SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Tuesday, April 28, 2015

Kelas Renang Sesi 2

Meh kita sambung kisah kelas renang ni. Dah dua minggu tak pergi kelas sebab cuaca. So, 18 April lalu, kami jalani kelas kedua. Sebenarnya, tak banyak yang kami belajar dalam kelas kedua ni sebab masing-masing belum mampu menguasai Teknik Renang Kuak Dada. Dah tak dapat, takkan coach nak alih pelajarankan? Nanti tak pandai nanti complain pulak kan? Kesian Coach Fauzi mengajar kami yang lambat ni hehehe. Kena sabar tau coach, jangan marah nanti darah tinggi pulak. Hehehe coach ni memang sabar orangnya. Dia berusaha bersungguh-sungguh nak fahamkan kami dan nak bagi kami pandai. Cuma kami je yang selalu gelabah dan takut air. Water confident kuranglah tu. Nak berenang, mana boleh takut air. Nanti tak menjadi. Jadi coach la yang sedaya mungkin nak bagi kami confident. Sebab tu saya tak kisah bila orang kata mahal saya bayar untuk kelas ni. Bukan saya main bayar je, saya dah survey dan RM300.00 enam sesi ni murah sangat berbanding tempat lain yang RM500.00 enam sesi. Paling penting, coachnya sungguh-sungguh mengajar. Dahlah ajar kami bertiga je, tak campur orang lain. Ada kawan saya tu, bayar RM180.00 untuk lapan sesi tapi terpaksa campur kelas dengan orang lain dan pelajaranpun berbeza. Coach tak fokus dan lebih bagi perhatian pada mereka yang dah pandai sedangkan kawan saya disuruh buat blow bubble dan kawan saya sendiripun tak tahu blow bubble tu macam mana. Datang-datang dah buat blow bubble dan siap? Kawan saya tupun burnkan RM180.00 dia dan terus tak masuk kelas. Tak best kan? Kesian kawan saya. Mesti dia patah semangat. Hari tu saya tengok dia bersemangat nak belajar renang. Coach saya siap bagi perhatian sorang demi sorang supaya semua dapat. Mana yang ketinggalan akan diberi perhatian lebih. Berkali-kali dia ajar tanpa jemu. Macam-macam cara dia cuba untuk fahamkan kami. Sampai kami pulak yang rasa kesian dan takut dia bosan bila kita tak dapat. En. Malik tak ada pulak kali ni. Seperti biasa, masuk kolam je, blow bubble la sepuluh kali. Ulangkaji terapung dan meluncur. Memandangkan Kak Lin je yang boleh cuba berenang tanpa kicking board, coach beri perhatian kepada saya dan Dayah yang belum boleh lepas kicking board. Dia suruh kami meluncur lagi lepas tu pegang kicking board dan buat frog kick. Sayalah yang paling slow. Cemburu tengok Kak Lin yang boleh mula berenang tanpa kicking board dan Dayah yang sudah mula pandai frog kick. Rasa down sangat masa tu. Coach: Haaa... Right, right, kan cantik tu, Tinta. Coach menaikkan semangat saya bila saya buat frog kick dengan baik sambil dipegangnya. Tinta: Masa coach pegang cantiklah, tapi bila tak,... Coach: Ke laut. Tinta: ha'ah, ke laut. Coach: Kamu dah cantik tadi. Faham tak cara tendang tu macam mana? Tinta: Memanglah faham tapi kalau masuk air tak confident. Coach: Takkan berenang kat darat kot. Berenang dalam airlah, hahaha. Ish, coach ni, orang tengah susah hati, dia ketawa pulak. Kelas hari tu, ditamatkan dengan dentuman guruh dan kilat. Maka saya tetap dalam kesedihan kerana belum berjaya menguasai teknik frog kick tu. Ini juga bermakna, Coach Fauzi ada hutang dengan kami setengah jam. Bukan kami cakap, tapi dia sendiri yang cakap dengan kami.

Telur Di Telinga

Hari ni, melayan selsema yang datang semalam. Makan ubat, mengantuk! So, sakit M pun datang. Hahaha kenapa pulak makanan duduk dekat telinga tu, ya? Masa Solat tadi, saya bersembanglah dengan kakak-kakak office ni tentang 'team building' program yang sedang saya usahakan untuk staff office ni. Bermula hal 'flying fox' sampailah cerita tentang taman tema. Maka kenangan silampun terimbau. Suatu hari di Bulan Ramadhan, Ali nak bawa sepupu dia dari Indonesia, Harry Fajri berjalan-jalan. Kami plan nak ke Genting Highlands. So pada hari yang dijanjikan, Ali, Harry Fajri, saya, Syed, Kemeni dan Suhaimi yang sanggup datang dari Seremban sebab bertugas kat sanapun, gigihlah mencari tiket ke Genting. Main punya main, sampailah satu permainan ni. Nama dia Solero. Masing-masing excited nak main. Suhaimi je tak nak. Mesti ada sebab si Suhaimi ni tak nak. Suhaimi: Tinta, kalau kau nak rasa telur kat telinga naiklah benda alah ni. Tinta: Telur kat telinga? Kenapa, Mi? Suhaimi: Masa dia angkat kau naik, kau rasalah apa yang aku cakap tadi. Lepas tu, tiba-tiba dia akan hempas kau ke bawah lepas tu naik terus laju dan turun sekali lagi. Mak ai, kecut pulak perut saya mendengarnya. Tak payahlah naik. Last-last, saya dengan Suhaimi pun tak naik.

Saturday, April 25, 2015

Renang Lagi

Haha, kan dah meroyan update blog ni. Balas dendam lama tak tulis. Biar bersih sikit blog ni, dah bersawang dah. Saya menghadiri satu program di Universiti Malaya hari ni bersama tiga rakan lagi. Salah sorangnya, Aliesha. Minah Salleh dari Holand. Sembang punya sembang, dia tahu berenang dan offer nak ajar saya. Wow! Bestnya! Boleh buat ulangkaji, praktis apa yang dah belajar dalam kelas. Kalau dengan perempuan mestilah havoc sikit. Tak adalah malu sangat. Daripada duduk praktis sendiri kat Kolam Vista yang air dalam buat saya langsung tak confident dan prestasi jadi teruk, eloklah ada kawan yang boleh bagi tunjuk ajar. Insya-Allah boleh improve. Masa saya cari coach renang dulu, punyalah susah nak dapat. Bila dah ada, adalah. Nilah rezeki namanya. Sekurang-kurangnya dapatlah membantu saya yang slow dalam air ni. Takkan nak harapkan kelas je semata-mata? Lama-lama coach pun bosan. Aliesha: Next week I'll come to see you and discuss about our swimming time together. Tinta: OK, thank you so much, Aliesha. Jawab saya dengan penuh kegirangan. Bebintangpun terpancarlah di wajah. hehehe

Hamlatul Hawary Azizan

Dah 26 hari rupanya saya tak update blog. Malas! Mungkin sebab sibuk sangat lately ni. Amboi, kalah menteri hehehe... Apa kena-mengenanya dengan nama kat atas tu? Semalam, sewaktu saya menulis skrip untuk mengacarakan Majlis Perasmian Penutup Karnival Sukan esok, saya dimaklumkan bahawa ada satu sesi penyampaian sijil tamat latihan renang dan sijil penghargaan kepada jurulatih renang. Pelik namanya, Hamlatul Hawary. Unik dan sedap nama tu. Tinta: Orang Arab ke? Amjat: Tak adanya. Mukapun muka Melayu, tak ada mix langsung. Tinta: La... Ingat Arab tadi. Sebut fasal renang, mestilah saya teruja. Tinta: Dia dah tak ajar pelatih ke lepas ni? Pengetua Pusat Latihan: Kita dah higher dia jadi instructor budak-budak ni (merujuk kepada student dia). Kalau kamu nak joinpun boleh. Yang penting kamu ada swimming suit. Latihan kat Kompleks Sukan Kampung Pandan. Memandangkan saya ni agak lembap sikit bila dalam kelas renang, semestinya saya nak join, buat ulangkaji, tak salahkan? Pengetua: Tapi kelasnya lambat lagi. Pulak. Tak dapeklah den nak ulangkaji. Kak S: Akak pernah tengok dia dalam paper. Hensem tau. Tapi tak tahulah dah kahwin belum. Pulak. Lantak dialah, hensem ke, buruk ke, kahwin ke, ada girl friend ke. Bukan saya heranpun. Yang penting, saya mesti pandai berenang!