di sini. But, lately ni, saya amat terkejar-kejar dengan masa. Hari ni saja, dalam meeting karnival, bosssukan boleh bagi arahan untuk Asia Football 5 a Side. Lepas tu, our treasurer panggil discuss something. Sudahnya, saya meninggalkan bilik discussion dengan dibekalkan kerja lagi yang perlu dibentangkan this coming monday. Enough. I dont want to talk about work and office. I nak cerita fasal peristiwa di Pangkor yang takkan saya lupakan. 30 September lalu, saya bertolak ke Pangkor bersama kawan-kawan dan volunteer yang sangat baik hati. Yang memang berjiwa murni untuk habiskan masa mereka bersama kami. Tujuan ke Pangkor, sama macam tahun lepas, berkayak. Seperti biasa, kapten saya En. Mahathir. Kali ni kami naik kereta je ke Pangkor. En. Mahathir jemput saya di rumah, terus ke my office and pick-up other friends. Ato dan Kats juga naik kereta bersama kami. Alhamdulillah, perjalanan lancar sampailah ke Palma Beach Resort. So, seperti yang dirancang, petang tu, kami ke laut untuk berkayak. Asalnya kami nak mula berkayak di Teluk Nipah, berhampiran resort yang kami stay. Disebabkan laut beralun, maka kami decide untuk ke tempat tahun lepas sebab kat situ kurang alunannya. Memandangkan budget yang tak banyak, so percutian kali ni basic habis. Untuk kayak, tiada jurulatih macam tahun lepas. Just sewa kayak dan satu rescue boat. Namun, sebelum mula berkayak, kami tetap buat water confident dengan diketuai oleh Ayah Daud saya. Kami saling berpegang tangan dan membuat bulatan besar di dalam laut. Entah apa-apalah dorang ni. Bulat dah tak rupa bulat. Entah apa bentukpun saya tak tahu hahahaha... Sebelah kiri saya, kapten saya, En. Mahathir. Kanan saya entah siapa. Lelaki jugak rasanya. Saya tunggu jugak bila nak lepas tangan macam selalu kami buat tu. Tapi tak ada arahan buat macam tu. Ramai yang kelam-kabut bila kaki tak jejak ke dasar. Ada yang semakin menghimpit ke arah saya. So, kapten saya selalu alihkan saya dari mereka. Katanya, jangan kacau saya tidur. Sebab saya memang relax habis menelentang kat laut tu walaupun ombak datang dan kaki dah tak jejak dasar. Dah tak jejak dasar, nak buat apa lagi? Baring jelah diam-diam. Jangan risau, tak pakai life jacket pun insya-Allah kita akan terapung kalau kita lembutkan badan dan relax. Inikan pulak pakai life jacket. Lagipun, kapten saya sepanjang masa ada dengan saya dan pegang tangan saya. Yelah, buat bulatan yang tak menjadi tu. Yang belah kanan sayapun sentiasa pegang tangan saya, tapi dia kelam-kabut dan kadang-kadang buat saya nak jatuh ke dasar. Akhirnya, entah kenapa yang belah kanan tu lepaskan tangan saya. Mungkin terlepas kot. Kapten saya tu tinggi orangnya. Kalau saya ke tengah lagi, mesti dia boleh tarik saya dan bila dia boleh jejak tanah, dia heret jelah saya ke tempat yang cetek. Hahaha... Masa dia suruh saya berdiri, saya cuba berdiri tapi tak jejak dasar, dia ingat saya tinggi macam dia? Boleh berdiri kat tempat dalam? Lepas water confident, masing-masing ambil kayak. Kapten saya merupakan chif kali ni. So, dia sibuk pastikan semua orang naik kayak dan berdayung ke tengah. Ah, lambatlah. Sayapun duduklah bermain air. Dalam dia sibuk-sibuk tu, sempat lagi dia cakap dengan saya suruh tunggu kejap. Ya... Tunggulah. Takkan saya nak berdayung sorang kot. Last, baru kami naik. Mula-mula my captain try naik. Tapi ombak kuat. Gagal. So, penjaga kayak suruh saya naik dulu. OK, done. Ombak memang kuat kat tepi pantai. Takut jugak saya masa kapten saya nak naik tu, kayak macam nak terbalik. Kuat manalah sangat saya ni nak imbangkan kayak bila dipukul ombak. Mujur abang penjaga kayak tu tolong. Maka kami pun belayarlah ke tengah lautan yang bergelora. Kesilapan saya, saya tak pakai kasut sedangkan saya dah bawa kasut getah. Tulah, ikut orang sangat. Bila my captain kata dia tak pakai kasut, so sayapun tak pakai. Padahal kasut getah je pun. Tak sampai RM10.00 harganya. Entah apa yang saya sayang entah. Tapi masa tu saya tak ingatpun fasal kasut tu. Sempat kami menyanyi di tengah laut apabila kayak meluncur di atas air dalam. Kami perlu kejar orang-orang di depan sebab kami kan kayak last. En. Mahathir kan pastikan semua selamat naik dan berdayung baru kami berlepas, cewah. Hahaha... Sempat buat video atas kayak tu. Dua kali lagi buat video. Biasalah, my captain ni memang suka buat video dan bergambar. Sesuai dengan saya yang suka bergambar. of cause la dia kena jadi jurufoto saya. Hahahaha... Dia layankan je apa yang saya nak. Tapi... Kali ni, saya rasa lain. Kocakan air serasa ganas. Kayak kami teroleng-oleng. Tak seperti tahun lepas. Walaupun hujan lebat dan kabus tebal, alunan laut tak seperti kali ni. Hati saya mula diusik getar. Saya halau jauh perasaan getar yang mula bertapak di hati nurani. Insya-Allah, kami selamat. Sedang saya asyik berdayung, saya rasa kayak ni susah nak didayung dan rasa macam nak terbalik. Ya Allah, selamatkanlah kami. Dan andainya ditakdirkan kayak ini terbalik, Kau berikanlah aku keberanian dan ketenangan dalam menghadapi saat cemas itu. En. Mahathir mengarahkan saya supaya hentikan dayungan. Dia nak adjust kayak kami agar tidak berlanggar dengan batu sebab kami dah termasuk ke kawasan berbatu. Saya tanya dia, dalam tak tempat ni. Dia kata dalam. Kayak En. Nizam dan partnernya dah terbalik. Bot penyelamat sedang berusaha menyelamatkan mereka. Kami terus berdayung dengan cuaca baik dan air yang beralun. Saya pelik. Kenapa air ni beralun sedangkan cuaca baik. Tiada tanda hujan akan turun. Sekali lagi, En. Mahathir minta saya hentikan dayungan. Saya terus diam sebab saya rasa kayak teroleng-oleng lebih kuat. Malah saya takut nak bergerak walau seinci, takut akan memberi kesan yang buruk. Tiba-tiba, kedengaran bunyi hantukan dan geseran yang amat kuat dan panjang. Subhanallah, kayak kami terlanggar batu. Cubaan En. Mahathir untuk mengelak daripada batu tersebut gagal. Arus elektrik air telah menghempas kayak kami ke batu. Mujur kayak ni tak terbelah macam Titanic. Saya risau. Tapi saya sentiasa bisikkan pada diri, saya harus tenang. Jangan gelabah dan panik. Alhamdulillah, saya rasa tenang. Ketakutan beransur pergi. Ya, saya telah bersedia untuk sebarang kemungkinan. "En. Mahathir, kenapa ni? Kita langgar batu ke?" Tanya saya dalam tak percaya dan menunggu saat kayak terbalik. "Ya, kita langgar batu. Tinta jangan buat apa-apa. Kita kena keluar dulu dari kawasan batu ni, lepas tu baru Tinta dayung," "Kita nak terbalik ke?" Tanya saya tenang. "Tak, tak. Kita OK. Masih OK. Kita kena keluar dari kawasan ni. Kita pergi tengah lagi, tempat tak ada batu," "Tempat ni dalam ke?" Tanya saya ingin tahu untuk mengetahui keadaan laut supaya saya bersedia sekiranya berlaku kejadian tidak diingini. "Dalam," Jawab En. Mahathir serius sambil berusaha keras untuk mengemudi kayak keluar dari taman batu laut ni. Sekali lagi, kayak kami teroleng-oleng ditolak air ganas. Kali ni tubuh saya juga terhuyung-hayang mengikut buaian kayak yang dipukul air. Bersambung.

No comments: